Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarokatuh dan Salam Sejahtera. YAB Timbalan Perdana Menteri, YB Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri, Yang Berbahagia Ketua-Ketua Jabatan dan seterusnya anggota pentadbiran awam di dalam Jabatan Perdana Menteri. Kita sedia maklum bahawa kumpulan kita ini memainkan peranan yang amat penting. Pembangunan negara kita ini bergantung kepada kita semua iaitu bukan sahaja Kerajaan tetapi juga kepada Menteri-Menteri yang berkaitan. Kerjasama antara Menteri dan Pegawai-Pegawai amat penting dan kita juga harus memikirkan akan perasaan peribadi untuk menentukan bahawa segala dasar bagi membangunkan negara dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kita telah memperkenalkan dasar baharu iaitu Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB). Kita bukan sahaja menyahut dan menyatakan mengenai pengwujudan akan wawasan ini tetapi kita juga harus melaksanakannya. Untuk ini, banyak kerja-kerja yang perlu dilaksanakan oleh kedua-dua pihak, kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan jentera kerajaan yang kekal. Hubungan kerjasama antara kita amat penting sekiranya ingin melihat kejayaan negara kita. Kemungkinan untuk kita berjaya dalam mencapai matlamat kita ini amat besar dengan memahami bagaimana untuk kita menjayakan segala dasar, rancangan dan strategi kita. Meraikan tahun baharu 2020 ini perlu memberi satu permulaan bagi kita dalam membuat resolusi supaya negara kita ini dapat mencapai kemajuan dan tidak lagi dipandang rendah dan hina oleh orang lain. Rancangan telah diadakan serta pendekatan juga sudah dicipta. Justeru itu, saya cuma berharap agar semua pihak dapat memberi sepenuh tumpuan terhadap pembangunan dan kemajuan negara dan bukan semata-mata kepada kepentingan diri sendiri. Yang lebih utama adalah kejayaan terhadap kerja kita yang bukan sahaja memenuhi masa kerja tetapi dengan kerja-kerja yang akan menyumbang kepada pembangunan negara. Wawasan Kemakmuran Bersama ini adalah satu wawasan terbaik yang diperkenalkan di dalam negara kita ini. Kita sedar bahawa terdapat perbezaan antara pihakpihak tertentu. Bagi mengatasi masalah ini, bukan sahaja perancangan atau tindakan daripada kerajaan yang diperlukan, tetapi sambutan daripada rakyat juga perlu untuk menjayakan dasar kita. Semua pihak sama ada kerajaan pilihan rakyat atau jentera kerajaan yang kekal ini perlu memberi penjelasan kepada rakyat bahawa kemiskinan tidak mungkin akan dapat diatasi dengan subsidi sebaliknya perlu diatasi dengan sikap produktif. Selain itu, kita juga akan memperkenalkan cara-cara untuk menambah pendapatan dan ini perlu disambut dan diamalkan oleh golongan-golongan sasaran. Kita mesti ikhlas, memegang kepada segala amalan yang baik dan tidak terlibat dengan amalan rasuah kerana ini semua akan menyekat kepada pembangunan dan kejayaan negara kita. Selain itu, rakyat akan berterima kasih sekiranya kita berusaha untuk memenuhi kehendak mereka. Negara kita ini adalah negara yang mengamalkan konsep free economy yang membenarkan kepada golongan yang ingin berusaha untuk menambah pendapatan tanpa ada perasaan iri hati. Perasaan iri hati perlu dikikis dalam mempengaruhi diri kita kerana mereka yang berusaha ini diperlukan kerana golongan ini merupakan penyumbang dana tertinggi kepada kerajaan sebagai sumber yang digunakan untuk mentadbir dan membangunkan negara kita. Saya yakin, sekiranya kita berusaha dengan bersungguh-sungguh, kita akan mencapai taraf negara maju lebih awal lagi. Hari ini kita telah lihat dalam bidang teknologi umpamanya, Malaysia telah mampu mengambil bahagian dengan menghasilkan dan mengeluarkan produk-produk dan teknologi canggih kita sendiri yang diperlukan untuk pembangunan negara. Kita juga akan terus dapat melibatkan diri dalam bidang-bidang yang lain supaya kita akan dianggap sebagai negara yang termaju, moden dan boleh bersaing dengan negara-negara maju yang lain. Harapan kita pada tahun baharu 2020 ini adalah dengan membuat resolusi yang dapat memberi manfaat kepada diri kita sendiri dan juga negara supaya kita boleh berdiri sama tinggi dengan negara-negara yang maju. Insya Allah, sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh, kita akan dapat mencapai matlamat yang kita tujukan. Saya berharap agar pada tahun 2020 yang penuh bermakna bagi kita ini akan menjadi tahun permulaan sebagai langkah yang tetap akan membawa kejayaan kepada negara kita supaya pada tahun 2030 kita akan diiktiraf sebagai negara maju. Sekian, terima kasih. Alhamdulillah, pada pagi ini sekali lagi dapat kita bertemu di sini untuk memperingatkan diri kita akan peranan dan tanggungjawab kita. Kita yang terdiri daripada Jabatan Perdana Menteri mempunyai tanggungjawab yang lebih daripada pihak yang lain. Kita yang boleh menjadi contoh kepada negara kita. Contoh pentadbiran yang baik dalam negara kita. Untuk mentadbir, kita memerlukan kuasa. Tanpa kuasa, kita tidak dapat melaksanakan tugas-tugas kita. Kuasa itu diberi kepada kita supaya kita dapat melaksanakan tanggungjawab kita. Tetapi kuasa itu juga boleh disalahgunakan. Jika disalahgunakan, hasilnya bukan sahaja pentadbiran yang tidak baik, tetapi kemerosotan segalagalanya dalam masyarakat kita. Negara kita tidak mungkin maju jika kuasa disalahgunakan. Sebab itu, kita perlu berhati-hati apabila kita melaksanakan sesuatu mengikut kuasa yang diberi kepada kita. Jika kita sedar atau berasa was-was bahawa kuasa itu mungkin akan menyebabkan sesuatu yang tidak baik bagi negara kita, adalah lebih baik kita tidak melaksanakan kuasa itu. Adalah lebih baik kita berunding dan mendapatkan nasihat tentang sejauh mana kuasa itu perlu dilaksanakan. Negara kita ini sudah merdeka selama lebih daripada 60 tahun. Dalam masa yang panjang itu, kita telah melihat pelbagai perkara yang berlaku daripada sebuah negara yang dijajah oleh kuasa asing sehingga kita telah memperolehi kemerdekaan. Kemerdekaan bagi kita bukan sahaja untuk memuaskan hati kita sebagai sebuah negara yang merdeka. Kemerdekaan bermakna kita berkuasa untuk menentukan nasib negara kita. Untuk ini, kita perlu memahami tentang cara-cara kita mentadbir negara. Dalam mana-mana kumpulan pun, tentu ada individu tertentu diberi kuasa memimpin atau melaksanakan tugas. Dan apabila kuasa memimpin ini diberi, maka segala usaha untuk mengubah nasib negara kita akan menjadi mudah. Alhamdulillah, sejak daripada tahun 1957, negara kita telah berjalan dengan baik. Pada mulanya, negara kita dapat ditadbir dengan cara yang tertib dan berjalan sebagai sebuah negara merdeka. Pembangunan pada mulanya tertumpu kepada memberi kebaikan dan kemudahan kepada rakyat khususnya rakyat di luar bandar. Sebabnya adalah di zaman British dahulu, rakyat di luar bandar tidak mendapat apa-apa bantuan atau manfaat. Tumpuan diberi hanya kepada bandar=bandar. Apabila kita merdeka, kita memberi tumpuan kepada kawasan luar bandar. Tetapi untuk memberi tumpuan kepada kuasa luar bandar, mereka perlu diberi kuasa untuk menarik perhatian kepada kedudukan mereka. Maka berlaku kepada susunan pentadbiran negara kita ini yang mana kawasan luar bandar diberi lebih ramai wakil rakyat kawasan pilihan raya daripada kawasan bandar. Kawasan bandar mampu untuk memperbaiki diri mereka. Kawasan luar bandar adalah lemah dan diduduki oleh orang yang kebanyakannya tidak berpelajaran dan tidak berpengalaman. Maka diberi kepada mereka lebih ramai wakil rakyat dan kawasan pilihan raya daripada dalam bandar. Dengan itu, suara mereka menjadi lebih lantang dalam dewan rakyat sepertimana yang kita tahu, suara ramai akan menguasai keputusan. Maka, dengan adanya suara ramai daripada kawasan luar bandar, maka dapatlah kawasan luar bandar itu diberi tumpuan oleh pihak pemerintah. Sebenarnya setelah kita merdeka, banyak kemajuan yang boleh dicapai di kawasan luar bandar. Sebaliknya, kita dapati di bandar-bandar juga tidak ketinggalan kerana kawasan bandar lebih cekap pentadbiran daripada kawasan luar bandar. Hari ini, di kawasan bandar lebih maju dan membesar sehingga memasuki kawasan luar bandar. Penduduk Kuala Lumpur yang dahulu hanya 300 ribu, kini sudah meningkat kepada 2.7 juta. Bahkan, greater Kuala Lumpur yang meliputi kawasan bandar (Kuala Lumpur) sehingga ke Pelabuhan Klang telah mempunyai penduduk seramai 7 juta. Ini menunjukkan betapa membesarnya kawasan bandar sehingga dapat menembusi kawasan luar bandar. Penduduk luar bandar perlu mempertahankan diri mereka tetapi mereka tidak mempunyai kecekapan dalam bidang-bidang perniagaan dan sebagainya. Sebab itu, mereka terus miskin sehingga terpaksa menjual tanah-tanah mereka. Dengan itu, kita lihat di negara kita ini, kawasan bandar telah menjadi begitu besar dan kaya tetapi kawasan luar bandar yang dahulunya mempunyai lebih ramai wakil rakyat, tetapi tidak maju seperti yang diharapkan. Keadaan ini perlu diperbaiki dan diberi penambahbaikan yang datang dari pihak Kerajaan dan pihak pemerintah. Kita adalah sebahagian daripada pemerintah. Kita boleh menentukan jurang antara bandar dan luar bandar jika kita memberi tumpuan kepada dasar-dasar kerajaan yang ada sekarang ini. Kerajaan ini ingin melihat seluruh penduduk Malaysia ini mendapat nikmat daripada negara yang kaya. Nikmat daripada kemerdekaan negara kita sendiri. Nikmat daripada pemerintahan yang prihatin terhadap semua rakyat di Malaysia Bukan niat kita untuk menghalang perkembangan dan kekayaan di bandar-bandar. Tetapi jika jurang antara yang kaya dengan miskin telalu jauh, maka akan timbul perasaan iri hati dan benci dan akhirnya akan menyebabkan negara kita menghadapi permusuhan antara bandar dan luar bandar, antara miskin dan kaya bahkan antara satu kaum dengan kaum yang lain. Ini perlu dielakkan dan tugas untuk menentukan perkara ini tidak akan terjadi dan tidak menjadi lebih buruk, maka ini adalah tangggungjawab kita. Saya yakin semua warga di Jabatan Perdana Menteri ini faham bukan sahaja cara bekerja tetapi faham juga tentang keperluan negara. Negara kita perlu aman dan damai supaya kita dapat mengagihkan kekayaan kepada semua pihak termasuk juga pegawai-pegawai Kerajaan dan ini hanya boleh dicapai dalam negara kita jika ditadbir dengan baik tanpa rasuah dan sesuatu yang boleh mencetuskan huru-hara serta permusuhan antara kaum. Oleh itu, apabila kita menghadapi masalah rusuhan dan sebagainya, kita hendaklah menangani perkara ini dengan cara yang bijak sebagai satu pemerintah yang prihatin, berpengalaman dan faham akan tujuan kita mengadakan pemerintah di dalam negara kita ini. Inilah harapan kita dan saya yakin semua anggota dalam Jabatan Perdana Menteri ini akan memegang dan memahami tentang maksud serta hasrat kita menubuhkan Kerajaan. Ini bukan untuk memperkayakan sesiapa sebaliknya ianya ditubuhkan untuk menentukan negara kita dalam memperolehi kemajuan dan menjadi lebih maju daripada sekarang. Percayalah, apabila kita memajukan negara kita, kita sendiri akan mendapat nikmat. Walaupun pada mulanya, kita tidak nampak banyak nikmat yang diterima, tetapi apabila kita berjaya mendirikan sebuah negara yang aman dan maju, kita sebagai rakyat akan memperolehi nikmat dan seluruh rakyat akan mencapai banyak kemajuan. Ini yang harus kita fikirkan sepanjang masa dimana sementara kita menjalankan tugastugas biasa, kita perlu ingat bahawa tugas-tugas itu mempunyai matlamat. Saya berpendapat bahawa amat penting sekali kita diingatkan tentang tujuan kita diberi kuasa untuk melaksanakan tugas dan bukan untuk diri sendiri. Itulah harapan kerajaan Pakatan Harapan yang telah menggantikan kerajaan yang lama. Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Saya harap saudara saudari sihat wal afiat. Alhamdullillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat-Nya kita dapat meraikan sambutan Hari Guru pada hari ini. Saya ingin merakamkan ucapan setulus penghargaan kepada semua warga pendidik di seluruh negara atas segala jasa dan pengorbanan anda semua mendidik anak bangsa dan menyumbang kepada kemajuan negara. Tema Hari Guru pada tahun ini ialah Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu. Tema ini memberi penekanan terhadap peranan penting guru dalam memperkasa ilmu pengetahuan dan membina generasi baharu seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sedar atau tidak, kita telah melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama dua bulan. Ini bermakna dua bulan jugalah cikgu tidak dapat ke sekolah berjumpa dengan murid. Saya percaya sekarang ini ramai cikgu yang rindu untuk kembali semula ke sekolah dan bersua muka dengan anak murid masing-masing. Biasanya, hari ini sekolah akan meriah dengan pelbagai aktiviti sambutan Hari Guru. Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan tarikh keramat yang amat besar maknanya kepada semua yang bergelar guru. Saya pasti WhatsApp, Twitter atau Instagram cikgu dihujani dengan mesej ucapan Selamat Hari Guru. Namun, pada tahun ini suasana sambutan Hari Guru jauh berbeza. Ini kerana kita masih lagi menangani penularan wabak COVID-19. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna hari istimewa untuk guru tidak dapat diraikan. Sumbangan, jasa, bakti dan pengorbanan para guru selama ini tidak akan pernah dilupakan, bahkan akan terus dihargai dan tetap subur dalam hati sanubari kita semua. Saudara saudari yang saya kasihi, Penularan wabak COVID-19 telah banyak mengubah amalan pendidikan di negara kita. Sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan dilaksanakan, pengajaran dan pembelajaran tidak lagi dijalankan secara bersemuka. Sebaliknya, guru menggunakan pelbagai kaedah lain untuk berhubung dengan pelajar. Ramai yang menggunakan aplikasi dalam talian seperti Google Classroom, cikgooTUBE dan Zoom untuk melaksanakan pembelajaran di rumah atau homebased learning. Tidak kurang juga cikgu yang menggunakan WhatsApp dan Telegram. Saya diberitahu, ada juga cikgu yang menyampaikan latihan sukan secara online. Namun saya sedar bahawa masih ada kekangan dalam melaksanakan pembelajaran dalam talian di rumah kerana tidak semua murid mempunyai akses internet yang baik. Ramai juga yang tidak memiliki peranti yang sesuai. Untuk pelajar dalam kumpulan ini, saya tahu cikgu telah menggunakan pelbagai kaedah lain. Sebagai contoh, ada yang mencetak soalan untuk kerja rumah murid dan bekerjasama dengan PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) bagi menghantar soalan ke rumah murid. Saya amat terharu dan sangat menghargai kesungguhan para guru dan ibu-bapa kita. Setelah dua bulan sekolah ditutup, saya percaya ramai yang bertanya, bila sekolah akan dibuka? Sepertimana yang telah diumumkan oleh YB Menteri Kanan Pendidikan sebelum ini, tarikh pembukaan semula sekolah akan dimaklumkan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum sekolah dibuka. Ini bergantung kepada nasihat yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan. Apabila sekolah dibuka nanti, untuk permulaan, kita berikan keutamaan kepada murid yang akan menduduki peperiksaan SPM, SVM, STPM dan STAM untuk ke sekolah dahulu. Ini untuk memastikan SOP mengenai penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan diri yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dapat dipatuhi. SOP ini meliputi prosedur mengenai ketibaan murid di sekolah, pergerakan ke bilik darjah, sususan meja dalam bilik darjah, pergerakan di kantin dan pelbagai aspek lain. Selain itu, proses pendigitalan dengan menggunakan platform dalam talian atau pembelajaran maya akan terus diperkasa. Saya percaya pembelajaran maya adalah masa depan dalam pendidikan. Jadi, saya menyeru kepada guru-guru supaya mendalami kemahiran pengajaran secara atas talian dan home-based learning yang merupakan kebiasaan baharu dalam bidang perguruan. Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian, Di kesempatan ini saya ingin menzahirkan penghargaan saya kepada guru-guru yang telah mencapai pelbagai kejayaan cemerlang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Tahniah saya ucapkan kepada Cikgu Abd Rahman bin Ali dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jenjarom. Beliau merupakan Ikon Guru Teknologi Pendidikan Kebangsaan 2017, Ikon Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Kebangsaan 2018, MIE Expert Malaysia, Global Minecraft Mentor dan peserta Global Education Exchange Microsoft Sydney Australia 2020. Beliau mencapai kedudukan kelima teratas Cikgu Juara Digital Mydigitalmaker Kebangsaan 2020. Saya juga mengucapkan tahniah kepada Cikgu Lee Saw Im, guru mata pelajaran Kimia dari SMK Seri Bintang Utara yang telah berkhidmat selama 30 tahun. Beliau telah menerima Global Teacher Award 2019 dan pernah dinobatkan sebagai pemenang Best Science Teacher in South East Asia. Tahniah Cikgu Lee. Saya juga mengucapkan syabas kepada Cikgu Norhailmi Abdul Mutalib dari SMK Jerlun, Ayer Hitam, Kedah. Beliau merupakan finalis untuk Global Teacher Prize 2020. Cikgu Norhailmi adalah seorang guru yang inovatif dalam menghasilkan bahan pembelajaran menggunakan platform digital. Tahniah juga saya ucapkan kepada Cikgu Samuel Isaiah dari Sekolah Rendah (SK) Runchang, Muadzam Shah, Pahang yang juga turut disenarai pendek untuk Global Teacher Prize 2020. Saya diberitahu pendekatan pengajaran Cikgu Samuel telah berjaya meningkatkan pencapaian murid di sekolah beliau yang terletak di luar bandar. Hasil penat lelah para guru kita juga telah menghasilkan ramai anak murid yang berjaya, seperti adik Izzah Amzan dari Sekolah Sukan Bukit Jalil. Adik Izzah merupakan Gimnas Kebangsaan yang memenangi 2 pingat Emas dan 1 Perak di Temasya Sukan SEA 2019 di Filipina. Saya juga berbangga dengan pencapaian Pasukan Vincera dari SMK King George Kelima, Negeri Sembilan yang menjadi Naib Juara, Land Rover 4x4 in Schools Technology Challenge, World Finals 2019, di United Kingdom (UK). Saya juga gembira mengetahui kejayaan adik Nathanael Lim Yee Ning, Ling Guan Yee dan Ling Yan Ru dari Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kai Ming dan Sekolah Kebangsaan St Anthony, Bintulu yang memenangi pingat emas pada pertandingan inovasi Pameran Teknologi, Inovasi dan Reka Cipta, Harta Intelek Antarabangsa 2020. Tahniah saya ucapkan kepada anda semua. Saya percaya ramai lagi anak-anak kita yang mencapai kejayaan cemerlang dalam pelbagai bidang yang tidak dapat saya sebutkan di sini satu persatu. Mereka adalah harapan kita semua. Saya doakan mereka diberikan kejayaan cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi. Saudara-saudari yang saya kasihi, Saya ingin menyentuh sedikit mengenai pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Saya terlibat dalam merangka pelan ini ketika menjadi Menteri Pendidikan dahulu. Pada ketika itu kita amat bimbang dengan pencapaian pendidikan di negara kita yang dikatakan berada dalam kelompok satu pertiga terbawah atau the bottom third dalam penarafan sistem pendidikan di peringkat antarabangsa. Hari ini saya berasa agak lega dan gembira kerana hasil kerja keras para guru melaksanakan pelbagai inisiatif dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, negara kita telah berjaya melangkah keluar daripada kelompok satu pertiga terbawah. Pencapaian murid kita dalam ujian PISA bagi mata pelajaran Matematik telah meningkat daripada 421 mata pada tahun 2012 kepada 440 mata dalam tahun 2019. Pencapaian murid kita dalam mata pelajaran Sains juga telah meningkat daripada 420 mata pada tahun 2012 kepada 438 mata pada tahun 2019. Tahniah saya ucapkan kepada guru-guru kita semua. Walau bagaimanapun, pencapaian negara kita secara keseluruhannya masih berada di bawah paras pencapaian purata negara-negara OECD. Ini menuntut guru-guru kita supaya melipat gandakan lagi usaha untuk melonjakkan kualiti pendidikan negara kita agar setanding dengan kualiti pendidikan di peringkat antarabangsa. Saya tahu usaha ini akan memakan masa. Kerana itu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dirangka untuk dilaksanakan dalam tempoh 12 tahun, iaitu bermula dari tahun 2013 hingga 2025. Kita ada lima tahun lagi untuk melonjakkan kualiti pendidikan di negara kita supaya berada dalam kategori sepertiga teratas atau the top third dalam penarafan kualiti sistem pendidikan antarabangsa. Saya percaya dengan semangat, komitmen dan dedikasi para guru semua, kita akan berjaya mencapai matlamat ini. Sepertimana biasa sempena sambutan Hari Guru pada setiap tahun kerajaan akan memberi penghargaan kepada tokoh guru. Pada hari ini, saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan penerima anugerah Tokoh Guru Kebangsaan dan Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Nor Hainei Abu Bakar mantan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Selangor yang telah dipilih sebagai Tokoh Guru Kebangsaan. Saya juga mengucapkan tahniah kepada Tuan Haji Aminudin Adam, mantan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi) yang telah dipilih sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan. Anugerah ini merupakan penghargaan tertinggi negara kepada guru-guru yang telah mencurahkan khidmat bakti dan jasa yang tidak ternilai dalam mendidik anak bangsa. Saya berharap anugerah ini akan menjadi pembakar semangat kepada semua warga pendidik untuk terus bekerja keras dan memberikan sumbangan yang terbaik dalam melonjakkan lagi mutu pendidikan di negara kita. Sekian Terima kasih Saya mulai, dengan menyebut BismillahirRahmanirRahim, Alhamdulillahi Rabbil A'lamin, Wa bihi Nastai'n. Segala puji-puji bagi Allah Hu Ta'ala, yang telah menjadikan Tujuh Petala Langit dan Tujuh Petala Bumi,... juga,... yang telah mewujudkan keadaan gelap-gulita, ke alam terang benderang. Demikian juga, limpahan salawat, ke atas Nabi Muhammad, Rasul Pilihan,... Pembuka bagi sesuatu yang terkunci, Penutup bagi yang terdahulu, penolak yang batil, pembela hak dan kebenaran. Sejak Mac tahun 2009, saya telah membentangkan lebih 11 dokumen besar berkait ekonomi negara. Termasuklah, Pakej Rangsangan Pertama, Pakej Rangsangan Kedua, Rancangan Malaysia Ke-10 dan Rancangan Malaysia Ke-11, seterusnya Bajet 2010, hinggalah pada hari ini, akan dipersembahkan pula Bajet 2016. InsyaAllah, jika diberi izin oleh Tuhan yang Maha Menyimpan segala Tahu dan rahsia setiap sesuatu, kita berdoa serta berharap agar terus berpeluang lagi, dapat membentangkan Bajet-Bajet pada tahun-tahun selanjutnya,... Amin. Sesungguhnya, Bajet yang diangkat kali ini,... merupakan bagian daripada terjemahan Rancangan Malaysia Ke-11. Bajet ini adalah yang pertama, dalam rantaian 5 Bajet, sampailah terjulangnya negara tercinta ini kelak, menjadi sebuah watan, High Income Advanced Economy. InsyaAllah. Sebelum itu, sebagai hamba-hambaNya yang beringat lagi bersyukur, marilah bersama, dengan rasa kerendahan hati, mengambil sempena dan iktibar daripada sejarah dan sirah, berasaskan Al-Quran, melalui mafhum pengertian surah An- Nisa' ayat 58, seperti yang ditafsir oleh antaranya Imam Qurtubi, pabila menjadi pemimpin dan pemerintah, maka terserulah kepada kita, bagi menjaga hak-hak dan menghukum dengan saksama terhadap keperluan rakyat. Lantaran itu, sebelum diteruskan penyampaian ini, walau apa sekalipun diwajahkan di mana-mana, meski apa yang dilaporkan dalam media, berkait letak duduk dan keadaan Malaysia, kononnya, negara ini diambang muflis, berada dalam krisis ekonomi, nilai ringgit terjejas teruk, ekoran persepsi ketidakcekapan tadbir urus kewangan negara, serta pula dipertikai tentang tatacara perbelanjaan Kerajaan yang katanya tidak berhemah. Makanya, berdasarkan ehwal yang dihebah-hebahkan itu, moleklah kiranya saya mengambil kesempatan dalam Dewan yang mulia ini, untuk memperjelaskan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat khususnya, serta rakyat Malaysia, yang sedang menonton dan mendengar di luar sana, supaya mendapat gambaran yang benar serta tepat. Semenjak tahun 2009, janganlah sesekali kita lupa, satu persatu datangnya dugaan terhadap ekonomi negara. Kita telah berdepan dengan pelbagai ketidakkeruan ekonomi global dan pastinya kemelut iktisad domestik. Alhamdulillah, meskipun telah ditantang dengan segala aral dan rintangan itu, Kerajaan terbukti mampu menangani dan mengatasinya dengan begitu berkesan. Jika hendak disimpulkan, antaranya terdapat 6 pencapaian utama sebagai penanda kejayaan yang boleh diperbanggakan dalam mengangkat kembali kedudukan ekonomi negara, dari mana ia berada separuh dekad lalu. Pencapaian pertama: Jika ditinjau situasi ekonomi semasa Malaysia, ia mampu berkembang sebanyak 5.3 peratus bagi separuh tahun pertama 2015, dan dianggarkan mencapai 4.5 hingga 5.5 peratus sepanjang tahun, meskipun, ekonomi dunia dijangka berkembang pada kadar yang perlahan iaitu 3.1 peratus pada tahun ini. Dalam perkara ini, perlu kita ingat baik-baik, keadaan ekonomi sekarang, bak kata dalam bahasa Inggeris, there is no comparison whatsoever, berbanding tahun 1998. Nyatanya, pada ketika itu, telah berlaku krisis kewangan peringkat Asia, sehinggakan ekonomi negara menguncup kepada negatif 7.4 peratus. Sungguhpun begitu, kita sedar, bahawa kita tidak dapat lari daripada menghadapi kelembapan ekonomi global, termasuklah dari segi penurunan harga komoditi terutamanya minyak, kelapa sawit dan getah, penyusutan nilai ringgit, pertumbuhan perlahan di negara-negara kuasa besar ekonomi dunia. Justeru, pertumbuhan KDNK negara dijangka dapat berkembang pada kadar 4 hingga 5 peratus pada tahun 2016. Pertumbuhan ini, akan dipacu oleh pelaburan dan penggunaan swasta pada kadar 6.7 dan 6.4 peratus. Eksport pula, tumbuh pada kadar 0.9 peratus dan import 1.5 peratus. Sektor pembinaan berkembang 8.4 peratus, perkhidmatan 5.4 peratus, manakala pembuatan sebanyak 4.3 peratus. Pencapaian Kedua: Secara konsisten kita telah dapat mengurangkan defisit fiskal Kerajaan, daripada paras 6.7 peratus kepada 3.2 peratus yang dijangka pada tahun ini. Pencapaian Ketiga: Melalui Dasar Transformasi Nasional atau DTN yang bermula pada tahun 2010, Kerajaan ini, telah meneruskan mujahadah pembasmian kemiskinan. Hasilnya, dalam tempoh 5 tahun, kadar kemiskinan berkurang daripada 3.8 peratus pada tahun 2009, kepada kini 0.6 peratus pada tahun 2014. Malah, sebenarnya kemiskinan tegar telah hampir disifarkan. Pencapaian Keempat: Kalau dikaji, statistik pengangguran pada tahun 1999 adalah 3.4 peratus. Dengan kehendak Allah jua, hasil daripada pengurusan ekonomi negara yang berkesan, kita telah mengurangkan kadar pengangguran kepada 2.9 peratus dan Kerajaan telah berjaya mewujudkan sebanyak 1.8 juta peluang pekerjaan. Pencapaian Kelima: Seramai 5 juta rakyat di kawasan luar bandar telah berjaya mendapat manfaat kemudahan asas, seperti bekalan elektrik dan air bersih. Akhir sekali, Pencapaian Keenam: Rakyat telah mendapat pelbagai kemudahan seperti BR1M, Klinik 1Malaysia, UTC, RTC dan Kedai Rakyat 1Malaysia, demi meringankan kos sara hidup rakyat. Pada sudut lain, kemasukan pelaburan asing pula terus kukuh pada 22.4 bilion ringgit pada separuh pertama tahun ini, manakala indeks Bursa Kuala Lumpur mencatat 1,705 mata bersamaan nilai pasaran 1.675 trilion ringgit menjelang penutup bursa pada 22 Oktober 2015. Walaupun ringgit menyusut nilai, rizab antarabangsa kekal tinggi sebanyak 418 bilion ringgit pada 15 Oktober 2015 yang mampu sebenarnya membiayai selama 8.8 bulan import tertangguh dan 1.2 kali hutang luar jangka pendek. Laginya, pada tahun hadapan, negara dijangka terus berada dalam inflasi terkawal, di antara 2 hingga 3 peratus. Ini menunjukkan bahawa realitinya, Malaysia, negara kita yang tercinta bukanlah negara yang gagal atau bankrap, sebaliknya kita masih stabil,... masih kukuh dengan economic fundamental dan terus berdaya saing. Sebelum bingkisan Bajet tahun ini diteruskan, terdapat dua perkara mustahak yang wajar diberi penjelasan. Perkara pertama, adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau GST, yang hangat diperkatakan oleh orang ramai terutamanya sejak awal tahun ini. Dalam isu GST, Kerajaan berterima kasih kerana pematuhan dalam pendaftaran dan pengisytiharannya amat tinggi dan membanggakan. Suka saya memaklumkan kepada Dewan yang mulia, setakat ini, jumlah syarikat yang berdaftar dengan GST adalah hampir 400 ribu buah semuanya, dengan kadar patuh serahan atau submission mencapai lebih 90 peratus. Alhamdulillah, sesungguhnya keputusan Kerajaan melaksanakan GST adalah tepat, lebih-lebih lagi berikutan kejatuhan harga minyak kepada lebih 50 peratus daripada paras 100 dolar Amerika sebelum ini. Faktanya, Petroliam Nasional Berhad atau PETRONAS menyumbang sejumlah dividen kepada Perbendaharaan pada setiap tahun. Jumlah sumbangan dividen ini, bergantung kepada naik turunnya harga minyak dunia. Misalannya, dalam tempoh setahun di mana harga minyak adalah pada purata 100 dolar Amerika setong, pendapatan daripada dividen PETRONAS serta hasil cukai petroliam kepada negara, berjumlah 62 bilion ringgit. Akan tetapi, senarionya berbeza, pabila harga minyak telah turun kepada paras sekitar 50 dolar Amerika setong. Pendapatan daripada dividen PETRONAS serta hasil cukai petroliam kepada negara, berjumlah 44 bilion ringgit pada 2015. Harga minyak ini pula, dijangka akan kekal rendah pada 2016, dan kutipan hasil daripada sumber berkaitan minyak dianggar 31.7 bilion ringgit, atau penyusutan pendapatan Kerajaan lebih 30 bilion ringgit. Jadinya, jika sebelum ini, dalam beberapa pengumuman rasmi, saya, bagi pihak Kerajaan ada menyebut bahawa rakyat usahlah bimbang, kerana hasil kutipan GST dikembalikan semula demi manfaat ramai, malah, dimaklumkan pula bagaimana ia dibelanjakan. Ini adalah benar apa yang Kerajaan hasratkan dan tidak ada apa-apa agenda yang terselindung. Namun, keadaan telah berubah. Hasrat ini perlu diimbangi dengan realiti kedudukan kewangan negara, berdasarkan perkembangan harga minyak dunia yang tidak menentu seperti yang saya sampaikan tadi. Tetapi, disebabkan oleh kekurangan kutipan hasil petroliam, kutipan GST-lah yang terpaksa menjadi tampungan sebahagian besar daripadanya. Sehubungan itu, pada tahun 2016, dalam perkiraan Kerajaan, sekira dan seandainya GST tidak dilaksanakan, dan kita masih dengan sistem SST seperti yang sebelumnya, hasil negara akan berkurangan sebanyak 21 bilion ringgit. Jika dihalusi lagi, kalaulah kita kekal dengan SST, kutipan hanyalah sekadar 18 bilion ringgit berbanding GST iaitu sebanyak 39 bilion ringgit. Akibatnya, defisit negara akan meningkat kepada 4.8 peratus, dan bukan lagi 3.1 peratus seperti yang disasarkan pada tahun 2016. Andai kata ini berlaku, Kerajaan terpaksa meminjam termasuk untuk membayar gaji penjawat awam, penarafan kredit negara pula akan diturunkan dan kos pinjaman untuk semua, seperti pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan dan pinjaman perumahan, pastinya meningkat. Di atas segalanya, bersyukurlah kita kepada Allah, kerana Kerajaan yang ada tetap bertegas dengan pendirian, mempunyai dengan izin, political will atau keberanian serta iltizam politik untuk melaksanakan GST... sekalipun,...sekalipun... keputusan ini ternyata mendapat pelbagai cabaran dan tidak popular. Malah pihak seberang sana, yang mula-mula dulu menentang dengan begitu lantang dan keras, kini juga mula menerima GST, hatta telah memasukkannya pula dalam dokumen bajet mereka. Ini jelas menunjukkan, pendirian pembangkang yang sentiasa berubah-ubah dan tidak konsisten. Oleh itu, berdiri atas pendirian sedemikian, Kerajaan yang bertanggungjawab ini, akan terus melakukan keputusan-keputusan yang betul, waima tidak bersifat populis, demi,... mendahulukan rakyat dan kepentingan negara. Tuan Yang Dipertua dan Rakyat Malaysia sekalian, Oleh yang demikian, ternyatalah, GST ini sebetulnya merupakan satu sistem percukaian yang efisien. Maka sebab itulah, telah dilaksanakan di lebih 160 buah negara. Tampaknya juga, meskipun keadaan kewangan negara terkekang, kita terus mendengar denyut nadi dan rintihan rakyat. Kerana itu, setelah menerima maklum balas daripada pelbagai golongan masyarakat, termasuklah pihak NGO, dengan ini, sukalah saya mengumumkan bahawa, Kerajaan bersedia, melepaskan lagi pendapatan cukai GST terhadap beberapa barangan asas kehidupan seharian rakyat. Tujuh langkah penambahbaikan layanan GST, berkuatkuasa menjelang 1 Januari 2016, adalah seperti berikut: Pertama, pengenaan GST pada kadar sifar ke atas semua jenis Ubat Terkawal di bawah senarai Racun Kumpulan A, B, C dan D, serta tambahan sebanyak 95 jenama ubat over the counter, meliputi ubat bagi 30 jenis penyakit seperti ubat kanser, kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Ini melibatkan peningkatan dua kali ganda, dari 4,215 kepada 8,630 jenama ubat. Kedua: pengenaan GST pada kadar sifar ke atas barangan makanan berikut : • Susu bayi dan kanak-kanak berasaskan kacang soya dan susu organik; • Dhal, atau kata orang utara kacang 'parpu', berasaskan kekacang daripada kacang kuda, kacang hijau dan kacang putih; • Akar teratai atau lotus root dan sengkuang air atau water chestnut; • Biji sawi; • Gula merah; dan • Untuk orang Sarawak,...mee kolok kering Ketiga: Bagi membolehkan petani berskala kecil mendapat manfaat dari Skim Kadar Rata di bawah GST, Kerajaan mencadangkan supaya, threshold jualan tahunan untuk tujuan pendaftaran di bawah skim ini diturunkan daripada 100 ribu ringgit kepada 50 ribu ringgit; Dengan penurunan threshold, ia bererti, lebih ramai petani kecil boleh mendaftar di bawah skim ini dan mengenakan tambahan 2 peratus ke atas nilai jualannya, dan amaunnya boleh disimpan untuk menampung sebarang GST yang telah dibayar ke atas inputnya. Keempat: Bagi syarikat-syarikat yang terlibat dalam aktiviti penyelenggaraan, pembaikan dan baikpulih di dalam industri aeroangkasa pula akan dibenarkan menyertai Approved Trader Scheme dan diberi pelepasan GST ke atas pengimportan barang-barang; Kelima: Pelepasan GST juga diberikan ke atas pengimportan semula barangan yang telah dieksport secara sementara bagi tujuan promosi, penyelidikan atau pameran; Keenam: Kini, bagi industri minyak dan gas pula, pelepasan GST diberikan kepada pengimportan semula peralatan yang dieksport secara sementara, bagi tujuan sewaan dan pajakan seperti peralatan pelantar minyak juga platform terapung; serta Ketujuhnya: Pelepasan GST juga diberi untuk perolehan bahan dan peralatan mengajar, kepada penyedia latihan kemahiran dan vokasional yang menjalankan program diluluskan di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006. Kerajaan menyedari bahawa ramai pengguna telefon bimbit terutamanya daripada golongan belia, bergantung kepada perkhidmatan telekomunikasi prabayar atau prepaid card. Berhubung ini, para pengguna warga Malaysia, akan mendapat kembali rebat bersamaan dengan amaun GST yang dibayar, yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun perkhidmatan prabayar mereka. Langkah ini, adalah mulai 1 Januari 2016 sehingga 31 Disember 2016. Seterusnya, bagi memantapkan struktur cukai supaya lebih kompetitif dan progresif, banjaran pendapatan bercukai bagi kadar cukai tertinggi ditingkatkan daripada 25 peratus, kepada 26 peratus bagi mereka yang berpendapatan antara 600 ribu ringgit dan 1 juta ringgit. Sementara itu, mereka yang berpendapatan melebihi 1 juta ringgit, kadar cukai akan dinaikkan daripada 25 peratus kepada 28 peratus. PERUNTUKAN BAJET 2016 Bajet 2016 memperuntukkan 267.2 bilion ringgit berbanding 260.7 bilion ringgit peruntukan dipinda 2015. Daripada jumlah tersebut, 215.2 bilion ringgit adalah untuk perbelanjaan mengurus dan 52 bilion ringgit bagi perbelanjaan pembangunan. Di bawah peruntukan mengurus, 70.5 bilion ringgit adalah untuk Emolumen dan 36.3 bilion ringgit bagi Perkhidmatan dan Bekalan. Manakala sebanyak 106.6 bilion ringgit adalah Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Pembelian Aset pula diperuntukkan sebanyak 761 juta ringgit dan 1 bilion ringgit kepada perbelanjaan lain. Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan tertinggi sebanyak 30.1 bilion ringgit, diikuti oleh sektor sosial 13.1 bilion ringgit merangkumi pendidikan dan latihan, kesihatan, perumahan serta kesejahteraan masyarakat. Manakala, sektor keselamatan pula diperuntukkan sebanyak 5.2 bilion ringgit. Selebihnya, diagihkan kepada sektor pentadbiran am iaitu sebanyak 1.6 bilion ringgit dan simpanan luar jangka sebanyak 2 bilion ringgit. Bagi tahun 2016, kutipan hasil Kerajaan Persekutuan dianggarkan sebanyak 225.7 bilion ringgit, yakni peningkatan sebanyak 3.2 bilion ringgit berbanding 2015. Dengan mengambil kira unjuran hasil dan perbelanjaan Kerajaan, defisit fiskal Kerajaan dijangka menguncup kepada 3.1 peratus pada 2016. Bajet ini dan bajet-bajet seterusnya akan berteraskan keseimbangan diantara Capital Economy dan People Economy. Disamping itu, kita perlu mencapai pertumbuhan yang bersifat inklusif, sustainable dan membina sebuah negara yang kompetitif, progresif, bersahsiah dan morally strong, dalam satu kehidupan masyarakat yang saling berpadu. Lantaran demikian, saya pohon membentangkan sebuah Bajet yang bertemakan "Mensejahtera Kehidupan Rakyat", bertunjangkan 5 Keutamaan. KEUTAMAAN PERTAMA: MEMPERTEGUH KETAHANAN EKONOMI NEGARA. Langkah satu: Aktiviti pelaburan domestik akan terus dirancakkan dengan jangkaan sumbangan kepada KDNK pada 26.7 peratus bagi 2016. Ini akan dipacu oleh pelaburan swasta yang meningkat sebanyak 218.6 bilion ringgit serta disokong oleh pelaburan awam sebanyak 112.2 bilion ringgit. Dalam langkah ini, terdapat sembilan projek dan inisiatif yang akan dilaksanakan: Pertama: Membangun Malaysian Vision Valley meliputi keluasan tanah seluas 108,000 hektar dari Nilai ke Port Dickson seperti yang telah dibentangkan pada RMK-11, dengan unjuran pelaburan permulaan 5 bilion ringgit pada tahun 2016; Kedua: Melaksana Cyber City Centre di Cyberjaya dengan nilai pembangunan hampir 11 bilion ringgit dalam tempoh 5 tahun; Ketiga: Membangun Bandar Lapangan Terbang atau Aeropolis KLIA di kawasan seluas 1,300 ekar dan dijangka menarik pelaburan sebanyak 7 bilion ringgit; Keempat: Pelaburan 6.7 bilion ringgit oleh Khazanah Nasional Berhad, dalam 9 projek domestik berimpak tinggi seperti dalam bidang penjagaan kesihatan, pendidikan, pelancongan, perisian dan infrastruktur komunikasi; Kelima: Khazanah Nasional juga memperuntukkan 500 juta ringgit untuk modal teroka dan dana ekuiti persendirian termasuk dana teroka modal pelancongan sebanyak 50 juta ringgit; Keenam: Pelaburan seterusnya dianggarkan 18 bilion ringgit untuk tahun 2016, bagi Projek RAPID Complex di Pengerang, Johor; Ketujuh: Untuk menarik lebih banyak pelaburan swasta, antara projek yang sedang dilaksanakan adalah pembangunan Rubber City di Kedah dengan peruntukan 320 juta ringgit, Taman Perindustrian Samalaju, Sarawak sebanyak 142 juta ringgit dan Jeti Minyak Kelapa Sawit di Sandakan, Sabah sebanyak 20 juta ringgit; dan Kelapan: Tumpuan turut diberi kepada pembangunan industri Kimia, Elektronik dan Elektrikal, Mesin dan Peralatan, Aeroangkasa, Peranti Perubatan dan Perkhidmatan. Untuk itu, 730 juta ringgit disediakan kepada dana-dana di bawah MIDA; dan Kesembilan: Bagi terus menggalakkan pelaburan semula oleh syarikat sedia ada dalam sektor pengilangan dan pertanian terpilih yang telah tamat tempoh Elaun Pelaburan Semula atau Reinvestment Allowance, insentif baharu Elaun Pelaburan Semula Khas akan diberikan. Kadar tuntutan adalah 60 peratus daripada perbelanjaan modal yang layak dan dibenarkan ditolak daripada 70 peratus daripada pendapatan berkanun untuk tahun taksiran 2016 hingga tahun taksiran 2018. Langkah 2: Dalam mempergiatkan pasaran modal pula, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan beberapa inisiatif termasuk potongan cukai diberi ke atas kos penerbitan sukuk Sustainable and Responsible Investments dan Pengecualian duti setem sebanyak 20 peratus ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk pembelian rumah. Langkah 3: Sememangnya, PKS memainkan peranan penting dalam membangunkan rantaian nilai perniagaan. Ia dijangka menyumbang kepada 41 peratus KDNK menjelang 2020. Untuk itu, lima tindakan berikut akan diambil: Pertama: Tambahan satu bilion ringgit bagi Skim Dana Pembiayaan PKS Patuh Syariah sehingga 31 Disember 2017, dengan Kerajaan menanggung dua peratus daripada kadar keuntungan pembiayaan; Kedua: 107 juta ringgit untuk Pelan Induk PKS bagi pemberian dana di pelbagai peringkat perniagaan; Ketiga: 60 juta ringgit untuk Skim Anjakan Usahawan dan Skim Peningkatan Kapasiti serta Keupayaan PKS; Keempat: Menubuhkan dana pinjaman mudah SME Technology Transformation Fund sejumlah 200 juta ringgit, di bawah SME Bank pada kadar faedah empat peratus; dan Kelima: 18 juta ringgit untuk memperluas Projek Transformasi Kedai Runcit atau TUKAR, dan Projek Automative Workshop Modernisation atau ATOM. Langkah 4: Seperti yang kita tahu, infrastruktur merupakan pemangkin kepada keseluruhan pembangunan ekonomi dan sosial negara. Terkini, ingin saya maklumkan, bahawa, Malaysia menduduki tangga ke-25 di antara 160 negara yang disenaraikan dalam Laporan Indeks Pencapaian Logistik Bank Dunia 2014. Sehubungan itu, Kerajaan akan terus menambahbaik infrastruktur logistik, termasuklah membina dan menambahbaik jaringan pengangkutan rel, serta lebuhraya pada 2016. Ini termasuk, Lebuhraya Damansara - Shah Alam, Lebuhraya Sungai Besi - Ulu Klang, Lebuhraya Pulau Indah dan Lebuhraya Central Spine Road. Untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di ibukota pula, 900 juta ringgit diperuntukkan untuk Projek Penyuraian Trafik Jalan Tun Razak, yang akan dilaksanakan secara kerjasama strategik awam-swasta. Kerajaan juga akan mengkaji pembinaan lebuhraya pesisiran pantai Masjid Tanah ke Klebang dan dari Klebang ke Jambatan Syed Abdul Aziz, di Melaka. Seterusnya, sebanyak 42 juta ringgit disediakan bagi pembinaan Lapangan Terbang Mukah, Sarawak dan menaik taraf lapangan terbang di Kuantan dan Kota Bharu. Kajian akan turut dilaksanakan, bagi pembesaran landasan di lapangan terbang di Batu Berendam, Melaka. Demi keselesaan penduduk di kawasan bandar, sistem Pengangkutan Awam yang efisien sedang rancak dibangunkan. Ini semua dilaksanakan dengan peruntukan yang besar kerana kita mahu memudahkan kehidupan rakyat di kawasan bandar. Izinkan saya memberi sedikit status terkini, tentang antara projek terbesar dalam sejarah negara, iaitu projek pengangkutan awam bersepadu MRT-LRT. Bagi projek sambungan LRT Laluan Ampang, dengan jarak 18.1 kilometer, akan boleh kita naiki pada Mac 2016. Manakala, bagi projek sambungan LRT Laluan Kelana Jaya sehingga Putra Heights, dengan jarak 17.4 kilometer pula, akan boleh dinaiki pertengahan tahun 2016. Kedua-dua projek sambungan ini, bernilai 10 bilion ringgit. Projek MRT jajaran Sungai Buloh - Semantan pula, juga dapat digunakan pada tahun 2016, pada bulan Disember. Manakala, Fasa 2 Semantan - Kajang dijangka siap pertengahan 2017. Projek ini, dengan jarak 51 kilometer sedang dilaksanakan dengan kos 32 bilion ringgit. Hasil daripada permintaan ramai, Kerajaan juga telah memulakan rangkaian perhubungan awam lain seperti berikut: Pertama: Projek MRT II dari Sungai Buloh - Serdang- Putrajaya dengan jarak 52 kilometer, akan memanfaatkan 2 juta penduduk dengan anggaran kos pembinaan 28 bilion ringgit. Kerja pembinaan direncana bermula dalam suku kedua 2016 dan dijangka siap menjelang 2022; Kedua: Projek LRT3 dari Bandar Utama, Damansara- Johan Setia, Klang dengan jarak 36 kilometer, akan memanfaatkan 2 juta penduduk dengan anggaran kos pembinaan 10 bilion ringgit. Ia mula dibina 2016 dan siap pada 2020. Disamping itu, Kerajaan juga akan meneruskan rundingan High Speed Rail dengan Kerajaan Singapura; dan Ketiga: Bagi perkhidmatan awam bas, projek Bus Rapid Transit atau BRT KL-Klang pada kos melebihi 1.5 bilion ringgit, dan BRT Kota Kinabalu pada kos hampir 1 bilion ringgit akan dilaksanakan. Untuk menambahbaik infrastruktur telekomunikasi pula, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyediakan 1.2 bilion ringgit, antara lain, untuk meningkatkan kelajuan internet luar bandar 4 kali ganda dari sehingga 5 Megabit sesaat, kepada 20 Megabit sesaat,. National Fiber Backbone Infrastructure, Jalur lebar berkelajuan tinggi dan sistem kabel dasar laut. Selain itu, 250 juta untuk projek pendigitalan penyiaran nasional bagi meningkatkan kualiti audio visual dan memberi nilai tambah kepada kandungan TV serta transaksi data interaktif. Memang dari dahulu lagi, semenjak merdeka, kesejahteraan penduduk luar bandar, menjadi keutamaan kita. Mana mungkin kita meminggirkan mereka. Liputan jalan luar bandar telah meningkat daripada 46 ribu pada 2009 kepada 51 ribu kilometer, 98 peratus kawasan luar bandar telah mendapat bekalan elektrik, dan hampir 95 peratus mendapat bekalan air. Kerajaan akan terus melaksanakan usaha pembangunan infrastruktur kawasan luar bandar seperti berikut: Pertama: 1.4 bilion ringgit bagi membina serta menaik taraf jalan luar bandar sepanjang 700 kilometer di seluruh negara. Selain itu, 200 juta ringgit lagi disediakan bagi menaik taraf jalan di kawasan penempatan FELDA; Kedua: 878 juta ringgit untuk Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar, yang membabitkan 10 ribu buah rumah. 568 juta ringgit bagi Projek Bekalan Air Luar Bandar untuk 3 ribu buah rumah; Ketiga: 60 juta ringgit untuk Program Ameniti Sosial, terutamanya projek perparitan bagi mencegah berlakunya banjir. Tumpuan diberikan kepada negeri-negeri yang terlibat banjir seperti Kelantan, Kedah, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak; Keempat: Sebagai pemangkin keusahawanan di kawasan luar bandar dan komuniti desa, 70 juta ringgit untuk meneruskan Program Rural Business Challenge dan Program Desa Lestari; serta Kelima: 67 juta ringgit diperuntukkan bagi Projek Kenderaan Bas MARA, untuk pengendalian pengangkutan bas di laluan yang tidak ekonomik di luar bandar. Langkah Kelima: Sektor pelancongan merupakan sektor yang paling berpotensi untuk menjana ekonomi negara dalam keadaan kini. Untuk 2016, Kerajaan mensasarkan 30.5 juta pelancong yang dijangka menyumbang sebanyak 103 bilion ringgit kepada ekonomi negara. 1.2 bilion ringgit pula diperuntukkan kepada Kementerian Pelancongan untuk tujuan ini. Tambahan lagi, permohonan visa secara atas talian atau online application, akan dilaksanakan bermula dengan negara China, India, Myanmar, Nepal, Sri Lanka, Amerika Syarikat dan Kanada. Di samping itu, untuk memudahkan pelancong dan pelawat untuk berkunjung ke Malaysia, Kerajaan akan melaksanakan e-Visa menjelang pertengahan 2016. Seterusnya, bagi mengambil peluang atas kedudukan Ringgit, kini, dan usaha untuk menarik lebih ramai pelancong, pengecualian cukai pendapatan sedia ada sebanyak 100 peratus daripada pendapatan berkanun diberikan kepada pengusaha pelancongan dilanjutkan mulai tahun taksiran 2016 sehingga tahun taksiran 2018. Seperti yang kita sedia maklum, aktiviti ekonomi dalam sektor pertanian, adalah sumber makanan negara dan merupakan tempat pergantungan pendapatan bagi petani, pesawah dan nelayan. Sehubungan ini, 5.3 bilion ringgit diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Antara program yang akan dilaksanakan: Pertama: 450 juta ringgit bagi pelbagai program berimpak tinggi seperti program penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran serta geran pemadanan dan penyelidikan produk herba dan penternakan ikan dalam sangkar; Kedua: 180 juta ringgit bagi menaiktaraf infrastruktur saliran dan pengairan di kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu; Ketiga: 190 juta ringgit kepada FAMA, bagi tujuan Program Penurunan Harga, dengan menambah 50 buah lagi Pasar Tani dan mewujudkan 150 Agrobazaar Rakyat 1Malaysia atau ABR1M yang baru. 40 peratus daripada barang jualan ABR1M, adalah barang-barang basah seperti ikan dan sayur yang harganya, dianggarkan 5 hingga 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran; dan Keempat: 90 juta ringgit diperuntukkan untuk Program Pembangunan Agropreneur Muda dalam bentuk geran in-kind, Dana Pembiayaan Usahawan, penjenamaan semula MARDI, Jabatan Veterinar, Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan; serta pelaksanaan Projek Ladang Pengganda untuk penternakan lembu dan ladang ayam kampung. Dalam mengolah dasar sesuai dengan keadaan ekonomi terkini, Kerajaan mencadangkan galakan cukai bagi aktiviti pengeluaran bahan makanan dilanjutkan sehingga 2020. Insentif yang disediakan adalah seperti berikut: Pertama: Syarikat yang melabur dalam syarikat subsidiari yang menjalankan projek pengeluaran bahan makanan, akan diberi potongan cukai bersamaan jumlah pelaburan yang dibuat; Kedua: Syarikat yang menjalankan projek baharu pengeluaran bahan makanan pula diberi pengecualian cukai pendapatan 100 peratus selama 10 tahun; dan Ketiga: Syarikat sedia ada yang menjalankan projek pembesaran pula, juga diberikan insentif yang sama untuk tempoh 5 tahun. Skop insentif juga akan diperluas kepada ternakan rusa, tanaman cendawan, kelapa, rumpai laut, lebah madu dan kelulut serta tanaman makanan ternakan seperti ubi keledek dan ubi kayu. Sehubungan dengan tindakan-tindakan tadi, Kerajaan akan melipat-gandakan sokongan untuk memperkukuhkan eksport negara. Dengan itu, 235 juta ringgit diperuntukkan kepada MATRADE, untuk Program Promosi 1Malaysia, Dana Eksport Perkhidmatan dan Dana Promosi Eksport. MATRADE dan SME Corp juga akan meningkatkan keupayaan PKS dan syarikat peringkat pertengahan atau mid-tier, untuk mengeksport barangan dan perkhidmatan ke luar negara. Seterusnya, bagi mempelbagaikan penggunaan matawang asing untuk urusan perdagangan pula, Bank Negara Malaysia menyediakan kemudahan credit swap Ringgit-Renminbi kepada bank tempatan. Pada masa ini, PKS boleh menuntut pengecualian cukai pendapatan sebanyak 10 atau 15 peratus daripada nilai peningkatan eksport. Untuk terus meningkatkan eksport, PKS diberi kelonggaran mematuhi syarat nilai tambah iaitu 30 peratus kepada 20 peratus, dan 50 peratus kepada 40 peratus bagi produk perkilangan. Kelonggaran ini akan diberikan bagi tahun taksiran 2016 hingga 2018. Bagi menggalakkan perkhidmatan penilaian dan pematuhan piawaian antarabangsa dilakukan di dalam negara, Kerajaan akan memberi galakan untuk penubuhan Independent Conformity Assessment Bodies atau ICAB. Setakat hari ini, Malaysia telah menandatangani 13 perjanjian perdagangan bebas atau FTA iaitu 6 secara serantau melalui ASEAN dan 7 secara dua hala. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan dasar ekonomi terbuka, di mana jumlah dagangan adalah sekitar 150 peratus melebihi KDNK, Kerajaan telah menerima secara prinsipnya, Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau TPP. Walaubagaimanapun, pertimbangan secara muktamad akan dibuat di Parlimen kelak. KEUTAMAAN KEDUA: MENINGKATKAN PRODUKTIVITI, INOVASI DAN TEKNOLOGI HIJAU. Lonjakan inovasi dan kreativiti adalah kritikal untuk meningkatkan produktiviti kita. Penggunaan teknologi hijau akan turut membantu melestarikan sumber-sumber asli negara. Oleh yang demikian, Kerajaan mensasarkan pertumbuhan produktiviti buruh sebanyak 3.7 peratus setahun melalui: Langkah Satu: Bagi menjadikan negara sebagai hab teknologi yang kompetitif di rantau ini, 1.5 bilion ringgit diperuntukkan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Lantaran, 2016 akan diisytiharkan sebagai Tahun Pengkomersilan Malaysia, dalam melonjakkan hasil produk R&D oleh institusi penyelidikan tempatan. Maka, inisiatif- inisiatif berikut akan dilaksanakan: Pertama: PKS yang membuat perbelanjaan untuk projek R&D sehingga 50 ribu ringgit bagi setiap tahun taksiran, layak menuntut potongan cukai dua kali secara automatik. Kemudahan ini diberikan bagi tahun taksiran 2016 sehingga 2018; Kedua: 100 juta ringgit kepada Agensi Inovasi Malaysia; Ketiga: 200 juta ringgit di bawah Skim Dana Lonjakan Teknologi dan Inovasi oleh Malaysia Debt Ventures Bhd; Keempat: 35 juta ringgit kepada MaGIC, sebagai Peneraju Hab Keusahawanan dan Inovasi Serantau, termasuk 10 juta ringgit sebagai dana permulaan untuk Corporate Entrepreneurs Responsibility Fund; Kelima: 30 juta ringgit untuk pelbagai program keusahawanan generasi muda seperti Global Entrepreneurship Community, BAHTERA, GREAT, 1MET, National Innovation Competition serta Projek Perintis Coding di sekolah; dan Keenam: Bagi menggiatkan aktiviti demand driven innovation, pada tahun 2016, Kerajaan akan memperuntukkan 50 juta ringgit untuk Public-Private Research Network. Langkah Dua: Bagi mempertingkatkan penggunaan teknologi dalam sektor pembinaan, Kerajaan akan menggalakkan lagi penggunaan teknologi Industrialised Building System atau IBS. Sehubungan itu, Kerajaan menggalakkan lebih banyak syarikat menggunapakai teknologi IBS. Bagi tujuan ini, dana khas IBS Promotion Fund sebanyak 500 juta ringgit disediakan melalui SME Bank, sebagai pinjaman mudah kepada pemaju dan kontraktor kategori G5 dan ke bawah. Langkah Tiga: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan melaksanakan pelbagai usaha teknologi hijau termasuk penyediaan bekalan air bersih, melalui pembinaan loji rawatan air, dengan peruntukan 877 juta ringgit. 515 juta ringgit pula, diperuntukkan bagi meningkatkan mutu bekalan elektrik di Sabah. Kerajaan turut mensasarkan pengurangan intensiti pelepasan gas rumah hijau sehingga 40 peratus KDNK pada tahun 2020, melalui: Pertama: Pelaksanaan Pelan Tindakan Mobiliti Elektrik termasuk proses audit tenaga dengan peruntukan 45 juta ringgit; Kedua: Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari atau SEDA melaksanakan Skim Pemeteran Tenaga Bersih, dengan kuota 100 MW setahun, dalam menggalakkan penggunaan solar photovoltaic; dan Ketiga: Melanjutkan tempoh pelaksanaan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau sehingga 31 Disember 2017, dengan dana sebanyak 1.2 bilion ringgit. KEUTAMAAN KETIGA: MEMPERSIAGA MODAL INSAN. Perkara ini amat kritikal untuk masa depan negara. Justeru Kerajaan akan mengambil langkah-langkah seperti: Langkah 1: Di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, sebanyak 41.3 bilion ringgit akan diperuntukkan pada 2016. Antara lain, Kerajaan akan membina: • 30 sekolah rendah; • 27 sekolah menengah; • 4 buah MRSM di Sik, Kedah, serta Ketereh, Tanah Merah, Kelantan, Bagan Datoh, Perak; dan • 5 buah Sekolah Berasrama Penuh di Alor Gajah, Melaka, Pendang, Kedah, Segamat dan Ledang di Johor dan Jerantut, Pahang. Untuk peringkat kelas prasekolah pula, 44.6 juta ringgit diperuntukkan untuk pelbagai program di 9,113 buah kelas seluruh Malaysia. Untuk meningkatkan Penguasaaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, 135 juta ringgit diperuntukkan bagi program Memartabat Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris. Oleh kerana, Bahasa Inggeris amat penting dalam persaingan global semasa, maka dua lagi inisiatif, iaitu Dual Language Programme dan Highly Immersive Programme akan dilaksanakan secara optional dengan kos 38.5 juta ringgit. Dalam hal ini, 300 buah sekolah telah dikenal pasti sebagai projek perintis. Bagi meringankan tanggungan ibubapa untuk perbelanjaan persekolahan anak-anak, bantuan 100 ringgit akan diteruskan. Mulai Januari 2016, ia hanya dikhususkan kepada pelajar sekolah dari kalangan isi rumah berpendapatan 3 ribu ringgit ke bawah. Ini memanfaatkan 3.5 juta pelajar dengan peruntukan 350 juta ringgit. Selain itu, program rancangan makanan tambahan yang melibatkan 550 ribu pelajar dari keluarga miskin yang tersenarai dalam eKasih akan ditambah baik. Program ini, yang sebelumnya hanya tertakluk kepada makanan waktu rehat, akan diperluaskan dengan kos tambahan 173 juta ringgit untuk sarapan pagi. Kos keseluruhan program ini sebanyak 423 juta ringgit. Seperti tahun-tahun sebelum ini, Kerajaan juga terus menyediakan peruntukan untuk membangunkan dan menyelenggara Fasiliti Pendidikan untuk Sekolah Kebangsaan; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina; Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil; Sekolah Mubaligh; Sekolah Berasrama Penuh; Sekolah Agama Bantuan Kerajaan; MRSM; Sekolah Pondok yang berdaftar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Cina atau Conforming School yang mengguna pakai kurikulum Kebangsaan. Peruntukan bagi tujuan ini, keseluruhannya berjumlah 500 juta ringgit. Langkah Dua: Pembiayaan biasiswa diteruskan dengan agihan, antaranya seperti berikut: • 1.65 bilion ringgit melalui Jabatan Perkhidmatan Awam; • 288 juta ringgit melalui Kementerian Pendidikan; • 250 juta ringgit melalui Kementerian Pendidikan Tinggi; dan • 258 juta ringgit melalui Kementerian Kesihatan. Selanjutnya, dalam menggalakkan lagi pendidikan tinggi, sukacita saya umumkan, had maksima pelepasan cukai ke atas yuran pengajian pendidikan tinggi bagi pembayar cukai individu, dinaikkan kepada 7 ribu ringgit daripada 5 ribu ringgit setahun. Ini dilengkapkan lagi dengan penerusan Program Baucar Buku 1Malaysia yang bernilai 250 ringgit, bagi 1.2 juta pelajar. Untuk mengelakkan salah guna baucar ini, kaedah penebusan akan diperkemaskan hanya di kedai-kedai buku yang diiktiraf. Langkah Tiga: Dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan pekerja, kita mensasarkan 60 peratus daripada 1.5 juta pekerjaan baharu, adalah pekerja berkemahiran TVET menjelang 2020. Sejumlah 4.8 bilion ringgit diperuntukkan kepada 545 Institusi TVET di bawah Bajet ini. Dalam usaha ini juga, MITI akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kemahiran Industri bagi menyelaras program TVET dengan kerjasama pihak industri. Selain daripada itu, lebih 330 ribu pelatih akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini melalui antaranya program-program berikut: Pertama: 585 juta ringgit untuk peralatan latihan TVET di Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran MARA, Institut Kemahiran Belia Negara, Institut Latihan Perindustrian, GiatMARA dan Kolej Vokasional; Kedua: 350 juta ringgit untuk membiayai program di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran; dan Ketiga: 80 juta ringgit untuk penubuhan Akademi Pelancongan di Kolej Komuniti Kota Kinabalu, Kolej Vokasional Sandakan serta Institut Latihan Perindustrian Serian, Sarawak Langkah Empat pula, berkenaan Memperkasa Belia, Komuniti dan NGO. Bagi langkah ini, Bajet 2016 memperuntukkan 930 juta ringgit kepada Kementerian Belia dan Sukan bagi inisiatif berikut: Pertama: 280 juta ringgit untuk latihan teknikal dan vokasional di Institut Kemahiran Belia Negara dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara; Kedua: 50 juta ringgit untuk meningkatkan aktiviti pembangunan belia dalam kegiatan ekonomi dan keusahawanan; Ketiga: 145 juta ringgit untuk mempersiapkan atlet negara untuk menghadapi cabaran Sukan SEA ke 29, dan Sukan Para ASEAN ke 9 pada tahun 2017 di Kuala Lumpur; Keempat: 75 juta ringgit untuk terus melahirkan jaguh sukan bertaraf dunia melalui Program Pembangunan Podium Sukan Elit; Kelima: 22 juta ringgit untuk membina 2 Kompleks Sukan di Bagan Datoh dan Kuantan; dan Keenam: 360 juta ringgit untuk menambahbaik Program Latihan Khidmat Negara bagi 20 ribu pelatih. Ia melibatkan kurikulum baru seperti kemahiran berfikir secara kreatif dan kemahiran teknikal. Akhir sekali, 160 juta ringgit disediakan untuk NGO-NGO, bagi melaksanakan program berasaskan pembangunan komuniti, perpaduan, kebajikan masyarakat, kesihatan dan keselamatan. Langkah Lima, memfokus kepada Kualiti Tenaga Kerja.Bagi meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja, program seperti berikut akan dilaksanakan: Pertama: Memperuntukkan 30 peratus daripada Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia, sebagai dana terkumpul bagi melaksanakan program latihan mengikut keperluan industri setempat di Sabah dan Sarawak, serta Outplacement Centre bagi melatih semula pekerja yang telah diberhentikan; dan Kedua: Melatih 15 ribu peserta melalui program Skim Latihan 1Malaysia atau SL1M dengan kos 250 juta ringgit yang akan dibiayai sepenuhnya oleh GLC. Untuk Menambahbaik Pengurusan Tenaga Kerja Asing pula, sebanyak 77 juta ringgit akan diperuntukkan oleh PSMB bagi menjalankan program seperti Train & Replace dalam bidang terpilih seperti hospitaliti, perkapalan dan pengangkutan. Kerajaan terus komited dengan hasrat untuk mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus penglibatan wanita di peringkat membuat keputusan dalam sektor awam dan swasta. Ini termasuklah di peringkat Lembaga Pengarah; dan Kerajaan akan sentiasa memantau pencapaian dasar ini. KEUTAMAAN KEEMPAT: MEMPERKASA AGENDA BUMIPUTERA. Perlu saya tegaskan, bahawa pemerkasaan Bumiputera adalah agenda nasional dan ini tentunya, merangkumi pembangunan masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Sebanyak 150 juta ringgit disalurkan kepada TERAJU untuk pelaksanaan pelbagai program termasuk Skim Usahawan Permulaan Bumiputera dan Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi 150 juta ringgit diperuntukkan kepada Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera untuk melaksanakan program Peneraju Tunas, Peneraju Profesional serta Peneraju Skil dan Iltizam. Manakala, kepada MARA pula, diperuntukkan 3.7 bilion ringgit, termasuk menaja pengajian 72 ribu pelajar Bumiputera di peringkat pendidikan tinggi. Bagi memantapkan pemilikan ekuiti serta memperhebat keusahawanan dan perniagaan Bumiputera, peruntukan akan diberikan seperti berikut: Pertama: 400 juta ringgit kepada Dana Ekuiti Nasional Berhad atau EKUINAS; Kedua: 250 juta ringgit kepada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad; Ketiga: 150 juta ringgit kepada Pelaburan Hartanah Berhad; dan Keempat : 100 juta ringgit sebagai pinjaman kepada UDA Holdings untuk tujuan pembangunan Kampung Baru Kuala Lumpur. Manakala, untuk agenda pembangunan di Sabah dan Sarawak, langkah-langkah berikut akan dilaksanakan: Pertama: Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang meliputi jajaran sepanjang 1,090 km, dijangka siap sepenuhnya pada 2021 dengan anggaran kos sebanyak 16.1 bilion ringgit. Di Sabah pula, fasa 1 lebuhraya ini, akan mula dibina pada 2016 meliputi 706 kilometer, bermula dari Sindumin ke Tawau, dengan anggaran kos 12.8 bilion ringgit. Sukacitanya saya berkongsi sekali lagi, Lebuhraya Pan Borneo ini akan bebas daripada sebarang bayaran tol; Kedua: Pengangkutan penumpang udara merupakan antara mod utama pengangkutan bagi penduduk pedalaman, di Sabah dan Sarawak serta Labuan. Maka, perkhidmatan pengangkutan penumpang udara domestik kelas ekonomi bagi laluan Rural Air Services dikecualikan daripada GST; Ketiga: Sebagai satu program baru, 70 juta ringgit disediakan melalui Bank Simpanan Nasional dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak, bagi pinjaman tanpa faedah untuk tujuan membina rumah-rumah panjang dengan had pinjaman 50 ribu ringgit untuk setiap unit di rumah panjang; Keempat: 70 juta ringgit sebagai subsidi baja padi huma disediakan untuk meningkatkan bekalan makanan dan pendapatan penanam padi huma, yang meliputi kawasan seluas 65 ribu hektar di Sarawak, dan 11 ribu hektar di Sabah; Kelima: 260 juta ringgit disediakan untuk Program 1Harga 1Sarawak dan Program 1Harga 1Sabah bagi memastikan keseragaman harga barangan terpilih di seluruh negara; Keenam: 115 juta ringgit disediakan khusus bagi Program Khas Bumiputera Sabah dan Sarawak, seperti untuk projek native customary rights, yang merangkumi prosedur-prosedur pemetaan dan pengukuran tanah-tanah adat, serta melibatkan kos membina native courts, atau mahkamah-mahkamah adat. Bagi projek native customary rights, 20 juta daripada jumlah tersebut untuk pemetaan tanah di Sabah, dan 30 juta ringgit pula, untuk tujuan yang sama di Sarawak; dan Ketujuh: Meningkatkan perkhidmatan Klinik Bergerak 1Malaysia di pendalaman Sabah dan Sarawak, termasuk pembelian bot dan kenderaan baru. KEUTAMAAN KELIMA: MERINGANKAN KOS SARA HIDUP RAKYAT. Hal ini, adalah amat dekat di hati saya dan Kerajaan. Makanya, pelbagai inisiatif akan dilakukan melalui: Langkah Satu: Meningkatkan Taraf Hidup Isi Rumah B40, di mana: Pertama: TEKUN akan menyediakan 600 juta ringgit yang meliputi 500 juta ringgit untuk usahawan Bumiputera, dan 100 juta ringgit untuk 10 ribu usahawan India, melalui Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India. Selain itu, 50 juta ringgit disediakan oleh SME Bank untuk membantu usahawan kecil India; Kedua: Tambahan 200 juta ringgit kepada dana sedia ada untuk Amanah Ikhtiar Malaysia, bagi kemudahan pembiayaan mikro kepada isi rumah B40; Ketiga: 100 juta ringgit disediakan di bawah Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India yang melibatkan kerjasama NGO dengan Institut Latihan Kemahiran Swasta; Keempat: Tambahan 90 juta ringgit sebagai pinjaman mikro kredit kepada penjaja dan peniaga-peniaga kecil kaum Cina yang termasuk 50 juta ringgit untuk KOJADI. Seterusnya, 40 juta ringgit bagi melaksanakan projek infrastruktur dan program pinjaman mudah kepada penduduk kampung-kampung baru Cina bagi pembayaran premium tanah dan membaik pulih rumah; Kelima: 50 juta ringgit kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, untuk Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya serta Program Peningkatan Pendapatan. Melalui kedua-dua program ini, peserta akan mendapat manfaat latihan kemahiran dan juga bantuan berbentuk aset serta bahan mentah; dan Keenam: Menyediakan 100 juta ringgit kepada Institusi Latihan Kemahiran Swasta dan NGO bagi meningkatkan kemahiran B40 untuk mereka mendapat pekerjaan atau memulakan perniagaan. Sejak dulu lagi, Kerajaan ini sungguh prihatin terhadap kebajikan dan kemajuan masyarakat Orang Asli. Untuk ini, sebanyak 300 juta ringgit disediakan bagi melaksanakan: Pertama: Pembangunan Perkampungan Bersepadu antaranya di Sungai Siput, Perak yang merangkumi pembinaan jalan perhubungan, penyediaan bekalan elektrik dan air terawat dengan peruntukan 80 juta ringgit; Kedua: Bantuan makanan tambahan, wang saku dan tambang pengangkutan sekolah sebanyak 45 juta ringgit; dan Ketiga: Projek pembangunan ladang getah dan kelapa sawit serta tanaman kontan, menerusi Projek Pembangunan Ekonomi Orang Asli sebanyak 25 juta ringgit. Untuk golongan B40 lagi, program eRezeki dan eUsahawan akan diperluaskan ke seluruh negara, untuk menambah peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan mereka. Kerajaan mensasarkan 100 ribu dari kalangan B40 mendapat manfaat dengan peruntukan sebanyak 100 juta ringgit, yang disediakan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Untuk Golongan Pesawah, Pekebun Kecil dan Penoreh Getah pula, Bajet kali ini menyediakan 852 juta ringgit kepada RISDA dan FELCRA untuk melaksanakan pelbagai program peningkatan pendapatan dan produktiviti. Kerajaan bercadang menambahbaik Insentif Pengeluaran Getah atau IPG. Untuk ini, sukacita saya umumkan, paras pengaktifan IPG dinaikkan daripada 4 ringgit 60 sen, kepada 5 ringgit 50 sen sekilogram, bagi getah SMR20 Freight On Board. Bagi getah skrap atau cuplumps di peringkat ladang pula, dinaikkan daripada 1 ringgit 75 sen, kepada 2 ringgit 20 sen sekilogram. Sebagai ilustrasi, berdasarkan purata pengeluaran 250 kilogram sebulan bagi setiap hektar, pemilik kebun seluas 2 hektar dijangka mampu meraih pendapatan seribu ringgit sebulan. Ini adalah pada harga pasaran getah skrap 2 ringgit sekilogram. Kini, dengan bayaran tambahan IPG sebanyak 20 sen bagi setiap kilogram, pendapatan keseluruhan pemilik kebun tersebut akan meningkat kepada 1,100 ringgit sebulan. Dengan penambahbaikan IPG ini juga jikalau senario tadi hanya merujuk kepada seorang pemilik kebun, secara keseluruhannya pula, melalui Bajet ini seramai 300 ribu pekebun getah akan menerima manfaat tambahan daripada Kerajaan. Jumlah peruntukan yang dianggarkan adalah sebanyak 200 juta ringgit. Selanjutnya, bagi menggalakkan petani meningkatkan mutu padi dan hasil tuaian mereka, Kerajaan akan melaksanakan inisiatif Pemutuan Sebenar Padi dan menambahbaik Skim Subsidi Harga Padi, mulai 1 Januari 2016. Pemutuan Sebenar Padi adalah berasaskan penyeragaman harga padi pada paras 1,200 ringgit setiap tan metrik. Sebagai pelengkap kepada inisiatif ini, Kerajaan juga meningkatkan kadar SSHP dari 248 ringgit 10 sen, kepada 300 ringgit bagi setiap tan metrik. Maksudnya, sekiranya seseorang petani itu menghasilkan 6 tan metrik padi, yang menepati kualiti pemutuan 20 peratus pemotongan, beliau layak mendapat bayaran hasil jualan sebanyak 5,760 ringgit. Bukan itu sahaja, petani tersebut juga akan menerima penambahan menerusi peningkatan kadar SSHP, menjadikan jumlah pendapatannya meningkat daripada 1,190 ringgit kepada 1,440 ringgit. Maka, secara keseluruhannya, setelah ini, petani tersebut akan mendapat 7,200 ringgit, pada setiap kali penuaian. Suka saya menyatakan di sini, seramai 155 ribu pesawah akan menikmati penambahbaikan skim ini. Langkah Dua: Seperti kita tahu, isu pemilikan rumah adalah isu yang sering dibangkitkan semenjak beberapa tahun ini. Pelaksanaannya memerlukan penglibatan pelbagai agensi. Bajet 2016, meneruskan pelbagai program pemilikan rumah bagi segenap lapisan pendapatan seperti berikut: Pertama: Membina 175 ribu unit rumah oleh PR1MA, yang dijual 20 peratus di bawah harga pasaran, dengan peruntukan 1.6 bilion ringgit. Sebanyak 10 ribu unit dijangka siap tahun hadapan; Kedua: Membina 10 ribu unit Rumah Mesra Rakyat oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad, dengan pemberian subsidi 20 ribu ringgit bagi seunit rumah dengan peruntukan 200 juta ringgit; Ketiga: Membina 100 ribu unit rumah Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia atau PPA1M, menjelang tahun 2018, dengan harga di antara 90 hingga 300 ribu ringgit. Bantuan Dana Mudahcara sehingga 25 peratus daripada kos pembangunan disediakan; Keempat: Membina 22,300 unit pangsapuri dan 9,800 unit rumah teres di bawah Program Perumahan Rakyat oleh KPKT dengan peruntukan 863 juta ringgit; Kelima: Menyediakan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama di bawah KPKT, sebagai sumbangan kepada pembeli rumah pertama untuk rumah mampu milik bagi tujuan bayaran deposit. Untuk ini, 200 juta ringgit diperuntukan; Keenam: Membina 5 ribu unit rumah PR1MA dan PPA1M di 10 lokasi sekitar stesen dan koridor LRT serta monorel, antaranya di Pandan Jaya, Sentul dan Titiwangsa; Ketujuh: Memperuntukkan 60 juta ringgit kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli khusus untuk pembinaan rumah masyarakat Orang Asli; Kelapan: Membina rumah untuk generasi kedua peneroka, iaitu 20 ribu unit rumah oleh FELDA, 2 ribu unit rumah oleh FELCRA dan 2 ribu unit rumah oleh RISDA. Bagi rumah FELDA, harga maksima kini diturunkan kepada 70 ribu ringgit berbanding 90 ribu ringgit sebelum ini; Kesembilan: Membina 800 unit rumah mampu milik oleh GLC berhampiran stesen MRT dalam Kawasan Pusat Bandar Kwasa Damansara oleh Kwasa Land milik KWSP, dan 4,600 unit rumah mampu milik oleh Sime Darby Property; dan Kesepuluh: Memperuntukkan 40 juta ringgit di bawah KPKT, bagi pemulihan projek perumahan swasta terbengkalai. Selain itu, pengecualian duti setem diberikan ke atas surat cara pembiayaan pinjaman kepada kontraktor penyelamat dan pembeli asal rumah terbengkalai. Seterusnya, bagi menyediakan persekitaran penduduk yang selesa, langkah berikut akan dilaksanakan: Pertama: 150 juta ringgit bagi membina dan membaik pulih 11 ribu rumah daif di kawasan luar bandar oleh KKLW; dan Kedua: 155 juta ringgit bagi penyelenggaraan perumahan awam kos rendah, dan Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia oleh KPKT. Antara lain, tabung ini membolehkan pembiayaan 100 peratus untuk pembaikan lif, railing, serta pendawaian semula. Langkah Tiga: Sememangnya, negara mana yang tidak mahu kualiti perkhidmatan kesihatan terbaik dan bertaraf dunia. Inilah yang sentiasa diperjuangkan oleh Kerajaan Barisan Nasional sejak dahulu, kini dan selamanya. Antara projek yang akan dilaksanakan adalah: Pertama: Membina 5 hospital baru di Pasir Gudang, Kemaman, Pendang, Maran dan di Cyberjaya; Kedua: Memulakan operasi Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur, yang bernilai 848 juta ringgit pada Oktober 2016; Ketiga: Projek Pembangunan Semula Hospital Kajang; Keempat: 260 juta ringgit bagi membina dan menaik taraf klinik desa, klinik kesihatan dan klinik pergigian, berserta kuarters di seluruh negara; Kelima: 52 juta ringgit bagi operasi 328 klinik 1Malaysia sedia ada, dan pembukaan 33 klinik 1Malaysia baharu; Keenam: 72 juta ringgit untuk bantuan perubatan, termasuk hemodialisis, yang memanfaatkan hampir 10 ribu pesakit kurang berkemampuan; dan Ketujuh: 4.6 bilion ringgit untuk bekalan ubat, consumables, vaksin dan reagents kepada semua hospital dan klinik Kerajaan. Bermula 1 Januari 2016 juga, Kerajaan akan mengenakan caj penuh rawatan kepada pesakit bukan warganegara Malaysia. Langkah Empat: Kerajaan akan terus memperkukuh sistem jaringan perlindungan sosial dengan peruntukan hampir 2 bilion ringgit kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, untuk membantu golongan OKU, warga emas dan keluarga miskin. Untuk tujuan ini, antara program yang akan dilaksanakan adalah: Pertama: 445 juta ringgit bagi meneruskan pemberian 350 ringgit sebulan kepada OKU bekerja dan 200 ringgit sebulan kepada OKU yang tidak bekerja serta untuk penjagaan OKU terlantar sebanyak 300 ringgit sebulan. Kesemuanya ini, akan memanfaatkan hampir 150 ribu OKU; Kedua: 100 juta ringgit disediakan termasuk untuk menambah 20 lagi buah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti; dan Ketiga: Bantuan 662 juta ringgit untuk anak daripada keluarga miskin berjumlah 100 hingga 450 ringgit sebulan, serta warga emas miskin sebanyak 300 ringgit sebulan. Dalam setahun yang lepas, negara telah dilanda dua bencana yang besar, iaitu banjir besar pada penghujung 2014, dan gempa bumi di Ranau, Sabah. Musibah dan tragedi ini, jika tidak diambil langkah yang proaktif, boleh menyebabkan kerugian berbilion ringgit dan lebih penting lagi, kehilangan nyawa dan anggota. Maka, bagi memperkukuh pengurusan bencana alam, 180 juta ringgit disediakan termasuk untuk penubuhan Agensi Pengurusan Bencana Negara di bawah JPM. Seterusnya, 730 juta ringgit diperuntukkan bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir di seluruh negara. Manakala, 60 juta ringgit untuk Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara serta membangunkan Sub-Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional di Sabah. Ahli-Ahli Dewan yang mulia serta Rakyat Malaysia Sekalian, Jelasnya, apa yang pentadbiran Kerajaan sedia ada selama ini, sedang lakukan dan laksanakan, dengan sehabis baik ini,...Sebetulnya, merupakan tali- temali, sambung menyambung dasar serta perancangan pimpinan negara, sejak dekad-berdekad. Lantas,... ingin saya ulangi,.. Bajet ini,...satu antara langkah dalam rantaian langkah-langkah besar terakhir,...yang hanya tinggal sedikit masa lagi sebelum mentari sebagai negara maju, menzahirkan cahayanya. Pucuk pangkalnya, sebagaimana baik pun perancangan yang dibuat, sedemikian apapun rencana yang disusun, hukum hakam dan resmi bernegara, seperti tercatat dalam tawarikh kehidupan, membuktikan bahawa, hatta sebuah tamadun pun akan gagal jikamana kerukunan, kestabilan dan kebersatuan negara tidak diperkekalkan. Oleh sebab itulah, tatkala membicarakan tentang ketenteraman tanahair, tiada kalimah sebagai ibarat, tiada kata sebagai umpama, yang dapat menunjukkan betapa kita berterima kasih dan menghargai jasa serta pengorbanan anggota keselamatan, mahupun para perajurit dalam menjamin keamanan pertiwi. Oleh yang demikian, Kerajaan komited untuk melaksanakan pelan pembangunan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia atau ATM secara berperingkat. Sehubungan itu, sebanyak 17.3 bilion ringgit disediakan untuk Kementerian Pertahanan. Antaranya, bagi perolehan 6 buah Littoral Combatant Ship, sistem persenjataan Very Short Range Air Defence, kereta berperisai dan pesawat Airbus A-400M. Tambahan lagi, ATM akan diperlengkapkan dengan teknologi terkini, termasuk penggunaan Unmanned Airborne System untuk meningkatkan keupayaan Intelligence, Surveillance and Reconnaissance. Sejumlah 523 juta ringgit pula, diperuntukkan untuk pembangunan kem tentera darat ESSCOM di FELDA Sahabat, Lahad Datu, Sabah. Seterusnya, bagi mengenang jasa dan khidmat bakti wira-wira kita, sebanyak, 160 juta ringgit diperuntuk bagi membina 4 ribu unit lagi kuarters anggota Angkatan Tentera Malaysia. Tidak cukup sekadar itu, Lembaga Tabung Angkatan Tentera, sedang merancang untuk membina tambahan 2 ribu unit lagi rumah mampu milik, kepada anggotanya bermula tahun hadapan. Di samping itu, Kerajaan bersetuju supaya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, diperuntukkan sejumlah 864 juta ringgit, bertujuan antaranya, perolehan Offshore Patrol Vessel dan kapal peronda. Manakala, bagi mempertingkatkan keselamatan dan ketenteraman awam dalam negeri, untuk terus mengurangkan kadar jenayah,... sejumlah 13.1 bilion ringgit disediakan. Inisiatif-inisiatif berikut akan dilaksanakan: Pertama: 155 juta ringgit untuk pembinaan 2 buah Ibu Pejabat Polis Daerah atau IPD baharu, iaitu di Lawas, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah, serta 10 buah IPD dan 5 buah balai polis yang masih dalam pembinaan; Kedua: Merancang untuk membina 2 ribu unit lagi rumah mampu milik bagi anggota Polis Diraja Malaysia atau PDRM, antaranya di Rawang dan kawasan-kawasan yang sedang dikenalpasti; Ketiga: 36 juta ringgit untuk membina pejabat, kuarters dan menaiktaraf depoh tahanan imigresen; Keempat: 50 juta ringgit bagi mempertingkatkan langkah keselamatan penjara; dan Kelima: 20 juta ringgit untuk Program Bandar Selamat di 60 kawasan hitam, antaranya melalui pengasingan laluan pejalan kaki dan pencahayaan di kawasan tersebut. Sukacita saya mengumumkan, penambahan 500 unit Rondaan Bermotosikal PDRM lagi, dan 500 unit lagi kereta peronda, dengan peruntukan keseluruhan sebanyak 35 juta ringgit. fakap all those nonsense. Bagi menguatkan lagi usaha integriti dan mengurangkan ketirisan serta rasuah, SPRM akan terus dimantapkan dengan program-program serta latihan yang relevan. Dengan ini, bilangan pegawai SPRM akan turut ditambah mengikut keperluan. Merujuk kepada falsafah Rancangan Malaysia Kesebelas lagi, sepertimana yang telah saya nyatakan di awal ucapan tadi, tentang rupawajah dan warna-warna kemajuan negara serta sahsiah rakyat yang kita dambakan, ketikamana memasuki gelanggang negara maju kelak, dalam apa jua yang direncanakan, seperti dokumen Bajet ini,... perihal kebajikan dan kepentingan rakyat, menjadi keutamaan. Sepertimana ramai makrufi,... Malaysia kontemporari ini, sudah pun dikenali sebagai sebuah negara Islam yang progresif lagi dinamik, sehingga disegani di seantero dunia. Sejak tahun-tahun kebelakangan,... Kerajaan sedang menuju maksud dalam usaha menepati kerangka Maqasid Syariah dan pengertian wasatiyyah. Walau apapun, untuk memenuhi tuntutan maqasid syariah, bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi, berkait ciri kemajmukan rakyat di negara ini. Sememangnya pun, tanpa disedari, sejak meraih kemerdekaan, kita telah mengamalkan objektif tersebut dengan prinsip kesederhanaan yang begitu tersendiri. Berdiri di atas asas ini, kita telah berjaya membina sebuah negara yang makmur, aman dan sentosa. Di sudut ini,... tidak ada sesiapa yang dapat menafikan bahawa tunjang dan tonggak kepada urusan pentadbiran negara adalah para kakitangan awam. Oleh itu, marilah kita mengucapkan syabas dan tahniah kepada lebih 1.6 juta mereka yang berjasa ini. Pucuk dicita ulam pun mendatang, saat dinanti kini menjelang. Bagi Menghargai Perkhidmatan Awam, atas segala sumbangan dan khidmat bakti kepada negara, Kerajaan bersetuju: Pertama : Memberi faedah pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred yang akan memanfaatkan 1.6 juta warganya dengan peruntukan 1.1 bilion ringgit; Kedua : Menambah baik sebanyak 252 skim perkhidmatan yang akan memanfaatkan 406 ribu penjawat awam; Ketiga : Menetapkan gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada 1,200 ringgit sebulan yang akan memanfaatkan 60 ribu penjawat awam; Keempat : Menetapkan kadar pencen minimum sebanyak 950 ringgit sebulan, yang akan melibatkan hampir 50 ribu pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan; dan Kelima : Melantik secara tetap pegawai lantikan Contract of Service yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun. Ini akan memanfaatkan lebih 10 ribu pegawai kontrak. Pelaksanaan kesemua langkah ini akan berkuatkuasa pada 1 haribulan Julai 2016 dengan peruntukan sebanyak 1.4 bilion ringgit. Bagi merealisasikan harapan, seperti yang dijanjikan, dalam ikhtiar meringankan kos sara hidup rakyat pula, Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M akan diteruskan. Saya tahu benar,... ada pihak yang mengatakan bahawa BR1M tidak perlu diteruskan. Namun, melalui maklum balas yang diterima, mereka sangat bersyukur dan berterima kasih di atas keprihatinan Kerajaan ini, kerana terbukti, Bantuan Rakyat 1Malaysia tersebut telah sedikit sebanyak membantu meringankan beban hidup mereka. Sehubungan yang demikian,... selaras dengan Aku Janji Kerajaan Barisan Nasional juga, sukacita saya umumkan, jumlah BR1M untuk tahun 2016 akan dinaikkan seperti berikut: Pertama: Satu kategori baru diperkenalkan bagi semua penerima di dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan di bawah 1,000 ringgit, akan menerima BR1M sebanyak 1,050 ringgit; Kedua: Bagi isi rumah berpendapatan bulanan 3 ribu ringgit ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada 950 ringgit kepada seribu ringgit; Ketiga: Bagi isi rumah berpendapatan antara 3,001 hingga 4 ribu ringgit, pemberian BR1M ditingkatkan daripada 750 ringgit kepada 800 ringgit; Keempat: Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak seribu ringgit akan diteruskan; dan Kelima: Bagi kategori individu bujang pula, yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta berpendapatan tidak melebihi 2 ribu ringgit sebulan, kadar bantuan akan ditingkatkan daripada 350 ringgit kepada 400 ringgit. Keseluruhannya, kesemua bantuan ini akan memanfaatkan sebanyak 4.7 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang, dengan peruntukan 5.9 bilion ringgit. Jika, dalam RMK-11, saya telah menyebut tentang kelompok B40, dan tafsiran kumpulan yang terlibat, maka dalam Bajet ini, satu lagi kumpulan besar yang Kerajaan kini akan turut memberi tumpuan bergelar M40. Secara statistiknya, tafsiran awal M40 adalah, kelompok isirumah yang berpendapatan antara 3,860 ringgit hingga 8,320 ringgit. Namun, definisi M40 ini, akan terus Kerajaan perincikan dari masa ke semasa. Dalam hal ini, sukacita saya umumkan: Pertama: Had pelepasan cukai bagi setiap anak berumur di bawah 18 tahun mulai taksiran 2016, digandakan daripada 1 ribu ringgit kepada 2 ribu ringgit; Kedua: Pelepasan cukai bagi pembayar individu yang pasangannya tidak mempunyai pendapatan, dinaikkan daripada 3 ribu ringgit kepada 4 ribu ringgit; Ketiga: Jika buat masa ini, pembayar cukai individu diberi pelepasan sehingga 5 ribu ringgit setahun bagi tujuan perubatan dan penjagaan terhad hanya kepada ibubapa mereka yang sakit. Dalam Bajet ini, Kerajaan memandang positif sikap anak yang mengambil berat terhadap kebajikan ibubapa mereka dan mengalu-alukan pengukuhan institusi kekeluargaan. Sehubungan itu, buat julung kalinya, anak-anak yang menyara ibubapa mereka, meskipun tidak tinggal bersama, akan diberi pelepasan cukai terkumpul sebanyak 1,500 ringgit untuk ibu, dan 1,500 ringgit lagi untuk bapa. Tapi,...dengan syaratnya, ibu dan bapa masing-masing tidak berpendapatan melebihi 2 ribu ringgit sebulan dan berumur 60 tahun ke atas; dan Keempat: Sempena Bajet ini juga, Kerajaan memutuskan, untuk menaikkan had pelepasan cukai daripada 6 ribu ringgit kepada 8 ribu ringgit, bagi setiap anak berumur 18 tahun dan ke atas, yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian dalam dan luar negara, mulai tahun taksiran 2016; dan Kelima: Bagi ibubapa kepada anak-anak Orang Kurang Upaya-nya, yang sedang melanjutkan pengajian di institusi dalam dan luar negara, had pelepasan cukai dinaikkan daripada 6 ribu ringgit kepada 8 ribu ringgit, mulai tahun taksiran 2016. Ingin saya tambah di sini, had pelepasan cukai sedia ada bagi ibubapa yang mempunyai anak OKU adalah 6 ribu ringgit. Ini bermakna, sekiranya anak OKU ini melanjutkan pelajaran di dalam atau luar negara, jumlah pelepasan cukai yang boleh dituntut secara keseluruhannya, adalah sebanyak 14 ribu ringgit. Seterusnya, untuk membolehkan lebih ramai pekerja mendapat manfaat di bawah PERKESO, kelayakan caruman wajib dinaikkan daripada gaji 3 ribu ringgit kepada 4 ribu ringgit sebulan. Pengubahsuaian ini, memanfaatkan kepada 500 ribu pekerja, di mana jika si pencarum meninggal dunia dalam tempoh kerja, waris akan menerima bayaran bulanan sehingga 90 peratus pendapatan bulanan terakhir beliau. Secara kesimpulannya, selama puluhan tahun, Kerajaan Barisan Nasional telah memikul mandat dan menggalas kepercayaan rakyat. Kerajaan ini juga telah secara berterusan melunaskan serta melangsaikan janji-janji yang dilafaz dan dicatat. Ini bererti, Kerajaan yang mentadbir sekian waktu ini jua, terserlah mempunyai visi dan halatuju yang jelas. Apa yang mustahak, untuk dinyata dan dipertegaskan sekali lagi, kita terus mendapat pengiktirafan-pengiktirafan daripada pengabsah-pengabsah berwibawa tinggi di dunia, antaranya agensi-agensi kewangan antarabangsa seperti Fitch Ratings, Moody's dan Standard & Poor's, yang telah memberi gambaran sebenar, tentang keadaan serta pengurusan ekonomi Malaysia. Malah,... pelbagai pencapaian telah kita raih, antaranya yang terkini, kedudukan Malaysia dalam Laporan Daya Saing Global 2015-2016 oleh World Economic Forum, melonjak dua anak tangga kepada kedudukan 18 daripada 140 negara utama ekonomi di dunia. Kepada rakyat sekalian,... usahlah berbimbang-bimbang dan bergundah-gundah. Jelas sekali,... dengan rekod pencapaian yang cemerlang,... antaranya yang telah saya tuturkan di awal ucapan tadi, maka letakkanlah keyakinan,... taruhlah harapan, bahawa,... inilah Kerajaan yang boleh dibergantung harap, demi masa depan hari muka, anak cucu dan keturunan kita. Dalam apa jua keadaan, saya dan rakan-rakan akan meneruskan perancangan ekonomi negara, dengan mengutamakan serta mendahulukan kesejahteraan rakyat. Pokoknya,... bagi Kerajaan ini,... rakyat adalah segala-galanya. Khabar bahagia sudahpun tiba. Maka, ingin saya umumkan, berkuatkuasa 1 Julai 2016, gaji minimum negara dinaikkan daripada 900 ringgit kepada 1,000 ringgit sebulan bagi Semenanjung, dan daripada 800 ringgit kepada 920 ringgit sebulan bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Gaji minimum ini melibatkan semua sektor, kecuali perkhidmatan domestik atau pembantu rumah. Tidak cukup sekadar itu,... bagi meringankan beban kos sara hidup kepada semua penjawat awam, Kerajaan bersetuju dengan pemberian khas sebanyak 500 ringgit kepada semua penjawat awam. Manakala, bagi 700 ribu pesara Kerajaan pula, bayaran khas 250 ringgit disediakan. Kedua-dua bayaran ini, yang berjumlah hampir 1 bilion ringgit akan dibuat pada bulan Januari 2016. Demikianlah, Kerajaan ini tanpa jemu-jemu dan putus-putus ingin membuat kebaikan dan kebajikan kepada sekalian rakyat. Sejak dulu, kesemuanya tidak terbina dengan mudah atau dalam sekelip mata. Ia menuntut kesungguhan dan pengorbanan atas nama kebaktian pada nusa dan bangsa. Lalunya, berbicara tentang betapa susah dan jerih payahnya membina Malaysia tercinta ini,... kita berasa kesal, bahkan sebenarnya, kita amat-amat kesal, dengan tindak-tanduk tidak bertanggungjawab oleh musuh dari dalam, mahupun luar, yang cuba mempalit dan merosakkan imej negara ini. Pada kita,... perbuatan segelintir pihak ini, akan hanya memporak-perandakan, sampai boleh memusnahkan apa yang terbina selama ini. Waima, wujud sesetengah orang, yang kita sendiri kadang-kadang tidak tersangka-sangka, atau terduga-duga, ibarat api di dalam sekam,...menjadi gunting dalam lipatan. Tuan Yang Dipertua serta Rakyat Malaysia Yang Dikasihi sekalian,... Dalam menghela nafas keinsafan, saya perakui,... benarlah saya ini seorang pemimpin, tetapi saya juga manusia biasa seperti saudara saudari sekalian. Kita sama-sama ada kelebihan dan kelemahan di sana sini. Sayugia,... sambil merujuk-rujuk mafhum tafsir daripada surah Yusuf, bahawa,... Tuhan tidak menyuruh kita berhenti dari berusaha,... Tuhan juga tidak benarkan kita sesekali berputus asa dari rahmatNya,... dan apatah lagi sesungguhnya,... Tuhan juga tetap menjanjikan kepada hamba-hambanya yang berislah dan beriltizam, bahawa,... kejayaan pasti menjelma jua. Sebab itu,... ... sudah menjadi adat orang berjuang, pasti akan menempuh rintangan dan dugaan. Namun,... biar pun berjuta gugatan menghalang, biar menggunung ombak mendatang, kita,...kita tidak akan sesekali berputus harapan. Kini,... saya,... bersama-sama dengan Timbalan Perdana Menteri YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,... berserta anggota pentadbiran dan pimpinan-pimpinan Barisan Nasional,... sehati sejiwa,... akan tetap tabah dan bertawakal meneruskan perjuangan yang mulia ini. Nescaya, dengan dipersaksikan masa dan dineraca oleh waktu,... yang benar tetap benar,... sejarahnya kelak menjadi bukti. Akhir kalam,... bak kata para hukama',... yang indah-indah itu dari Ilahi dan yang kurang itu sifat insani. Marilah kita berdoa kepada Maha Pencipta, agar tiap sesuatu akan kembali pulih seperti sediakala. Semoga Bajet ini dilimpah-limpah Rahmat-Nya dan membawa sentosa kepada semua. Alhamdulillahi Rabbil A'lamin, wa bihi Nastai'n Selawat dan Salam kepada Rasul Junjungan, Nabi Muhammad SAW, suri tauladan sepanjang zaman. Saya dengan penuh ta'zim berdiri dalam Dewan yang mulia ini, untuk mengemukakan satu usul: Bahawa Dewan ini, menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian sosioekonomi semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh; merestui usaha Kerajaan untuk meneruskan Dasar Transformasi Nasional atau DTN dalam merangka dan merencana Rancangan Malaysia ke seterusnya; meluluskan pelaksanaannya bertunjangkan falsafah Dasar Transformasi Nasional dalam ikhtiar menjadi sebuah negara maju pada tahun , menurut Kertas Perintah Tahun ; dan Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Ke-, Dewan yang mulia ini menyeru agar semua pihak bersama-sama dan berusaha menjayakan matlamatnya. Tuan Yang Dipertua serta Ahli-Ahli Yang Berhormat, Beberapa hari yang lalu, kita baru sahaja meninggalkan bulan Rejab Hari ini pula, Khamis Mei, jatuhnya bersamaan Syaaban Hijrah, pada salah satu bulan yang mulia, sampailah masa dan ketika yang ditetapkan oleh Allah SWT, bahawa, sebuah lagi dokumen penting lagi bersejarah akan dipersembahkan. Sepertimana tercatat dalam kitab suci Al-Quran, Surah Ali-Imran Ayat dan Ayat Mafhumnya, naik turun atau jatuh bangun sesebuah kerajaan itu adalah dalam rahsia dan kekuasaan penuh Pemilik semesta raya, bukannya di tangan makhluk. Begitulah juga, kemampuan manusia merancang, amat terbatas, kerana sebaik-baik Perancang adalah Tuhan seru sekalian alam. Menyusur titian masa, semenjak tahun hingga , kita telah melalui Dasar Ekonomi Baru atau DEB, dipelopori oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, yang mengutamakan pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Di mana ketika itu, untuk mencapai sasaran sosio ekonomi yang lebih saksama, sebagai satu cara mewujudkan keharmonian dan perpaduan dalam negara, yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik dan agama. Kemudiannya, bermula tahun , sampai kepada tahun , diperkenalkan pula, oleh Tun Dr Mahathir, Dasar Pembangunan Nasional yang berfokuskan pembangunan seimbang dan membawa kepada lahirnya Wawasan . Dalam pada itu, Dasar Wawasan Negara dilaksanakan, melewati tahun hingga Dasar ini pula, memberi penekanan kepada pembangunan masyarakat berasaskan pengetahuan dan mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, progresif lagi makmur, menuju negara maju menjelang . Selanjutnya, dalam episod-episod bersilih ganti, diperkukuhkan lagi dengan beberapa gagasan dan misi nasional oleh Allahyarham Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sebelum itu, elok saya menjelaskan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, khususnya, dan rakyat dikasihi di luar sana, tentang pelbagai dokumen yang dibentangkan oleh pihak Kerajaan, sama ada dalam parlimen atau, di majlis-majlis rasmi. Pertamanya, saban tahun, dalam dewan yang mulia ini, Kerajaan usulkan bajet- bajet negara, yang diselaraskan oleh Kementerian Kewangan. Manakala, kira-kira minggu yang lepas, di Angkasapuri, saya telah menyampaikan Laporan Tahunan, merangkumi Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi. Dokumen itu pula, diseliakan oleh pasukan PEMANDU, bersama kementerian-kementerian dan agensi yang berkaitan. Rancangan Malaysia ini pula, ianya di bawah kelolaan Unit Perancang Ekonomi atau EPU Untuk pengetahuan ramai, semenjak Unit ini ditubuhkan pada tahun , tugas utamanya adalah untuk menyediakan Rancangan pembangunan negara. Jadinya, jika dihimbau semenjak dekad lalu, melalui rancangan Malaysia, Kerajaan Barisan Nasional telah menempa dan mencipta pelbagai ceritera kejayaan yang dapat diperbanggakan. Ini bermakna, Alhamdulillah, negara bertuah ini telah mencapai kemajuan yang dikagumi, dan terus berada di jajaran yang betul serta kukuh. Di sinilah, satu hal yang perlu difahami baik-baik, bahawa, kesemua dasar dan wawasan,.. setiap satu rancangan,.. adalah tali temali, saling kait berkait dan lengkap melengkapi antara satu sama lain secara konsisten sejak puluhan tahun yang lalu. Ertinya,.. adalah tidak benar, jika sesetengah pihak menuduh kononnya, dasar Kerajaan hari ini terpisah daripada dasar- dasar yang sebelumnya. Dalam konteks ini, ingin saya tegaskan bahawa, segala perancangan,.. gagasan dan dasar Kerajaan Perikatan, membawa kepada Barisan Nasional,.. sejak meraih kemerdekaan,.. bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman ketika itu,.. hinggalah kini, kita terus berkesinambungan dan beristiqamah pada landasan dan menuju matlamat yang sama. Jelasnya,.. bertitik tolak dari Rancangan Malaysia Pertama yang dilaksanakan oleh pucuk pimpinan Parti Perikatan selepas Pilihanraya Umum Malaysia yang pertama tahun , sehinggalah Rancangan Malaysia Kesepuluh, kita telah mampu memperoleh pelbagai nikmat kejayaan. Antara pencapaian dan kisah yang boleh diperbanggakan sepanjang sepuluh Rancangan Malaysia yang lalu adalah,.. Pertamanya,.. pada tahun nilai KDNK adalah .bilion ringgit, berbanding pada tahun , ia telah meningkat kepada trilion ringgit. Malaysia juga boleh berbangga, kerana telah berjaya mencatat pertumbuhan ekonomi, antara yang tertinggi di Asia, yakni secara purata pada kadar peratus setahun sejak lima dekad yang lalu. Kedua, dari sudut struktur ekonomi, kita telah beralih daripada sebuah negara dominan sektor pertanian, dengan sumbangan .peratus kepada KDNK pada tahun , kepada sebuah negara berasaskan pembuatan dan perkhidmatan, dengan sumbangan pada kadar .peratus kepada KDNK Walhal, sektor pertanian telah menguncup kepada paras peratus pada tahun lepas. Ketiga, pendapatan bulanan purata isi rumah, juga meningkat lebih kali ganda Yakni, daripada ringgit sebulan pada tahun kepada ringgit sebulan pada tahun Manakala, pendapatan penengah atau median income sebulan pada tahun daripada ringgit, telah meningkat kepada ringgit sebulan tahun lalu. Keempat, setakat RMK-, sebanyak .peratus daripada isi rumah keseluruhan sudah memiliki kediaman Bagi isi rumah miskin pula, .peratus telah berjaya mempunyai rumah sendiri. Kelima, sehingga kini, .peratus daripada penduduk di seluruh negara, telah mendapat akses kepada bekalan air bersih, dan .peratus pula, mendapat bekalan elektrik. Keenam, jika pada tahun , hanya peratus rakyat Malaysia boleh membaca dan menulis Syukurlah, hal ini, kadar literasi telah meningkat kepada peratus. Ketujuh, sebanyak peratus daripada tenaga buruh kini mempunyai pendidikan tertiari, iaitu meningkat empat kali ganda berbanding peratus pada tahun ketika penghujung Rancangan Malaysia Ketiga. Kelapan, kadar pengangguran telah menurun daripada peratus pada tahun kepada hanya peratus pada . Kesembilan, hak milik ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat pula, telah meningkat sebanyak kali ganda, yakni, daripada peratus pada tahun , kepada .peratus pada tahun . Dan kesepuluhnya, kadar kemiskinan telah berkurang daripada .peratus pada tahun , kepada hanya peratus pada yang lalu Jadinya, bersyukur kita bahawa, kemiskinan tegar telah berjaya dibasmikan. Sebermulanya saya mengambil tampuk kepimpinan negara pada April , Kerajaan telah melakarkan Dasar Transformasi Nasional, sebagai falsafah teras kepada pentadbiran negara dihitung dari tahun sehingga . Dasar Transformasi Nasional ini, dirangka sebagai satu peta halatuju negara, dengan tujuan mentransformasi Malaysia secara tuntas dan holistik, demi melonjakkan kita sebagai sebuah negara maju, High Income Advanced Economy. Ia berasaskan kriteria-kriteria antaranya, untuk mencapai pertumbuhan yang bersifat inklusif, sustainable, growth with equity, kompetitif, progresif, rakyat yang bersahsiah dan morally strong, dalam satu kehidupan masyarakat yang saling berpadu, mengamalkan pula kesederhanaan yakni wasatiyyah, berpaksikan kepada prinsip alaysia. Ringkasnya, kita mahu mencapai satu bentuk kecapan kemakmuran dan kejayaan negara kepada seluruh rakyat, di mana tidak ada mana-mana golongan pun yang akan berasa tercicir atau terpinggir. Di bawah lembayung Dasar Transformasi Nasional inilah, lahirnya setakat ini program Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi, Program Transformasi Politik, Program Transformasi Komuniti, Program Transformasi Sosial dan Program Transformasi Fiskal Hari ini, satu lagi kertas mustahak, akan saya sampaikan, yakni Rancangan Malaysia Kesebelas. Berhubung rapat dengan falsafah tunjang Dasar Transformasi Nasional yang saya takrifkan sebentar tadi pula, sebelum saya meneruskan dengan pembentangan, moleklah diberi gambaran, bagaimanakah yang dikatakan rupa wajah sebuah Malaysia yang maju itu kelak, pabila tiba penghujungnya Rancangan Malaysia Kesebelas ini. Sebagaimana kita perlu faham, Rancangan Malaysia Kesebelas ini merupakan pelonjak akhir sebelum kita memasuki gelanggang negara maju Pada waktu itu, kita seharusnya telah mencapai beberapa perkara seperti: Pendapatan Negara Kasar per Kapita telah mencecah ribu dolar Amerika Dari piawaian antarabangsa, nilai ini telah menepati tahap pendapatan sebagai negara maju Walaupun demikian, sesebuah negara maju tidak boleh hanya didefinasikan dari sudut pendapatan per kapita. Ringkasnya, pada hemah saya, kita perlu membangunkan sebuah tamadun holistik, di mana masyarakatnya memiliki nilai-nilai tinggi, berakhlak, mencintai pula ilmu pengetahuan, rajin membaca, menghargai seni budaya dan warisan serta memiliki minda yang mencerminkan pula rakyat sebuah negara maju. Makanya, melangkah ke hadapan, buat julung kali setelah menerima mandat daripada rakyat secara demokrasi pada pilihanraya umum ke- yang lalu, dengan kehendak dan izin yang Maha Berkuasa, saya bentangkan di sini, Rancangan Malaysia Kesebelas dengan Enam Strategi Tumpuan : Pertama : Inklusiviti; Kedua : Kesejahteraan Rakyat; Ketiga : Modal Insan; Keempat : Pertumbuhan Hijau; Kelima : Infrastruktur; dan Keenam : Inovasi dan Produktiviti Bagi mempastikan Enam Strategi Tumpuan RMK- ini berjaya mencapai matlamatnya, game changers berikut, akan dilaksanakan sebagai pemangkin ke arah lonjakan yang signifikan bagi menjana pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat secara inklusif. Pertama : Meningkatkan Produktiviti; Kedua : Menjana Kekayaan Melalui Inovasi; Ketiga : Mempertingkat peratusan masyarakat kelas menengah; Keempat : Menteraskan Pendidikan dan Latihan Teknikal atau TVET; Kelima : Melaksana Pertumbuhan Hijau; dan Keenam : Melabur di Bandar-bandar Berdaya Saing. Merujuk strategi tumpuan inklusiviti, Kerajaan akan berikhtiar bersungguh-sungguh agar tiada golongan rakyat yang akan tercicir daripada menikmati manfaat kemakmuran dan pembangunan negara. Adalah hakikat, di dunia ini, bagaimana maju pun sesebuah negara itu seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jepun, there will always be vulnerable groups, mereka yang berpendapatan rendah,...golongan gelandangan dan yang tidak mempunyai pekerjaan. Selain daripada itu, Malaysia akan terus menangani golongan isi rumah berpendapatan peratus terendah yakni Bottom percent, atau selepas ini saya akan sebut sebagai B Untuk makluman, menurut perangkaan, golongan B ini, kini adalah sekitar juta isi rumah. Oleh yang demikian, dalam tempoh Rancangan ini, Kerajaan mensasarkan pendapatan purata isi rumah B meningkat daripada lebih kurang ringgit sebulan pada tahun kepada lebih ribu ringgit sebulan pada tahun kelak Ke arah ini, Kerajaan akan mengambil usaha-usaha yang intensif antaranya merapatkan jurang pencapaian pendidikan dan kemahiran serta meningkatkan produktiviti. Bahkan, kadar pekali Gini negara dijangka semakin mengecil daripada pada tahun , kepada pada tahun Untuk makluman semua, dari sudut ekonomi, lebih kecil nilai pekali Gini, bererti kita makin berada dalam keadaan lebih baik, dengan pengagihan pendapatan yang lebih saksama di kalangan rakyat. Bagi menangani kos sara hidup isi rumah B ini, inisiatif-inisiatif seperti Klinik alaysia, Menu Rakyat alaysia, Kedai Rakyat alaysia, Kedai Kain alaysia dan Kedai Agrobazaar Rakyat alaysia akan terus dilaksanakan Pelbagai lagi inisiatif baru akan dibuat dan diperkenalkan sepanjang tempoh Rancangan ini. Pendapatan isi rumah B juga dapat dipertingkatkan melalui pendidikan dan kemahiran tinggi Bagi yang berminat untuk berniaga pula, program sokongan keusahawanan akan ditambah baik khususnya, perusahaan mikro dan kecil. Di samping itu, saya menyeru dan mahukan sektor swasta, terutamanya syarikat multinasional dan syarikat besar tempatan, supaya menyumbang kepada pembangunan golongan ini dengan cara menempatkan premis perniagaan atau kilang-kilang mereka, di kawasan majoriti penduduk B. Seperkara lagi, masyarakat kelas menengah seperti yang dihasratkan oleh Kerajaan, dapat ditingkatkan saiznya daripada peratus sekarang, kepada peratus bila tibanya tahun . Dalam hal memperkasa komuniti untuk membina masyarakat yang produktif dan sejahtera, tentulah tumpuan akan diberikan kepada kanak- kanak, belia, warga emas, wanita dan kaum majoriti Bumiputera. Bagi golongan wanita, peranan mereka bukan sahaja terhad kepada pembentukan keluarga yang bahagia tetapi juga menyumbang kepada kemajuan sosioekonomi. Kadar penglibatan tenaga kerja wanita akan meningkat daripada peratus pada tahun , kepada peratus menjelang . Kerajaan juga akan terus melaksanakan dasar yang menentukan pembabitan wanita di peringkat pengurusan dan pembuat keputusan pada kadar peratus di sektor awam dan swasta. Kepada golongan belia pula, yang menjadi harapan dan aset penting negara, dengan Dasar Belia Negara yang baru, Kerajaan mahukan potensi mereka dicapai sepenuhnya melalui pengupayaan, pendidikan dan latihan kemahiran, keusahawanan, sukan dan kesukarelawan. Ke arah ini, seperti mana dalam Bajet yang lalu, Kerajaan telah mengumumkan cadangan pelaksanaan tiga projek perintis bagi alaysia Youth City, iaitu di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dengan peruntukan sebanyak juta ringgit. Di bawah RMK- pula, alaysia Youth City akan mempunyai ekosistem komprehensif, bagi membolehkan belia meningkatkan keupayaan dan memajukan diri dalam pekerjaan dan keusahawanan di samping menikmati kemudahan rekreasi, perumahan, termasuklah rumah transit. Bagi golongan kanak-kanak pula, pusat penjagaan kanak-kanak berkeperluan khas akan diperbanyak Sementara itu, bagi yang berumur hingga bawah tahun, dan tinggal di institusi kebajikan akan diberi peluang untuk mendapat pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional atau TVET. Selanjutnya, sumbangan dan khidmat bakti yang telah ditabur oleh warga emas kepada negara ini akan senantiasa dihargai Justeru, sebagai masyarakat penyayang dan prihatin, fasiliti penjagaan warga emas akan ditambah baik dan diperbanyakkan dari masa ke semasa sepanjang tempoh Rancangan ini. Seterusnya, bagi golongan orang kurang upaya, Kerajaan akan memperkukuh kesejahteraan mereka dengan memperluaskan lagi peluang pendidikan, latihan kemahiran dan keusahawanan kepada mereka. Melalui Rancangan ini, Kerajaan dengan kerjasama sektor swasta mensasarkan penambahan lagi pusat kehidupan berdikari baharu di seluruh negara, yang akan memberi manfaat kepada sejumlah hampir ribu OKU. Kerajaan juga komited mencapai sasaran penyertaan OKU untuk mengisi lebih ribu jawatan dalam sektor awam melalui pertimbangan khas Kini, seramai hampir ribu OKU sedang berkhidmat dalam sektor awam. Selaras dengan konsep inklusiviti, bagi mempastikan pertumbuhan ekonomi negara dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia tanpa mengira gender, etnik, status sosioekonomi dan kedudukan geografi, tumpuan turut diberikan kepada semua kumpulan etnik, sub-etnik dan kumpulan minoriti hatta rakyat Malaysia berketurunan Siam dan Portugis. Antaranya, Program Skim Pinjaman Khas Kampung Baru Cina akan diteruskan dengan menumpukan kepada pinjaman mikro kredit. Bagi masyarakat India pula, satu Blueprint yang menggariskan hala tuju pembangunan sosioekonomi mereka akan disediakan. Untuk Orang Asli dan Bumiputera di Sabah serta Sarawak, tumpuan akan diberikan kepada pemberian hak milik tanah adat atau NCR bagi menggalakkan pembangunan tanah dengan teknologi moden melalui agensi kerajaan berkaitan. Kepada masyarakat Melayu di perkampungan tradisi terutama nelayan dan petani serta isi rumah yang bekerja sendiri, akan disediakan kemudahan-kemudahan asas yang diperlukan termasuk memodenkan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan produktiviti serta pendapatan mereka. Bercakap tentang pembangunan bandar dan luar bandar secara saling melengkapi, penyediaan prasarana asas luar bandar seperti jalanraya akan diteruskan, terutamanya di Sabah dan Sarawak. Kerajaan akan membina ribu kilometer jalan berturap lagi di luar bandar bagi tempoh sehingga Akses kepada bekalan air dan elektrik di seluruh negara pula, akan dipertingkatkan kepada peratus pada tahun . Bagi bekalan air bersih dan terawat melalui Projek Bekalan Air Luar Bandar pula, sukacita dinyatakan, lebih bilion ringgit akan diluluskan. Manakala, lebih bilion ringgit lagi, turut diluluskan untuk Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar Ini,.. akan memberi impak kepada hampir ribu rumah. Dari aspek pembangunan ekonomi wilayah, dalam tempoh sehingga , lima koridor, iaitu Iskandar Malaysia, Koridor Pembangunan Sabah, Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Koridor Utara dan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak, telah berjaya menarik pelaburan komited sebanyak bilion ringgit, dengan peratus atau bilion ringgit pelaburan Jumlah pelaburan ini, menjana sebanyak lebih ribu peluang pekerjaan. Maka, untuk RMK- ini, Kerajaan mensasarkan sebanyak bilion ringgit pelaburan dan mewujudkan sebanyak ribu pekerjaan lagi di kelima-lima koridor wilayah tersebut. Berhubung hal pembangunan ekonomi wilayah juga, sukacita saya umumkan,.. Kerajaan akan mewujudkan Malaysia Vision Valley. Malaysia Vision Valley ini yang terletak di bahagian barat Negeri Sembilan, meliputi Nilai, Seremban dan Port Dickson dengan cadangan kawasan seluas ribu hektar. Sebagai makluman, Malaysia Vision Valley ini merupakan satu lagi projek pembangunan bersepadu baharu, meliputi beberapa kluster strategik yang bertujuan untuk melengkapi pembangunan di Lembah Klang, khususnya di Putrajaya dan Kuala Lumpur. Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera pula, akan terus menjadi agenda nasional Peratus Bumiputera kepada populasi negara kini, adalah peratus berbanding peratus tahun yang lalu. Maka dengan itu, inisiatif-inisiatif bagi Bumiputera bukan sekadar harus, tetapi wajib dilaksanakan Kerajaan akan tetap memperjuangkan dasar-dasar Bumiputera, tetapi mestilah berasaskan meritokrasi sesama Bumiputera. Seterusnya, ucapan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dilancarkan pada , kita komited dan berazam sepenuhnya, untuk mensasarkan kadar peratus Pemilikan Ekuiti Bumiputera, berjaya dicapai menjelang nanti Insya-Allah. Seterusnya lagi, untuk meningkatkan pemilikan ekuiti korporat Bumiputera, sukacita saya ingin memaklumkan bahawa, pengeluaran wang dari Akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk melabur dalam Amanah Saham Bumiputera akan dilancarkan, tertakluk kepada syarat penabungan minima. Kesejahteraan rakyat adalah segala-galanya Apa ertinya kemajuan tanpa sentosa dan bahagia mendatangi kehidupan. Oleh itu, di bawah RMK- ini, tahap kesihatan rakyat dan kualiti penjagaan kesihatan akan terus dipertingkatkan Ke arah itu, antara inisiatifnya, bilangan katil di kedua-dua hospital awam dan swasta akan ditingkatkan sebanyak peratus kepada ribu katil pada tahun . Sasaran ini akan dicapai antaranya, menerusi pembinaan hospital baru di Kemaman, Bentong, Baling, Pendang, Pasir Gudang dan Maran Manakala, buah hospital di Sabah iaitu Hospital Tawau dan Hospital Kota Marudu serta Hospital Miri di Sarawak akan dinaiktaraf Selain pembinaan hospital baru, Kerajaan juga sedang giat menyiapkan hospital di Sri Aman, Sarawak. Di samping itu, bagi menambahbaik akses kepada penjagaan kesihatan terutamanya di kawasan luar bandar, sebanyak buah Klinik alaysia akan dibina dengan kos sebanyak juta ringgit. Pada masa yang sama, lebih ramai pakar perubatan dan kakitangan kesihatan yang berkemahiran tinggi akan disediakan Matlamat Rancangan ini, menjelang tahun , nisbah doktor kepada penduduk dijangka meningkat kepada seorang doktor bagi setiap penduduk. Dalam perkara ini, sekalipun World Health Organization atau WHO, tidak menetapkan apa-apa nisbah khusus, namun sekadar perbandingan dan makluman, Ahli-Ahli Yang Berhormat, nisbah doktor kepada populasi kita kalau nak dibandingkan dengan negara Singapura kepada manakala di United Kingdom adalah kepada Ini adalah satu hal yang sungguh positif. Bahkan, selain daripada perkhidmatan kesihatan awam kita yang hampir percuma, yakni bayaran hanya seringgit jika kita ke Hospital Kerajaan dan Klinik Malaysia,...bagi rawatan pesakit luar. Secara keseluruhannya lagi, WHO telah mengiktiraf bahawa, sistem perkhidmatan kesihatan di negara ini adalah antara yang terbaik di rantau Pasifik Barat. Meskipun begitu, kita perakui hakikat bahawa kita masih perlu menangani kekurangan pakar-pakar perubatan khususnya, di kawasan-kawasan luar bandar. Rumah tempat tinggal, dan bumbung tempat berlindung dari panas dan hujan, adalah antara keperluan asas kehidupan kepada semua. Seiring ini, bagi meneruskan agenda pemilikan perumahan rakyat, semenjak , Kerajaan mensasarkan untuk membina juta rumah mampu milik untuk rakyat. Jadinya, bagi merealisasikan sasaran tersebut, pembinaan perumahan mampu milik kepada rakyat dibuat melalui kerjasama antara kerajaan negeri dan sektor swasta antaranya, menerusi program PRA, Perumahan Penjawat Awam alaysia, Projek Perumahan Rakyat dan Rumah Mesra Rakyat alaysia. Daripada jumlah juta unit rumah yang dihasratkan tersebut, sebanyak ribu unit rumah dijangka dapat disiapkan sepenuhnya pada akhir tahun Di samping itu, kira-kira lebih ribu unit telah disediakan oleh kerajaan negeri dan FELDA. Jikalau, dalam tempoh RMK-, sekitar ,unit rumah mampu milik telah dibina oleh sektor swasta di pelbagai negeri, di bawah RMK- pula, sejumlah ribu unit rumah lagi akan dibina juga oleh pelbagai pihak. Sebagai satu program baru lagi, yang akan mengubah wajah rumah-rumah di kampung dan luar bandar, sukacita saya mengumumkan bahawa, satu program baik-pulih secara besar-besaran melibatkan sebanyak rumah dalam tempoh Rancangan Sebanyak ringgit hingga ,ringgit akan diperuntukkan kepada setiap rumah. Sememangnya bidang sukan merupakan medium perpaduan yang sangat diminati dan popular di kalangan rakyat Oleh itu, Kerajaan akan menggalakkan bidang ini demi melahirkan atlet-atlet jagoan dan bertaraf dunia seperti Dato' Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David, Sazali Abdul Samad dan Pandelela Rinong. Lantaran itu, bagi melahirkan lebih ramai atlet yang cemerlang, di bawah RMK-, Universiti Malaya dipilih untuk menumpukan kecemerlangan dalam sukan badminton, manakala Universiti Teknologi MARA akan menumpukan kepada kecemerlangan sukan bola sepak. Di samping itu, Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari, di Gambang Pahang, yang telah dilancarkan pada tahun akan terus diperhebat demi mempastikan pembangunan pemain, kejurulatihan, kemudahan dan pertandingan secara berterusan, dilaksanakan pada peringkat usia muda. Kemajuan juga bererti berkembangnya kesenian, kebudayaan dan ketamadunan Sebab itulah, RMK- turut mementingkan golongan karyawan dan penggiat seni tanahair. Untuk itu, aktiviti kesenian akan dipergiat dengan menaik taraf Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan atau ASWARA, daripada tahap akademi kepada status universiti dalam usaha menghasilkan penggiat seni dan budayawan yang berkaliber Sehubungan itu juga, industri kreatif akan terus dipergalakkan. Modal insan adalah sumber terpenting kepada pembangunan negara Maju atau mundurnya sesebuah negara bergantung penuh kepada kekuatan dan kehebatan nilai, kompetensi dan kemahiran insaniah. Berhubung ini, sukalah saya maklumkan, melalui RMK- ini sejumlah juta peluang pekerjaan baharu, bakal diwujudkan. Antara langkah yang akan diambil ialah, menambah baik produktiviti buruh dan gaji, serta mempertingkatkan kecekapan operasi pasaran buruh. Selanjutnya, pada akhir tempoh RMK- kelak, Kerajaan mensasarkan peningkatan produktiviti buruh pada kadar purata peratus setahun, berbanding peratus setahun pada RMK-. Dalam Rancangan ini, Kerajaan juga mensasarkan agihan pampasan pekerja kepada KDNK meningkat kepada peratus, berbanding dengan peratus pada tahun Maksudnya, jika sesebuah syarikat menjana ribu ringgit, agihan yang diberikan kepada pekerja adalah secara puratanya ribu ringgit. Merujuk kepentingan dan kebajikan warga kerja, Kerajaan akan memperkenalkan Indeks Gaji Nasional sebagai petunjuk dan penanda aras kepada majikan dalam menetapkan gaji yang setimpal dengan produktiviti, kemahiran, kelayakan dan kepakaran pekerja. Dalam pada itu, paras Gaji Minimum akan terus dikaji secara berkala berasaskan persetujuan tripartite, yakni pihak Kerajaan, majikan dan kesatuan pekerja. Realitinya lagi, dalam menuju negara maju, kita memerlukan lebih ramai pekerja yang berkemahiran tinggi Oleh sebab itu, Kerajaan mahu supaya lebih ramai pelajar yang mendapat pendidikan berbentuk kemahiran dan vokasional dilatih dan dilahirkan, yang jumlahnya kini hanya peratus daripada tenaga kerja. Rancangan ini bermatlamat melonjakkan jumlahnya kepada peratus, supaya dapat beriring dengan graduan akademik dan profesional. Sebab itulah, dalam mengatasi dan mendepani keperluan ini, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional atau TVET akan diperkasakan. Ke arah ini, sukacita saya mengumumkan antara lain, bilion ringgit akan diperuntukkan kepada Tabung Pembangunan Kemahiran, berbanding juta ringgit pada tempoh Rancangan yang lalu. Melalui program ini, lepasan TVET berpeluang untuk mendapat pekerjaan dengan kadar pendapatan nilai tambah yang tinggi dalam sektor-sektor seperti minyak dan gas, kejuruteraan penerbangan, perkapalan serta automotif. Selain itu, Program Sistem Latihan Dual Nasional disesuaikan daripada model latihan TVET di negara Jerman yang peratus kandungan latihan adalah berorientasikan apprenticeship Ianya dijangka meningkatkan jumlah pelatihnya daripada ribu kepada ribu pelatih pada tahun . Sehubungan ini, bagi menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam program apprenticeship ini, Kerajaan bercadang memberi insentif berbentuk geran dan pengecualian cukai pendapatan. Laginya, dalam ikhtiar meningkatkan kualiti penyampaian pendidikan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia - sedang dilaksanakan dengan rapi. Daya saing sesebuah negara bergantung kepada penguasaan kita dalam pendidikan STEM atau Science, Technology, Engineering and Mathematics Begitu juga, pentingnya penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dan bahasa kebangsaan sebagai pengukuhan jati diri rakyat Malaysia. Di samping itu, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi serta pendidikan agama dan moral adalah di antara subjek yang perlu diberi keutamaan. Seperkara yang mustahak lagi, ingin saya nyatakan kepada Dewan yang mulia, dalam tempoh Rancangan,.. kadar penyertaan murid dari peringkat prasekolah sehingga sekolah menengah akan disasarkan kepada peratus enrolmennya menjelang . Untuk pendidikan rendah dan menengah juga, sejumlah sekurang-kurangnya buah sekolah baru akan dibina di seluruh negara dalam tempoh tahun pertama semasa Rancangan, meliputi antaranya buah di Perlis, buah di Melaka, buah di Sabah dan buah lagi di Sarawak. Ini tidak termasuk sebagai contoh, dua buah Maktab Rendah Sains MARA yang akan dibina di Sik, Kedah dan Tanah Merah, Kelantan, serta sebuah sekolah menengah yang majoritinya Orang Asli di Sungai Siput, Perak yang sudah hampir siap binaannya. Manakala, beberapa buah Sekolah Berasrama Penuh akan dibina, seperti di Keningau, Sabah dan Manjung, Perak. Menyentuh pendidikan tinggi pula, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia - (Pendidikan Tinggi) merupakan antara strategi utama RMK-. Langkah ini dijangka dapat menyokong pencapaian sasaran peratus graduan mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian. Berbicara tentang pertumbuhan hijau, pada Sidang Kemuncak Perubahan Iklim Copenhagen , Malaysia telah dengan secara sukarela mensasarkan pengurangan intensiti pelepasan gas rumah kaca atau Greenhouse Gas daripada KDNK, sehingga peratus menjelang tahun . Sehingga akhir tahun , Malaysia telah berjaya mengurangkan sebanyak peratus intensiti pelepasan Greenhouse Gas daripada KDNK, hasil daripada pelaksanaan langkah mitigasi. Di sudut ini juga, senario global warming yang berlaku di seluruh dunia telah mengakibatkan pelbagai bencana alam seperti banjir, hakisan pantai dan tanah runtuh Ini telah menjejaskan aktiviti ekonomi serta punca pendapatan dan keselamatan rakyat. Selain itu, untuk projek Rancangan Tebatan Banjir atau RTB, antaranya, Kerajaan akan melaksanakan RTB Sungai Kelantan secara bersepadu melalui pembinaan empangan Nenggiri dan Lebir. Projek-projek lain termasuklah RTB Sungai Kuantan, Pahang, Sungai Moyog di Sabah, Sungai Perak dan Sungai Kemaman di Terengganu. Pembangunan infrastruktur adalah tulang belakang dalam melonjakkan kemajuan negara serta kesejahteraan rakyat. Rancangan ini menarik perhatian kepada antaranya beberapa pembangunan infrastruktur yang akan memberi impak tertinggi dalam mencapai status negara maju Ini, termasuklah pembinaan lebuhraya, kemudahan MRT dan LRT, loji janakuasa elektrik, loji rawatan air, dan inisiatif jalur lebar berkelajuan tinggi. Bagi pembangunan rangkaian jalan raya, Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang kilometer yang sedang dibina, akan meningkatkan hubung-jalin di Sabah dan Sarawak. Manakala, Central Spine Road, yang menghubungkan Kuala Krai ke Simpang Pelangai Pahang dan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai akan menambah-baik hubung-jalin di Semenanjung Malaysia dan memangkin pertumbuhan di wilayah pantai timur. Kemudiannya lagi, Lebuh Raya Pantai Barat yang dijangka siap pada tahun , akan menyediakan akses yang lebih baik kepada penduduk pantai barat di Perak dan Selangor. Juga, Projek Landasan Berkembar Gemas-Johor Bahru dengan jarak kilometer akan dilaksanakan. Bagi pengangkutan awam juga, suka saya kongsikan, pembinaan Klang Valley Mass Rapid Transit Laluan Sungai Buloh ke Kajang, Laluan Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya dan LRT kesemuanya akan berlangsung dalam RMK-. Pembinaan High Speed Rail juga untuk makluman yang akan menjajari Bandar Malaysia di Kuala Lumpur, hingga ke Jurong East di Singapura, akan dilaksanakan. Kemudahan ini bakal mempercepatkan perjalanan KL ke Singapura, pada hanya minit Setelah siapnya projek ini kelak, akan meningkatkan manfaat ekonomi antara kedua-dua buah negara yang paling pesat membangun di rantau ini. Berkait perkhidmatan jalur lebar pula, Kerajaan akan meningkatkan liputannya secara menyeluruh, melalui Inisiatif Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi atau HSBB dan Inisiatif Jalur Lebar Pinggir Bandar untuk menyokong pertumbuhan ekonomi. Dengan ini, sukacita dimaklumkan, menjelang , semua isi rumah di ibu negeri dan kawasan pertumbuhan berimpak tinggi, akan mendapatkan akses perkhidmatan jalur lebar berkelajuan megabit sesaat. Manakala, saudara-saudara kita di kawasan pinggir bandar dan luar bandar pula akan dapat akses perkhidmatan jalur lebar megabit sesaat...dalam kata lain, lagi laju daripada rumah kita sekarang ini. Seterusnya, loji-loji janakuasa elektrik baharu untuk menjana Megawatt kuasa elektrik akan dibina Antaranya adalah buah projek loji janakuasa elektrik arang batu di Johor, Perak dan Negeri Sembilan serta buah projek loji janakuasa elektrik gas di Pulau Pinang dan Johor. Ini semua, dengan anggaran jumlah kos pelaburan sebanyak bilion ringgit dan akan mewujudkan lebih kurang ,jumlah peluang pekerjaan baharu. Loji Rawatan Air Langat pula adalah penting bagi menjamin bekalan air yang berterusan Margin rizab bagi Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada masa sekarang adalah lebih kurang peratus. Bagi mempastikan margin rizab di antara hingga peratus seperti yang digariskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, pelaksanaan ini perlu disegerakan Kelewatan pelaksanaan projek ini akan menyebabkan integriti bekalan air dan kesejahteraan rakyat Selangor serta Lembah Kelang terjejas. Di sudut lain, perkhidmatan pembetungan bersambung pula disasarkan meningkat daripada peratus kepada peratus di bandar utama Oleh itu, Projek Loji Rawatan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan di Kinta Barat, Papan, Perak,.. akan dibina dengan anggaran kos berjumlah bilion ringgit. Berhubung sumber gas asli, medan gas yang sedia ada, khususnya di Semenanjung Malaysia semakin matang Dari itu, kemudahan pengimportan gas asli perlu ditambah untuk memenuhi permintaan gas asli pada masa hadapan. Lantasnya, Terminal Regasifikasi sedang dibina di Pengerang, Johor sebagai tambahan kepada Terminal Regasifikasi di Melaka, yang mula beroperasi pada tahun . Selain itu, pembangunan Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang akan terus dilaksanakan dengan pelaburan sebanyak bilion ringgit pada . Selain daripada itu, projek infra utama yang akan dilaksanakan dalam Rancangan ini, termasuklah pembinaan lapangan terbang Mukah dan Lawas di Sarawak, pembesaran lapangan terbang Kota Bharu dan penambahbaikan Pelabuhan Kuantan Terminal Padang Besar juga akan dinaiktaraf dalam merancakkan lagi kendalian kargo dari Selatan Thailand untuk dieksport melalui Pelabuhan Klang. Seterusnya, kajian empirikal membuktikan bahawa wujudnya korelasi yang kuat antara inovasi dan produktiviti Survival dan berjayanya sesebuah organisasi atau negara itu, sangat bergantung kepada penekanan terhadap dua perkara ini. Justeru, untuk sentiasa kekal mendepani kelok kemajuan, Malaysia akan terus membudayakan inovasi yang membawa kepada peningkatan produktiviti dalam semua peringkat, sama ada di peringkat nasional, industri mahupun perusahaan. Sehubungan itu, satu Blueprint Produktiviti Nasional akan digubal bagi menggariskan hala tuju serta merangka tindakan komprehensif lagi spesifik dalam memacu produktiviti Bagi maksud ini, Majlis Produktiviti Nasional akan diwujudkan. Salah satu langkah untuk meningkatkan produktiviti, Pasukan Petugas Logistik Kebangsaan akan ditubuhkan untuk menyelaras, dan memantau pelaksanaan Pelan Induk Logistik dan Fasilitasi Perdagangan. Sektor industri pengangkutan dan penyimpanan dijangka berupaya mewujudkan sejumlah ribu peluang pekerjaan baharu berkemahiran tinggi kepada rakyat. Dalam usaha meningkatkan tahap inovasi negara lagi, Kerajaan akan turut mengambil pendekatan yang pelbagai Umpamanya, peralihan daripada pendekatan secara Government-centric kepada pendekatan keseluruhan masyarakat dan memberi peluang kepada penglibatan organisasi berasaskan komuniti. Selaras itu, kerjasama penyelidikan antara Kerajaan, industri dan ahli akademik akan terus diperkemas Salah satu contoh sedia ada adalah, seperti Steinbeis Malaysia Foundation, SIRIM-Fraunhofer dan Jaringan Penyelidikan Awam Swasta yang ditubuhkan bagi meningkatkan pengkomersialan hasil penyelidikan. Makanya, menjelang tahun , pengkomersialan output R&D disasar meningkat kepada peratus berbanding peratus pada tahun . Melalui Rancangan ini juga, sektor-sektor utama seperti perkhidmatan, pembuatan, pertanian, perusahaan kecil dan sederhana, akan terus dipastikan signifikasi sumbangannya kepada KDNK negara. Dalam sektor perkhidmatan, antara industri yang akan digalakkan adalah kewangan Islam, ICT, minyak dan gas, penjagaan kesihatan swasta, pendidikan tinggi swasta, pelancongan dan industri Halal. Pada tahun ini, Blueprint Sektor Perkhidmatan yang mempunyai pelan tindakan, mensasarkan peningkatan produktiviti buruh dari ,ringgit pada tahun , kepada ,ringgit menjelang tahun Sektor ini, Insya-Allah, dijangka menyumbang sebanyak .peratus kepada KDNK. Bagi sektor pembuatan pula, akan dipacu oleh beberapa subsektor pemangkin iaitu kimia, elektrik dan elektronik, mesin dan peralatan, peranti perubatan serta aeroangkasa Yang penting, sektor ini akan membuka juta lagi peluang pekerjaan. Seterusnya, bagi merancakkan pertumbuhan eksport baru-baru ini, Majlis Eksport Negara telah ditubuhkan Majlis ini bertanggungjawab bagi menggalakkan pertumbuhan eksport termasuk meningkatkan ekosistem eksport dengan menaik taraf infrastruktur, meningkatkan aktiviti dalam rantaian nilai, memaksimumkan peluang perdagangan terutamanya dengan negara-negara ASEAN dalam jangkamasa pendek dan sederhana. Jika negara perlu melakukan inovasi, bandar-bandar utama kita juga perlu melakukan inovasinya supaya kekal relevan Kini, bandaraya-bandaraya besar dunia, bukan hanya berlumba-lumba mencari pelaburan, tetapi ia menjadi persaingan bakat-bakat terbaik dunia untuk mentransformasikan bandar-bandar ini dan seterusnya negara mereka. Jika dahulu, kalau berbicara tentang negara China, hanya bandar Beijing dan Shanghai diperkatakan Namun kebelakangan ini, bandar-bandar lain di negara China seperti Shenzhen atau Guangzhou, menjadi sebutan di persada dunia. Justeru, bagi meningkatkan daya saing negara, bandar-bandar Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu telah dikenal pasti untuk melonjak pertumbuhan ekonomi Bandar-bandar ini akan merangka pelan induk persaingan masing-masing supaya selaras dengan aspirasi negara di bawah RMK-. Sesungguhnya, kita sentiasa menghargai jasa dan khidmat kakitangan awam dan anggota keselamatan Untuk itu, dalam Rancangan ini, Kerajaan akan terus menjamin kebajikan mereka seperti pembangunan kerjaya, skim perkhidmatan dan perumahan dari masa ke semasa. Di samping itu, penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat akan terus dimantapkan dari segi kepantasan khidmat, kecekapan dan integriti. Bagi keseluruhan pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesebelas ini, Kerajaan akan menyediakan siling peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak bilion ringgit sepanjang tempoh hingga . PENUTUP Seandai dan sekira diqabul dan diperkenankan oleh Allah jua, realitinya, dalam pada kita menongkah separuh jalan Rancangan ini, tinggal hanya setahun dua saja lagi, era yang disebut sebagai beyond . Meskipun dengan segala perencanaan yang kita perbuat ini, gambaran dan warna Malaysia pasca nanti, adalah amat penting untuk dijiwai suasana dan keadaannya kala itu Barulah kita dapat berfirasat dalam meneruskan momentum pertumbuhan dan rentak perjalanan, sebuah kelana negara ini supaya tidak tersasar. Ini bermaksud, bayangan dan corak Malaysia contohnya, pada tahun , antaranya, jumlah penduduk mencecah kira-kira juta, kadar urbanisasi meningkat kepada peratus, KDNK sebanyak trilion ringgit, KDNK per kapita pula melebihi ribu ringgit dan perdagangan dunia dijangka menjangkau trilion dolar Amerika. Yang terlebih utama, kita mahu adalah, wujudnya National Consensus atau Kesefahaman Nasional tentang halatuju negara pasca . Berbalik dan berpasak kepada pelbagai prakarsa atau inisiatif besar, selama bertahun- tahun ini, seperti bajet , telah dirangka atas keseimbangan antara capital economy dan people economy. Tatkala, berdepan dengan ketidak tentuan harga minyak dan kemelut ekonomi global, pada awal tahun ini pula, kerajaan tanpa berlengah telah membuat pengumuman khas, untuk mengambil langkah-langkah proaktif mengubah polisi-polisi bagi mempastikan negara kekal berada di trajektori dan landasan yang betul lagi tepat. Ini membuktikan, Kerajaan Barisan Nasional adalah sebuah Kerajaan yang pragmatik dan sistematik dalam menyusun dan mencartakan apa jua kepentingan rakyat,.. sekalipun dalam banyak hal, kita telah berbuat sehabis baik begini-begini,.. namun,.. ditohmahnya pula oleh orang, begitu-begitu,..... Dalam hal lain,.. apabila Kerajaan dengan ikhlasnya pulak,.. memutuskan supaya subsidi pukal diganti dengan subsidi bersasar agar bantuan dapat diberi terus kepada golongan yang sangat memerlukan melalui BR,.. tiba-tiba,.. dituduh dan diperkata pulak,.. sekian-sekian. Berkenaan GST, umum berpendapat ia adalah baik untuk negara Namun, setelah mendengar rungutan dan hingga berlakunya kekeliruan kepada rakyat, kita perakui sistem ini, mengambil masa bagi proses pelaksanaannya yang lebih efisien dan memuaskan semua pihak. Sehubungan ini, saya nak nyatakan dalam Dewan Yang Mulia, rakyat sekalian janganlah gundah dan runsing,.. kerana,.. pihak Kerajaan akan memaklumkan tentang hasil kutipan GST ini, ke arah mana perbelanjaannya. Kerana itu,.. pagi ini,.. saya bagi pihak Kerajaan yang menepati janji, ingin menegaskan bahawa,.. kita akan mempastikan hasil GST akan diperuntukkan kembali kepada manfaat dan keperluan rakyat keseluruhannya. Walaupun, mutakhir ini, pelbagai dugaan dan rintangan dihadapkan, saya dan pihak Kerajaan memilih hanya SATU jalan, iaitu terus melangkah ke hadapan dan sekali-kali tidak akan berbalik haluan. Ternyata, benarlah kata-kata para alim dan pujangga, hidup ini sememangnya adalah sebuah perjuangan, laksana lautan yang jarang tenang Sekali ombak naik, sekali ombak turun Pergantian musim hujan dan musim panas, adakala masa susah dan adakala masa senang. Justeru,.. saya menyeru kepada rakan-rakan yang setia,.. sekiranya kita bersabar,.. seandainya kita terus kukuhkan kepercayaan,.. juga keyakinan di dada,.. bertawakal kepada yang Maha Kuasa,.. kelak.. akan terbentanglah jalan keluar dan kemenangan buat kita. Begitulah, kita wajib menghitung doa dan berharap bahawa Rancangan Malaysia Kesebelas ini, akan disokong dan memanfaati semua lapisan. Tak kiralah,.. Pak Tani di kebun, Pesawah di bendang, para nelayan, golongan kolar biru dan putih, ahli-ahli korporat mahupun cendekiawan. Hatta, kepada saudara-saudari kita,.. di seberang sana, saya mengajak agar sama-sama mendokong usaha murni Kerajaan untuk menjulang Malaysia gagah dan megah di persada antarabangsa. Sesungguhnya, perjuangan ini adalah perjuangan yang murni, demi bangsa Malaysia dan pertiwi Sememangnya jua, beban dan amanah yang sedang digalas ini, adalah berat dan memerlukan jiwa-jiwa besar serta kekuatan dari segenap penjuru Barulah sebuah negara bangsa yang maju dan berjaya dapat dijelmakan. Pucuk pangkalnya, janganlah dipersiakan, apa yang sudah kita secara susah payah raih dan kecapi Jauh sekali meruntuhkannya, nauzubillah,.. kelak menyesal tidak berguna lagi,.... Lantas, marilah kita merenung bait-bait lagu Kebangsaan, "Negaraku, ... Tanah Tumpahnya Darahku,.. Rakyat Hidup Bersatu dan Maju..." Itulah tema,.. itulah rahsia,.. kecemerlangan kita selama ini. Disimpulkan kalam,.. Ya Ilahi,.. Ya Robbi,.. satukanlah hati-hati kami,.. berkatilah perjuangan ini,.. seraya kita maktub dan keramatkan rancangan Malaysia Kesebelas ini. Tuan Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Pastinya,...pastinya.. setiap satu amal dan setiap satu usaha kita semua,.. akan dipersaksi oleh masa dan dihakimi oleh waktu.... Bak kata orang dulu-dulu,.. Yang benar tetap benar,... Buktinya kelak jadi sejarah. Tuan Yang Dipertua1 Pertama-tamanya, marilah kita mengucapkan syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini. Begitulah ucapan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Dalam Majlis ini, kita berhimpun bersama-sama, sebahagian pimpinan dan para pentadbir, penjawat awam, ketua-ketua industri dan orang-orang korporat, wakil-wakil kedutaan, golongan NGO dan para sukarelawan. Seterusnya, yang dikasihi seluruh rakyat Malaysia, sama ada yang di dalam dewan, atau yang sedang menonton juga mendengar perutusan khas ini. Tujuan saya berucap, adalah untuk memberi penjelasan terkini tentang perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara. Mutakhir ini, terdapat laporan-laporan, kebimbangan dan pertanyaan terutamanya berkait harga minyak dan kedudukan nilai matawang ringgit. Ketahuilah bahawa, Kerajaan memang sentiasa memantau keadaan ini sejak awal. Sehubungan itu, hari ini, Kerajaan akan mengumumkan beberapa langkah proaktif, untuk membuat pengubahsuaian yang spesifik, bagi menjajar semula dasar-dasar kita, beriring dengan perubahan senario ekonomi global, yang faktor-faktornya, berada di luar kawalan kita. Ini dilakukan, untuk kita terus mencapai pertumbuhan ekonomi yang menyakinkan lagi boleh dibanggakan. Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian, Dalam erti kata lain, I am here today to announce specific and proactive measures to align ourselves with the recent global economic developments. We are not in crisis. Indeed, we are taking preemptive measures following the changes of the external global economic landscape, which are beyond our control. This is to ensure that our economy continues to attain a respectable and reasonable growth. And at the same time, we want to ensure and must ensure development of the nation and socio economic welfare of the people to be continue to be the main focus of the government. Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian, Sesungguhnya takwim yang lalu, merupakan tahun yang amat mencabar dan begitu menduga bagi kita dengan pelbagai tragedi. Pada penghujung tahun lepas, Malaysia diuji dengan musibah banjir yang luar biasa. Ia telah melanda beberapa buah negeri di Pantai Timur dan Utara Semenanjung, antaranya Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perak. Di beberapa negeri lain, sungguhpun tidak begitu kritikal, banjir turut memberi kesan kepada penduduk di sesetengah tempat di Johor, Sabah dan Sarawak. Demikianlah, seperti yang difirmankan bahawa, manusia merancang, Allah merancang, sesungguhnya Allah jualah sebaik-baik Perancang. Apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah, dalam segala kudrat Kerajaan dan pentadbiran, kita telah cuba merencana, merangka, menyusun dan berikhtiar untuk melaksanakan setiap sesuatu dengan sehabis baik demi kepentingan dan keperluan rakyat. Justeru, jika diimbau, secara keseluruhannya, kira-kira hanya sekitar tiga bulan lebih yang lalu, sewaktu Bajet dibentangkan, perancangan Kerajaan adalah berpremiskan, antaranya, pertama, unjuran harga minyak Dated Brent pada kadar dolar Amerika setong. Kedua, pertumbuhan ekonomi atau Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dijangka mencatat antara 5 hingga 6 peratus. Ketiga, kadar pertukaran matawang yang kekal stabil pada 3.2 ringgit berbanding dolar Amerika; dan Keempat, semasa bajet itu digubal, pertumbuhan ekonomi dunia pada diunjurkan oleh World Bank dan IMF adalah pada kadar 3.4 dan 3.9 peratus. Kini, mereka telah mengkaji semula kadar dan meletakkan paras yang lebih rendah di antara 3 hingga 3.8 peratus. Perlu difahami juga, sewaktu Bajet digubal, it was based on strong fundamentals, yakni asas yang teguh. Oleh sebab itulah, defisit fiskal tahun telah diunjurkan pada kadar 3 peratus, berbanding pada kadar 3.5 peratus pada 2014. Walau bagaimanapun, kontemporari ini, mahu tidak mahu, kita harus menerima hakikat bahawa, persekitaran dan percaturan ekonomi dunia telah berubah, yang secara langsungnya memberi impak kepada Malaysia sebagai, antara negara yang mempunyai dagangan terbesar di dunia. Maksudnya, berbanding situasi beberapa bulan yang lepas, kini, the global economic landscape has changed in very significant ways. Beberapa perkara pokok yang telah Kerajaan unjurkan, bagi merancang ekonomi dan kewangan negara, kini perlu disemak dan diperjelaskan kedudukan semasanya. Turut dibangkitkan adalah keupayaan Kerajaan untuk mencapai sasaran fiskal pada tahun Ramai ingin tahu, persoalannya, berdasarkan situasi semasa ini, adakah ekonomi dan kewangan negara akan terjejas? Oleh yang demikian, perutusan khas hari ini disampaikan supaya rakyat Malaysia mendapat penjelasan langsung daripada Kerajaan tentang perkara ini. Saya juga turut akan mengumumkan beberapa strategi, berikutan kedudukan ekonomi semasa. Sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, kita akan terus merintis serta mencari jalan bagi mempastikan negara terus membangun dan kesejahteraan rakyat terjamin. Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian, Kita sedar mutakhir ini, wujud pertanyaan di kalangan rakyat, komuniti perniagaan dan para penganalisis bersabit kejatuhan mendadak harga minyak mentah dunia ke atas ekonomi Malaysia. Merujuk kepada trend harga minyak mentah global, dalam tempoh enam bulan kebelakangan ini, ia telah menjunam lebih peratus. Ini adalah disebabkan, salah satunya, oleh kerana lebihan bekalan dan permintaan global yang berkurangan. Selain daripada itu, ini juga adalah disebabkan oleh pengeluaran gas dan minyak shale yang meningkat ketara di Amerika Syarikat berikutan kemajuan teknologi industri pengeluaran minyak. Dalam masa yang sama, keadaan ini menjadi lebih buruk, dengan pertambahan bekalan daripada kalangan negara-negara bukan OPEC. Manakala, negara-negara OPEC pula enggan mengurangkan pengeluaran mereka bagi mengekalkan penguasaan pasaran. Di sinilah pihak Kerajaan sering ulang-ulangkan dan berharap, agar rakyat dapat sama-sama memahami bahawa, isu harga minyak mentah bukanlah sesuatu yang berada dalam kawalan langsung Kerajaan Persekutuan kita. Kerana itulah, penanda aras harga minyak mentah Dated Brent terkini telah turun kepada sekitar dolar Amerika setong pada hari semalam, yakni Januari Walaupun begitu, para penganalisis menjangkakan harga minyak akan mengambil tempoh tertentu untuk kembali stabil. Tuan-Tuan dan Puan-Puan, apabila berlakunya penurunan harga minyak seperti sekarang ini, hikmahnya, ia membawa manfaat kepada negara pengimport bersih minyak seperti Malaysia. Sebagai contoh, apabila pengurangan harga runcit petrol dan diesel pada dan sen seliter baru-baru ini, tambahan pendapatan boleh guna atau disposable income pengguna rakyat Malaysia secara kasarnya adalah di sekitar 7.5 bilion ringgit. Dengan andaian pengguna membelanjakan peratus daripada jumlah tersebut, ini akan meningkatkan penggunaan swasta sebanyak 3 bilion ringgit. Selain itu, Bank Dunia mengunjurkan bahawa, harga minyak mentah yang lebih rendah akan memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi global. Malah, penurunan harga minyak sebanyak peratus, mampu meningkatkan pertumbuhan KDNK dunia sehingga 0.5 peratus. Ini secara tidak langsung, akan juga memberi kelebihan kepada permintaan produk buatan Malaysia. Dengan kedudukan ekonomi Amerika Syarikat yang semakin kukuh pula, permintaan terhadap eksport Malaysia terus mampan terutamanya bagi produk elektrik dan elektronik. Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian, Ironisnya, kejatuhan harga minyak mentah dunia, memberi impak secara langsung dalam mengurangkan pendapatan negara. Pendapatan inilah, yang Kerajaan gunakan bagi tujuan pembangunan seperti membina sekolah- sekolah, jalan raya dan rumah-rumah ibadat. Ia juga digunakan antaranya, untuk perbelanjaan termasuklah seperti gaji penjawat awam, kos ubat-ubatan di hospital Kerajaan, subsidi pertanian dan kos perbelanjaan keselamatan untuk anggota RELA, tentera. polis dan sebagainya. Seperti yang telah saya nyatakan tadi, harga minyak mentah dunia telah menjunam. Berdasarkan paras tertinggi minyak mentah Dated Brent, iaitu sebanyak dolar Amerika setong, yang direkodkan pada Jun harga semasa telah menunjukkan kemerosotan melebihi peratus. Selaras itu, ahli-ahli ekonomi berpendapat bahawa unjuran paras harga asas dolar Amerika setong semasa Bajet dibentangkan, adalah tidak lagi realistik. Mereka kini, mengganggarkan purata harga minyak bagi tahun adalah antara hingga dolar Amerika setong. Lantaran itulah, Kerajaan perlu menyemak semula untuk merendahkan unjuran purata paras harga asas minyak, kepada dolar Amerika setong bagi tahun ini, berasaskan kepada unjuran bajet yang disemak kembali. Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian, Jika berasaskan kepada harga minyak mentah pada dolar Amerika setong, serta mengambil kira penjimatan dari pelaksanaan mekanisme pengapungan terkawal harga runcit minyak mulai Disember Kerajaan dijangka memperoleh tambahan lebihan semasa akaun fiskal, sebanyak 3.7 bilion ringgit. Dalam kata lain, seandainya harga minyak mentah kekal pada dolar Amerika setong, Kerajaan mampu menampung pelaksanaan semua langkah yang telah diumumkan dalam Bajet dengan sasaran defisit fiskal tidak melebihi 3 peratus. Namun begitu sebaliknya, pada harga dolar Amerika setong yang diunjurkan sekarang, Kerajaan akan mengalami pengurangan hasil sebanyak 13.8 bilion ringgit. Maknanya di sini, jika dibuat perbandingan, di antara angka-angka semakan terkini dengan Bajet yang telah dibentangkan pada Oktober lalu, sekalipun peruntukan subsidi bahan api dapat dijimatkan sebanyak 10.7 bilion ringgit, melalui pelaksanaan mekanisme pengapungan terkawal harga runcit minyak, namun, Kerajaan masih mengalami kekurangan hasil sebanyak 8.3 bilion ringgit, bagi menampung langkah-langkah Bajet 2015. Jelasnya, jika dibiarkan, paras deficit tanpa intervensi kerajaan, defisit akan meningkat kepada 3.9 peratus daripada KDNK, berbanding sasaran 3 peratus bagi tahun 2015. Keadaan ini, memaksa Kerajaan mengambil langkah untuk mengurangkan defisit, selaras dengan komitmen kerajaan ke arah konsolidasi fiskal. Oleh itu, dengan mengambilkira unjuran yang disemak tersebut, kita dengan ini, menetapkan sasaran defisit yang dikaji semula kepada 3.2 peratus, daripada KDNK pada tahun 2015. Kadar ini masih rendah berbanding defisit fiskal 3.5 peratus daripada KDNK pada tahun Dan realitinya, dengan faktor luaran ini, kita harus menerima hakikat, bahawa kita tidak mungkin mencapai sasaran asal Bajet, dengan defisit fiskal pada kadar 3 peratus daripada KDNK seperti yang telah diumumkan. Namun yang penting, adalah komitmen kita, untuk terus mengurangkan defisit fiskal daripada paras 3.5 peratus pada penghujung tahun sudah. Yang paling utama juga, kita tidak akan berkompromi ke atas perancangan pembangunan negara, kerana ia akan meningkatkan kapasiti produktif kepada ekonomi negara. Sekaligus, kita tidak akan sesekali mengabaikan kebajikan semua rakyat, khususnya golongan pendapatan isi rumah peratus terbawah atau the bottom 40 Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian, Seperkara lagi yang perlu diketahui oleh kita semua, perihal turun-naik nilai matawang, asasnya, adalah berdasarkan pengaruh ekonomi global. Oleh kerana itu, Ringgit bukanlah satu-satunya mata wang yang nilainya menyusut berbanding dolar Amerika. Malah, hampir semua mata wang serantau turut menyusut berbanding dolar Amerika sejak September 2014. Ketidaktentuan dalam aliran modal dan penyusutan nilai ringgit yang signifikan baru-baru ini juga, disebabkan kebimbangan terhadap impak kejatuhan harga minyak yang mendadak ke atas ekonomi. Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian, Sehubungan itulah, Kerajaan perlu mempastikan perkara-perkara berikut dipantau dengan sebaik mungkin. Pertama, akaun semasa dalam imbangan pembayaran, perlu sentiasa kekal dalam lebihan. Kedua, meneruskan langkah-langkah fiscal reform dan consolidation dan ketiga, aktiviti ekonomi negara perlu terus dipelbagai dengan sewajarnya, supaya negara mampu menghadapi kejatuhan harga minyak dan komoditi. Namun begitu, Kerajaan yakin kadar tukaran Ringgit, akan mengalami penyesuaian dalam tempoh tertentu dan kembali ke paras yang menggambarkan asas ekonomi yang kukuh. Apa yang penting, our financial system continues to function in an orderly manner. Paling mustahak, tiada gangguan kepada pengantaraan kewangan atau financial intermediation dengan aktiviti pinjaman kekal lancar. Selanjutnya, aktiviti perniagaan terus mendapat akses kepada pembiayaan kewangan daripada institusi perbankan dan pasaran modal. Pucuk pangkalnya, Kerajaan yakin, kesemuanya ini, diiringi dengan polisi atau dasar yang lebih dinamik, rizab antarabangsa yang mencukupi dan kukuh, pasaran kewangan yang pelbagai dan mendalam, sistem perbankan yang teguh serta pelabur institusi tempatan yang kukuh, seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, akan terus meningkatkan daya tahan Malaysia untuk menampan sebarang turun naik aliran modal. Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian, Menyentuh tentang Imbangan Akaun Semasa negara pula, perlu diketahui bahawa ia berkait langsung dengan imbangan perdagangan import dan eksport. Seperti yang ramai tahu, kita merupakan negara pengeksport minyak. Maka, wujudlah tanggapan bahawa, apabila harga minyak merudum baru-baru ini, pendapatan daripada eksport keseluruhan kita, akan turut merosot secara mendadak, yang seterusnya mengakibatkan berlakunya defisit akaun semasa. Sesungguhnya, tanggapan ini tidak benar. Sebetulnya, bagi minyak mentah, kita merupakan pengeksport bersih dengan nilai lebihan eksport sebanyak 7.7 bilion ringgit, untuk tempoh bulan Januari hingga bulan November 2014. Manakala, bagi produk petroleum, kita adalah pengimport bersih dengan nilai lebihan import sebanyak 8.9 bilion ringgit untuk tempoh yang sama. Justeru itu, dengan gabungan kedua-dua minyak mentah dan produk petroleum ini, kita sebenarnya adalah pengimport bersih dengan nilai lebihan import sebanyak 1.2 bilion ringgit. Satu hakitat yang ramai tidak sedar. Oleh itu, tanggapan atau persepsi umum selama ini, bahawa Malaysia merupakan pengeluar minyak yang surplus atau berlebihan, adalah juga tidak tepat. Sebaliknya, jika dicampur eksport serta import minyak mentah, dan ditolak produk petroleum, maka, Malaysia sebenarnya, merupakan negara pengimport bersih petroleum. Perkara ini namun tidak termasuk Gas Cecair Asli atau LNG, di mana Malaysia masih merupakan negara pengeksport bersih. Tambahan lagi, situasi kita masih utuh, berikutan kejayaan kita selama ini dalam mempelbagaikan ekonomi negara, sehingga dapat menampung kejatuhan harga minyak. Sememangnya lagi, kesan kejatuhan harga minyak, dijangka dapat ditampung oleh peningkatan permintaan bagi barangan pembuatan seperti barangan elektrik dan elektronik, produk berasaskan kayu-kayan, produk tekstil serta lain-lain, yang terdiri daripada peratus jumlah eksport. Manakala, eksport minyak mentah hanyalah mewakili 4.5 peratus daripada jumlah eksport. Bersandarkan yang demikian, Kerajaan yakin imbangan akaun semasa akan kekal mencatat lebihan pada tahun ini, walaupun nilainya mengecil kepada 2 hingga 3 peratus, daripada Pendapatan Negara Kasar atau PNK, berbanding pada imbangan lebihan semasa dianggar mencatat 5.1 peratus daripada PNK. Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian, Jelasnya, sebentar tadi, saya telah menghuraikan beberapa isu atau perkara yang akan memberi impak yang besar kepada ekonomi negara. Berdasarkan situasi ini, Kerajaan perlu mengambil langkah-langkah bagi mempastikan pertumbuhan ekonomi berada pada landasan yang kukuh. Insya-Allah, kita mampu mencapai pertumbuhan KDNK antara 4.5 hingga 5.5 peratus pada tahun ini, dengan melaksanakan strategi-strategi berikut. Pertama: Mempastikan pertumbuhan ekonomi yang balanced, inclusive and sustainable yakni seimbang, inklusif dan mampan; Kedua: Meneruskan fiscal reform and consolidation; serta Ketiga: Menyediakan bantuan kepada rakyat dan komuniti perniagaan bagi membina semula infrastruktur yang terjejas akibat banjir. Strategi Pertama: Mempastikan Pertumbuhan Ekonomi Yang Seimbang, Inklusif Dan Mampan. Bagi merancakkan eksport barangan dan perkhidmatan, beberapa tindakan berikut akan diambil: Pertama, mempromosi secara aktif perkhidmatan gantian-import atau import-substitution seperti perkhidmatan perkapalan, pelabuhan, pendidikan dan profesional. Ini, bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar bagi perolehan barangan dan perkhidmatan; Kedua, menyegerakan pelaksanaan cadangan daripada National Export Council iaitu, membantu pengeksport terutamanya Perusahaaan Kecil dan Sederhana atau PKS untuk mendapat prospek pelanggan baharu di pasaran yang baharu, di bawah program jaringan antarabangsa menggunakan penghubung pasaran dan pakar industri. Seterusnya, mempergiat program promosi eksport di negara meliputi Asia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Syarikat; memperkenalkan SME-Go melalui SME Bank, sebuah program eksport untuk PKS, dan memanfaatkan Dana Perkhidmatan Eksport serta program promosi PKS untuk meningkatkan kemampanan eksport ke luar negara; Ketiga, menambah baik last mile connectivity ke Pelabuhan Klang seperti jalan masuk, jaringan landasan dan sistem pengurusan trafik, bagi mempercepatkan pelaksanaan Logistik dan Fasilitasi Dagangan. Selain itu, menaik taraf terminal keretapi Padang Besar; menambah baik kecekapan operasi proses import dan eksport, serta menubuhkan sistem hab dan jaringan perhubungan udara; Keempat, mempergiatkan keseluruhan industri pelancongan negara; Kelima, mengambil langkah-langkah untuk mengkaji semula kadar levi yang dikenakan ke atas pekerja-pekerja asing; dan Keenam, visa diberi secara percuma kepada para pelancong antaranya dari negara China Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian, Selanjutnya, bagi meningkatkan penggunaan swasta pula, Kerajaan akan melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut: Pertama, memberi keutamaan kepada kontraktor tempatan kelas G1 yakni kelas F, G2 yakni kelas E dan G3 yakni kelas D, yang berdaftar dengan CIDB, untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih di kawasan masing- masing yang terjejas akibat banjir; Kedua, mempergiatkan promosi pembelian barangan buatan Malaysia; Ketiga, meningkatkan kekerapan dan memanjangkan tempoh operasi jualan mega di seluruh negara; Keempat, mempergiatkan promosi pelancongan domestik dengan menawarkan tambang penerbangan yang kompetitif; dan Kelima, menggalakkan sektor swasta meraih peluang daripada pewujudan Komuniti Ekonomi ASEAN. Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian, Seterusnya, dalam usaha merancakkan pelaburan swasta di Malaysia, Kerajaan akan: Pertama, menubuhkan Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan berjumlah 5 bilion ringgit kepada PKS dalam Sektor Perkhidmatan, dengan pembiayaan maksimum 5 juta ringgit dan jaminan Kerajaan sebanyak peratus; Kedua, menggalakkan GLC dan GLIC melabur dalam negara; Ketiga, mengurangkan kos kendalian perniagaan melalui penangguhan cadangan kenaikan tarif elektrik pada tahun dan penangguhan cadangan kenaikan harga gas untuk sektor industri pada tahun 2015; Keempat, memperuntukkan peratus daripada perbelanjaan tahunan agensi Kerajaan dan GLC untuk perolehan bekalan serta perkhidmatan kepada PKS tempatan bertaraf pembuat; dan Kelima, mempergiatkan penggunaan bahan, barangan dan perkhidmatan tempatan dalam perolehan Kerajaan. Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian, Seterusnya, Strategi Kedua: Meneruskan Fiscal Reform and Consolidation Antara langkah yang akan diambil bagi meningkatkan hasil Kerajaan adalah: Pertama, meluaskan asas percukaian dengan menggalakkan syarikat mendaftar dengan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, bagi meningkatkan hasil daripada kutipan GST. Ini akan menyumbang kepada tambahan kutipan GST sebanyak satu bilion ringgit. Sehingga pertengahan Januari lebih ribu syarikat telah berdaftar; dan Kedua, meningkatkan kutipan dividen daripada GLC dan GLIC serta badan-badan Kerajaan yang lain yang dapat menyumbang tambahan hasil sebanyak juta ringgit Bagi langkah merasionalisasi perbelanjaan pula, Kerajaan akan: Pertama, mengoptimumkan perbelanjaan ke atas bekalan dan perkhidmatan, penganjuran majlis dan mesyuarat serta perkhidmatan profesional yang memberi penjimatan sebanyak 1.6 bilion ringgit; Kedua, menangguhkan Program Latihan Khidmat Negara tahun dengan penjimatan sebanyak juta ringgit bagi membolehkan program dikaji semula dan ditambah baik; Ketiga, mengkaji semula pemberian dan geran kepada Badan Berkanun Persekutuan, GLC serta Tabung Amanah Kerajaan, terutamanya yang mempunyai aliran pendapatan yang konsisten dan rizab yang tinggi. Langkah ini dijangka memberi penjimatan sebanyak 3.2 bilion ringgit; dan Keempat, menjadualkan semula pembelian aset tidak kritikal terutamanya peralatan pejabat, perisian dan kenderaan yang mampu memberi penjimatan sebanyak juta ringgit Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian, Strategi Ketiga adalah Penyediaaan Bantuan Kepada Rakyat Dan Komuniti Perniagaan Serta Membina Semula Infrastruktur Yang Terjejas Akibat Banjir Banjir baru-baru ini, telah melibatkan sekitar ribu mangsa di seluruh negara. Anggaran terkini kemusnahan infrastruktur mencecah hampir 2.9 bilion ringgit. Antara tindakan yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan kepada mangsa-mangsa banjir, adalah seperti berikut: Kerajaan telah menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak juta ringgit sebagai bantuan permulaan, atau initial allocation untuk kerja-kerja baik pulih, dan program kebajikan mangsa banjir, tambahan kepada tabung Majlis Keselamatan Negara, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak juta ringgit; Sebagai peruntukan awalan, Kerajaan menyediakan juta ringgit untuk membaiki dan membina semula infrastruktur asas seperti sekolah, hospital, jalan raya dan jambatan; Menyediakan juta ringgit bagi Bajet untuk rancangan tebatan banjir; Membina rumah-rumah kampung bertiang atau stilt houses setinggi 8 kaki yang telah musnah akibat banjir kepada mereka yang mempunyai tanah sendiri; Menyerahkan 1,unit rumah kos rendah yang sudah siap di Gua Musang; Memberi bantuan ringgit bagi setiap keluarga yang terlibat bermula hari ini; dan Menghulur sumbangan 5 ribu ringgit kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga. Bagi perniagaan yang terjejas pula, tambahan juta ringgit disediakan kepada TEKUN dan juta ringgit kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), bagi menyediakan pinjaman mudah untuk menyokong PKS dan perusahaan mikro. BSN, Agrobank, SME Bank, TEKUN dan AIM akan menangguhkan tempoh bayaran balik pinjaman yang telah diambil, sehingga enam bulan. Berkait itu, Bank Negara Malaysia akan menubuhkan Special Relief Facility, berjumlah juta ringgit untuk menyediakan pembiayaan pinjaman SME pada kadar yang lebih rendah (concessionary rate) iaitu 2.peratus, dengan penangguhan tempoh bayaran balik pinjaman sehingga enam bulan melalui institusi pembangunan kewangan dan perbankan. Bank Rakyat pula, akan menawarkan Skim Pinjaman Peribadi sehingga ribu ringgit pada kadar keuntungan serendah 3.9 peratus, dan bayaran balik pinjaman bermula selepas enam bulan dari tarikh pengeluaran. Selain itu, sejumlah juta ringgit akan disediakan oleh institusi kewangan dengan jaminan pembiayaan sebanyak peratus di bawah Skim Jaminan Pinjaman Bantuan Banjir. Skim ini akan diuruskan oleh ProKhas; dan Pengecualian pembayaran levi oleh majikan kepada Tabung Pembangunan Sumber Manusia, untuk tempoh enam bulan bagi PKS di kawasan yang terjejas berkuat kuasa 1 Februari 2015. (Penutup) Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian, Secara keseluruhannya, dalam perutusan saya pada pagi ini, dapat saya rumuskan 6 perkara as the key take-away points: Pertama, kita bukan di dalam keadaan gawat atau krisis, seperti mana pada tahun-tahun dan bahkan tidak juga seperti tahun yang lalu, sehingga pakej-pakej stimulus perlu dilaksanakan. Kedua, Strategi-strategi Kerajaan yang diumumkan tadi, adalah langkah proaktif untuk melakukan penyesuaian atau adjustment, berikutan faktor-faktor luaran yang di luar kawalan kita. Ini merupakan satu reality check, berikutan antaranya perubahan harga minyak dunia. Ketiga, Akaun Semasa dalam Imbangan Pembayaran kita, Insya-Allah, dijangka kekal positif dan tidak berada dalam defisit. Keempat, Pasaran kewangan tetap teratur dan kukuh. Malah, matawang ringgit, walaupun mengalami penyesuaian ketika ini, akan kembali ke paras yang menggambarkan asas ekonomi yang kukuh. Insya-Allah. Kelima, Perbelanjaan Pembangunan atau Development Expenditure yang diperuntukkan dalam Bajet sebanyak 48.5 bilion ringgit tidak berubah dan akan tetap dibelanjakan. Ini termasuklah, projek-projek bersifat people economy, yakni perumahan rakyat, tebatan banjir, bekalan air, elektrik dan pengangkutan awam seperti Lebuhraya Pan Borneo. Di samping itu, projek-projek MRT jajaran kedua, LRT dan High Speed Rail Kuala Lumpur-Singapura, Rapid di Pengerang akan tetap diteruskan. Malah, pada bulan Mei nanti, saya akan membentangkan Rancangan Malaysia Kesebelas, bagi merencanakan pula perbelanjaan pembangunan negara sehingga tahun dan akhirnya; Yang ke-enam, Perbelanjaan Mengurus atau Operating Expenditure dijangka akan dikurangkan sebanyak 5.5 bilion ringgit, dengan mengutamakan perbelanjaan yang benar-benar diperlukan sahaja. Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian, Akhir kalam, marilah kita banyakkan berdoa, dan bertawakkal supaya Allah SWT sentiasa memberi bantuan-Nya, kepada ikhtiar-ikhtiar kita dalam terus membangun dan memakmurkan negara. Sesungguhnya jua, dalam segala kudrat manusiawi, kepada Allah kita bergantung dan mengembalikan segala urusan. Apa yang paling mustahak, kepada seluruh rakyat Malaysia, sederap dalam satu solidariti, kita mampu menongkah dan melangkah apa jua cabaran serta rintangan yang mendatang. Pastinya, pada setiap kesukaran itu, ada janji-janji kesenangan dan bahagia yang menanti. Mudah-mudahan, Tuhan yang Maha Berkuasa terus melindung-lindung tanahair tercinta ini, dari segala keburukan dan mara bahaya. Bak kata orang tua-tua, kita berserah rugi dan untung, kepada Allah meminta tolong. Sekian, Terima Kasih. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Tuan Yang Dipertua, Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk "Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu" dibaca bagi kali kedua. Bismillah-Hir-Rahma-Nir-Rahim Sesungguhnya Kami Bernaik Saksi Bahawa, Tiada Tuhan yang Selayaknya Disembah Melainkan Allah yakni Dia, serta para MalaikatNya, yang berSelawat ke atas Nabi Junjungan. Seraya,... diseru ke atas orang-orang yang beriman mengucapkan; Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad, Wa a'la A-li Saidina Muhammad. Begitu juga kepada Tuan Yang Dipertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Tuan-Tuan dan Puan-Puan serta seluruh Rakyat Malaysia Sekalian, dari penjuru Utara Perlis, hingga ke Penghujung Benua Asia di Tanjung Piai, membawa nun jauh di Sabah, Negeri di Bawah Bayu dan di Sarawak, Bumi Kenyalang, diucapkan Salam Sejahtera,... Salam Negaraku,... dan Salam 1Malaysia. Tuan Yang Dipertua, Pastinya pada tahun lalu, kita maklum tentang ramai yang telah meneka-neka bahawa,... Bajet itu adalah Bajet Pilihanraya. Memanglah,... tidak dinafikan,... kerana sekian banyak inisiatif dan sekian banyak peruntukan, telah diumumkan demi keperluan rakyat serta kepentingan negara. Namun nampaknya,... ramalan itu setakat tahun lepas,... menjadi hampa dan tidak benar belaka. Lalunya,... Tuan Yang Dipertua, kalau minggu lalu, kawan-kawan daripada masyarakat India baru saja menyambut perayaan cahaya Deepavali,... kita ucapkan sekali lagi bersama-sama Deepavali Val-thu-kal,... Maka,... pada Jumaat penghulu segala hari ini, seperti para cerdik pandai juga menyatakan boleh disambut sebagai Hari Lebaran yang riang dan ceria. Jadinya,... saya mengajak seluruh rakyat Malaysia bersama-sama untuk merayakan imbuhan-imbuhan, buah-buah tangan dan pemberian-pemberian yang akan dibentang-bentang dan dihidang-hidang sepanjang persembahan Bajet ini. Dengan satu syarat,... Syaratnya apa?... aaa... syaratnya, saya nak khabor pada semua,... bak kata orang tempat saya di Pekan,... maaf cakaplah, kalau boleh, moleklah mendengor,... bukannya berdengkor,... dari mula, sampeilah ke penghujung ucapan. Maksud saya,... berdiri saya pada petang Jumaat yang mulia bertarikh Oktober ini, bersamaan dengan 7 haribulan Safar Hijriah, adalah, tidak lain dan tidak bukan, untuk membawa khabar-khabar yang lebih riang dan gembira, yang bakal menguntum serta menyimpul senyum-senyuman di wajah semua. Yang ter-paling mustahak adalah untuk dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia tercinta, tidak kira apa jua kaum,... apa jua bangsa,... dan apa jua latar keturunan. Tuan Yang Dipertua, ternyata, yang ditunggu-tunggu, buahnya pun baru saja masak dan baru saja meranum,... hatta, kalau tidak dipetik pun pada petang yang berbahagia ini, ia akan tetap gugur, dan akan tetap luruh, satu persatu, sebagai sebahagian rezeki yang dilimpahi rendang dan merimbunnya Pepohon Malaysia. Jadinya, marilah kita sama-sama menghayati dan meneliti dahulu,... apa yang akan saya, bagi pihak Kerajaan ingin sajikan, jika tidak,... bagi mereka yang terburu-buru, sebagai memetik kata ulamak dan cerdik pandai,... sesungguhnya tergolonglah dalam kumpulan orang-orang yang merugi. Tuan Yang Dipertua, Sayang seribu kali sayang,... dalam pada kita ingin membina peradaban santun susila di antara satu sama lain, sampai hati,... dan,... tergamak sungguh 'Orang Itu' memaki,... mencerca,... etnik bangsa dari keturunan Bugis. Tapi,... tak mengapalah,... apa yang penting,... kita wajar terus Berjiwa Besar, bak kata seloka dalam loghat Utara: Orang Kedah semua baik-baik dan ramah-ramah, Cuma, sorang dua sajaa, yang mudah lupa diri, Kerajaan BN ini ikhlas, kerja untuk negara dan ummah, Ni dia Bajet yang kita semua dok nanti-nanti. PRESTASI DAN CABARAN EKONOMI Tuan Yang Dipertua serta Rakyat Malaysia sekalian, Pertama-tamanya, kita wajib merafakkan rasa syukur setinggi-tingginya ke hadrat Allah S.W.T kerana ekonomi negara terus berkembang dengan PO-SI-TIF. Pada separuh tahun pertama ia mencatatkan satu pertumbuhan yang sungguh memberangsangkan pada kadar 5.7 peratus. Makanya, janganlah mudah termakan dengan tipu daya serta dakyah yang tidak henti-henti terutamanya di media sosial,... oleh pelbagai pihak yang tidak bertanggungjawab bahawa kononnya,... Bank Dunia telah mengeluarkan laporan-laporan negatif tertentu terhadap ekonomi negara kita. Hakikatnya, perkara itu adalah tidak benar sama sekali,... kerana realitinya baru saja tiga minggu lepas, pihak Bank Dunia telah membuat semakan yang lazim, merangkumi Asia Timur dan Pasifik. Hasil daripada semakan itu,... sekali lagi,... yang ter-paling mustahak,... Badan Kewangan Antarabangsa Tertinggi dunia itu telah menzahirkan keyakinan terhadap prestasi ekonomi kita, dengan memberi puji- pujian kepada dasar-dasar negara, seraya menaikkan unjuran KDNK Malaysia,... daripada 4.9 kepada 5.2 peratus bagi tahun Ada bersama kita hadirin sekalian, pada petang ini, beberapa wakil daripada Bank Negara Malaysia dan World Bank. Selanjutnya, Kerajaan pula mengunjurkan ekonomi Malaysia bakal mencapai kadar pertumbuhan tahunan antara 5.2 hingga 5.7 peratus pada yakni lebih tinggi daripada unjuran pada bulan Mac lalu iaitu 4.3 hingga 4.8 peratus. Tuan Yang Dipertua, Sesungguhnya lagi, selama tahun negara ini mencapai kemerdekaan, pada Bajet yang ke-dan kali ke-9 saya bentangkan bagi pihak Kerajaan ini, dengan penuh rasa syukur serta tawadhuk, ingin dinyatakan bahawa, sepanjang tempoh lapan tahun yang lalu, di sebalik pelbagai kerencaman dan cabaran ekonomi,... Malaysia telah mampu membuktikan, dua aspek yang amat penting dan dapatlah disimpulkan sebagai: Pertamanya: Kita telah mencapai prestasi hubungan dagang dan diplomasi pada tahap pa-ling baik dan pa-ling matang dalam lingkungan masa serentak dengan kuasa-kuasa besar ekonomi dunia seperti China, India, Arab Saudi dan Amerika Syarikat. Sesungguhnya, tidak pernah seumpamanya seperti ini dalam sejarah, sehinggakan the actual private investment untuk sahaja, melebihi bilion ringgit. Dibandingkan pada tahun jumlah pelaburan swasta sebenar hanyalah bilion ringgit. Oleh sebab itu,... seandainya saya dan rakan-rakan anggota kabinet mengadakan lawatan rasmi ke luar negara,... janganlah sewenang-wenangnya sesiapa pun menuduh bahawa, kita hendak menggadaikan kedaulatan Tanah Air. Hah...!!! Baru-baru ini, saya mendapat khabar berita,... katanya,... YAB Menteri Besar Selangor, merangkap Ahli Parlimen Gombak sendiri, telah pun berkunjung ke Tanah Besar China. Kita nak tanya,... YB Gombak,... Nak jual Selangor ke? Demikianlah kata orang,... Berhati-hatilah kalau mahu meludah ke langit, takut-takut nanti,... ia jatuh setepek,... terpalit ke muka sendiri. Tuan Yang Dipertua, Itu belum lagi dikira lawatan-lawatan ke luar negara yang dibuat oleh YB Bagan, juga YAB Ketua Menteri Pulau Pinang. Itupun kira macam mana,... kita kira macam mana, nak jual negeri juga ke..? Keduanya: Tuan Yang Dipertua, sejak tahun meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran yang kebanyakannya di luar kawalan kita, seperti harga minyak dunia yang jatuh merudum, faktor geopolitik antarabangsa yang bergolak dan masih tidak menentu, akan tetapi,... Alhamdulillah, kita terus kekal mampu menguruskan kewangan negara, dengan mengamalkan tadbir urus yang cekap serta disiplin fiskal yang begitu berhemah. Menoleh ke tahun defisit fiskal kita berada pada kadar 6.7 peratus daripada KDNK. Dengan perancangan dan perencanaan serta inisiatif yang teratur lagi sistematik, syukur kepada Allah S.W.T., defisit fiskal negara dianggar terus berkurang kepada 3 peratus pada dan kita yakin pada tahun akan menurun lagi kepada 2.8 peratus. Impaknya sungguh jelas,... baru-baru ini, tiga agensi penarafan kredit antarabangsa yang berwibawa, telah mengekalkan kredit Malaysia pada penarafan 'A-' dengan prospek yang stabil. Bayangkan,... bayangkanlah,... seandainya Kerajaan ini, tidak mengambil langkah-langkah bijak lagi proaktif untuk menguruskan perbelanjaan negara, terutamanya ketika harga minyak dunia jatuh mendadak, paras defisit fiskal dan hutang akan meningkat sekaligus menjejaskan penarafan kredit negara, kemungkinan besar kita boleh terjerumus ke kancah kegawatan ekonomi. Sekiranya itu berlaku, ia boleh mengakibatkan kenaikan kos pinjaman peribadi dan komersial, keyakinan pelabur pun terjejas, serta mengundang ketidakstabilan pasaran kewangan. Tuan Yang Dipertua, Makanya, bagai disyair orang dulu-dulu, kalau buruk yang kita minta, maka buruklah jadinya; kerana itu,... kalau elok kita usaha dan minta, maka moleklah hasilnya. Justeru,... walau sekali apa pun cabaran, halangan dan pancaroba yang datang merintang, kita perlu terus mengekalkan momentum dan dinamika kepesatan ekonomi negara. Kerana itulah, pegangan pentadbiran Kerajaan ini sejak mula-mula saya mengambil alih tampuk kepimpinan, telah diperkenalkan Program Transformasi Negara yang inklusif, di bawah lembayung Dasar Transformasi Nasional atau DTN, yang amat menitikberatkan tentang aspek kualiti, sistem penyampaian perkhidmatan yang berkesan, khususnya, dalam merancakkan pertumbuhan ekonomi. Di bawah DTN ini juga, terkandung antara lain, Model Ekonomi Baru, yang selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-dan Rancangan Malaysia Ke-11. SEBAHAGIAN nelayan menyaksikan siaran langsung perbentangan bajet yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di wakaf nelayan perkampungan nelayan jeti Beserah. - Foto Muhammad Asyraf Sawal SEBAHAGIAN nelayan menyaksikan siaran langsung perbentangan bajet yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di wakaf nelayan perkampungan nelayan jeti Beserah. - Foto Muhammad Asyraf Sawal Tuan yang Dipertua, Maka, tidak salah lagi sejak ketika mana melihatkan keadaan sosioekonomi negara ketika itu, saya selaku Perdana Menteri telah membuat keputusan yang amat sukar, dengan meletakkan inisiatif ekonomi sebagai Fokus Utama kepada Kerajaan yang saya pimpini, sehinggakan agenda dan program Transformasi yang lain disusunatur menurut keutamaan dan dikemudiankan dahulu, termasuklah Program Transformasi Politik. Justeru, mana mungkin orang mempertikai bahawa kita tidak mempunyai polisi ekonomi yang kukuh? Ternyata, kesemua usaha yang telah diambil oleh Kerajaan sepanjang lapan tahun yang lalu, telah membuahkan hasil- hasil, antaranya: Pertama: Sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan baharu menjelang setakat ini, sudahpun mencapai angka peratus dengan 2.juta pekerjaan diwujudkan; Kedua: Pada bulan Ogos ini sahaja, eksport negara buat pertama kalinya telah mencapai antara paras tertinggi, dengan nilaian melebihi bilion ringgit, dan merekodkan double digit growth; dan Ketiga: Rizab antarabangsa terkini pula, telah mencatat 101.4 bilion dolar Amerika atau 428.7 bilion ringgit yang mampu menampung 7.5 bulan import tertangguh. Sedangkan pada tahun ketika berlakunya kegawatan ekonomi Asia, rizab negara hanyalah 21.7 bilion dolar Amerika atau bersamaan 59.1 bilion ringgit,... Nah,... kalau rizab serendah 21.7 bilion dolar Amerika pun tidak bankrap, Itu pun, kita belum tolak bilion ringgit yang entah ke mana.... apatah lagi rizab sekarang setinggi 101.4 bilion dolar Amerika. Tuan Yang Dipertua, Bukan setakat itu sahaja, melalui Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Keperluan Asas menyaksikan, kita telah meraih sekian banyak pencapaian, antaranya: Pertama: Pendapatan per kapita rakyat daripada 27,ringgit pada tahun kini telah meningkat kepada 40,ringgit, dan dijangka mencapai 42,ringgit menjelang 2018; Kedua: Pendapatan median bulanan pula, telah meningkat daripada 4,ringgit, pada tahun kepada 5,ringgit pada tahun 2016; Ketiga: Bagi pendapatan isi rumah Bpula, daripada tempoh hingga telah meningkat daripada 2,ringgit kepada 3,ringgit sebulan; dan Keempat: Agihan pendapatan dalam kalangan isi rumah Malaysia terus bertambah baik dengan penurunan Pekali Gini daripada 0.pada tahun kepada 0.pada tahun the lowest in the history of Malaysia. Ini bermakna jurang pendapatan semakin dirapatkan, dan kita menuju masyarakat yang pengagihannya lebih saksama. PERUNTUKAN BAJET 2018 Tuan Yang Dipertua, Demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat, maka Bajet akan memperuntukkan sejumlah 280.bilion ringgit, menyaksikan pertambahan peruntukan, berbanding 260.8 bilion ringgit peruntukan Bajet yang dibentangkan. Daripada jumlah tersebut, 234.bilion ringgit adalah bagi perbelanjaan mengurus, dan bilion ringgit lagi bagi perbelanjaan pembangunan. Ini tidak termasuk simpanan luar jangka 2 bilion ringgit. Di bawah peruntukan mengurus, 79.bilion ringgit adalah untuk Emolumen dan 33.bilion ringgit untuk Perkhidmatan dan Bekalan. Manakala, sebanyak 119.bilion ringgit lagi, adalah untuk Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Perbelanjaan lain pula, diperuntukkan 1.bilion ringgit, dan juta ringgit untuk pembelian aset. Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan tertinggi sebanyak 26.bilion ringgit. Sektor sosial menerima sejumlah 11.bilion ringgit. Manakala, sektor keselamatan diperuntukkan 5.bilion ringgit, dan sektor pentadbiran am sebanyak 2.bilion ringgit. Bagi tahun dengan izin Allah, kita menjangkakan, kutipan hasil Kerajaan Persekutuan mencecah 239.bilion ringgit. Apa yang penting, Kerajaan tetap komited untuk melaksanakan langkah konsolidasi fiskal dan mempastikan kedudukan kewangan Kerajaan terus kukuh serta paras hutang kekal rendah bagi tempoh jangka sederhana dan panjang. Tuan Yang Dipertua, Pastinya semua dapat mengagak, bajet yang digubal ini adalah yang paling penting kerana, ia merupakan satu rumusan kepada prakarsa-prakarsa yang telah memacu ekonomi negara semenjak saya menjadi Perdana Menteri sebermulanya tahun 2009. Ia sebetulnya juga, menjadi antara report card utama kepada rakyat dan Kerajaan pimpinan saya, sepanjang dua penggal tempoh pentadbiran Kerajaan ini. Bahkan, ia disusun sebagai satu dokumen pelonjak kepada pembikinan sebuah negara Bangsa Malaysia untuk tempoh tahun mendatang yang akan dicorakkan semula di atas kanvas yang lebih baharu berasaskan KERANGKA MAQASID SYARIAH. Dalam memperkatakan hal ini, sesungguhnya secara sedar atau tidak, sejak meraih kemerdekaan, kita begitu bertuah kerana bapa-bapa pendahulu telah menyulam manik-manik azimat Maqasid Syariah, yang mementingkan pemeliharaan 5 aspek, yakni Agama, Nyawa, Akal, Keturunan dan Harta di dalam setiap dasar dan setiap perancangan Kerajaan. Kerangka Maqasid Syariah ini, dengan jelas difirmankan oleh Allah S.W.T dalam surah Al-Mum-ta-ha-nah ayat ke-yang mafhumnya menyebut, tentang kepentingan menjaga kemaslahatan Ad-Dho'-ru-riyat yakni, keperluan asas yang paling utama, sesuatu yang tidak boleh tidak tanpanya, untuk kita, atau rakyat, meneruskan hidup. Manakala menerusi pengertian Surah Al-Hajj dan Hadis antaranya riwayat Ahmad,... Haa-Ji-Yat pula, berkaitan perkara yang diperlukan oleh manusia bagi memberi kemudahan kepada mereka supaya tidak berlaku kesempitan yang membawa kepada kesulitan dan kesukaran hidup serta,... Ketiganya, keperluan kepada Tah-si-niyat hanyalah sekadar menjadi penghias, pencantik dan bersifat pengindah semata-mata, untuk kesempurnaan hidup. Makanya,... semenjak enam dekad lalu, segala usaha pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional secara lumrahnya diilhamkan oleh Tuhan Yang Maha Mengetahui kepada pimpinan-pimpinan negara,... agar sentiasa 'terpandu' dengan kerangka Maqasid Syariah ini, dan dari masa hingga masa,... Diperkuatkan lagi oleh falsafah-falsafah seperti Perlembagaan Persekutuan, Ideologi Kebangsaan Rukun Negara, prinsip Wasatiyah atau moderation, Falsafah 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, dan terkini, aspirasi TNsebagai kesinambungan gagasan-gagasan pucuk kepimpinan Kerajaan, zaman-berzaman, yang sekaligus menolak fahaman ekstremisme, tidak berfikiran terlalu liberal, apatah lagi mengamalkan sistem ala-Taliban State. Jadinya, dari masa ke semasa, kepimpinan yang silih berganti ini, telah menyusun segala dasar dan strategi negara berlandaskan roh serta semangat kerangka dan pedoman Maqasid Syariah. Tuan Yang Dipertua, Memang benar, sekalipun kerangka Maqasid ini tidak tertulis atau termaktub secara rasmi dalam mana-mana dokumen Kerajaan, akan tetapi secara berhemah, amalan dan praktis-nya terzahir menerusi sekian-sekian falsafah dan sekian-sekian dasar negara, yang bersambung-sambung dan bertali-temali. Sebenarnya lagi, manhaj Maqasid Syariah yang dipegang oleh Kerajaan mensasarkan kepada kepentingan umum, yang mendatangi kebaikan kepada rakyat terbanyak, dengan mengambil kira tahap kemampuan Kerajaan mengikut tiga keutamaan, iaitu Dho'-ru-riyat, Haa-Ji-Yat dan Tah-si-niyat, seperti yang saya sebutkan tadi. Jadinya, terbuktilah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional yang sudah menempa satu tempoh panjang yang sarat menggendong-gendong bersamanya, begitu banyak selok belok pengalaman, mahupun pengetahuan sepanjang tahun, telah menjadi asas kepada Evolusi Pembangunan serta pembikinan jatidiri sebuah negara bangsa yang boleh diperbanggakan. Makanya, berbekalkan semua prinsip dan garis-garis besar haluan bernegara itu, pada petang yang berbahagia ini, dengan Kehendak dan Kurnia Allah Yang Maha Kaya, saya membingkiskan sebuah lagi Dokumen Besar demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara, yakni Bajet 2018. Tuan Yang Dipertua, Saudara dan Saudari, Bajet digubal selaras dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ke-dan ini merupakan Bajet yang ketiga di bawahnya. Lalu, untuk mempastikan kemakmuran dan kekayaan negara dapat dinikmati secara saksama dan inklusif, melalui pertumbuhan ekonomi domestik yang kukuh serta berdaya saing, dengan izin Allah terhasil-lah Bajet ini dengan bertemakan "MEMAKMUR EKONOMI YANG INKLUSIF, MENGIMBANG KEUNGGULAN DUNIAWI DAN UKHRAWI DEMI MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT, MENUJU ASPIRASI TNberasaskan kepada Lapan Pe-Tunjang. Tuan Yang Dipertua, PE-TUNJANG PERTAMA BAJET ADALAH MERANCAK PELABURAN, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI. Jumlah pelaburan dalam negara dijangka meningkat 6.7 peratus atau menyumbang 25.5 peratus kepada KDNK pada tahun 2018. Dalam hal ini, Kerajaan akan terus menekankan pelaburan berimpak tinggi, seperti petroleum, logistik, rel, automasi dan robotik, serta industri berasaskan eksport. Sumbangan pelaburan swasta terus mengatasi pelaburan awam dengan nisbah 70:Pelaburan swasta dijangka mencecah bilion ringgit pada 2018. Manakala pelaburan sektor awam dijangka mencecah bilion ringgit, berbanding hanya bilion ringgit pada Ini sejajar matlamat ETP untuk menjadikan sektor swasta sebagai engine of growth. Ini termasuk, satu bilion ringgit kepada Lima Koridor Utama. Kerajaan akan membangunkan Wilayah Selatan Perak, merangkumi pembangunan Proton City, Educity dan Youth City, Tanjung Malim serta Zon Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam; pembinaan pelabuhan dan kawasan perindustrian Tok Bali, Kelantan serta jalan akses ke Empangan Baleh, Sarawak. Serentak itu, bagi terus meletakkan Malaysia sebagai lokasi pelaburan langsung asing, galakan cukai bagi Principal Hub akan dilanjutkan sehingga Disember Bagi MIDA pula, kita akan memperuntukkan juta ringgit untuk dana strategik berimpak tinggi. Malaysia komited untuk perkongsian maklumat ekonomi yang diperkenalkan oleh OECD. Ini termasuklah menerusi pelaksanaan Pelan Tindakan Base Erosion And Profit Shifting serta Pertukaran Maklumat Secara Automatik mulai September 2018. Tuan Yang Dipertua, Pembangunan Malaysia akan dilaksanakan melalui penglibatan inklusif PKS. Buat masa ini, di Malaysia, kita ada antaranya, perusahaan Jeruk Pak Ali, Sydney Cake House, Telekung Siti Khadijah dan Satay Haji Samuri, yang telah bertapak kukuh dengan jenama sendiri, malah ada yang telah menembusi pasaran antarabangsa. Wakil-wakil PKS yang kita banggakan, turut memeriahkan Pembentangan Bajet ini. Ucapkan selamat datang kepada mereka ke Dewan Parlimen, serta marilah kita beri tepukan tahniah kepada kejayaan mereka! Sehubungan itu, Tuan Yang Dipertua, Bajet ini mensasarkan supaya syarikat-syarikat PKS akan menyumbang peratus kepada KDNK menjelang tahun melalui langkah berikut: Pertama: Tujuh bilion ringgit di bawah Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan atau SJPP, iaitu lima bilion ringgit untuk modal kerja dan dua bilion ringgit, pinjaman dengan peratus jaminan Kerajaan untuk sektor perkhidmatan termasuk Industrial Revolution 4.0; Kedua: Dalam komitmen Kerajaan untuk mengautomasikan proses pengeluaran dan mengurangkan peng-gajian pekerja asing, satu jumlah besar diberi buat julung kalinya, sebanyak satu bilion ringgit, dengan pinjaman peratus jaminan Kerajaan di bawah SJPP; Ketiga: Saiz Dana Skim Pembiayaan PKS Patuh Syariah ditambah 1 bilion ringgit, menjadikan saiz dana 2.5 bilion ringgit. Kemudahan ini diberi subsidi dua peratus ke atas kadar keuntungannya; Keempat: Sejumlah juta ringgit bagi program latihan, geran dan pinjaman mudah PKS di bawah SME Corp; dan Kelima: Hampir juta ringgit bagi pembangunan industri dan produk halal di pelbagai agensi. Bukan itu sahaja, Kerajaan tidak melupakan usahawan-usahawan mikro, seperti peniaga coconut shake di Klebang, Melaka yang popular itu. Seiring ini juga, sukacita saya memperuntukkan Bajet paling tinggi pernah diberi kepada TEKUN, iaitu setengah bilion ringgit. Tuan Yang Dipertua, Selanjutnya, bagi menghargai sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia atau AIM yang majoritinya wanita serta merupakan pembayar balik hutang paling berdisiplin,... bagi mereka terus berusaha gigih, mengubah nasib dan memajukan diri serta keluarga masing-masing,... Maka,... bagi Bajet ini, apalah salahnya kita tambah-tambahkan lagi dana AIM, sebanyak juta ringgit. Ini menjadikan jumlah pembiayaan keseluruhan AIM mencecah 2.7 bilion ringgit, memanfaatkan hampir ribu peminjam. Lagipun, telah tercipta pelbagai kisah kejayaan di kalangan peminjam. Tuan Yang Dipertua, Menyentuh hal ini,... kita sesungguhnya berasa simpati dan berbaur kagum dengan ketabahan seorang insan bernama Wan Azizah,... atau lebih dikenali dengan nama Kak Wan,... dalam menempuh liku-liku hidup beliau yang begitu mencabar..... namun, berkat kesabaran,... Kak Wan terus cekal berjuang,.... Nampaknya, Kak Wan ada bersama-sama kita pada hari ini,... Justeru, marilah kita sama-sama memberi tepukan kepada Kak Wan Azizah binti Wan Salleh, yang berada di atas sana,... contoh Sahabat AIM yang telah berjaya menjadi jutawan di bidang ternakan dan pemprosesan ayam, dengan modal permulaan hanya sebanyak ringgit daripada AIM sejak 1993. Selanjutnya, juta ringgit disediakan di bawah Skim Pembiayaan Ekonomi Desa melalui Bank Rakyat dan Bank SME, bagi menyediakan kemudahan pembiayaan kepada usahawan Bumiputera luar bandar. Eksport negara pula, akan terus dipergiat, terutama kepada sektor eksport yang bernilai tinggi menerusi langkah berikut: Pertama: juta ringgit kepada MATRADE, MIDA dan SME Corp bagi melaksanakan promosi dan peluasan pasaran eksport termasuk Market Development Grant; Kedua: Satu bilion ringgit disediakan oleh EXIM Bank bagi kemudahan kredit perlindungan insurans, dan dua ratus juta ringgit untuk kemudahan kredit pembiayaan kepada pengeksport PKS; dan Ketiga: juta ringgit disediakan sebagai pinjaman dengan peratus jaminan Kerajaan bagi meng-automasi pengeluaran perabot tempatan untuk tujuan eksport. Tuan Yang Dipertua, para pesawah,... para petani,... para pekebun kecil,... para nelayan,... para penternak,... serta mana-mana rakyat Malaysia yang terlibat dalam sektor pertanian. Sesungguhnya, tuan-tuan dan puan-puan lah antara kelompok masyarakat yang sangat dekat di hati saya dan Kerajaan. Justeru, buat pertama kali dalam sejarah Bajet negara, saya dengan penuh prihatin mengumumkan, peruntukan pa-ling besar kepada kelompok pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak, dan penoreh getah sebanyak 6.5 bilion ringgit, antaranya: Pertama: 2.3 bilion ringgit bagi bantuan dan insentif seperti baja dan input pengeluaran kepada pesawah, pekebun kecil getah dan nelayan; Kedua: Hampir juta ringgit bagi menambah baik infrastruktur pengairan di kawasan pertanian dan menaik taraf jalan ladang; Ketiga: Hampir juta ringgit bagi program penanaman semula getah dan menyediakan kemudahan infrastruktur dengan meningkatkan pengeluaran latex berbanding cup lump, sekali gus meningkatkan pendapatan para pekebun kecil; Keempat: Hampir juta ringgit bagi program pembangunan dan penanaman semula kelapa sawit termasuk promosi; Kelima: Dalam memperkasakan sektor pertanian, juta ringgit disediakan bagi inisiatif Sumber Kekayaan Baharu, khususnya untuk penanaman jagung bijian, kelapa, durian, dan sektor kulinari serta industri tenusu dengan menubuhkan Lembaga Tenusu dan Ruminan. Contohnya, di Hong Kong, harga durian Mawsang King dikhabarkan telah mencecah lapan ratus ringgit sebiji. Keenam: Buat pertama kalinya, skim khas, untuk program peningkatan pengeluaran kelapa melalui pendekatan penanaman semula kelapa variasi baru dari jenis CARECA dan MATAG akan diperkenalkan dengan peruntukan juta ringgit, memanfaatkan ribu pekebun kecil. Pengurusan industri kelapa akan digabungkan di bawah satu lembaga baru bersama-sama industri nenas dan buah-buahan; dan Ketujuh: Selain penoreh getah dan nelayan yang dikekalkan bantuan-bantuannya, pada Bajet kali ini, buat pertama kalinya, saya juga ingin mengumumkan bantuan sebanyak ringgit sebulan bagi tempoh 3 bulan sementara menunggu hasil tuaian padi, dengan peruntukan hampir juta ringgit kepada pesawah padi. Tuan Yang Dipertua, Ternyata, kini sektor pelancongan merupakan antara penjana pendapatan utama kepada ekonomi negara. Buktinya World Tourism Organisation melaporkan bahawa pada Malaysia adalah negara ke-yang paling ramai dikunjungi oleh pelancong dari seluruh dunia. Bak kata orang, Dari Melaka ke Negeri Pahang, Tumpang Berteduh di Bandar Pekan; Negara Tersohor Pelancong Pun Datang, Itulah Tandanya Malaysia Aman. Seterusnya, bagi tahun dijangka juta pelancong melawat Malaysia. Sehubungan itu: Pertama: Sukacita diisytiharkan dalam Bajet ini, tahun sebagai Tahun Melawat Malaysia atau Visit Malaysia Year di mana Malaysia akan menjadi tuan rumah antaranya kepada APEC, WCIT dan CHOGM; Kedua: Dua bilion ringgit diperuntukkan kepada Tabung Pelancongan PKS sebagai pinjaman kepada pengusaha pelancongan dengan memberi insentif subsidi kadar faedah dua peratus; Ketiga: Menambah satu bilion ringgit kepada Tabung Pembangunan Infrastruktur Pelancongan sebagai pinjaman mudah; Keempat: Menyediakan juta ringgit bagi program pembangunan dan promosi pelancongan melalui kemudahan infrastruktur pelancongan, homestay dan program eko-pelancongan; Kelima: Memperluas hab serantau eVisa bagi memudahkan permohonan visa di seluruh dunia, terutama kepada ekspatriat, pelajar asing dan program Malaysia My Second Home; Keenam: Galakan cukai bagi pelaburan hotel baharu bertaraf 4 dan 5 bintang dilanjutkan sehingga Disember dan Ketujuh: Galakan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat pengendali pelancongan dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2020. Tuan Yang Dipertua, Selain itu, industri pelancongan kesihatan turut diperkukuh menjadi sumber pendapatan negara, termasuklah menyediakan 'end-to-end service' kepada pelancong kesihatan ke Malaysia. Bagi hasrat ini, juta ringgit disediakan kepada Malaysian Healthcare Travel Council untuk melaksanakan: Pertama: Mempromosi Malaysia sebagai "Hab Rawatan Kesuburan, Termasuk IVF, dan Kardiologi Asia", yang akan diperluaskan dengan kemudahan eVisa dan pakej perkhidmatan kesihatan bernilai tinggi; Kedua: Memperkenalkan Program Flagship Medical Tourism Hospital yang menawarkan insentif khusus kepada hospital swasta bagi menarik pelancong kesihatan; Ketiga: Galakan elaun cukai pelaburan sebanyak seratus peratus bagi pelancongan kesihatan dilanjutkan sehingga Disember 2020; Keempat: Potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan mendapatkan pensijilan kualiti daripada Badan pensijilan akreditasi kualiti perkhidmatan kesihatan, bagi perkhidmatan pergigian dan ambulatori yang berdaftar dengan MHTC; dan Kelima: Insentif khas pengecualian cukai dinaikkan daripada peratus ke peratus dari nilai peningkatan eksport, bagi perkhidmatan jagaan kesihatan swasta sahaja, mulai tahun taksiran hingga 2020. Tuan yang Dipertua, Dalam mempastikan limpahan ekonomi yang lebih seimbang di antara bandar dan luar bandar, Kerajaan akan memperkemas infrastruktur logistik dan pengangkutan, melalui langkah berikut: Pertama: Pembinaan projek East Coast Rail Link atau ECRL yang menghubungkan Pelabuhan Klang ke Pengkalan Kubor, Kelantan yang dapat membawa muatan kargo dan penumpang dalam tempoh empat jam. Kerja-kerja pembinaan fizikal akan bermula Januari 2018. Selain itu, juta ringgit diperuntukkan untuk menyedia jalan alternatif ke Pelabuhan Klang bagi melengkap dan melancarkan jaringan pengangkutan; Kedua: Projek MRT2 jajaran Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya dengan jarak kilometer meliputi stesen dengan anggaran kos bilion ringgit. Selain itu, Kerajaan akan mempercepatkan pembinaan MRT3 atau Circle Line, dijangka siap pada lebih awal berbanding 2027. Selanjutnya, bagi projek LRT3 yang bakal menghubungkan Bandar Utama ke Johan Setia, Klang, dijangka siap pada Februari 2021; Ketiga: Projek High Speed Rail menghubungkan Kuala Lumpur - Singapura sejauh kilometer dalam masa minit, dijangka memanfaatkan rakyat menjelang 2026; Keempat: Berita gembira buat rakyat Selangor dan Perak, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat dari Banting ke Taiping sedang dibina dengan kos lima bilion ringgit; Kelima: Untuk Projek Central Spine Road, juta ringgit diperuntukkan untuk tahun bagi meneruskan pembinaan, antaranya pakej jajaran Raub ke Bentong, dan jajaran Gua Musang, Kelantan ke Kampung Relong, Pahang; Keenam: Bajet ini juga mengisytiharkan bahawa,... Pulau Pangkor di Perak sebagai Pulau Bebas Cukai. Walau bagaimanapun, ini tidak termasuk barang-barang seperti minuman keras, rokok dan kenderaan bermotor; dan Ketujuh: Untuk merancakkan ekonomi di bahagian Utara, Special Border Economic Zone di Bukit Kayu Hitam akan dibangunkan. Pembangunan ini turut merangkumi Zon Perindustrian Bebas yang akan menjadi tarikan baharu kepada pelabur dari dalam dan luar negara. Tuan Yang Dipertua, Di samping itu juga, Kerajaan melihat secara holistik keperluan rakyat untuk menikmati sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan selamat dengan langkah berikut: Pertama: Tiga bilion ringgit disediakan kepada Dana Pembangunan Pengangkutan bagi pembelian aset kapal, pembangunan industri teknologi aeroangkasa dan rel. Seterusnya, satu bilion ringgit diperuntukkan kepada Tabung Pengangkutan Awam bagi modal kerja dan pembelian aset seperti bas dan teksi; Kedua: juta ringgit bagi pembaikan dan pembinaan jeti serta pengerukan kuala sungai; Ketiga: Berikutan kejadian-kejadian kemalangan bas penumpang, juta ringgit dibelanjakan bagi mewujudkan satu sistem kawalan biometric untuk memantau pemanduan perkhidmatan bas ekspres; dan Keempat: juta ringgit sebagai subsidi pengangkutan perkhidmatan keretapi luar bandar, dari Tumpat ke Gua Musang. Tuan Yang Dipertua, Saya membentangkan Bajet ini sebagai Perdana Menteri untuk kesejahteraan rakyat, tanpa mengira perbezaan fahaman politik dan kedudukan geografi, demi kepentingan ekonomi negara secara keseluruhannya,... maka saya mengumumkan,... Pertama: Kerajaan akan menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi; Kedua: Membina baharu lapangan terbang Mukah dan pembesaran Lapangan terbang Kota Bharu dan Sandakan; Ketiga: Sementara itu, satu kajian mengenai lapangan terbang baru di Pulau Tioman sedang dijalankan oleh Kerajaan; dan Keempat:Untuk merancakkan pembangunan di Labuan, Kerajaan akan membuat feasibility study bagi membina jambatan menghubungkan Labuan dengan tanah besar di Sabah. Tuan Yang Dipertua, Sesungguhnya, kita berbangga Malaysia dikenali sebagai peneraju sistem kewangan Islam dunia. Justeru, bagi memperkukuhkan potensi Malaysia sebagai pusat kewangan yang lebih komprehensif, Kerajaan akan meneruskan langkah berikut: Pertama: 1.5 bilion ringgit untuk pinjaman perniagaan yang dikendalikan oleh SJPP, menggunakan harta intelek sebagai instrumen cagaran dengan memberi jaminan pembiayaan sehingga peratus; dan Kedua: Memberi pengecualian duti setem ke atas nota kontrak bagi transaksi jual beli Exchange-Traded Fund dan Structured Warrants bagi tempoh tiga tahun mulai Januari 2018. Untuk merancakkan pasaran modal dan menyediakan akses pelaburan, Alternative Trading System akan diperkenalkan, tertakluk kepada pematuhan kesemua syarat dan piawaian regulatori yang ditetapkan. Ini akan membolehkan padanan tawaran jual-beli yang lebih efisien dan ketara. Tuan Yang Dipertua, Selanjutnya juga, Kerajaan ini turut mendengar rintihan dan keluhan banyak syarikat kecil seperti start-ups yang sukar mendapat akses kepada modal, bagi membawa mereka ke pasaran yang lebih luas. Untuk itu, Bajet ini akan menggalakkan aktiviti venture capital dengan melaksanakan langkah seperti berikut: Pertama: Satu bilion ringgit disediakan oleh pelabur institusi utama untuk pelaburan venture capital dalam sektor keutamaan terpilih yang diselaras oleh Suruhanjaya Sekuriti; Kedua: Meluaskan pengecualian cukai pendapatan, meliputi fi pengurusan dan fi prestasi yang diterima oleh syarikat pengurus venture capital mulai tahun taksiran hingga 2022; Ketiga: Bagi memberi kemudahan kepada syarikat venture capital untuk melabur di dalam syarikat teroka, adalah dicadangkan had minima pelaburan dalam syarikat teroka dikurangkan daripada peratus kepada peratus, mulai tahun taksiran hingga 2022; Keempat: Syarikat atau individu yang melabur dalam syarikat venture capital, diberi potongan cukai bersamaan amaun pelaburan yang dibuat di dalam syarikat teroka, terhad kepada maksima juta ringgit setahun; dan Kelima: Galakan pengecualian cukai pendapatan yang bersamaan jumlah pelaburan oleh angel investor dalam syarikat teroka dilanjutkan sehingga Disember 2020. Seterusnya, Kerajaan akan terus merancakkan pasaran Sustainable and Responsible Investment dengan langkah berikut: Pertama: Pengecualian cukai pendapatan ke atas penerima geran khas Sukuk Green SRI berjumlah enam juta ringgit; dan Kedua: Pengecualian cukai pendapatan ke atas pendapatan fi pengurusan diperluaskan kepada pengurus dana SRI konvensional yang diluluskan mulai tahun taksiran hingga 2020. Tuan Yang Dipertua, Kerajaan akan menggalakkan ekonomi cashless society melalui peningkatan keberkesanan penggajian pekerja asing. Mulai Bank Negara Malaysia akan memantau pembayaran gaji kepada semua pekerja asing, kecuali pembantu rumah, dibuat melalui akaun bank tempatan Tuan Yang Dipertua, PE-TUNJANG KEDUA: MENUJU ASPIRASI TNPada pembentangan Bajet lalu, saya memperkenalkan Transformasi Nasional atau TNbagi melakar sebuah negara bangsa yang unggul, agar Malaysia terjulang dalam negara terbaik di dunia. Dilaksanakan secara bottom-up, saya sendiri telah turun padang, mengadakan siri-siri wacana dan dialog TNdengan pelbagai segmen masyarakat seperti belia, mahasiswa, penjawat awam, penggiat seni, pendidik, dan pihak swasta, bagi mendapatkan aspirasi, pandangan dan idea. Setakat ini, lebih daripada ribu aspirasi telah diterima, menglibatkan 1.8 juta rakyat, mewakili pelbagai golongan dari seluruh negara. Tuan Yang Dipertua, Menuju TNbagi mencapai kualiti kerja dan kehidupan keluarga yang seimbang, Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mewajibkan semua bangunan pejabat yang baharu supaya menyediakan kemudahan pusat jagaan kanak- kanak, bermula di Kuala Lumpur. Selain itu, TNjuga menekankan aspek pembelaan nasib semua golongan, termasuklah kebajikan Orang Kurang Upaya atau OKU. Justeru, potongan cukai tambahan bagi majikan menggaji OKU diperluaskan kepada majikan yang menggaji pekerja yang mengalami kemalangan atau penyakit kritikal, yang disahkan oleh Lembaga Perubatan PERKESO bahawa mereka masih layak bekerja. Tuan Yang Dipertua, Seterusnya,... demi menjamin masa depan generasi TNyang lebih cerah, Kerajaan bersama-sama PNB telah bersetuju supaya,... setiap anak Malaysia yang dilahirkan bermula 1 Januari sehingga dihadiahkan Dana Tabungan Permulaan sebanyak ringgit melalui unit Amanah Saham di PNB. Skim yang pertama kali diperkenalkan di negara ini akan dinamakan sebagai Amanah Dana Anak Malaysia atau sesudahnya ini dikenali sebagai ADAM50. Tuan Yang Dipertua, Menyentuh tentang pendidikan untuk generasi TNlagi, sebanyak juta ringgit disediakan untuk: Pertama: Menubuhkan pusat Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau STEM, bertujuan membentuk kaedah pembelajaran terkini, bagi melatih guru pakar STEM mengguna pakai fasiliti institut pendidikan guru sedia ada, dengan kerjasama Akademi Sains Malaysia; Kedua: Mempertingkatkan modul Computer Science yang termasuk program Coding dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah, yang kini telah pun wujud di Tingkatan Satu dan Tingkatan Tiga; Ketiga: Memperuntukkan juta ringgit bagi menaiktaraf dua ribu kelas menjadi Bilik Darjah Pintar Pembelajaran Abad Ke-bagi meningkatkan pembelajaran berasaskan pemikiran kreatif dan inovatif; dan Keempat: Menuju TNKerajaan juga melihat peranan penggiat seni untuk mengangkat mutu budaya ke tahap yang lebih tinggi. Untuk itu, hampir juta ringgit disediakan kepada Cultural Economy Development Agency. Tuan Yang Dipertua, Mutakhir ini, Kerajaan amat berbangga dengan pencapaian terbaik pendidikan tinggi negara kita: Pertama: Menurut Laporan QS University Ranking 2017/kelima-lima Research Universities di negara ini telah meningkat naik tergolong kumpulan universiti terbaik global, yakni tersenarai antara satu peratus terbaik dunia; Kedua: Malah, ranking Universiti Malaya telah meningkat sebanyak anak tangga, ke kedudukan menghampiri universiti terbaik dunia; Ketiga: Mengikut ranking Universitas yang menilai sistem pendidikan tinggi, Malaysia ditempatkan pada kedudukan ke-terbaik dunia, kita telah mendaki sebanyak anak tangga dalam tempoh 6 tahun; dan Keempat: Dengan jumlah ribu pelajar asing di IPT tempatan, kita menghampiri matlamat menjadi Hab Pendidikan Tinggi Serantau. Tuan Yang Dipertua, Sejak tahun hinggalah sekarang, peruntukan untuk biasiswa yang disediakan oleh Kerajaan berjumlah bilion ringgit. Bagi tahun 2018: Pertamanya: 2.2 bilion ringgit bagi pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Kesihatan; Kedua: juta ringgit untuk geran penyelidikan dan pembangunan kepada IPTA, berbanding juta ringgit yang diperuntukkan dalam Bajet yang lalu, termasuk satu peruntukan khas kepada Universiti Malaya untuk mencapai status Top Universities in the World dalam masa terdekat; Ketiga: juta ringgit diperuntukkan bagi Program MyBrain untuk 10,orang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan kedoktoran; dan Keempat: Setiap penuntut di IPT dan tingkatan enam pula akan terus diberi Bantuan Baucar Buku bernilai ringgit, memanfaatkan seramai 1.2 juta pelajar. Di kesempatan ini juga, saya mengucapkan sekalung tahniah kepada barisan kepimpinan baharu Majlis Perwakilan Pelajar di semua Universiti Awam, yang nampak kali ini, majoritinya dimenangi oleh pimpinan Mahasiswa Pro-Aspirasi, generasi pewaris TNSebahagian wakil mereka turut bersama kita. Syabas dan tahniah diucapkan! Tuan Yang Dipertua, Rakyat Malaysia perlu mempersiap siaga diri, peka dan pantas, melalui latihan dan latihan semula, dalam memenuhi kehendak pasaran kerja. Kerajaan akan terus memberi sokongan melalui,... Contohnya, Skim Latihan 1Malaysia atau SL1M, yang telah melatih lebih ribu graduan, akan diteruskan dengan peningkatan sebanyak 5 ribu graduan kepada ribu perantis pada tahun hadapan. Manakala, program temuduga terbuka oleh unit SLjuga diteruskan dengan peruntukan sebanyak juta ringgit. Bagi memperluaskan SL1M, syarikat swasta yang mendapat kontrak Kerajaan diwajibkan memperuntukkan satu peratus daripada nilai projek kepada SL1M. Selain itu, Kerajaan akan mewujudkan pusat sehenti menggabungkan agensi seperti JobsMalaysia, SL1M, PERKESO, HRDF dan TERAJU di UTC untuk menyediakan khidmat nasihat profesional bagi mendapatkan pekerjaan serta latihan. Bagi mencungkil bakat-bakat terbaik negara, Kerajaan akan mencipta 'talent file' program National Leaders Circle di bawah Talentcorp bagi mengenalpasti dan menyenaraipendekkan bakat-bakat pimpinan yang sesuai dan tepat, untuk mengisi jawatan-jawatan penting dan tertinggi. Kerajaan memandang serius gejala sosial yang membarah dalam masyarakat. Untuk menanganinya, geran sepadan sebanyak juta ringgit bagi membiayai social enterprise dan NGO-NGO untuk menyelesaikan masalah kemasyarakatan harian serta cabaran sosial secara inovatif yang membantu rakyat. Tuan Yang Dipertua, Pada Ogos dan September yang lalu, di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur menyaksikan bahawa, Malaysia telah diisytiharkan sebagai Juara Keseluruhan Temasya Sukan SEA Ke-dan mendapat tempat Kedua Sukan Para ASEAN Ke-9. Justeru, bagi pihak Kerajaan, marilah kita beri tepukan paling gemuruh kepada semua 'wira' dan 'wirawati' kita di atas sana! Tuan Yang Dipertua, Bagi mengekalkan momentum bidang sukan dalam menjadi sports powerhouse, Kerajaan memperuntukkan satu bilion ringgit bagi melaksanakan inisiatif meliputi FitMalaysia, Hari Sukan Negara, latihan atlit, program akar umbi dan program pembangunan bola sepak negara. Kerajaan juga mengumumkan pembinaan kompleks sukan baharu di seluruh negara, dengan kos juta ringgit. Di samping itu, sukacita diumumkan peruntukan juta ringgit kepada Sekolah Sukan Bukit Jalil, untuk menambah baik kemudahannya sebagai sekolah sukan premier. Tuan Yang Dipertua, PE-TUNJANG KETIGA: MENG-UNGGULI PEMBANGUNAN PENDIDIKAN, LATIHAN, KEMAHIRAN DAN BAKAT. Untuk pengetahuan, perbelanjaan pendidikan Malaysia adalah lebih dua kali ganda daripada perbelanjaan negara ASEAN lain secara purata. Bagi tahun 61.6 bilion ringgit disediakan untuk sektor ini. Ini termasuk juta ringgit bagi pembinaan empat pra sekolah, sembilan pusat PERMATA termasuk dua pusat baharu untuk kanak-kanak autisme; buah sekolah rendah, menengah dan kolej vokasional, serta sebuah pusat matrikulasi. Saban tahun, Bajet ini sentiasa memberi keutamaan kepada Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah. Di sudut ini, juta ringgit diperuntukkan, dengan pecahan berikut: • Kepada Sekolah Kebangsaan - juta ringgit; • Kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina - juta ringgit; • Kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil - juta ringgit; • Kepada Sekolah Mubaligh - juta ringgit; • Kepada Sekolah Berasrama Penuh - juta ringgit; • Kepada Maktab Rendah Sains MARA - juta ringgit; dan • Kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan - juta ringgit. Tuan Yang Dipertua, Menyedari dan menginsafi hakikat bahawa terdapat hampir 2 ribu sekolah di seluruh negara yang berada dalam keadaan daif, seperti bumbungnya bocor, lantai yang rosak, dinding berlubang dan peralatan yang sudah lama tidak berganti. Untuk itu, melalui kaedah Industrial Building System, Kerajaan dengan penuh rasa tanggungjawab, mengumumkan,... peruntukan ter-besar sejumlah 2.5 bilion ringgit bagi tempoh dua tahun, dengan pecahan juta ringgit buat sekolah-sekolah daif di Semenanjung Malaysia, 1 bilion ringgit di Sabah dan 1 bilion ringgit di Sarawak. Sejumlah 2.9 bilion ringgit pula, diperuntukkan untuk bantuan makanan, buku teks, geran kapita dan biasiswa kecil persekutuan. Manakala, Bantuan Persekolahan seratus ringgit seorang kepada murid sekolah berpendapatan rendah diteruskan, dengan peruntukan juta ringgit, memanfaatkan 3.2 juta murid. Tuan Yang Dipertua, Menyentuh hal pendidikan, teringat saya intisari sajak Guru Oh Guru yang sering disesuaikan dengan karya Sasterawan Negara, Allahyarham Dato' Usman Awang atau nama pena-nya Tongkat Warrant, berbunyi: Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,... Menjadi seorang Perdana Menteri,... menjadi doktor,... menjadi peguam,... Menjadi ahli politik,... menjadi akauntan,... Hakikat,... sejarahnya dimula oleh seorang guru biasa,... Dengan lembut dan sabar,... Gurulah yang mengajar kita menulis dan membaca. Begitulah mulianya pengorbanan para guru, bagai lilin yang membakar diri. Maka diucapkan syabas kepada semua guru di seluruh negara, yang telah bertungkus-lumus membangunkan anak-anak bangsa! Tuan Yang Dipertua, Seperti semua maklum, PTPTN ditubuhkan bagi menguruskan pinjaman untuk anak-anak Malaysia melanjutkan pengajian pendidikan tinggi. Dalam bab PTPTN ini, semua kena faham,... seperti mafhum dalam hadis, hutang tetap hutang dan wajib dibayar. Maka hal PTPTN ini usahlah dipolitikkan, tapi peminjam perlu bertanggungjawab membayar balik, kerana generasi kini dan akan datang turut memerlukannya, sebagai mana anda semua. Kepada semua peminjam PTPTN, Kerajaan bersetuju melanjutkan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga Disember seperti berikut: peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman; peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran; dan peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual. Bukan itu sahaja, sukacita saya mengumumkan kelonggaran tambahan PTPTN seperti berikut: Pertama: Bagi pelajar dari keluarga Byang mengikuti kursus ber-boleh-pasaran tinggi, juta ringgit ditambah untuk menaikkan jumlah pinjaman maksimum mereka; dan Kedua: Tempoh grace period pembayaran balik pinjaman dilanjutkan kepada bulan setelah tamat pengajian, berbanding enam bulan pada masa ini. Seterusnya, kepada para peminjam yang ingin menyambung pengajian ke peringkat seterusnya, sebagai contoh diploma ke ijazah sarjana muda, mereka boleh meng-gabungkan pinjaman diploma dan ijazah sebagai satu pinjaman, dan hanya perlu membuat bayaran balik selepas tamat pengajian di peringkat ijazah itu. Jelas sekali,... pelbagai ruang telah Kerajaan berikan,... kalau tak bayar juga, tak tahu lah apa yang kita nak ucapkan lagi,... Tuan Yang Dipertua, Selain itu, bagi menggalakkan budaya menabung untuk pendidikan, juta ringgit disediakan kepada ribu pencarum berumur 7 hingga tahun dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional yang dijenamakan semula sebagai Skim Simpanan Pendidikan 1Malaysia atau SSP1M, kelolaan PTPTN. Geran sepadan lima ratus ringgit akan diberikan kepada mereka yang mempunyai jumlah caruman sekurang-kurangnya lima ratus ringgit, dan hanya boleh dikeluarkan apabila mencapai usia tahun. Tambahannya, tempoh pelepasan cukai pendapatan individu dilanjutkan, terhad kepada enam ribu ringgit, bagi simpanan bersih yang dibuat ke dalam SSPselama tiga tahun mulai tahun taksiran 2018. Tuan Yang Dipertua, Sebetulnya lagi, menyedari kepentingan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional atau TVET dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan berdaya saing, kesemua institusi TVET di bawah tujuh Kementerian, dijenamakan sebagai "TVET Malaysia", di bawah koordinasi Kementerian Sumber Manusia. Selain itu, Kerajaan memperuntukkan 4.9 bilion ringgit untuk melaksanakan Pelan Induk TVET Malaysia. Bagi menggalakkan lepasan TVET melanjutkan pengajian, Kerajaan menyediakan seratus Biasiswa Pelajar Cemerlang TVET dengan peruntukan 4.5 juta ringgit. Bagi menyokong perkembangan industri pekerja mahir dalam bidang rel, Kerajaan akan menubuhkan National Rail Centre of Excellence, berperanan menyelia dan menyelaras jaminan kualiti serta akreditasi pendidikan dan latihan rel negara. Sebagai tambahan, syarikat Malaysia Rail Link Sdn. Bhd., dengan kerjasama IPTA, akan melatih tiga ribu profesional dalam industri ini. Tuan Yang Dipertua, PE-TUNJANG KEEMPAT ADALAH MEMACU PEMBANGUNAN INKLUSIF. Sesungguhnya, kualiti infrastruktur dan interconnectivity negara akan terus dipermodenkan. Justeru, Kerajaan terus bertumpu kepada Projek-Projek Infra-Rakyat bertaraf dunia. Contohnya, MRT jajaran Sungai Buloh-Kajang berjaya kita siapkan, berkeupayaan menampung ribu pengguna sehari. Menariknya, MRT ini merupakan 'success story' di mana kita bukan sahaja dapat menyiapkan projek itu lebih awal daripada jadual, malah, telah berjaya menjimatkan kos sebanyak 2 bilion ringgit daripada jumlah asal pembinaan. Tuan Yang Dipertua, Menjengah kemudahan prasarana di Sabah dan Sarawak pula, Kerajaan telah mengotakan janjinya melalui pembinaan LEBUHRAYA PAN-BORNEO. Mudah-mudahan, projek ini akan terus mengukir senyuman lebar kepada "urang-urang" Sabah dan Sarawak kerana kemajuan telah sampai di kaki-kaki halaman masing-masing, sehingga kawasan terpencil di Kapit-Ulu Song, yang sebelum ini terputus hubungan dengan dunia luar. Tuan Yang Dipertua, Untuk infrastruktur asas terutama di luar bandar, 6.5 bilion ringgit disediakan, antaranya: Pertama: 2 bilion ringgit untuk projek Lebuhraya Pan-Borneo. Bagi negeri Sarawak, kesemua pakej pembinaan telah diagihkan, manakala lima daripada pakej Fasa Pertama di Sabah sudahpun dianugerahkan, dan lagi dalam proses tender; Kedua: 1.1 bilion ringgit untuk projek mesra rakyat seperti menaik taraf jambatan, lampu jalan kampung, surau serta pasar; Ketiga: Satu bilion ringgit diperuntukkan melalui SKMM, bagi membangunkan infrastruktur komunikasi serta kemudahan jalur lebar di Sabah dan Sarawak; Keempat: juta ringgit untuk projek jalan luar bandar, termasuk hampir juta ringgit untuk Sabah dan Sarawak; Kelima: juta ringgit untuk bekalan elektrik, termasuk juta ringgit untuk Sabah dan Sarawak melibatkan ribu rumah luar bandar. Secara keseluruhannya, sejak lebih bilion ringgit subsidi telah dibelanjakan termasuk subsidi gas bahan api, untuk membolehkan rakyat Malaysia mendapatkan bekalan elektrik yang murah, berkualiti dan realiable; Keenam: juta ringgit termasuk hampir juta ringgit untuk Sabah dan Sarawak, disediakan bagi bekalan air bersih meliputi 3 ribu rumah; Ketujuh: juta ringgit disediakan untuk Program Penyelenggaraan Infrastruktur Awam, dan Projek Infrastruktur Asas, untuk memenuhi keperluan dan wishlist rakyat di peringkat akar umbi; dan Kelapan: juta ringgit diperuntukkan untuk pemetaan dan pengukuran tanah-tanah adat, iaitu juta ringgit untuk Sarawak dan juta ringgit untuk Sabah. Sebahagian daripada projek rakyat-centric ini akan dilaksanakan melalui inisiatif pembiayaan swasta. National Blue Ocean Shift atau NBOS juga terus dilaksanakan secara pantas dan bersepadu, dengan kos yang minima serta berimpak tinggi. Bagi sebanyak juta ringgit diperuntukkan untuk program NBOS termasuk pembinaan UTC baharu, Blue Ocean Entrepreneur Township, Mobile CTC, program keusahawanan, Global Entrepreneurship Community serta Usahawan Sosial yang inklusif dan vibrant. Tuan Yang Dipertua, Kebajikan para peneroka FELDA terus dibela. Lebih ribu peneroka FELDA telah menerima 'durian runtuh' melalui enam insentif utama, antaranya bayaran Insentif Khas Peneroka bernilai 5 ribu ringgit. Saya juga ingin mengumumkan, Kerajaan akan mengembalikan semula wang ses yang telah dibayar oleh peneroka getah yang telah membuat tanaman semula kelapa sawit, dari tahun hingga Ini akan memanfaatkan 8,peneroka FELDA dengan peruntukan juta ringgit. Bukan itu sahaja, juta ringgit juga disediakan untuk program tanaman semula sawit. Selanjutnya, juta ringgit diperuntukkan bagi membina 5 ribu unit Rumah Generasi Kedua FELDA, dengan kerjasama SPNB. Sebagai tambahan, hampir juta ringgit lagi diperuntukkan kepada FELDA, bagi sistem bekalan air dan menaik taraf jalan serta lampu jalan. Mustahaknya, Kerajaan kini, dulu dan selamanya akan memperjuangkan nasib para peneroka FELDA. Tuan Yang Dipertua, Bagi mengekang ancaman ideologi ekstremisme seperti IS dan DAESH, Kerajaan telah menubuhkan Pusat Serantau Digital Memerangi Mesej Melalui Komunikasi. Di samping itu, Kerajaan akan Mempertingkatkan Keselamatan Sempadan Dan Ketenteraman Awam dengan memperuntukkan lebih bilion ringgit untuk Angkatan Tentera Malaysia, hampir 9 bilion ringgit untuk Polis DiRaja Malaysia dan lebih juta ringgit kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Program utama yang akan dilaksanakan merangkumi: Pertama: Tiga bilion ringgit untuk pembelian dan penyelenggaraan aset pertahanan; Kedua: juta ringgit bagi pembinaan sebelas ibu pejabat dan enam balai polis, serta pembelian kelengkapan senjata api dan kenderaan operasi. Manakala juta ringgit untuk menaik taraf peralatan ICT termasuk sistem 1PDRMnet, serta juta ringgit bagi menaik taraf sistem komunikasi. Selanjutnya, bagi menjaga kebajikan anggota polis, saya dengan sukacitanya mengumumkan,... ribu unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia-PDRM atau PPA1M-PDRM akan dibina, yang harganya sesuai dengan tangga gaji anggota polis; Ketiga: juta ringgit kepada APMM untuk baik pulih dan selenggara kapal serta bot, menaiktaraf jeti, juga pembelian tiga kapal peronda; Keempat: juta ringgit kepada ESSCOM bagi mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan Sabah dan Sarawak, termasuk juta ringgit untuk coastal surveillance radar; Kelima: juta ringgit bagi meningkatkan keupayaan aset pesenjataan pasukan gerak khas menangani kegiatan anti-keganasan; dan Keenam: Selain itu, dalam menghargai peranan RELA membantu masyarakat selama ini, Kerajaan menyediakan peruntukan yang paling tinggi, iaitu hampir juta ringgit bagi kelengkapan keperluan, termasuk pakaian seragam. Dalam menjaga kebajikan para tentera, Kerajaan akan: Pertama: Menyediakan blueprint Perumahan Keluarga Angkatan Tentera untuk membina lebih ribu unit secara berfasa, menjelang tahun Bagi sebanyak hampir 6 ribu unit akan dibina; dan Kedua: juta ringgit untuk menaik taraf lima hospital, membina empat poliklinik dan hospital veteran angkatan tentera. Untuk itu, marilah kita bersama-sama memberikan setinggi-tinggi penghargaan dan tepukan kepada semua anggota keselamatan negara, merangkumi pasukan polis, anggota tentera, dan APMM, yang telah berkorban jiwa dan raga, demi menjaga keamanan serta kedaulatan pertiwi tercinta ini! Tuan Yang Dipertua, Seperti mana kita maklum, Masyarakat Bumiputera kini menghampiri peratus daripada keseluruhan juta rakyat Malaysia. Oleh yang demikian, adalah wajar Kerajaan melalui dasar Transformasi Kesejahteraan Bumiputera atau TKB, untuk terus mempastikan Agenda Pemerkasaan Bumiputera menjadi Agenda Nasional. Semenjak tahun pelbagai inisiatif besar bagi memperkasakan ekonomi Bumiputera telah dan sedang dilaksanakan. Contohnya, inisiatif Carve Out and Compete bagi Bumiputera, telah mencapai nilai kontrak lebih bilion ringgit. Juga, 1.7 bilion ringgit Dana Mudahcara telah diluluskan kepada projek, menyediakan lebih ribu peluang pekerjaan. Apa yang membanggakan, program ini telah membuktikan bahawa, kontraktor-kontraktor Bumiputera semakin berdaya saing dan berkeupayaan, malah mampu menyiapkan projek lebih awal dari jadual, tanpa menjejaskan kualiti. Di sudut lain, melalui Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, hampir ribu bakat-bakat profesional bumiputera telah berjaya dilahirkan seperti di bidang perakaunan dan kejuruteraan. Selain itu, 2.4 bilion ringgit diperuntukkan kepada UiTM. Dalam pada ini, Kerajaan telah menambah bilangan kemasukan pelajar di UiTM kepada lebih ribu orang dengan sasaran mencapai ribu pelajar menjelang 2020. Lebih membanggakan, UiTM sebagai institusi Bumiputera, telah berjaya melahirkan lebih ribu graduan Melayu dan Bumiputera. Laginya, untuk Kerajaan memperuntukkan lebih 3.5 bilion ringgit bagi inisiatif: Pertamanya: 2.5 bilion ringgit, yakni tertinggi pernah diberikan, untuk biasiswa pengajian tinggi dan latihan di bawah MARA, memanfaatkan hampir ribu pelajar, termasuk 1,dalam bidang kritikal seperti Artificial Intelligence, signalling dan Rel; Kedua: juta ringgit, bagi Program Peneraju Profesional, Skil dan Tunas, memanfaatkan hampir 8 ribu orang; Ketiga: juta ringgit untuk MARA Graduate Employability Training Scheme atau GETS; Keempat: juta ringgit untuk Program Peningkatan Keusahawanan Bumiputera, terdiri daripada: · juta ringgit bagi Program Keusahawanan dan Premis Perniagaan PUNB; · juta ringgit untuk Program Pembangunan Keusahawan MARA; serta · juta ringgit untuk program pembangunan kapasiti vendor, Tunas Usahawan Belia Bumiputera atau TUBE, Skim Usahawan Permulaan Bumiputera atau SUPERB dan Skim Anjakan Usahawan; dan Kelima: Bagi meningkatkan pegangan ekuiti dan pelaburan dalam sektor strategik, juta ringgit diperuntukkan kepada Pelaburan Hartanah Berhad dan juta ringgit kepada EKUINAS. Tuan Yang Dipertua, TEOH Chap Et, (tengah) bersama ahli keluarganya berbual mengenai bajet semasa menonton Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pembentangan Bajet secara langsung di Jalan Batu Perempuan, Georgetown, Pulau Pinang. - Foto Ramdzan Masiam TEOH Chap Et, (tengah) bersama ahli keluarganya berbual mengenai bajet semasa menonton Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pembentangan Bajet secara langsung di Jalan Batu Perempuan, Georgetown, Pulau Pinang. - Foto Ramdzan Masiam Sebagai suatu Bajet yang inklusif, untuk komuniti Cina pula, Kerajaan turut menyediakan juta ringgit untuk pinjaman PKS melalui KOJADI. Sebagai tambahan, juta ringgit juga disalurkan kepada Yayasan Peniaga dan Penjaja Kecil 1Malaysia untuk memberi pinjaman kepada penjaja komuniti Cina. Sementara itu, kepada pembangunan Kampung-kampung Baru Cina, sebanyak juta ringgit diperuntukkan, dan juta ringgit lagi untuk program membaik pulih rumah. Tuan Yang Dipertua, Menyentuh kebajikan kaum India pula, purata pendapatan bulanan isi rumah menunjukkan kadar pertumbuhan yang tinggi, iaitu 6.8 peratus setahun. Laginya baru-baru ini, saya telah melancarkan Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia. Untuk itu, melalui TEKUN, juta ringgit diperuntukkan untuk Skim Pinjaman Usahawan Masyarakat India, memanfaatkan lebih ribu usahawan. Sebagai tambahan, juta ringgit lagi diperuntukkan untuk program pembangunan sosio ekonomi masyarakat India. Pada masa yang sama, melalui MIB juga, pengambilan kaum India ke institusi pengajian tinggi awam dan perkhidmatan awam akan Kerajaan tingkatkan, dengan sasaran pengambilan baharu tujuh peratus. Di bawah Unit Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India atau SEDIC pula, lebih juta ringgit telah diagihkan sejak memanfaatkan lebih ribu peserta kaum India. Bajet juga akan memperkenalkan satu inisiatif baharu untuk masyarakat India. Sukacita saya maklumkan bahawa PNB akan membuat pengagihan khas sejumlah 1.5 bilion unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia untuk masyarakat India, terhad kepada ribu unit setiap pelabur. Bagi menyokong inisiatif ini juga, dana sebanyak juta ringgit diperuntukkan untuk tempoh lima tahun bagi satu skim pinjaman pelaburan khas yang akan ditawarkan kepada ribu isi rumah daripada golongan Bmasyarakat India, terhad kepada 5 ribu unit setiap peserta. MIB membuktikan kepada masyarakat India bahawa, dalam pembangunan negara, tidak ada kelompok yang ketinggalan,... 'indeed, the future belongs to all of us' atau dalam bahasa Tamilnya disebut sebagai, 'NAA-LEY NAMA-THEY'. Tuan Yang Dipertua, Bagi meningkatkan taraf hidup dan pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli, juta ringgit disediakan, meliputi program bantuan makanan komuniti, memanfaatkan hampir 5 ribu pelajar Orang Asli. Selain itu, sebagai insentif kepada anak Orang Asli yang berjaya, Kerajaan juga akan memberi bantuan sebanyak 3 ribu ringgit kepada ibu bapa, sebagai perbelanjaan persediaan anak-anak mereka memasuki institusi pengajian tinggi. Selanjutnya, Program Pembangunan Bersepadu Perkampungan Orang Asli juga diteruskan dengan peruntukan sebanyak juta ringgit. Tuan Yang Dipertua, Sememangnya wanita adalah tulang belakang kepada kesejahteraan keluarga dan pembangunan negara. Maka, sebagai menghargai sumbangan mereka, sukacitanya Kerajaan mengumumkan, sebagai Tahun Memperkasa Wanita. Ke arah itu, antara langkah yang akan dilaksanakan: Pertama: Mewajibkan sekurang-kurangnya peratus wanita dalam keahlian lembaga pengarah GLC dan GLIC serta badan berkanun, sebelum akhir tahun 2018; Kedua: Mencadangkan tempoh cuti bersalin mandatori untuk sektor swasta dinaikkan daripada hari ke hari, seperti yang telah dilaksanakan oleh perkhidmatan awam; Ketiga: juta ringgit untuk program latihan dan keusahawanan wanita antaranya PEAK Entrepreneur Programme di bawah MyWin Academy; dan Keempat: Bagi menggalakkan golongan wanita kembali bekerja, Kerajaan mencadangkan layanan pengecualian cukai pendapatan individu disediakan ke atas pendapatan yang diperolehi dalam tempoh bulan berturut- turut, kepada mereka selepas tempoh sekurang-kurangnya dua tahun berhenti daripada pekerjaan. Pengecualian ini layak dituntut bagi tahun taksiran hingga 2020. PENIAGA atas talian, Nurul Athirah Razali, (kanan) bersama kakaknya, Siti Nur Fahimah Razali, menyaksikan pembentangan bajet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur melalui telefon pintar ketika berniaga produk kesihatan dan tudung di gerai pameran sempena Karnival Toyyiba di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV) Kota Bharu. - Foto Syamsi Suhaimi PENIAGA atas talian, Nurul Athirah Razali, (kanan) bersama kakaknya, Siti Nur Fahimah Razali, menyaksikan pembentangan bajet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur melalui telefon pintar ketika berniaga produk kesihatan dan tudung di gerai pameran sempena Karnival Toyyiba di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV) Kota Bharu. - Foto Syamsi Suhaimi Tuan Yang Dipertua, PE-TUNJANG KELIMA: MENGUTAMAKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT DAN PELUANG MENJANA PENDAPATAN. Kerajaan terus komited dan berikhtiar gigih dalam mewujudkan peluang pekerjaan serta menjana pendapatan, melalui langkah-langkah berikut: Pertama: juta ringgit untuk memperluas Program eRezeki, eUsahawan dan eLadang di bawah MDEC; Kedua: Menyediakan pinjaman mudah sebanyak juta ringgit kepada seribu usahawan Food Truck 1Malaysia dan Mobile Food Kiosk 1Malaysia melalui Bank Rakyat dan Bank Simpanan Nasional, dengan Kerajaan memberi subsidi kadar faedah empat peratus; Ketiga: juta ringgit untuk program 1AZAM, termasuk juta ringgit untuk Sabah dan juta ringgit untuk Sarawak; dan Keempat: juta ringgit untuk Program Motosikal Tiga Roda di bawah FAMA, program mobilepreneur GiatMara, dan program MyAGROSIS. Di sudut lain, selaras dengan IR 4.kepada semua pemandu teksi berdaftar sedia ada, bahawa Kerajaan mendengar pandangan tuan-tuan, yang berhasrat untuk bertukar ke penggunaan aplikasi e-hailing. Untuk itu, saya umumkan,... geran 5 ribu ringgit disediakan kepada setiap pemandu teksi yang terlibat untuk membeli kereta baharu. Kita berasa gembira kerana beberapa wakil pemandu teksi turut hadir mendengar pembentangan Bajet pada petang ini. Kita ucapkan terima kasih,... terima kasih! Tuan Yang Dipertua, Sejak BRdiperkenalkan, terbukti rakyat teramai menerimanya dengan senang hati dan rasa syukur. Jelas sekali, BRmerupakan suatu bentuk subsidi bersasar kepada golongan yang benar-benar memerlukannya, terbukti keberkesanannya. Hatta, pihak pembangkang yang begitu negatif terhadap inisiatif ini dan menuduh sebagai "dedak" itu dan "umpan" ini, tapi kini tanpa segan silu membuat "u-turn", dan khabarnya Kerajaan Pulau Pinang sendiri telah akur akan benarnya program BRoleh Kerajaan ini. Sehubungan itu, jika BRtahun ini telah memanfaatkan 7 juta penerima dengan peruntukan 6.8 bilion ringgit, maka bagi tahun 7 juta penerima itu akan terus menikmati pemberian ini, dengan kadar maksimum sehingga 1,ringgit. Tuan Yang Dipertua, Kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pendapatan boleh guna isi rumah serta merapatkan jurang pendapatan di Malaysia. Dengan ini, saya mengumumkan satu lagi khabar gembira kepada setiap 2.3 juta pembayar cukai, yang akan dinikmati terutamanya oleh golongan pendapatan pertengahan yakni Matau lebih khusus, isi rumah berpendapatan 9 ribu ringgit ke bawah. Ingin saya umumkan,.... kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan dua mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai antara ribu hingga ribu ringgit, iaitu: Pertama: Banjaran Pendapatan Bercukai daripada 20,ringgit sehingga 35,ringgit, kadarnya diturunkan daripada 5 peratus kepada 3 peratus; Kedua: Banjaran Pendapatan Bercukai daripada 35,ringgit sehingga 50,ringgit pula, kadarnya diturunkan daripada peratus kepada 8 peratus; dan Ketiga: Banjaran Pendapatan Bercukai daripada 50,ringgit sehingga 70,ringgit kadarnya diturunkan daripada peratus kepada peratus. Langkah ini akan meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat antara ringgit sehingga seribu ringgit. Ini bermakna, dianggarkan sejumlah 1.5 bilion ringgit lebihan pendapatan boleh guna, dapat dibelanjakan oleh rakyat. Dengan langkah ini juga, semua pembayar cukai akan mendapat faedah di samping lebih ribu orang kini tidak perlu lagi membayar cukai pendapatan. Tuan Yang Dipertua, Seperkara lagi, demi kemaslahatan rakyat seharian, Bajet ini masih memperuntukkan 3.9 bilion ringgit subsidi barangan dan pengangkutan, termasuk gas memasak, tepung, minyak masak, subsidi elektrik dan tol. Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, Kedai Rakyat 1Malaysia akan distruktur semula sebagai KR2.Sebagai permulaan pada kedai akan dijadikan KR2.0 dan diperluaskan kepada tiga ribu KR2.0 dalam tempoh tiga tahun. KR2.0 akan menyediakan lima barang keperluan asas dengan harga rendah iaitu beras, gula, minyak masak, tepung dan LPG. Di samping itu, jenis barangan pengguna berjenama dijual pada harga lebih rendah daripada pasaran. Bagi Program Penyeragaman Harga Barang Keperluan Asas di Sabah dan Sarawak diteruskan dengan peruntukan juta ringgit. Di samping itu, Kerajaan akan membangunkan Agrobazaar Malaysia dengan peruntukan juta ringgit, bagi menyediakan ruang pasaran dan pusat jualan agro makanan dengan harga yang lebih rendah, dimulakan di Putrajaya. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan melaksanakan program melalui FAMA dan LKIM dengan peruntukan juta ringgit, bertujuan agar pengguna memperolehi stok barang makanan dengan harga berpatutan, seperti ikan, sayur, ayam dan telur. Tuan Yang Dipertua, Seterusnya, berita gembira buat pengguna lebuhraya di Selangor, Kedah dan Johor. Mulai 1 Januari Kerajaan telah bersetuju untuk:- Pertama: Memansuhkan kutipan tol di Batu Tiga, Shah Alam dan Sungai Rasau di Selangor; Kedua: Memansuhkan kutipan tol di Bukit Kayu Hitam, Kedah; dan Ketiganya: Memansuhkan kutipan tol di Eastern Dispersal Link, Johor. Tuan Yang Dipertua, Bagi mereka yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap, Kerajaan akan meningkatkan sumbangan terhadap caruman kepada peratus tertakluk kepada maksimum ringgit setahun di dalam Skim Persaraan 1Malaysia, di bawah KWSP. Sumbangan ini bermula dari hingga 2022. Tuan yang Dipertua, Kerajaan sedar akan beban kos yang ditanggung oleh isi rumah, bagi penggajian pembantu rumah asing. Pada masa ini, kos keseluruhan membawa masuk setiap pembantu rumah boleh mencecah setinggi hingga ribu ringgit. Bagi mengatasi isu ini, Kerajaan akan mengkaji semula kos pengambilan pembantu rumah asing supaya dapat dikurangkan pada masa hadapan. Sebagai permulaan, Kerajaan memberi pilihan kepada majikan untuk mengambil pembantu rumah asing secara langsung daripada sembilan negara sumber, tanpa melalui ejen. Seterusnya, majikan boleh memohon visa pembantu rumah daripada Jabatan Imigresen Malaysia secara online dengan bayaran levi dan fi pemprosesan seperti kadar sedia ada. Tuan Yang Dipertua, Dalam hal perumahan dan kediaman, Kerajaan akan merancakkan lagi usaha pemilikan rumah untuk rakyat dengan peruntukan 2.2 bilion ringgit seperti berikut: Pertama: 17,unit rumah Projek Perumahan Rakyat; Kedua: 3,unit rumah program Rumah Mesra Rakyat di bawah SPNB; Ketiga: ribu unit rumah di bawah program PR1MA yang berharga ribu ringgit ke bawah. Untuk ini, 1.5 bilion ringgit diperuntukkan bagi tempoh dua tahun; Keempat: ribu unit rumah akan disiapkan pada tahun hadapan di bawah PPA1M, dan ribu unit lagi di bawah pelbagai peringkat pelaksanaan; Kelima: unit rumah di bawah program My Beautiful New Homes atau MyBNHomes untuk isi rumah Bantaranya di Terengganu, Pahang, Melaka, Johor, Sabah, Sarawak dan kawasan orang asli; Keenam: 2 ribu unit rumah di bawah program MyDeposit untuk membantu pembayaran deposit, dan program MyHomes untuk pemaju menyediakan lebih banyak rumah mampu milik; serta Ketujuh: juta ringgit untuk penyelenggaraan dan pembaikan rumah, termasuk Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia. Bagi menggalakkan lebih banyak pembinaan rumah mampu milik, skim step-up financing yang diperkenalkan oleh PR1MA, dipanjangkan kepada pemaju perumahan swasta, berdasarkan kriteria yang akan ditetapkan. Berkaitan rumah terbengkalai pula, dicadangkan pengecualian duti setem ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindahmilik, diberikan kepada kontraktor penyelamat dan pembeli asal rumah terbengkalai, berkuatkuasa 1 Januari sehingga Disember 2020. Tuan Yang Dipertua, Bagi tujuan menggalakkan pasaran sewaan rumah kediaman pula, buat kali pertama dalam tempoh tahun,... Kerajaan mengumumkan,... pengecualian cukai ke atas pendapatan sewaan rumah kediaman sebanyak peratus bagi pendapatan sewa sehingga dua ribu ringgit sebulan kepada individu rakyat Malaysia yang bermastautin di Malaysia. Pengecualian ini diberi bermula dari tahun taksiran hingga Kerajaan juga akan menggubal Akta Sewaan Rumah Kediaman untuk melindungi penyewa dan pemilik rumah. Tuan Yang Dipertua, Bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, Kerajaan memperuntukkan hampir bilion ringgit, meliputi: Pertama: 2.5 bilion ringgit bagi bekalan ubat-ubatan dan 1.6 bilion ringgit untuk barangan consumable dan sokongan perubatan; Kedua: 1.4 bilion ringgit bagi menaiktaraf dan menyelenggara fasiliti kesihatan, peralatan perubatan dan ambulan, termasuklah pembinaan dewan bedah secara modular di tiga hospital iaitu Hospital Muar, Banting dan Balik Pulau; Ketiga: Menaiktaraf perkhidmatan kardiologi dan kardiotorasik di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu dan Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar; Keempat: juta ringgit untuk menaik taraf hospital dan klinik termasuk sistem pendawaian; Kelima: juta ringgit untuk bantuan haemodialisis dengan subsidi ringgit daripada keseluruhan kos ringgit setiap sesi rawatan. Maknanya, mulai pesakit berdaftar hanya membayar sepuluh ringgit sahaja bagi setiap sesi rawatan. juta ringgit lagi diperuntukan bagi Tabung Bantuan Perubatan. Kedua-dua insentif ini khusus untuk golongan kurang berkemampuan; Keenam: juta ringgit untuk menampung kos perubatan bagi rawatan rare diseases yang kian meningkat, dan juta ringgit disediakan bagi program Komuniti Sihat Perkasa Negara ke arah kesedaran terhadap kesan penyakit tidak berjangkit di ribu kawasan seluruh negara; dan Ketujuh: Sejumlah juta ringgit diperuntukkan kepada Voluntary Health Insurance Scheme untuk memperkasa sektor kesihatan. Selanjutnya, Kerajaan akan membina hospital dan wad baharu meliputi: Pertama: Dua blok wad wanita dan kanak-kanak di Hospital Tengku Ampuan Afzan dan Hospital Putrajaya, dengan kapasiti katil setiap satu, dengan kos satu bilion ringgit; Kedua: Pusat Kanser di Sungai Petani, dengan kos juta ringgit, dengan kapasiti buah katil; Ketiga: Blok klinik pakar dan wad baharu di Hospital Pulau Pinang, berkapasiti buah katil, dengan kos juta ringgit; dan Keempat: Pusat perkhidmatan perubatan forensik bertaraf antarabangsa di Hospital Kuala Lumpur, dengan kos juta ringgit. Tuan Yang Dipertua, Berkaitan GST pula, bagi terus menambah baik pelaksanaannya, Kerajaan mencadangkan: Pertama: Semua pembekalan perkhidmatan oleh PBT tidak dikenakan GST, berkuatkuasa mulai 1 April atau 1 Oktober berdasarkan pilihan PBT; Kedua: Layanan GST berkadar sifar ke atas bahan bacaan, diseragam dan diperluaskan meliputi semua jenis majalah, komik, journal dan terbitan berkala mulai 1 Januari 2018; Ketiga: Operator kapal persiaran diberi pelepasan GST ke atas perkhidmatan pengendalian yang dibekalkan oleh operator pelabuhan di Malaysia. Pelepasan ini bermula 1 Januari sehingga Disember dan Keempat: Pelepasan GST sepenuhnya diberi ke atas perkhidmatan pembinaan bangunan sekolah dan rumah ibadat, yang dibiayai melalui sumbangan derma yang diluluskan. Pelepasan ini berkuat kuasa bagi kontrak perkhidmatan pembinaan yang ditandatangani mulai 1 April 2017. Tuan Yang Dipertua, Bercakap tentang GST lagi, pihak Kerajaan minta, agar sudah-sudahlah dipolemikkan sebagai isu politik,... kerana terbukti GST menjadi penyelamat kepada ekonomi kita tahun ini, kerana tanpa kutipan GST bilion ringgit ini, kita tidak dapat bayangkan macam mana negara boleh menampung perbelanjaan yang diperlukan untuk rakyat. Jelasnya, pihak pembangkang sampai hari ini tidak sepakat tentang keputusan menerima sistem GST, ada yang kata GST diterima tapi based on zero-rate,... dan yang terbaru dah nak kembali ke SST pula,... Tapi hakikatnya, apa yang telah Kerajaan lakukan itu, terakam dalam sejarah sebagai langkah berani yang terbukti kebenarannya. Selanjutnya,... Kelima: Pelepasan GST diberi ke atas pengimportan peralatan berkaitan industri minyak dan gas di bawah satu perjanjian pajakan, dibekalkan oleh syarikat yang berada di Kawasan Ditetapkan iaitu Labuan, Langkawi dan Tioman kepada pelanggan di Malaysia, mulai 1 Januari 2018; Keenam: Pelepasan GST diberi ke atas pengimportan big ticket items, seperti kapal terbang dan kapal laut, oleh syarikat penerbangan dan perkapalan yang berdaftar di Malaysia. Pelepasan GST turut diberikan kepada syarikat di dalam industri minyak dan gas yang mengimport pelantar minyak atau struktur terapung. Langkah ini bermula 1 Januari dan Ketujuh: Perkhidmatan pengurusan dan penyelenggaraan bangunan kediaman berstrata yang dibekalkan oleh Badan Pengurusan Bersama dan perbadanan pengurusan yang kini tidak dikenakan GST, diperluas untuk meliputi perkhidmatan pengurusan dan penyelenggaraan yang dibekalkan oleh pemaju perumahan, mulai 1 Januari 2018. Tuan Yang Dipertua, PE-TUNJANG KEENAM: MEMPERSIAGA REVOLUSI PERINDUSTRIAN KEEMPAT DAN EKONOMI DIGITAL. Dunia kini di ambang The Fourth Industrial Revolution dan era digital economy, sehingga Kerajaan berusaha melaksanakan Dasar Digital Malaysia. Lantaran itu, sebagai menyokong aktiviti pelaburan dan perniagaan IR 4.Kerajaan akan menyediakan geran sepadan sebanyak juta ringgit di bawah Dana Strategik Pelaburan Domestik bagi menaik taraf kemudahan Smart Manufacturing. Selanjutnya, Futurise Centre di Cyberjaya akan diperkukuhkan sebagai pusat sehenti syarikat korporat dan universiti, untuk membangunkan prototype produk serta melonjakkan daya inovasi. Berkait ini Tuan Yang Dipertua, Kerajaan akan memberi galakan cukai seperti berikut: Pertama: Melanjutkan tempoh insentif Elaun Modal Dipercepatkan sebanyak peratus ke atas kelengkapan automasi dari tahun taksiran sehingga 2020; Kedua: Galakan Elaun Modal Dipercepatkan sebanyak peratus, untuk sektor pengilangan dan perkhidmatan berkaitan pengilangan; dan Ketiga: Elaun Modal bagi peralatan ICT termasuk perbelanjaan pembangunan perisian komputer, layak dituntut sepenuhnya mulai tahun taksiran hingga 2020. Tuan Yang Dipertua, Walau semaju mana kita mengejar arus kemodenan negara, kita tetap wajib memelihara kelestarian alam sekitar, sebagai khazanah warisan tanah air anak cucu kita. Berkait ini, kita terkejut dengan tragedi tanah runtuh di Tanjung Bungah, Pulau Pinang pada Sabtu lepas, yang telah menimbus lebih mangsa, dan daripadanya disahkan meninggal dunia. Dengan tidak disangka- sangka, terbitnya serangkap keluhan, bagi meratapi peristiwa ngeri itu. Yang terlebih syahdu, kerana ia dinukilkan sendiri oleh Ahli Parlimen DAP yang kita segani dari sebelah sana, Yang Berhormat Kepong, bertajuk, "Tanah Runtuh di Lereng Bukit" di ruangan Twitternya, yang berbunyi Ibu jaga anak kan sakit, Darah tubuh beban kesihatan, Pemaju bina leretan bukit, Tanah runtuh korban insan. Sebetulnya, apa kias yang YB Kepong ingin sampaikan, hanya Tuhan sahaja yang tahu,... Tuan Yang Dipertua, Jadinya, untuk mempastikan pembangunan lestari, langkah berikut akan dilaksanakan: Pertama: Lima bilion ringgit disediakan di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau, bagi menggalakkan pelaburan industri teknologi hijau; Kedua: Melaksanakan Program Non-Revenue Water, untuk mengurangkan kadar purata kehilangan air dengan kos 1.4 bilion ringgit; Ketiga: Membina Off-River Storage sebagai sumber air alternatif dengan kos 1.3 bilion ringgit; dan Keempat: juta ringgit disediakan untuk rancangan tebatan banjir di seluruh negara. Berbalik kepada hal ekonomi digital, Malaysia bakal memiliki Digital Free Trade Zone yang pertama di luar negara China. DFTZ ini merangkumi e-Fulfilment Hub, Satellite Services Hub dan e-Service Platform bagi melonjakkan negara dalam perdagangan elektronik, dengan menjadikan KLIA sebagai gateway serantau. Fasa Pertama DFTZ mensasarkan penyertaan 1,PKS dalam ekonomi digital dan dijangka menarik pelaburan sebanyak juta ringgit dengan mewujudkan 2,peluang pekerjaan. Untuk tujuan ini: Pertama: 83.5 juta ringgit diperuntukkan bagi membiayai penyediaan infrastruktur fasa satu DFTZ di Aeropolis, KLIA; dan Kedua: Nilai de minimis bagi import, dinaikkan dari ke ringgit, untuk mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebagai hab e-commerce serantau. Tuan Yang Dipertua, Selanjutnya, Kerajaan akan mewujudkan ekosistem yang kondusif untuk meraih manfaat inovasi, khususnya daripada cetusan idea start-up tempatan. Sukacita diumumkan Kerajaan akan memperluaskan pendekatan 'regulatory sandbox' bagi memudahkan syarikat menguji idea inovatif dan model perniagaan baharu, yang akan dilaksanakan oleh semua Regulator berkaitan. Tuan Yang Dipertua, PE-TUNJANG KETUJUH: MENINGKATKAN KECEKAPAN DAN PENYAMPAIAN GLC DAN PERKHIDMATAN AWAM. Selaras dengan falsafah pembangunan growth with equity, Malaysia berhasrat mencapai pertumbuhan ekonomi yang kukuh dengan pengagihan hasil ekonomi yang lebih saksama kepada rakyat. Bagi tujuan ini, syarikat GLC akan merintis teladan kepada sektor korporat melalui KPI bagi meningkatkan nisbah pampasan pekerja, selaras dengan pertumbuhan produktiviti seperti berikut: Pertama: GLC akan meningkatkan pengagihan keuntungan kepada pekerjanya, seperti menerusi pembayaran gaji dan elaun, secara berperingkat; Kedua: Memperkenalkan flexible benefits, yakni pekerja diberi pilihan untuk meningkatkan pendapatan boleh guna, dengan menukar kelayakan cuti tahunan dan kesihatan kepada ganjaran tunai; Ketiga: Menambah baik flexible work arrangements, untuk menggalakkan work-life balance melalui pengubahsuaian waktu bekerja mingguan, waktu kerja anjal dan kerja separa masa; Keempat: Memperkenalkan kemudahan lepasan cuti untuk menunaikan umrah; Kelima: Bagi menyokong ibu bapa bekerja, GLC akan menyediakan taska di pejabat utama, dan kemudahan pengurangan waktu bekerja untuk pekerja wanita yang mengandung; dan Keenam: Meningkatkan pelaburan dalam latihan, khususnya melaksanakan kursus kemahiran digital untuk pekerja dan bantuan pendidikan untuk anak pekerja. Tuan Yang Dipertua, Berhubung hal penyampaian dalam mengutamakan kebajikan semua pihak termasuk warga emas, OKU dan kanak-kanak, sukacita Kerajaan mengumumkan bantuan 1.7 bilion ringgit kepada mereka, dan juga: Pertamanya: Menaikkan elaun warga emas ringgit menjadi ringgit sebulan, memanfaatkan hampir ribu orang, dengan peruntukan juta ringgit; dan Keduanya: Menaikkan elaun OKU yang bekerja, tidak bekerja dan penjaga OKU sebanyak ringgit sebulan, memanfaatkan lebih ribu orang dengan peruntukan juta ringgit. Selain itu, bagi melindungi kanak-kanak dari jenayah seksual, Kerajaan telah menubuhkan sebuah Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak, yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara. Pada tahun hadapan, tiga lagi mahkamah akan ditubuhkan. Tuan Yang Dipertua, Kepada penjawat awam,... bagi memudahkan mereka memiliki rumah idaman, mulai 1 Januari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam akan melaksanakan: Pertama: Membenarkan pembiayaan LPPSA ke atas hartanah yang dibangunkan di atas tanah wakaf; Kedua: Memasukkan yuran guaman berkaitan penyediaan perjanjian pembiayaan perumahan sebagai sebahagian daripada skop pembiayaan LPPSA; Ketiga: Membenarkan pembiayaan perumahan bersama atau joint-loan daripada LPPSA, antara suami-isteri atau anak-anak, dengan syarat semua pemohon adalah anggota perkhidmatan awam; dan Keempat: Membenarkan pembiayaan perumahan bersama antara suami-isteri atau anak-anak, dengan syarat, sekurang-kurangnya seorang pemohon adalah anggota perkhidmatan awam,.... Manakala pemohon bersama bukan penjawat awam perlu menggunakan pembiayaan institusi kewangan atau agensi yang mempunyai skim pembiayaan perumahan sendiri, yang bersetuju menjadi pemegang gadaian kedua. Tuan Yang Dipertua, PE-TUNJANG KELAPAN: MENGIMBANGI PAR EXCELLENCE DUNIAWI DAN PAR EXCELLENCE UKHRAWI. Sesungguhnya, tiada siapa yang tahu dan dapat meramalkan apakah rupa bentuk, wajah dunia pada masa mendatang. Tapi pastinya, Allah Hu Ta'ala menyukai hamba-hambaNya yang terus berikhtiar dengan gigih, merancang masa depan demi kepentingan negara dan ummah seluruhnya. Berbekalkan mafhum Surah Al-A'raf ayat di mana Tuhan akan melimpahkan rezeki dan keberkatan-Nya dari langit serta bumi, selagi penduduk dan rakyatnya beriman lagi bertaqwa. Sebab itulah dalam konteks negara ini, Kerajaan mensasarkan Malaysia akan menjadi sebuah negara yang: Pertamanya: High Income Advanced Economy pada tahun 2020; Kedua: Nilaian ekonomi dan dagangan semasa menjadi dua trillion ringgit pada tahun 2025; Ketiga: Menikmati impak dan manfaat IR 4.0 yang mula menampakkan kematangan signifikan pada tahun 2030; Keempat: Watan yang lebih kompetitif lagi bersifat hampir zero defects pada tahun dan Kelimanya: InsyaAllah,... kita akan mencapai sebuah ketamadunan unggul di mana negara ini, bakal tersenarai dalam gelanggang kelompok negara termaju lagi terbaik di persada dunia. Tuan Yang Dipertua, Hakikatnya, keluarga adalah institusi nukleus paling penting dalam membentuk nilai dan pengutuhan insan. Kerana, kesepaduan sosial lazimnya bermula daripada keharmonian dan kebahagiaan keluarga. Untuk itu, Kerajaan akan mewujudkan satu entiti baru yang dinamakan Institut Penyelidikan Sosio-Ekonomi atau SERI di bawah JPM, dan juga menaik taraf KITA-UKM atau Institut Kajian Etnik UKM sebagai institusi kebangsaan. Peruntukan yang sewajarnya akan disediakan oleh Kerajaan. SERI berperanan mengkaji dan menilai keberkesanan dasar serta pelaksanaan program juga projek pembangunan negara terhadap rakyat. Manakala KITA menyelaras pendidikan sosioekonomi peringkat negara dan mewujudkan indeks pembangunan sosial negara. Sebagai analoginya, jika EPU berperanan seumpama the brain dalam menggubal dasar ekonomi, manakala, ICU sebagai hands and legs dalam pemantauan projek, maka KITA dan SERI akan berfungsi sebagai the soul or the heart. Ia mencakupi aspek kerohanian dan jiwa, nilai-nilai murni serta program berbudaya tinggi untuk membina jati diri generasi TNbagi menangani gejala sosial. Sehubungan ini, Kerajaan sentiasa menghargai peranan NGO-NGO dan akan terus berkerjasama dengan mereka dalam menangani masalah sosial. Penekanan akan diberikan kepada institusi keluarga yang merupakan nukleus yang paling kecil, namun paling penting dalam pembangunan dan kesejahteraan masyarakat kita. Tuan Yang Dipertua, saudara dan saudari, Saya tahu,... ramai yang ternanti-nanti pengumuman-pengumuman tertentu kepada 1.6 juta penjawat awam, sebagaimana yang saya war-warkan dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-pada awal bulan ini. Lantas, demi menghargai sumbangan para penjawat awam, khabar gembira yang ditunggu-tunggu itu sudah pun tiba. Saya mengumumkan: Pertama: Kenaikan pangkat time-based kali kedua bagi kumpulan pelaksana untuk tempoh tahun, selepas kenaikan kali pertama; Kedua: Penjawat awam yang dibersarakan atas sebab kesihatan, akan menerima faedah persaraan seolah-olah pegawai berkhidmat sehingga umur persaraan wajib; Ketiga: Membenarkan Gantian Cuti Rehat melebihi hari digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan; Keempat: Menaikkan kadar Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan daripada tujuh hari kepada hari setahun; Kelima: Kerajaan buat pertama kalinya, bersetuju memberikan kemudahan tujuh hari cuti tanpa rekod sepanjang tempoh perkhidmatan bagi menunaikan umrah; Keenam: Untuk memberi fleksibiliti, Kerajaan akan menambah satu lagi Waktu Kerja Berperingkat iaitu bermula jam 9 pagi hingga 6 petang; Ketujuh: Pakar Perubatan Gred UDdan ke atas, yang telah diwartakan sekurang-kurangnya 4 tahun, serta memenuhi syarat tertentu, akan diberi kelonggaran satu hari seminggu untuk melaksanakan Waktu Kerja Fleksi; Kelapan: Penjawat awam wanita yang mengandung lima bulan ke atas, dibenarkan pulang lebih awal sejam. Bagi melengkapi hasrat ini, suami yang bekerja Kerajaan juga dibenarkan pulang lebih awal sejam,... syaratnya, suami dan isteri mestilah bekerja di lokasi yang berdekatan; Kesembilan: Meningkatkan kelayakan cuti bersalin daripada hari kepada hari sepanjang perkhidmatan, tertakluk kepada maksimum hari setahun; Kesepuluh: Pembelajaran sepanjang hayat pegawai perkhidmatan awam dengan melaksanakan Kursus Sarjana dan PhD secara in-house; Kesebelas: Menaikkan kadar pencen terendah kepada 1,ringgit sebulan melibatkan lebih ribu pesara awam, dengan sekurang-kurangnya tahun tempoh perkhidmatan; dan Kedua belas: Pemanjangan kemudahan perubatan untuk ibu dan bapa kepada pesara Kerajaan. Kesemua langkah di atas berkuat kuasa mulai 1 Januari 2018. Tuan Yang Dipertua, Sebagai negara Islam yang progresif dan dinamik, Kerajaan menghargai bakti Ketua Kampung serta Tok Batin. Untuk itu, Kerajaan mengumumkan bayaran khas one-off sebanyak 1,ringgit melibatkan 9,orang. Seribu ringgit akan dibayar pada Januari dan ringgit menjelang Hari Raya Aidilfitri. Bagi mempastikan kawasan kejiranan sentiasa selamat dan tenteram, juta ringgit diperuntukkan untuk meneruskan pemberian geran Komuniti Penduduk 1Malaysia sehingga ribu ringgit kepada persatuan penduduk yang berdaftar. Selain itu, juta ringgit diperuntukkan untuk GiatMara melaksanakan program latihan dalam komuniti, khususnya di kawasan Projek Perumahan Rakyat untuk fasa pertama. Tuan Yang Dipertua, Baru-baru ini, seluruh negara dikejutkan dengan insiden menyayat hati,... tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Itti-fa-qiyah yang mengorbankan nyawa. Setulus takziah kita ucapkan kepada keluarga yang terlibat. Demi memartabatkan syiar Islam dan pengutuhan jati insan, khususnya pengurusan sekolah tahfiz, diperuntukkan juta ringgit kepada GiatMara bagi membaik pulih dan menyelenggara sistem pendawaian di semua sekolah tahfiz yang berdaftar di seluruh negara. Selain itu, bagi melatih pelajar sekolah tahfiz supaya lebih berkemahiran, Skim Latihan Kemahiran GiatMara akan diperkenalkan. Di samping itu, selain peruntukan juta ringgit bagi bayaran elaun bulanan kepada imam, bilal, guru KAFA dan guru takmir yang diterima selama ini, untuk lebih menghargai mereka termasuk 'Tok Siak', Kerajaan sukacita mengumumkan,... Bayaran khas one-off sebanyak 1,ringgit kepada mereka. Seribu ringgit dibayar pada Januari dan ringgit lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri, memanfaatkan lebih ribu orang dengan peruntukan hampir juta ringgit. Tuan Yang Dipertua, Demikianlah moga kita dapat berasakan, bak kata orang tua-tua, sejuk Dewan Parlimen Yang Mulia ini dek redup cuaca petang, agarnya Tuhan memayung-mayungi dan merahmat-rahmati pembentangan Bajet ini. Mengambil iktibar daripada sirah perjuangan para Anbiya', golongan solihin dan seluruh kehebatan sejarah bangsa kita sendiri, malah, turut dipesan oleh Imam Ghazali dan Bapak Hamka bahawa,... apalah guna kita hanya kaya harta, tetapi miskin jiwa. Akan tetapi, apa yang Kerajaan mahukan adalah, sebuah bangsa yang bukan sahaja hebat fizikalnya, bahkan kaya jiwa dan kaya pekertinya, yakni Par Excellence Duniawi dan Par Excellence Ukhrawi. Pucuk pangkalnya, sepanjang berbulan-bulan yang lalu, segala kerja keras dan titik peluh Kerajaan secara kolektif, melibatkan semua Kementerian dan agensi, pihak swasta, NGO, para belia, kumpulan profesional, dan,... ter-amat utama pelbagai lapisan rakyat yang turut menyumbang idea dan cadangan melalui pelbagai platform dan saluran, dalam merangka Naskhah Besar ini. Kerana itulah, belanjawan ini mencipta tawarikh sebagai sebuah Bajet yang paling inklusif pernah dipersembahkan. Semuanya, tidak lain dan tidak bukan telah dikarang dan disusun dalam memenuhi tuntutan DHO'-RU-RIYYAT, HAA-JI-YAT dan TAH-SI-NI-YAT, demi mensejahterakan kehidupan rakyat, sekaligus memakmurkan negara. Maka, Tuan Yang Dipertua serta seluruh rakyat Malaysia, pada hemah saya, selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, inilah,..... belanjawan yang tidak pernah diperucapkan sedemikiannya semenjak saya mengambil alih tampuk kepimpinan negara ini, kerana ianya bersifat holistik dan sarat dengan falsafah,... dan secara peribadinya,... boleh ditanda sejarah sebagai "IBU - SEGALA BAJET". Sesungguhnya, bagi pihak Kerajaan, saya berani berkata demikian, kerana, pada Bajet kali ini, telah terhimpun dan terungkap dalamnya pelbagai premis yang menjadi asas kepada sebuah Bajet Komprehensif, mengambil hitung seawal kepentingan bayi yang masih dalam kandungan sehingga lahir ke dunia ini, sampailah urusan masa hadapan negara. Tuan Yang Dipertua, Oleh semuanya itu, maka, ter-Nyahlah segala apapun bentuk Keraguan, yang cuba dipolemikkan oleh Pakatan pembangkang. Realitinya, pakatan pembangkang-lah sebenarnya yang selama ini,... berada dalam Keraguan. Mereka ragu dengan kepimpinan mereka,... mereka curiga-mencurigai antara satu sama lain,... malah, mereka saling guna- memperguna sesama sendiri,... dengan izin Tuan Yang Dipertua dalam Bahasa Inggeris there is no certainty in political leadership, how can they be trusted to provide a sound economic leadership. Waima, kononnya mahu menghapuskan BR1M, kini menyokong pula,... nak meniadakan GST, tapi kini, nak mengekalkan pula dengan zero-rate dan tambah balik SST,... nak memotong cukai itu dan cukai ini,... nak menghapuskan pinjaman PTPTN, tapi kini ternyata nak diadakan kembali,... nak memperkenalkan subsidi minyak, tapi kini beralih kepada subsidi bersasar,... dengan izin sekali lagi bak kata orang putih, THE ONLY THING CONSISTENT WITH THE OPPOSITION IS THAT THEY ARE CONTINUOUSLY IN-CON-SIS-TENT. Apa yang kita sering dengar, asyik-asyik U-turn,... asyik-asyik u-turn,... and more u-turn,... sehingga segalanya membuat pemikiran rakyat dikeliru, didamak dan diracuni. Tuan Yang Dipertua, Lalu, syukur setingginya dipanjatkan ke hadrat Allah Hu Taala, kerana berkat kegigihan usaha Kerajaan selama ini, dikurniakan hasil bagi dituai dan dinikmati oleh rakyat Malaysia sekalian. Kepada Penjawat Awam, yang dinanti-nanti telah pun menjelma. Bagi menyanjung tinggi sifat wala' dan kesetiaan Tuan-Tuan dan Puan-Puan, dalam mendokong kemajuan negara serta melaksanakan sistem penyampaian perkhidmatan dengan cekap lagi berkesan kepada rakyat,... maka sukacitanya saya mengumumkan,.... Bayaran khas sebanyak 1,ringgit kepada semua penjawat awam. Bayaran ini akan diberikan dua kali, iaitu seribu ringgit pada awal Januari dan ringgit lagi menjelang Hari Raya Aidil Fitri tahun hadapan. Manakala tidak pernah dilupakan, kepada pesara Kerajaan, bayaran khas sebanyak ringgit, iaitu 500 ringgit dibayar pada Januari dan ringgit lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri. Saudara dan Saudari Sahabat Seperjuanganku Sekalian, Oleh itu, biarpun kita diherdik-herdik dan ditikam-tikam,... tak sedikit pun kan goyah Barisan ini,... kerana kita yakin bahawa, rakyat kini semakin bijak menilai yang mana satu kaca dan yang mana satu intan. Terlebih penting, pabila rakyat menghakimi dengan bijak nanti, dan terus bersatu hati dengan Kerajaan ini, barulah terbentang luas masa hadapan Malaysia yang cerah, saujana mata memandang. Bagai disesuaikan dengan kalam Megat Terawis satu ketika dulu,... bila rakyat dan Kerajaan menjadi satu, barulah negara gagah perkasa kerana,... Pisau di tangan kita, mentimun pun di tangan kita,... kalau nipis dihiris,... maka nipislah jadinya,... kalau tebal dihiris,... maka teballah jadinya... Tuan Yang Dipertua, Saudara dan Saudari, Rakyat Malaysi Yang Dikasihi, Menyudahi kalam, dalam melakar dan mencarta titian masa depan negara, seumpama membidak buah-buah catur. Kita harus membaca gerakan dengan cermat dan mengatur strategi dengan penuh berhati-hati. Dan segalanya hanya mampu diperbuat dan boleh dicapai dengan adanya kerjasama ikhlas sepasukan. Bertuahlah saya kerana mempunyai, bukan sekadar seorang Timbalan Perdana Menteri, tapi jauh daripada itu, seorang sahabat yang setia,... Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Termustahak juga segala wala' dan sokongan tidak berbelah bahagi yang diberikan kepada saya oleh Anggota-anggota Jemaah Menteri, Pimpinan-Pimpinan Parti Komponen dalam menakhoda bahtera Malaysia ini. Lalunya, bersumpah dan berjanjilah,... bersumpah dan berjanjilah bahawa, kalaupun terpenggal putus tangan dari badan,... sekalipun lumpuh kaki tidak bermaya,... amanah dan harapan rakyat yang kita genggam jangan sekali-kali terlepas dan tergadai kepada pihak lawan. Ayuhlah,... kita wajib tetap menggigit amanah yang diberikan itu, dengan taring-taring dan geraham-geraham masing-masing,... sampai ketitisan darah yang terakhir,... membawa Barisan Nasional,.... menuju kemenangan besar dalam Pilihanraya Umum Ke-nanti. InsyaAllah. KepadaMu ya Allah, kami berdoa dan berserah. Selamat dan afiatkan tubuh Malaysia, zahir dan batin. Kerajaan bercadang untuk memanjangkan kelayakan bayaran lebih masa bagi golongan yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 kepada RM4,000 sebulan Kerajaan bercadang tingkatkan gaji minimum kepada kadar RM1,200 sebulan hanya di wilayah bandar utama berkuat kuasa pada tahun 2020. Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri oleh PERKESO akan diperluas bagi membolehkan caruman oleh 18 kumpulan yang bekerja sendiri mulai tahun 2020. Program i-Suri ditambah baik dengan beri peluang suami sumbang dua daripada 11 peratus carumannya ke dalam akaun KWSP isteri. Kerajaan akan tambah peruntukan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah daripada RM652 juta tahun lalu kepada RM735 juta tahun depan. Kerajaan memperuntukkan RM783 juta untuk baik pulih sekolah daif, terutamanya di Sabah dan Sarawak. Sebanyak RM23 juta akan disediakan untuk memastikan sekolah kebangsaan mempunyai kemudahan mesra Orang Kelainan Upaya (OKU). Kerajaan tingkat peruntukan kepada RM5.9 bilion bagi perkasa program TVET. KWSP akan memperluaskan skop pengeluaran untuk biayai pendidikan di peringkat sijil. Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM1.3 bilion bagi institusi pendidikan di bawah MARA dan RM2 bilion bagi biayai pinjaman untuk 50,000 pelajar. Kerajaan tingkat peruntukan pembangunan luar bandar kepada RM10.9 bilion dalam usaha rapatkan jurang pendapatan dengan bandar. Kira-kira RM587 juta diperuntukkan untuk Projek Bekalan Air Luar Bandar dengan RM470 juta untuk Sabah dan Sarawak. Sebanyak RM500 juta diperuntukkan untuk Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar yang bakal beri manfaat kepada lebih 30,000 orang dengan majoriti penerima tinggal di Sabah dan Sarawak. Kerajaan peruntukkan RM1 bilion untuk pembangunan jalan luar bandar di seluruh Malaysia dengan tumpuan untuk bina jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak kekal jadi negeri penerima Perbelanjaan Pembangunan tertinggi dengan peruntukan masing-masing sebanyak RM5.2 bilion dan RM4.4 bilion. Kerajaan akan tingkatkan subsidi dan bantuan sosial kepada RM24.2 bilion termasuk bantuan Kebajikan seperti Bantuan Sara Hidup (BSH) serta subsidi berkaitan bahan api Kerajaan memperuntukkan RM5 bilion untuk BSH dan perluaskan skim kepada 1.1 juta individu bujang berumur lebih 40 tahun yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan. OKU berumur 18 tahun dan ke atas dengan pendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan layak terima bayaran BSH. Individu bujang berumur 40 tahun ke atas dan OKU layak terima RM300 dan secara automatik jadi penerima Skim Takaful MySalam secara percuma. Kerajaan memperuntukkan RM80 juta untuk menaik taraf, baiki dan selenggara 67 pelbagai institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Sejumlah RM25 juta diperuntukkan untuk urus, tadbir dan perluaskan program Food Bank ke seluruh negara. Kerajaan naikkan elaun Guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) sebanyak RM100 sebulan kepada 33,200 guru KAFA dengan peruntukan tambahan sebanyak RM46 juta. Kerajaan cadang beri bantuan khas one-off sebanyak RM500 kepada imam, bilal (Muazzin), tok siak/noja/merbot (penjaga masjid) dan guru takmir. Kerajaan akan memperuntukkan RM10 juta kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk inisiatif Rahmatan Lil-Alamin bagi bangunkan pemahaman Maqasid Syariah. Sebanyak RM1.6 bilion untuk bina hospital baharu, naik taraf dan besarkan hospital sedia ada. Peruntukan RM319 juta untuk membina dan menaik taraf klinik kesihatan dan pergigian serta kemudahan kuarters. Perlindungan mySalam dipanjangkan mulai 1 Januari 2020 kepada 45 penyakit kritikal, individu yang berumur sehingga 65 tahun dan mereka yang mempunyai pendapatan kasar tahunan sehingga RM100,000. Kerajaan bercadang sediakan sehingga 500 bas elektrik pelbagai saiz babitkan kos RM450 juta untuk pengangkutan awam di bandar-bandar terpilih seluruh negara. Kerajaan akan memperuntukkan RM15 juta untuk inisiatif Bandar Selamat. Peruntukan RM179 juta untuk persiapan kejohanan antarabangsa seperti Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan SEA Hanoi 2021 serta pembangunan atlet paralimpik. Dana Bantuan Bencana RM100 juta untuk pinjaman kepada petani terjejas dengan bencana alam dengan kadar faedah empat peratus. Kerajaan memperuntukkan RM48 juta untuk memulihara keaslian hutan dan biodiversiti semula jadi Malaysia. Kerajaan akan tingkat peruntukan Kementerian Pertahanan daripada RM13.9 bilion dalam tahun 2019 kepada RM15.6 bilion bagi tambah kesiapsiagaan pertahanan. Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM235 juta untuk membeli tambahan 20 mesin pengimbas kargo bagi ditempatkan di semua pintu masuk pelabuhan yang strategik. Perbelanjaan mengurus untuk membaiki dan menyelenggara aset awam sedia ada akan ditingkatkan kepada RM10.5 bilion pada 2020 berbanding hanya RM6.3 bilion pada tahun 2019. Kerajaan akan tambah 100 orang kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2020. Kerajaan akan menaikkan Kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) sebanyak RM50 sebulan bagi kumpulan pelaksana dengan peruntukan tambahan sebanyak RM350 juta setahun. Faedah Ex-Gratia Kematian akan diberikan kepada waris penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan bernilai sehingga RM150,000. Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan nikmati kenaikan elaun sebanyak RM2 sejam mulai 1 Januari 2020 dengan jumlah peruntukan tambahan sebanyak RM26 juta. Semua anggota bomba akan menerima Elaun Khas Skim Perkhidmatan Bomba sebanyak RM200 sebulan dengan peruntukan sebanyak RM35 juta membabitkan 14,400 anggota bomba. Bayaran secara one-off sebanyak RM500 akan diberikan kepada kepada hampir 70,000 pemegang Pingat Jasa Malaysia yang membabitkan peruntukan sebanyak RM35 juta. Bantuan Khas Kewangan RM500 diberikan kepada kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah dan Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada pesara kerajaan Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk “Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu” dibaca bagi kali kedua. PENDAHULUAN Salam Sejahtera, Salam Harapan dan Salam Sayangi Malaysiaku diucapkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di pihak Kerajaan mahupun Pembangkang, Tuan-tuan dan Puan-puan serta seluruh rakyat Malaysia. Sesungguhnya, kami merasa sangat bertuah kerana diberikan kepercayaan, sokongan dan peluang untuk Kerajaan Pakatan Harapan mencorak semula pengurusan negara ke arah yang lebih maju, berdaya saing dan penuh ketelusan. Pada hari yang bersejarah ini, saya akan membentangkan Belanjawan iaitu belanjawan julung kali di bawah Kerajaan Pakatan Harapan. Saya juga ingin menyatakan penghargaan kepada semua rakyat Malaysia yang telah menunjukkan keberanian dan rasa kasih sayang kepada tanahair yang tercinta dengan menyelamatkan negara daripada sebuah Kerajaan kleptokrasi global dan menggantikan pentadbiran tersebut dengan satu kerajaan baharu yang bersih dan demokratik. Kita semua rakyat Malaysia telah melakar sejarah selepas tahun dengan memilih Kerajaan baharu yang dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang paling berusia di dunia, malahan seorang negarawan yang paling disanjungi di dunia. PRESTASI DAN CABARAN EKONOMI Kerajaan baharu telah mewarisi kedudukan kewangan yang membimbangkan. Hutang dan liabiliti sebenar Kerajaan sehingga akhir Jun adalah RM1,bilion, iaitu hampir RMbilion lebih tinggi daripada jumlah yang didedahkan secara rasmi oleh Kerajaan terdahulu. Perincian hutang ini merangkumi RM725.2 bilion hutang langsung Kerajaan Persekutuan, RM155.8 bilion komitmen luar jangka dan RM184.9 bilion liabiliti lain termasuk bayaran pajakan bagi projek Kerjasama Awam Swasta (PPP). Paras hutang RM1 trilion ini disebabkan oleh skandal kewangan yang bertopengkan sebagai pelaburan, dan hutang mega sebagai projek mega. Kerajaan mendapati pentadbiran terdahulu telah secara rahsia membayar hutang 1MDB hampir RM7 bilion sehingga April Selain itu, Kerajaan juga mendapati bahawa negara mungkin perlu membayar sehingga RM43.9 bilion lagi bagi menyelesaikan hutang 1MDB ini. Kerajaan juga mengenalpasti wujudnya kontrak berat sebelah seperti projek Trans Sabah Gas Pipeline dan Multi-Product Pipeline yang kosnya berjumlah RM9.6 bilion namun RM8.3 bilion telah dibayar walaupun hanya kurang daripada kerja pembinaan telah disiapkan. Projek mega seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pula akan melibatkan kos sehingga RMbilion, selain puluhan bilion ringgit lagi akibat kerugian kos operasi. Seterusnya, Akauntan Negara Malaysia telah mengesahkan kenyataan oleh Jabatan Kastam DiRaja Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bahawa hasil kutipan cukai telah terlebih lapor kerana tidak membayar balik GST dan cukai pendapatan bagi beberapa tahun. Sehingga Mei jumlah tunggakan bayaran balik adalah RM35.4 bilion, di mana tunggakan GST adalah sebanyak RM19.4 bilion sementara tunggakan cukai pendapatan berjumlah RMbilion. Bayaran balik ini adalah kepunyaan pembayar cukai dan telah disalahgunakan tanpa kebenaran dan pengetahuan. Tidak seperti hutang 1MDB dan skandal kewangan lain yang mana boleh dibayar dalam tempoh yang lebih panjang, Kerajaan mempunyai tanggungjawab moral untuk memulangkan kesemua tunggakan bayaran balik cukai kepada individu, syarikat dan rakyat Malaysia dalam tahun 2019. Inilah harga tinggi yang terpaksa ditanggung oleh rakyat akibat kleptokrasi global. Bagi memulihkan semula kedudukan fiskal, YAB Perdana Menteri telah meminta rakyat Malaysia untuk bersama melaksanakan pengorbanan demi negara. Walau bagaimanapun dengan izin ‘while we remove the fat, we must not cut our muscles’. Oleh itu, di samping bertekad ke arah melaksanakan konsolidasi fiskal, Kerajaan akan mengimbangi keutamaan pembangunan ekonomi untuk menambah baik kesejahteraan sosioekonomi rakyat. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menurunkan anggaran pertumbuhan global daripada 3.kepada 3.pada Tahun depan, pertumbuhan dunia dijangka kekal pada 3.7%. Unjuran pertumbuhan perdagangan dunia pula telah diturunkan daripada 4.kepada 4.untuk tahun dan pada 2019. Perang perdagangan yang berpotensi menjadi lebih besar antara negara Amerika Syarikat dan China serta dasar monetari AS yang ketat telahpun menyebabkan aliran modal keluar secara besar-besaran dari pasaran baharu muncul kembali masuk ke AS. Negara yang mempunyai defisit berkembar iaitu defisit akaun semasa dan defisit fiskal adalah yang paling terjejas. Nilai matawang Peso Argentina telah menyusut 48.pada tahun ini berbanding Dolar Amerika setakat Oktober Lira Turki dan Rupiah Indonesia telah masing-masing menyusut 32.dan 11.3%. Sebagai sebuah ekonomi membangun, Malaysia tidak dapat mengelak daripada aliran keluar modal asing. Walaupun berdepan tekanan, matawang Ringgit terus didokong oleh lebihan akaun semasa dan keyakinan terhadap ekonomi Malaysia. Akibatnya, prestasi Ringgit adalah yang terbaik di kalangan pasaran baharu muncul pada tahun ini sehingga Oktober Ringgit telah meningkat sebanyak 12.berbanding Rupee India, 8.berbanding Rupiah Indonesia, berbanding Peso Filipina, 3.berbanding Renminbi China dan 0.berbanding Dolar Singapura. Selain itu, pasaran ekuiti Malaysia juga telah menunjukkan daya tahan yang tinggi apabila FBM KLCI hanya menurun 4.pada tahun ini setakat Oktober berbanding indeks pasaran baharu muncul (MSCI Emerging Market Index) yang menyusut 17.7%. Dalam pasaran serantau utama yang lain, Singapura mencatatkan penurunan 12%, Hong Kong jatuh 18.3%, Republik Korea susut 18.2%, Filipina jatuh 18.2%, manakala Indonesia dan Thailand masing-masing susut dan 6.2%. Ini menunjukkan bahawa pelabur tempatan dan asing yakin terhadap Kerajaan baharu Pakatan Harapan. Berikutan cabaran global dan selaras dengan unjuran pertumbuhan ekonomi dunia yang lebih rendah oleh IMF, Malaysia telahpun menyemak semula unjuran Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada kepada 4.berbanding dengan hingga 5.sebelum ini. Bagi tempoh Januari hingga Jun eksport terus berkembang sebanyak 6.dan menyumbang kepada lebihan akaun semasa berjumlah RM18.9 bilion atau 2.daripada KDNK. Sehingga Oktober rizab antarabangsa berjumlah USD102.8 bilion atau RMbilion, mencukupi untuk menampung 7.3 bulan import tertangguh. Kadar inflasi kekal rendah pada 1.bagi tempoh Januari sehingga September dan seterusnya membolehkan dasar monetari kekal akomodatif dan kondusif untuk menyokong pertumbuhan ekonomi. Kerajaan sedar akan ekonomi global yang semakin mencabar memerlukan negara mengutamakan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan pada masa yang sama, mengambil langkah konsolidasi fiskal. Kerajaan mengunjurkan KDNK akan terus berkembang 4.pada walaupun dalam persekitaran ekonomi global yang tidak menentu. FOKUS BELANJAWAN 2019 Bertemakan “Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera”, Belanjawan akan menumpukan kepada 3 Fokus dengan strategi utama bagi mengembalikan kedudukan ekonomi Malaysia sebagai Harimau Asia. Tiga fokus tersebut adalah: PERTAMA: MELAKSANAKAN REFORMASI INSTITUSI; KEDUA : MEMASTIKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT; DAN KETIGA : MEMUPUK BUDAYA NEGARA KEUSAHAWANAN. FOKUS MELAKSANAKAN REFORMASI INSTITUSI Kelemahan utama pengurusan makroekonomi Malaysia adalah salah tadbir urus kewangan awam seperti yang ternyata berlaku dalam skandal RMbilion 1MDB yang diceritakan dalam buku “Billion Dollar Whale”. Oleh yang demikian, reformasi institusi adalah perlu untuk meningkatkan ketelusan disiplin fiskal yang bukan sahaja dapat mengelak berulangnya salah laku, tetapi dapat memastikan kestabilan makroekonomi dan kemampanan pertumbuhan ekonomi. PEKERJA swasta, Nur Ezakurniaty, mengikuti pembentangan Belanjawan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menerusi telefon pintar. - NSTP/Jannah Kho PEKERJA swasta, Nur Ezakurniaty, mengikuti pembentangan Belanjawan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menerusi telefon pintar. - NSTP/Jannah Kho Strategi Memperkukuh Pengurusan Fiskal PERTAMA: Kerajaan Persekutuan telah menstruktur semula pendekatan belanjawan melalui Zero-Based Budgeting iaitu sistem belanjawan berasaskan sifar belanjawan. Pendekatan ini meningkatkan keberkesanan, kecekapan dan penjimatan kerana perbelanjaan dibuat melalui penilaian matlamat peruntukan, dan bukannya berdasarkan perbelanjaan tahun lalu, dan semua perbelanjaan yang menurut budi bicara akan dirancang dari sifar. KEDUA: Kerajaan akan membentangkan Akta Kebertanggungjawaban Fiskal atau Fiscal Responsibility Act pada untuk mengelak perbelanjaan yang tidak terkawal dan menyebabkan hutang yang maha besar. KETIGA: Kerajaan berhasrat untuk membentangkan Akta Perolehan Kerajaan pada tahun hadapan untuk mengawal selia proses perolehan bagi memastikan ketelusan dan persaingan terbuka, dan pada masa yang sama, mengenakan tindakan punitif ke atas penyalahgunaan kuasa, kecuaian dan rasuah. Pelaksanaan tender terbuka bukan sahaja akan menjimatkan wang pembayar cukai, malah ia juga akan meningkatkan kecekapan dan daya saing sektor swasta. KEEMPAT: Untuk memastikan penzahiran hutang dan liabiliti serta kedudukan nilai aset negara secara menyeluruh, Kerajaan akan melaksanakan perakaunan akruan bagi menggantikan perakaunan asas tunai bermula 2021. Strategi Menstruktur Semula dan Merasionalisasi Hutang Kerajaan Dalam tempoh sedekad yang lalu, Kerajaan Persekutuan telah bergantung kepada pembiayaan jaminan Kerajaan yang kurang telus, atau melalui program pembiayaan pajakan yang dikenali sebagai projek PPP untuk membiayai perbelanjaan Kerajaan. Jumlah jaminan Kerajaan telah meningkat dari RM69.2 bilion pada tahun kepada RMbilion pada iaitu peningkatan drastik sebanyak 244%. Sebagai perbandingan, hutang rasmi Kerajaan Persekutuan hanya meningkat dalam tempoh yang sama. 10 Pada asasnya, defisit belanjawan yang diumumkan dan telah dicapai pada tahun-tahun sebelum ini tidak menggambarkan defisit sebenar. Sehubungan itu, walaupun Kerajaan telah berusaha sebaik mungkin untuk mengurangkan kos dan menunda perbelanjaan tidak kritikal, adalah tidak realistik untuk mencapai sasaran defisit 2.pada melainkan Kerajaan meneruskan amalan terdahulu dengan menyorok perbelanjaan secara off-balance sheet. Mengambil kira perkara ini, defisit fiskal pada dijangka mencapai 3.7%. Peningkatan ini disebabkan oleh komitmen perbelanjaan Kerajaan terdahulu yang tidak disediakan peruntukan seperti bayaran khidmat hutang 1MDB sebanyak RM1 bilion, pengambilalihan Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL) di Johor RM1.3 bilion, Prasarana RM1 bilion dan projek rel Kementerian Pengangkutan RM1.4 billion serta bayaran balik GST RM3.9 bilion. Untuk 3 tahun akan datang, pentadbiran Pakatan Harapan komited dalam melaksanakan langkah konsolidasi fiskal untuk mengurangkan defisit kepada 3.daripada KDNK pada pada dan 2.pada Dalam jangka masa sederhana, defisit dijangka akan terus berkurangan kepada sekitar 2%. Kerajaan Persekutuan akan terus memberi jaminan pembiayaan hanya untuk projek infrastruktur yang sedang dalam pembinaan seperti MRT2 dan LRT3 serta kepada agensi terpilih yang mempunyai kemampanan kewangan. Bagi memastikan keberkesanan langkah konsolidasi fiskal ke atas hutang RM1 trilion, Kerajaan akan mengurangkan kedudukan hutang sebagai peratusan kepada KDNK dengan langkah-langkah berikut: PERTAMA: Kerajaan akan mewujudkan Pejabat Pengurusan Hutang yang bertanggungjawab untuk menyemak dan menguruskan hutang dan liabiliti Kerajaan. Pejabat Pengurusan Hutang akan memantau penerbitan hutang oleh Kerajaan Persekutuan, badan berkanun dan syarikat tujuan khas (SPV) secara holistik. Kerajaan berhasrat untuk mengelakkan berlakunya bayaran khidmat hutang yang lebih tinggi akibat kelemahan koordinasi dalam penerbitan hutang. Pejabat ini juga akan mengoptimakan sumber Kerajaan secara keseluruhan, memusatkan pengurusan dana supaya badan berkanun dengan dana lebihan dapat memenuhi keperluan pembiayaan agensi lain pada kos yang lebih kompetitif. KEDUA: Dalam usaha merasionalisasi hutang, Kerajaan bukan sahaja perlu menstruktur semula hutang sedia ada, tetapi juga menyemak komitmen hutang masa hadapan termasuk pajakan operasi berjumlah puluhan bilion ringgit. Dengan itu, Kerajaan telah membatalkan projek Multi-Product Pipeline dan Trans-Sabah Pipeline berjumlah RMbilion. Selain itu, kerja pembinaan ECRL berjumlah RMbilion telah digantung dan kini kosnya sedang dirunding semula. Buat masa ini, Kerajaan juga telah membatalkan projek MRT3 yang bernilai RMbilion sehingga projek MRT2 disiapkan. Kerajaan juga telah menangguhkan pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur–Singapura yang dijangka melibatkan kos sekurang-kurangnya RMbilion. Kerajaan telah memutuskan untuk meneruskan beberapa projek infrastruktur yang mempunyai kesan pengganda ekonomi yang tinggi setelah menjalankan rundingan semula dengan kontraktor berkaitan. Untuk projek LRT3 sepanjang kilometer yang dilaksanakan oleh Prasarana Malaysia Berhad, Kerajaan telah berjaya mengurangkan kos keseluruhan projek daripada RM31.6 bilion kepada hanya RM16.6 bilion. Jumlah ini mewakili penjimatan sebanyak atau RMbilion. Bagi projek MRT2 yang diuruskan oleh MRT Corp pula, Kerajaan telah berjaya menurunkan kos kontrak pembinaan sebanyak RM8.8 bilion daripada RM39.3 bilion kepada RM30.5 bilion, iaitu penjimatan sebanyak 22.4%. Projek Landasan Berkembar Lembah Klang 2 bernilai RM5.2 bilion yang telah dianugerahkan melalui kaedah rundingan terus sebelum pilihanraya umum yang lalu telah ditamatkan. Projek ini akan ditender semula melalui tender terbuka dan dijangka akan memberi penjimatan kos yang besar. Tambahan pula, pelbagai agensi Kerajaan kini sedang dalam proses menimbang semula kontrak rundingan terus atau tender terhad bernilai sejumlah RMbilion yang telah ditandatangani oleh Kerajaan lalu. Semua kementerian diberi kuasa untuk memutuskan sama ada pelaksanaan kontrak boleh diteruskan. Projek yang telah ditandatangani menerusi surat setuju terima (SST) boleh diteruskan dengan syarat memperolehi penjimatan sekurang-kurangnya daripada kos pembinaan. Kerajaan menjangka dapat menjimatkan sebanyak RM1.9 bilion. Penjimatan ketara berbilion ringgit daripada projek-projek ini akan mengurangkan beban hutang di masa hadapan. KETIGA: Kerajaan akan mengambil segala tindakan untuk mendapat segala dana yang hilang atau dicuri daripada 1MDB. Pada Oktober Kerajaan telah memohon kepada Mahkamah England untuk membatalkan Perjanjian Penyelesaian yang dipersetujui dengan pihak International Petroleum Investment Corporation (IPIC) dan Aabar Investment PJS daripada Abu Dhabi. 1MDB dan Kerajaan Malaysia tidak akan membayar baki USD4.bilion kepada IPIC dan Aabar dan sebaliknya akan menuntut pemulangan USD1.bilion yang telah dibayar, atas alasan penipuan yang berlaku semasa perjanjian tersebut dimuktamadkan. KAKITANGAN Rumah Iban (dari kiri ke kanan), Adeline Augel, Lucie Foh dan Stephina Ibin mengikuti perkembangan pembentangan Belanjawan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menerusi dalam talian di Muzium Kampung Budaya Sarawak, Santubong. - NSTP/Nadim Bokhari KAKITANGAN Rumah Iban (dari kiri ke kanan), Adeline Augel, Lucie Foh dan Stephina Ibin mengikuti perkembangan pembentangan Belanjawan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menerusi dalam talian di Muzium Kampung Budaya Sarawak, Santubong. - NSTP/Nadim Bokhari Kerajaan juga akan bekerjasama dengan kerajaan asing untuk memulangkan segala aset dan wang tunai berkaitan dengan 1MDB yang telah dirampas. Kerajaan telah berjaya memiliki semula kapal layar super-mewah, Equanimity dan akan mula menerima bidaan antarabangsa dalam tempoh satu bulan dari tarikh 5 November 2018. KEEMPAT: Kerajaan Persekutuan akan mengesan dan melapor bukan sahaja nisbah hutang langsung Kerajaan Persekutuan, malah akan menyediakan data yang lebih telus termasuk kedudukan jumlah hutang dan liabiliti. Hutang langsung Kerajaan Persekutuan mencatat RMbilion atau 50.daripada KDNK pada akhir Ia meningkat kepada RMbilion tetapi masih pada 50.daripada KDNK pada akhir Jun 2018. Setelah mengambil kira komitmen luar jangka dan pajakan kewangan, jumlah keseluruhan liabiliti mencatat 80.pada akhir dan berkurang kepada 74.pada akhir Bagi hutang rasmi Kerajaan Persekutuan sebagai peratusan kepada KDNK dijangka mencatat 51.manakala jumlah liabiliti akan terus berkurang kepada 73.5%. Strategi Meningkat Hasil Kerajaan Bagi mencapai objektif untuk meningkatkan hasil, pertama sekali Kerajaan akan, dengan izin, leverage aset Kerajaan dan keduanya menyemak semula dasar percukaian. Langkah yang akan diambil oleh Kerajaan adalah: Memanfaat Aset PERTAMA: Kerajaan akan mengurangkan pegangannya dalam syarikat bukan strategik dengan merealisasikan nilai yang terbaik mungkin, dan kemudian menggunakan hasil tersebut untuk mengurangkan hutang. KEDUA: Model kerjasama awam swasta yang sebenar akan digunakan bagi projek yang berdasarkan transaksi tukaran tanah yang akan dijalankan secara tender terbuka dan bukannya menggunakan kaedah rundingan terus. Sebelum ini, melalui kaedah rundingan terus, tanah Kerajaan telah dinilai di bawah harga pasaran manakala kos projek adalah lebih tinggi daripada kos sepatutnya. Model PPP sebenar yang berasaskan tender terbuka akan membolehkan Kerajaan memperolehi hasil tertinggi bagi aset yang dilupuskan dan pada masa yang sama mendapat nilai terbaik bagi projek yang dianugerahkan. Berdasarkan kepada model baharu ini, sebanyak projek PPP seperti sekolah, kem tentera, balai polis dan bomba serta rumah mampu milik yang keseluruhannya bernilai RM5.2 bilion akan dilaksanakan dan Kerajaan dijangka mendapat pulangan bersih sebanyak RMjuta daripada lebihan penjualan tanah. KETIGA: Kerajaan juga merancang untuk melaksanakan penjualan tanah secara berjadual dan berperingkat kepada pembida tertinggi tertakluk kepada syarat tanah bagi memaksimumkan hasil kepada Kerajaan. KEEMPAT: Bagi menswastakan aset infrastruktur, Kerajaan bercadang untuk mewujudkan Amanah Pelaburan Hartanah bagi Lapangan Terbang atau Airport Real Estate Investment Trust (REIT), yang pertama di dunia. Pelabur dalam skim REIT ini, akan memperolehi pulangan melalui fi pengguna yang dikutip daripada pemegang konsesi pengurusan lapangan terbang iaitu Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB). Melalui inisiatif ini, Kerajaan berharap dapat meraih dana sebanyak RM4 bilion daripada penjualan ekuiti REIT kepada institusi pelaburan yang berpeluang memegang aset infrastruktur yang berkualiti. Program ini hanya akan dilaksanakan selepas rundingan fi pengguna dan Pangkalan Aset Diselia dimuktamadkan. REIT Lapangan Terbang akan berpeluang menerbitkan unit REIT baharu atau mendapatkan pinjaman bagi membiayai penambahbaikan lapangan terbang terutamanya lapangan terbang yang melebihi kapasiti. Struktur kewangan ini akan mengurangkan bebanan hutang Kerajaan untuk membiayai projek pembesaran lapangan terbang. Pada masa yang sama, peranan MAHB sebagai operator aset ringan dapat dikekalkan tanpa perlu dibebankan dengan pelaburan modal dan hutang yang besar. Projek lain juga boleh menerima pakai pembiayaan dan struktur pelaburan seumpama ini seperti hospital dan infrastruktur rel. Semakan Semula Percukaian Sebagaimana yang dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Harapan, GST berkadar sifar telah dilaksanakan pada 1 Jun dan telah digantikan dengan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) berkuat kuasa mulai 1 September Di bawah GST, bagi barangan, hanya item telah dikenakan pada kadar sifar manakala di bawah SST, hampir sepuluh kali ganda item dikecualikan daripada Cukai Jualan. Ia memberi impak yang besar kepada perniagaan di mana semasa rejim GST, sebanyak 472,syarikat berdaftar perlu mengutip GST. Dengan pelaksanaan SST, hanya 100,syarikat akan mengutip cukai ini. Pengenalan SST telah secara langsung, mengurangkan beban syarikat kecil dan sederhana. Berdasarkan kajian awal Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, atau daripada barang dan perkhidmatan yang telah diperiksa, didapati terdapat penurunan harga pada September berbanding semasa rejim GST pada Mei 2018. PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tiba bagi pembentangan Belanjawan di Parlimen. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tiba bagi pembentangan Belanjawan di Parlimen. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali Hampir keseluruhan isu operasi dan masalah pelaksanaan di peringkat awal SST telah diselesaikan oleh Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia melalui libat urus dengan pihak awam yang melibatkan lebih 50,peserta dan puluhan ribu soalan. Saya sendiri telah menghadiri sesi dialog berkaitan SST yang turut dihadiri 15,ahli perniagaan di seluruh negara. Bagi menambah baik kecekapan dan keberkesanan SST, mulai 1 Januari Kerajaan akan memberi pengecualian cukai perkhidmatan kepada perkhidmatan spesifik yang ditawarkan oleh perniagaan yang berdaftar kepada perniagaan yang berdaftar. Kaedah ini akan mengelak peningkatan kos akibat percukaian berganda dan mengekalkan daya saing industri perkhidmatan tempatan. Untuk mengurangkan beban pengilang kecil berdaftar yang membeli input pembuatan dari pengimport dan bukannya daripada pengilang yang berdaftar, Kerajaan akan memperkenalkan sistem kredit untuk potongan cukai jualan mulai 1 Januari Sistem kredit akan juga mengelak percukaian berganda dan menurunkan kos perniagaan. Selain itu, Jawatankuasa Pembaharuan Cukai telah ditubuhkan pada September untuk mengenal pasti dan mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan sistem percukaian yang lebih progresif dan berkesan. Antara pembaharuan cukai yang dicadangkan adalah: PERTAMA: Perkhidmatan yang diimport akan dikenakan Cukai Perkhidmatan untuk memastikan supaya penyedia perkhidmatan tempatan seperti perkhidmatan arkitek, reka bentuk grafik, teknologi maklumat dan rekabentuk kejuruteraan mendapat persaingan yang adil mulai 1 Januari 2019. KEDUA: Bagi perkhidmatan atas talian yang diimport oleh pengguna, penyedia perkhidmatan asing akan dikehendaki berdaftar dengan Kastam, mengenakan dan meremit cukai perkhidmatan yang berkaitan berkuatkuasa mulai 1 Januari Contoh perkhidmatan ini termasuk perisian, muzik, video atau sebarang pengiklanan digital. Langkah percukaian ini akan mengimbangkan persaingan antara peruncit kedai dan kedai atas talian, terutamanya kedai atas talian yang dimiliki oleh syarikat luar negeri. KETIGA: Kerajaan akan melancarkan Program Khas Pengakuan Sukarela (Special Voluntary Disclosure Program) untuk memberi peluang kepada pembayar cukai mengisytiharkan secara sukarela sebarang pendapatan yang tidak dilaporkan bagi tujuan cukai, termasuk akaun pesisir pantai. Di bawah inisiatif Organisation for Economic and Co-Operation and Development (OECD) untuk meningkat ketelusan percukaian, bermula tahun ini, Malaysia telah melaksanakan Pertukaran Maklumat Secara Automatik (AEOI) dengan pihak berkuasa percukaian lain untuk mendapat maklumat yang membolehkan audit dan siasatan. Dengan menyertai Program Khas Pengakuan Sukarela ini, sekiranya pelaporan pendapatan dibuat mulai esok hari sehingga Mac pembayar cukai akan hanya dikenakan penalti sebanyak ke atas cukai yang perlu dibayar. Sekiranya pelaporan dibuat dari 1 April sehingga Jun penalti sebanyak akan dikenakan. Selepas tamatnya program ini pada Jun kadar penalti yang dikenakan adalah antara sehingga seperti mana yang diperuntukkan dalam undang-undang sedia ada. Dengan Kerajaan yang bersih dan telus, rakyat akan bersedia untuk membayar cukai kerana mereka tahu bahawa pemimpin dan Kerajaan tidak menipu dan merompak wang rakyat. KEEMPAT: LHDN akan meneliti dan menyiasat sebarang harta kekayaan luar biasa yang ditunjukkan melalui pemilikan barang-barang mewah seperti barang kemas, jam tangan, beg tangan, kereta mewah atau hartanah. LHDN akan mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut lunas undang-undang untuk mendapatkan kembali sebarang wang tunai, sama ada dalam bentuk cukai tambahan, penalti atau denda. KELIMA: Kerajaan juga akan mengkaji semula layanan cukai dan insentif sedia ada di bawah pelbagai perundangan bagi memastikan ianya relevan dan dapat mengurangkan ketirisan hasil. Kerajaan akan mengenakan sekatan masa ke atas kerugian perniagaan, baki elaun modal, baki elaun pelaburan semula dan baki rugi perintis yang tidak dapat diserap dibenarkan dibawa ke hadapan sehingga 7 tahun taksiran sahaja. KEENAM: Untuk memastikan segala insentif cukai kekal relevan dan tiada pertindihan, Kerajaan juga akan melaksanakan kajian menyeluruh ke atas lebih jenis skim fiskal sokongan pelaburan yang dikendalikan oleh agensi penggalakkan pelaburan. KETUJUH: Setelah berjaya melancarkan sistem SST, Kastam akan meningkatkan penguatkuasaan ke atas penyeludupan rokok. Pada masa ini, Kerajaan mendapat hasil yang lebih rendah akibat wujudnya produk alternatif haram yang berleluasa atau produk yang mempunyai label duti kastam palsu. Kerajaan berharap untuk mendapatkan semula sekurang-kurangnya RM1 bilion daripada usaha membanteras aktiviti penyeludupan dan penipuan, yang sebelum ini tidak dapat dikutip. KELAPAN: Demi menggalakkan pembangunan pelancongan domestik, Kerajaan akan mencadangkan pengenaan levi pelepasan bagi semua penumpang ke luar negara melalui laluan udara bermula 1 Jun Kadar yang dicadangkan adalah melibatkan dua peringkat kategori, iaitu pertama, sebanyak RMdikenakan ke atas penumpang ke negara Asean dan kedua, sebanyak RMdikenakan ke atas penumpang ke negara lain. Kadar yang dicadangkan ini adalah konsisten atau tidak melebihi kadar yang dikenakan oleh negara lain termasuk Thailand USDHong Kong USDdan Jepun USD10. KESEMBILAN: Kerajaan akan memperkemas Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ke atas keuntungan daripada pelupusan harta tanah dan saham dalam syarikat hartanah dalam tahun ke-6 dan tahun seterusnya, seperti berikut: • Bagi syarikat, individu bukan warganegara dan bukan pemastautin tetap, kadar CKHT dinaikkan daripada kepada 10%; dan • Bagi individu warganegara dan penduduk tetap, kadar CKHT dinaikkan daripada kepada 5%. Walaubagaimanapun, CKHT dikecualikan atas harga hartanah, rumah kos rendah, rumah kos sederhana rendah dan rumah mampu milik di bawah RM200,000. KESEPULUH: Kadar duti setem bagi pemindahan hartanah bernilai lebih RM1 juta akan dinaikkan sebanyak 1 mata peratusan daripada kadar cukai kepada 4%. MENTERI Kewangan, Lim Guan Eng bersama timbalannya, Datuk Ir Amiruddin Hamzah dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir (kanan) ketika keluar dari Kementerian Kewangan, Putrajaya. - NSTP/Ahmad Irham Mohd Noor MENTERI Kewangan, Lim Guan Eng bersama timbalannya, Datuk Ir Amiruddin Hamzah dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir (kanan) ketika keluar dari Kementerian Kewangan, Putrajaya. - NSTP/Ahmad Irham Mohd Noor KESEBELAS: Sejak tahun pendapatan faedah yang diperolehi daripada dana pasaran wang pemborong (wholesale money market funds) telah diberikan pengecualian cukai pendapatan untuk menggalakkan pembangunan industri unit amanah. Dana ini telah mencatatkan pertumbuhan yang kukuh pada kadar setiap tahun sejak Jumlah dana keseluruhan telah meningkat kepada RM42.9 bilion pada Disember Melihat kepada perkembangan yang positif ini, Kerajaan mencadangkan supaya layanan cukai ini ditamatkan mulai 1 Januari 2019. KEDUA BELAS: Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan telah diwujudkan untuk menyediakan struktur perniagaan dan pelaburan yang lebih luas dalam memudahcara transaksi rentas sempadan, urus niaga perniagaan dan keperluan pengurusan harta. Kerajaan akan terus meningkatkan daya saing Labuan dengan melonggarkan syarat sekatan transaksi dalam matawang Ringgit Malaysia, transaksi di antara entiti Labuan dan pemastautin Malaysia. Cukai syarikat juga akan dikekalkan, tetapi pilihan kadar cukai maksima sebanyak RM20,yang diperuntukkan di bawah Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan akan dimansuhkan. KETIGA BELAS: Cukai, fi dan levi ke atas sektor perjudian yang tidak dinaikkan sejak tahun dipinda seperti berikut: • lesen kasino akan dinaikkan dari RMjuta ke RMjuta setiap tahun; • duti kasino akan dinaikkan kepada ke atas pendapatan kasar; • lesen mesin dealer akan dinaikkan dari RM10,kepada RM50,setiap tahun; dan • duti mesin judi akan dinaikkan daripada ke ke atas kutipan kasar. Pada Kerajaan Persekutuan dijangka mengutip hasil sebanyak RM261.8 bilion. Ini merangkumi dividen khas Petronas sebanyak RMbilion untuk membayar tunggakan bayaran balik cukai GST dan cukai pendapatan sebanyak RMbilion. Kerajaan menghargai PETRONAS sebagai sebuah syarikat yang telah diurus dengan cekap dan mampu mengumpul rizab yang dikongsi bersama dengan Kerajaan tanpa menjejaskan keupayaan PETRONAS untuk melaksanakan pelaburan bagi pertumbuhan masa depan. FOKUS 2 : MEMASTIKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT Peningkatan kesejahteraan sosioekonomi rakyat akan menjadi petunjuk prestasi utama sama ada Kerajaan ini berjaya atau sebaliknya. Kerajaan akan berusaha untuk memenuhi objektif ini dengan 5 strategi berikut: Strategi Menjamin Kebajikan dan Kualiti Hidup PERTAMA: Kerajaan akan meneruskan dan menambahbaik Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada Bdengan memberikan bantuan secara lebih bersasar dan bergantung kepada saiz isi rumah. Mulai Januari 2019: • Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,dan ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM1,000; • Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM2,hingga RM3,akan menerima bantuan berjumlah RMdan • Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM3,hingga RM4,akan menerima bantuan berjumlah RM500. Selain itu, Kerajaan akan memperkenalkan kadar tambahan BSH sebanyak RMuntuk setiap anak berumur tahun ke bawah terhad kepada 4 orang, kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka. Sebagai contoh, sekiranya isi rumah berpendapatan bulanan RM2,ke bawah dan mempunyai 4 orang anak, maka jumlah BSH yang akan diterima adalah sebanyak RM1,Ini adalah lebih banyak daripada jumlah BRsedia ada sebanyak RM1,200. KAKITANGAN kerajaan di Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengikuti siaran langsung Belanjawan yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. - NSTP/Faiz Anuar KAKITANGAN kerajaan di Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengikuti siaran langsung Belanjawan yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. - NSTP/ Faiz Anuar Oleh itu, dianggarkan sebanyak 4.1 juta isi rumah akan terus menerima bantuan kewangan daripada Kerajaan dengan peruntukan RM5 bilion. KEDUA: Untuk golongan suri rumah di bawah program e-Kasih, Kerajaan telah memperkenalkan sebuah skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-SURI. Melalui skim ini, Kerajaan akan menyediakan geran padanan RMsetiap bulan sebagai insentif kepada suami penyayang yang mencarum dengan kadar minimum RM5 sebulan kepada simpanan persaraan isteri. Sebanyak RMjuta diperuntukkan untuk skim ini. KETIGA: Pakatan Harapan melalui manifestonya telah berjanji untuk memberi subsidi minyak secara bersasar kepada pemilik kereta persendirian dengan kapasiti enjin 1,300cc dan ke bawah atau pemilik motosikal 125cc dan ke bawah. Atas rasa keprihatinan, Kerajaan telah memutuskan untuk menambahbaik janji tersebut dengan memberi subsidi kepada pihak memiliki sebuah kereta sahaja yang berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah atau motosikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah. Melalui mekanisme ini, Kerajaan akan memberi subsidi petrol RONsebanyak sen seliter terhad kepada liter sebulan bagi kereta atau liter bagi motosikal. Mekanisme baharu ini dijangka bermula pada suku kedua Untuk ini, RM2 bilion diperuntukkan dan dijangka dapat memanfaatkan seramai 4 juta pemilik kereta dan 2.6 juta pemilik motosikal. Bagi meningkatkan kecekapan penggunaan sumber di samping membendung ketirisan berikutan perbezaan harga minyak dan penyeludupan rentas sempadan, Kerajaan akan mengapungkan semula harga petrol RONdi pasaran berdasarkan Automatic Price Mechanism (APM). KEEMPAT: Bagi menstabilkan bekalan dan menyeragamkan harga barangan keperluan asas, terutama di Sabah dan Sarawak, Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RMjuta. Antara barangan yang terlibat adalah tepung gandum, gula bertapis dan minyak masak dalam paket 1kg, serta beras tempatan hancur pek 10kg, Petrol RONdiesel dan LPG. KELIMA: Kerajaan akan menggalakkan pengguna untuk turut terlibat dalam pemantauan harga barangan dan mengurangkan khidmat pegawai pemantau harga. Untuk itu, para pengguna digalakkan untuk memuat turun aplikasi Price Catcher sebagai platform pemantauan harga barangan melalui perkongsian data. Perkhidmatan ini bukan sahaja akan memanfaatkan semua pengguna untuk mengetahui harga terbaik di pasaran, ia juga akan membantu pihak berkuasa untuk memantau amalan-amalan penentuan harga yang menyalahi undang-undang. Kerajaan akan memperuntukkan RMjuta ke arah penguatkuasaan yang lebih berkesan. KEENAM: Pada masa ini, Kerajaan memberi subsidi kepada semua isi rumah yang mempunyai bil elektrik bulanan RMdan ke bawah. Selaras dengan hasrat Kerajaan melaksanakan subsidi bersasar, penyaluran subsidi ini akan hanya dikhususkan kepada golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan program e-Kasih. Dengan sedemikian, Kerajaan mampu meningkatkan kadar subsidi kepada RMsebulan dan memanfaatkan 185,akaun. Peruntukan sebanyak RMjuta disediakan. KETUJUH: Kerajaan akan mengenal pasti dan bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan social enterprise untuk menyokong usaha mereka dalam membantu komuniti yang kurang bernasib baik dan terpinggir. Contohnya seperti projek perolehan sampul surat Kerajaan oleh Persatuan Pemulihan Orang Kurang Upaya. Untuk itu, Kerajaan akan memperuntukkan RMjuta untuk inisiatif ini. KELAPAN: Layanan potongan cukai pendapatan akan diberikan ke atas sumbangan mana–mana pihak kepada suatu social entreprise dengan had potongan sehingga daripada pendapatan agregat syarikat dan daripada agregat individu yang memberikan sumbangan. Strategi Meningkat Peluang Pekerjaan dan Kebolehpasaran Malaysia merupakan negara guna tenaga penuh dengan kadar pengangguran pada 3.4%. Namun, terdapat isu struktur yang mengakibatkan pengangguran jangka masa panjang, terutamanya di kalangan belia. Bagi mengatasi masalah ini, Kerajaan akan mengambil langkah berikut: PERTAMA: Bagi meningkatkan latihan kemahiran belia lepasan sekolah dan kebolehpasaran graduan, Kerajaan akan melaksanakan dua program yang dibiayai melalui dana Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) iaitu Apprenticeship dan Graduate Enhancement Programme For Employability (GENERATE). Program ini dijangka akan dapat meningkatkan peluang pekerjaan bagi seramai 4,orang belia lepasan sekolah dan graduan dengan peruntukan RM juta berbentuk geran sepadan. KEDUA: Menjelang adalah dianggarkan seramai 1 juta rakyat Malaysia yang berumur antara dan tahun yang masih produktif dan aktif. Bagi menggalakkan peluang pekerjaan bagi golongan berumur ke atas, Kerajaan mencadangkan supaya caruman mandatori KWSP bagi majikan dikurangkan daripada kepada mulai 1 Januari Golongan pekerja ini pula tidak perlu mencarum dan oleh yang demikian, pendapatan boleh guna mereka akan meningkat. Selain itu, dicadangkan juga potongan cukai tambahan diberi kepada majikan ke atas perbelanjaan penggajian golongan ini dengan had jumlah saraan sebanyak RM4,sebulan. Langkah ini bagi menggalakkan syarikat mengambil semula golongan ini, terutamanya Buntuk bekerja. KETIGA: Bagi memastikan bekas banduan tidak ketinggalan dalam arus pembangunan serta dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, dicadangkan potongan cukai tambahan diberi kepada syarikat yang menggaji pekerja dengan had jumlah saraan sebanyak RM4,sebulan. Langkah ini telah diterima daripada portal Belanjawan dan saya ingin berterima kasih kepada mereka yang berkongsi pelbagai cadangan melalui portal tersebut. KEEMPAT: Kerajaan amat prihatin dengan keluhan dan rungutan yang disuarakan oleh pesara Kerajaan. Ada di kalangan mereka yang masih menerima pencen kurang daripada satu ribu ringgit. Sehubungan itu, pemberian bantuan sebanyak RMsecara one-off kepada pesara yang berkelayakan. KELIMA: Kerajaan sentiasa mengambil berat dan mengiktiraf peranan serta sumbangan 30,pegawai lantikan kontrak (contract of service) di dalam perkhidmatan awam yang tidak menikmati kemudahan yang sama seperti penjawat awam tetap. Justeru itu, Kerajaan memperuntukkan RMjuta setahun untuk memanjangkan kemudahan perubatan kepada ibu bapa pegawai lantikan kontrak. Selain itu, kemudahan Cuti Kuarantin turut dipanjangkan kepada pegawai lantikan kontrak yang anaknya menghidap penyakit berjangkit bermula November 2018. KEENAM: Kerajaan telah meluluskan kemudahan Cuti Tanpa Rekod kepada pegawai beragama Islam untuk menunaikan ibadah umrah sebanyak 7 hari sekali sepanjang tempoh perkhidmatan. Bagi menghargai 201,penjawat awam yang bukan beragama Islam, Kerajaan bersetuju memanjangkan kemudahan cuti tanpa rekod yang sama bagi tujuan keagamaan. KETUJUH: Menyedari keperluan dan kepentingan untuk memastikan kadar gaji dapat menampung suasana kenaikan kos sara hidup, Kerajaan mencadangkan kenaikan gaji minimum kepada RM1,di seluruh Malaysia mulai 1 Januari 2019. KELAPAN: Suatu peraturan kepada syarikat tersenarai akan dilaksanakan supaya memaparkan maklumat di dalam laporan tahunan mengenai nisbah gaji tertinggi dan gaji median serta nisbah bayaran gaji tertinggi dan gaji terendah, sebagai langkah mengurangkan jurang pendapatan. Selain itu, syarikat juga hendaklah menyatakan rancangan penambahbaikan mengenai kaedah purata gaji pekerja. KESEMBILAN: Kerajaan akan mengkaji semula undang-undang buruh bagi memperkasakan pasaran buruh, kebajikan pekerja dan melarang sama sekali amalan diskriminasi oleh pihak majikan. Kerajaan juga akan mempercepatkan penyelesaian terhadap pertikaian di antara majikan dan pekerja dengan menubuhkan Mahkamah Rayuan Perusahaan. Strategi Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Kesihatan dan Perlindungan Kebajikan Sosial PERTAMA: Kerajaan prihatin dan ingin membantu rakyat yang kehilangan pekerjaan dengan melaksanakan sepenuhnya Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) mulai 1 Januari Inisiatif ini akan dilaksanakan oleh PERKESO meliputi program penempatan semula pekerjaan, peningkatan kemahiran dan bayaran pampasan kehilangan pekerjaan. Di samping itu, PERKESO akan menyediakan khidmat nasihat dan membantu para pekerja yang terlibat mencari pekerjaan baru di cawangannya di seluruh negara. KEDUA: Kerajaan komited membantu isi rumah untuk memperkukuh kedudukan kewangan melalui perlindungan insuran dan takaful. Keadaan kecemasan seperti penyakit kritikal dalam keluarga boleh menyebabkan tekanan kewangan yang serius. Insurans atau takaful boleh menjadi sebagai jaringan perlindungan dengan menyediakan bantuan kewangan dan membolehkan golongan berpendapatan rendah kembali meneruskan kehidupan. Kerajaan melalui usahasama dengan syarikat insurans swasta, akan memperkenalkan Dana Perlindungan Kesihatan Nasional BSkim yang akan bermula pada 1 Januari ini, akan menyediakan perlindungan percuma ke atas 4 penyakit kritikal utama sehingga RM8,dan maksimum hari pendapatan gantian semasa rawatan hospital pada kadar RMsehari atau bersamaan RMsetahun. Kerajaan menghargai sumbangan Great Eastern Life Insurance atas persetujuan mencarum sebanyak RM2 bilion ke dalam dana permulaan yang akan diuruskan oleh Bank Negara Malaysia. Kerajaan menjangkakan saiz dana akan berkembang dengan penglibatan syarikat insurans lain. Ini merupakan satu peralihan besar dalam usaha untuk mewujudkan jaringan keselamatan sosial yang komprehensif merangkumi KWSP dan PERKESO serta institusi perlindungan sosial yang lain. KETIGA: Adalah menjadi hasrat Kerajaan supaya golongan isi rumah Bmemahami tentang faedah insurans dan takaful dan seterusnya menyertai polisi perlindungan tersebut. Untuk tujuan ini, Bank Negara telah melancarkan Produk Perlindungan Tenang pada yang mudah dan mampu dilanggan. Bayaran polisi insurans dan takaful ini adalah lebih murah daripada harga sekotak rokok sebulan. Kerajaan bercadang untuk mengecualikan duti setem ke atas semua Produk Perlindungan Tenang untuk dua tahun bermula 1 Januari 2019. KEEMPAT: Untuk menggalakkan pemilikan perlindungan insurans, perlepasan cukai bagi caruman KWSP dan premium insurans hayat atau takaful akan diasingkan. Perlepasan cukai pendapatan sehingga RM4,ke atas caruman kepada KWSP atau dana pencen yang diluluskan; dan pelepasan cukai pendapatan sehingga RM3,ke atas takaful atau bayaran premium insurans hayat. Bagi penjawat awam di bawah skim pencen, pelepasan cukai adalah sehingga RM7,000. KELIMA: Kerajaan akan memperuntukkan hampir RMbilion untuk perkhidmatan kesihatan yang merupakan peningkatan sebanyak 7.berbanding tahun lepas. Peruntukan ini termasuk RM10.8 bilion bagi membaik pulih klinik dan hospital serta pembelian ubat-ubatan dan kelengkapan. KEENAM: Memperkenal Skim Perlindungan Kesihatan (PEKA) dengan projek perintis pelaksanaan saringan kesihatan bagi golongan Bberumur tahun ke atas melibatkan 800,orang. Peruntukan sebanyak RMjuta disediakan. KETUJUH: Meneruskan program saringan percuma pengesanan kanser payudara (mamogram), program vaksinasi HPV dan ujian saringan Pap Smear di hospital dan klinik Kerajaan dengan peruntukan sebanyak RMjuta yang akan memanfaatkan seramai 70,wanita. KELAPAN: Menyediakan peruntukan sebanyak RMjuta bagi rawatan penyakit jarang jumpa (rare disease), rawatan virus Hepatitis C, program menangani masalah pertumbuhan bantut di kalangan kanak-kanak, menyediakan saringan dan peluasan rawatan haemodialisis serta Enhanced Primary Healthcare (EnPHC). KESEMBILAN: Seterusnya, Kerajaan juga akan memperluas program usahasama awam-swasta di mana Kerajaan menyediakan kemudahan infrastrukur kesihatan manakala pihak swasta membantu menambah dana untuk melaksanakan program kesejahteraan rakyat. Contoh kerjasama ini termasuk Pusat Katarak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di Selayang. KESEPULUH: Kajian Kementerian Kesihatan telah menunjukkan bahawa hampir 1 daripada 2 rakyat Malaysia mengalami berat badan berlebihan atau obesiti. Bagi menggalakkan amalan pemakanan dan gaya hidup yang lebih sihat, Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan duti eksais mulai 1 April pada kadar sen per liter ke atas dua kategori minuman bergula dikilangkan dalam bentuk pembungkusan yang sedia diminum dengan nilai ambang kandungan gula seperti berikut: • air minuman yang mengandungi gula tambahan atau bahan pemanis lain yang mengandungi gula melebihi 5 gram per mililiter; dan • jus buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi gula melebihi gram per mililiter. KESEBELAS: Kementerian Kesihatan telah mensasarkan tahun ke arah Malaysia Bebas Asap Rokok. Oleh itu, Kementerian akan memperluaskan kawasan larangan merokok melibatkan semua restoran atau kedai makanan yang akan diwartakan mulai 1 Januari 2019. Rakyat akan menikmati manfaat pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan negara sekiranya negara adalah terkawal dan selamat. Sehubungan itu, Kerajaan akan mempertingkatkan keselamatan dalam negeri dan pertahanan negara dengan peruntukan pembangunan sebanyak RM5.9 bilion kepada Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri. CATHERINE Wong menonton siaran langsung pembentangan Belanjawan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Putatan. - NSTP/Malai Rosmah Tuah CATHERINE Wong menonton siaran langsung pembentangan Belanjawan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Putatan. - NSTP/Malai Rosmah Tuah Strategi Meningkatkan Pendapatan Boleh Guna Berdasarkan kajian oleh Institut Penyelidikan Khazanah, pada tahun isi rumah dengan pendapatan bulanan di bawah 37 RM2,membelanjakan daripada pendapatan mereka untuk keperluan harian. Lebih membimbangkan pendapatan yang masih berbaki selepas mengambil kira inflasi hanyalah RMberkurang daripada RMpada tahun Komponen perbelanjaan yang paling besar selain makanan adalah perumahan dan pengangkutan. Oleh itu, bagi meningkatkan pendapatan boleh guna benar isi rumah dengan langkah-langkah yang telah dinyatakan sebelum ini, Kerajaan secara khusus akan mengurangkan kos pengangkutan dan meningkatkan kemampuan memiliki rumah bagi kategori isi rumah Bdan M40. Perumahan Untuk Semua Kerajaan akan terus membina dan menyiapkan rumah mampu milik dengan peruntukan hampir RM1.5 bilion untuk Program Perumahan Rakyat, Perumahan Penjawat Awam Malaysia, PR1MA dan Syarikat Perumahan Nasional Bhd demi memastikan bekalan rumah mencukupi. Namun begitu, kesukaran untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan, akan menyebabkan bekalan rumah mampu milik tidak dapat dijual walaupun mendapat permintaan yang tinggi. Untuk membantu golongan berpendapatan tidak lebih daripada RM2,sebulan memiliki rumah buat kali pertama, dana berjumlah RM1 bilion akan ditubuhkan oleh Bank Negara untuk pembelian rumah mampu milik berharga sehingga RM150,000. Mulai 1 Januari dana ini tersedia di AmBank, CIMB Bank, Maybank, RHB Bank dan BSN melalui kadar pembiayaan terkurang serendah 3.5%. Ini akan mengurangkan jumlah bayaran ansuran bulanan pembiayaan oleh peminjam untuk memiliki rumah, dan seterusnya lebih mudah mendapat pembiayaan. Dana ini disediakan untuk dua tahun ataupun sehingga peruntukan dihabiskan. Untuk pembeli rumah pertama bernilai sehingga RM500,Kerajaan akan memberi pengecualian duti setem sehingga RM300,yang pertama ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi tempoh dua tahun sehingga Disember Bagi pembeli rumah pertama dengan pendapatan isi rumah sehingga RM5,Kerajaan akan memperuntukkan RMjuta kepada Cagamas Berhad untuk menyediakan jaminan pajak gadai bagi membolehkan peminjam mendapat pembiayaan yang lebih tinggi termasuk bayaran deposit. Langkah ini dijangka memberi penjimatan kos di antara sehingga kepada pembeli rumah selain daripada apa-apa potongan diskaun yang ditawarkan oleh pemaju. Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk membantu kakitangan sektor awam memiliki kediaman yang diimpikan, Kerajaan akan memanjangkan tempoh pembiayaan perumahan sektor awam di bawah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) di mana tempoh pembiayaan pertama daripada tahun kepada tahun; dan tempoh Pembiayaan Kedua daripada tahun kepada tahun. Untuk memastikan kesejahteraan penjawat awam terutamanya polis, tentera dan guru mendiami kuarters yang selesa, Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RMjuta untuk penyelenggaraan dan membaik pulih kuarters Kerajaan yang dikenal pasti. Kerajaan telah mengumumkan pengecualian SST ke atas perkhidmatan pembinaan dan bahan binaan. Sebagai balasan, Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) telah bersetuju untuk mengurangkan sebanyak harga rumah yang tidak tertakluk kepada kawalan harga untuk projek baharu. Sehingga Mac terdapat lebihan hartanah kediaman yang bernilai RMbilion, iaitu peningkatan sebanyak berbanding RM13.3 bilion berbanding tahun sebelumnya. Bagi menangani isu ini, Kerajaan mencadangkan pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik bagi pembelian rumah pertama, berharga antara RM300,sehingga RM1 juta berkuatkuasa bagi tempoh 6 bulan mulai 1 Januari Ini akan menjadi sebahagian daripada Kempen Pemilikan Rumah Kebangsaan di mana pemaju akan menawarkan potongan diskaun ke atas harga hartanah kediaman projek sedia ada. Akhirnya, sebagai bukti kesediaan Kerajaan untuk meneroka mekanisme baru berasaskan teknologi dan inovasi untuk menyelesaikan masalah perumahan, Kerajaan akan membenarkan platform penjanaan dana masyarakat (property crowdfunding) yang dipacu oleh sektor swasta. Platform ini akan menjadi sumber alternatif bagi pembelian rumah pertama yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti melalui pinjaman terbuka antara rakan setara (peer-to-peer lending). Sebagai contoh, pembeli boleh membeli hartanah terpilih dengan bayaran nilai hartanah manakala baki akan dibiayai oleh pelabur yang ingin mendapat pulangan kenaikan nilai hartanah tersebut untuk suatu tempoh masa. Dalam analogi mudah, Ah Chong boleh memiliki dan mendiami rumah yang bernilai RM250,dengan hanya membayar RM50,tanpa mengambil pinjaman perumahan. Muthu, Lisa dan Syarikat Ali Sdn Bhd yang mungkin berminat untuk melabur dalam hartanah akan membiayai baki RM200,melalui Pasaran Pinjaman Pelaburan Hartanah yang terbuka kepada rakan setara. Inovasi kewangan ini merupakan yang pertama di dunia dan sekiranya berjaya, akan membolehkan pemilikan rumah yang lebih meluas oleh pembeli rumah pertama di negara ini. Platform pertama dijangka akan dilancarkan pada suku pertama setelah semua kelulusan diperolehi daripada Suruhanjaya Sekuriti. Menggalakkan Penggunaan Pengangkutan Awam Selepas perbelanjaan perumahan, perbelanjaan pengangkutan merupakan item perbelanjaan yang terbesar. Kebanyakan isi rumah tidak hanya memiliki sebuah kenderaan, malah ramai yang memiliki 2 buah kereta. Secara lazimnya, perbelanjaan bulanan bagi sebuah Perodua Myvi adalah lebih kurang RMsetelah mengambil kira ansuran bulanan, petrol, bayaran parkir dan penyelenggaraan. Sehubungan itu, penyelesaian utama untuk meningkatkan pendapatan boleh guna bagi isi rumah adalah peralihan daripada pemilikan kereta kepada penggunaan pengangkutan awam. Bagi meningkatkan penggunaan pengangkutan awam, Kerajaan memperuntukkan RMjuta untuk memperkenalkan pas bulanan RMtanpa had perjalanan yang meliputi perkhidmatan rel dan bas RapidKL mulai 1 Januari Selain itu, pas bulanan RMtanpa had perjalanan bagi bas RapidKL sahaja juga disediakan. Kempen ini akan diperluaskan bagi meliputi syarikat bas lain secara berperingkat. Skim ini akan meningkatkan pendapatan boleh guna isi rumah sebanyak beberapa ratus ringgit sebulan. Syarikat Prasarana Bhd iaitu anak syarikat pengangkutan awam milik penuh Kerajaan, akan memperbaiki jaringan perkhidmatan basnya dengan menggunakan sepenuhnya aset terkini yang merangkumi 1,bas RapidKL, RapidPenang, RapidKuantan dan bas perantara MRT. Prasarana juga akan melaksanakan model usahasama dengan syarikat bas swasta yang lain untuk menguruskan laluan dan perkhidmatan, serta mengawal kos, bagi memaksimumkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan. Pengurangan kos untuk LRT3 dan MRT2 juga boleh meningkatkan kemampanan operasi yang membolehkan tambang dikenakan pada harga yang lebih rendah untuk pengguna pengangkutan awam. Justeru, ini akan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam serta mengurangkan penggunaan kereta dan penyelenggaraan infrastruktur jalan raya. Bagi menambahbaik liputan pengangkutan awam di Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan memperuntukkan RMjuta, bagi menyediakan perkhidmatan tambahan bas GoKL secara percuma selain daripada 4 laluan sedia ada. Kerajaan melalui Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) akan menyediakan Tabung Pengangkutan Awam dengan dana RMjuta yang menawarkan insentif subsidi kadar faedah sebanyak kepada teksi dan syarikat bas serta pengendali pengangkutan awam. Kerajaan akan membekukan kenaikan bayaran tol di semua lebuhraya dalam bandar pada tahun yang melibatkan implikasi kewangan yang dianggarkan sebanyak RMjuta. Selain itu, Kerajaan juga akan memansuhkan tol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua di Pulau Pinang, serta Lebuhraya Laluan Kedua di Johor dengan implikasi kewangan dianggarkan sebanyak RMjuta setahun mulai 1 Januari 2019. Sebagai tambahan, Kerajaan akan memberi keutamaan kepada Laluan Tambak Johor dan Laluan Kedua ke Singapura bagi mengurangkan kesulitan yang dihadapi oleh warganegara Malaysia dan pemastautin yang mengambil perjalanan ulang alik setiap hari. Sebagai permulaan, RMjuta diperuntukkan untuk menaiktaraf Autogate Malaysia Automated Clearance System dan M-Bike. Strategi Pendidikan bagi Masa Hadapan Yang Lebih Baik Satu-satunya mekanisme yang terjamin dan mampan bagi mencapai pertumbuhan pendapatan yang lebih tinggi adalah melalui pendidikan yang lebih berkualiti di semua peringkat. Kementerian Pendidikan adalah penerima peruntukan yang terbesar berjumlah RM60.2 bilion atau 19.daripada keseluruhan perbelanjaan Kerajaan tahun Antara inisiatif yang akan dilaksanakan termasuk: PERTAMA: Menyediakan peruntukan bagi bantuan pendidikan berjumlah RM2.9 bilion untuk membantu golongan yang miskin melalui bekalan makanan, buku teks dan bantuan tunai. KEDUA: Menaikkan taraf dan menyelenggara semua sekolah dengan peruntukan RMjuta berbanding RMjuta tahun yang meliputi: • Sekolah Kebangsaan – RMjuta; • Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) – RMjuta; • Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) – RMjuta; • Sekolah Berasrama Penuh – RMjuta; • Maktab Rendah Sains Mara – RMjuta; • Sekolah Agama Bantuan Kerajaan – RMjuta; • Sekolah Mubaligh – RMjuta; • Sekolah Tahfiz – RMjuta; • Sekolah Pondok yang berdaftar – RMjuta; • Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) atau Conforming School – RMjuta; dan • Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) – RMjuta. KETIGA: Kesemua penyumbang kepada tabung penyelenggaraan sekolah kerajaan dan institut pengajian tinggi awam di bawah Kementerian Pendidikan akan layak menuntut potongan cukai ke atas sumbangan mereka dalam pengiraan cukai pendapatan mulai 1 Januari Untuk sekolah dan institusi pengajian tinggi lain yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan boleh memohon untuk potongan cukai berdasarkan kes demi kes. KEEMPAT: Menyediakan peruntukan sebanyak RMjuta bagi pembinaan semula sekolah daif di seluruh negara. Selain itu, pembinaan sekolah tambahan akan dibiayai melalui kaedah pertukaran tanah secara tender terbuka. KELIMA: Memperuntukkan RMjuta untuk membangun dan menyediakan program latihan di politeknik dan kolej komuniti. KEENAM: Memperkenal Dana Wibawa Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi menggalakkan institusi latihan bersaing untuk menawarkan program latihan yang lebih kompetitif dan memenuhi keperluan industri, dengan jaminan pekerjaan kepada graduan. Peruntukan sebanyak RMjuta disediakan untuk dana ini. Di samping itu, peruntukan RMjuta disediakan bagi meningkatkan kompetensi belia melalui Program Bootcamp berkaitan TVET. KETUJUH: Memperkasa aktiviti penyelidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan peruntukan RMjuta. Peruntukan ini termasuk geran padanan bernilai RMjuta bagi Program Malaysia Partnerships and Alliances in Research (MyPAIR) yang bertujuan mempertingkatkan kerjasama antara IPT dengan industri tempatan serta agensi antarabangsa dalam bidang strategik. KELAPAN: Meneruskan pemberian biasiswa dan pinjaman pelajaran menerusi pelbagai agensi seperti MARA, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kesihatan dengan peruntukan RM3.8 bilion di mana RM2 bilion diperuntukan khusus kepada pelajar Bumiputera tajaan MARA. KESEMBILAN: Memperuntukkan RM17.5 juta bagi tempoh 5 tahun kepada Malaysia Professional Accountancy Centre (MyPAC) bagi melahirkan akauntan Bumiputera bertauliah ke arah mencapai sasaran 3,akauntan Bumiputera berdaftar dengan Institut Akauntan Malaysia (MIA) berbanding seramai 1,pada masa kini. KESEPULUH: Menyediakan peruntukan RMjuta sebagai sebahagian daripada agenda pemerkasaan Bumiputera bagi memperkasakan pendidikan dan pembangunan modal insan melalui Program Peneraju Tunas, Program Peneraju Skil dan Program Peneraju Profesional yang akan dikendalikan oleh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera. KESEBELAS: Memastikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi National (PTPTN) kekal mampan, Kerajaan akan memperkenalkan: • Pembayaran balik dengan cara potongan gaji berjadual antara hingga daripada pendapatan bulanan peminjam, bergantung kepada paras pendapatan peminjam. Jadual pembayaran balik ini hanya terpakai kepada peminjam berpendapatan melebihi RM1,sebulan; • Pelepasan cukai kepada syarikat yang membantu menyelesaikan baki pinjaman pekerja bagi tahun berakhir 2019; • Layanan pelepasan cukai pendapatan individu bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dinaikkan daripada RM6,kepada RM8,000; • Potongan pinjaman kepada pelajar daripada isi rumah Byang mendapat keputusan kelas pertama; dan • Menghapus kira baki hutang kepada peminjam yang berusia tahun dan ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM4,sebulan, yang memanfaatkan peminjam dengan kos RM4.2 juta. KEDUA BELAS: Bagi memupuk nilai moral dan semangat patriotisme yang tinggi di kalangan belia, satu program baharu akan diperkenalkan iaitu Program Sekolah Kepimpinan Masa Depan Malaysia (MFLS) yang melibatkan 70,belia berumur hingga tahun dengan peruntukan RMjuta. KETIGA BELAS: Kerajaan ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang pingat di Sukan Asia dan Para Asia baru-baru ini yang telah mengharumkan nama negara. RMjuta diperuntukkan sebagai persediaan atlet ke Sukan Olimpik di Tokyo dengan harapan membawa pulang pingat emas pertama negara. KEEMPAT BELAS: Kerajaan akan memperuntukkan RMjuta kepada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) untuk membangun dan menggalakkan E-Sports, sebagai sebuah aktiviti dan industri yang diminati oleh generasi muda, yang melibatkan jurutera perisian dan pemaju permainan digital. Meningkatkan Syiar Islam Islam sebagai agama rasmi mempunyai kedudukan yang istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.2 bilion bagi tahun berbanding RM1.1 bilion tahun bagi memastikan kemajuan syiar Islam tidak terjejas berikutan keadaan ekonomi yang mencabar. Selain itu, sejumlah RMjuta disediakan bagi melaksanakan program termasuk pembinaan masjid dan surau di seluruh negara, inisiatif ‘Khaira Ummah’ untuk melahirkan lebih ramai profesional di kalangan huffaz dan modul pembelajaran agama dengan penggunaan braille. FOKUS KETIGA: MEMUPUK BUDAYA NEGARA KEUSAHAWANAN Suatu ekosistem baharu harus diwujudkan supaya rakyat Malaysia dapat memenuhi potensi mereka. Pertumbuhan ekonomi yang mampan dan dinamik boleh digalakkan melalui sebuah negara keusahawanan yang inovatif dan kreatif, serta melalui ekonomi baharu dan ekonomi digital. Model negara keusahawanan menggunakan kerjasama yang merangkumi, dengan izin, Public, Private, Profesional dan People, atau sektor awam, sektor swasta, golongan profesional dan rakyat, untuk membangun dan mengurus sesuatu projek. Projek tersebut akan dibiayai bersama oleh keempat-empat pihak, tetapi ia akan diuruskan oleh pihak swasta atau profesional yang bertanggungjawab kepada pihak Kerajaan dan juga rakyat. Strategi Kesembilan: Mencetuskan Kuasa Ekonomi Baharu Memupuk Ekonomi Digital Bagi menyokong perkembangan teknologi baharu dan memastikan usahawan Malaysia mempunyai pembiayaan konvensional atau alternatif yang mencukupi, Kerajaan bercadang untuk mengambil langkah-langkah berikut: PERTAMA: Dana-dana modal teroka yang diurus agensi Kerajaan seperti Malaysia Technology Development Corporation, Malaysia Debt Ventures Bhd, Malaysia Venture Capital Management Bhd, Kumpulan Modal Perdana Sdn Bhd dan Cradle Fund Sdn Bhd akan diselaraskan. Bagi memastikan dana disalurkan kepada syarikat berpotensi tinggi sahaja, geran padanan Kerajaan hanya akan diberikan kepada syarikat yang dapat menarik pelaburan daripada sektor swasta. KEDUA: Dana Pelaburan Berkaitan Kerajaan akan menyediakan RM2 bilion geran padanan untuk melabur dalam dana ekuiti swasta (private equity) dan dana modal teroka (venture capital funds) bagi menyokong pelaburan khusus kepada sektor strategik terpilih yang tumbuh pesat. KETIGA: Kerajaan bercadang menumbuhkan Co-Investment Fund (CIF) atau Dana Pelaburan Bersama berjumlah RMjuta untuk melabur bersama dengan pihak swasta melalui platform pembiayaan alternatif seperti ekuiti dana penjanaan masyarakat dan pinjaman terbuka antara rakan setara atau dengan izin, peer-to- peer lending (P2P). • melanjutkan potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan kos tambahan apabila menerbitkan sukuk di bawah prinsip Ijarah dan Wakalah, serta perbelanjaan yang ditanggung syarikat semasa menerbitkan bon atau sukuk runcit untuk 3 tahun taksiran mulai tahun taksiran dan • menubuhkan jawatankuasa khas bagi kewangan Islam yang diketuai Kementerian Kewangan dan dianggotai Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Suruhanjaya Sekuriti telah meluluskan rangka kerja untuk platform ekuiti dana penjanaan masyarakat dan Pinjaman P2P. Setakat ini, sebanyak RMjuta dana telah dijana untuk buah syarikat daripada pelbagai sektor melalui platform-platform ini. Hampir 10,individu yang telah melabur melalui platform pembiayaan alternatif ini, di mana pelabur terdiri daripada golongan belia di bawah umur tahun. KEEMPAT: Perintah Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Penetapan Sekuriti) bagi memperkenalkan rangka kerja baharu untuk melulus dan memantau aktiviti jual beli mata wang digital dan pasaran token akan diwartakan pada awal tahun 2019. KELIMA: Untuk terus mempromosikan Malaysia sebagai peneraju global dalam pasaran bon dan sukuk, Kerajaan mencadang layanan cukai seperti berikut: KEENAM: Bagi menggalakkan penghasilan filem di Malaysia yang bertaraf antarabangsa, Kerajaan akan meneruskan Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI) dengan peruntukan RMjuta. Sebagai tambahan, Khazanah akan menyediakan peruntukan RMjuta untuk FIMI yang khusus bagi penerbitan filem di studio Pinewood di Iskandar Johor. KETUJUH: Untuk menggalakkan perkembangan ekonomi digital, Kerajaan akan melaksanakan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) dengan peruntukan RM1 bilion. Pelan ini bertujuan membangunkan infrastruktur jalur lebar dalam usaha memastikan pengagihan spektrum dilaksanakan dengan lebih efektif. Di samping itu, perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi disasarkan mencapai Mbps di kawasan luar bandar serta kawasan terpencil dalam tempoh 5 tahun bagi membolehkan Malaysia mencapai infrastruktur bertaraf dunia dengan harga yang berpatutan. Kerajaan juga akan menguatkuasakan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) yang dijangka akan menurunkan harga jalur lebar talian tetap sekurangnya pada hujung tahun 2018. Lonjakan Industri 4.0 Pelan Tindakan Dasar Industri 4.0 atau Industry4WRD baru-baru ini berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama untuk pelaburan industri berteknologi tinggi. Bagi menyokong visi tersebut, langkah-langkah berikut akan memperkenalkan: PERTAMA: Memperuntukkan RMjuta bagi tahun hingga untuk menggalakkan peralihan kepada Industri 4.Perbadanan Produktiviti Malaysia akan menjalankan program Readiness Assessment untuk membantu buah syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) beralih kepada teknologi Industri 4.0. KEDUA: Sistem rujukan Knowledge Resource for Science & Technology Excellence (KRSTE.my) akan diwujudkan untuk memangkin perkongsian sumber penyelidikan dan pembangunan (R&D) Kerajaan antara sektor swasta dan akademik dengan sumber dan fasiliti yang sedia ada. Menjelang Kerajaan akan memberi sektor swasta akses kepada fasiliti dan 1,peralatan saintifik serta data penyelidikan. Tambahan lagi, satu Program Pemetaan-Penyelidik akan diperkenalkan untuk menempatkan sekurang-kurang ahli penyelidik dengan sektor swasta di mana kos penempatan akan dibiayai oleh Kerajaan. KETIGA: Bagi menggalakkan PKS membuat pelaburan dalam automasi dan pemodenan yang merupakan komponen Industri 4.sebanyak RM2 bilion akan disediakan di bawah Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) di mana Kerajaan akan memberikan jaminan pembiayaan sehingga 70%. KEEMPAT: Selain itu, Kerajaan melalui BPMB akan menyediakan dana Transformasi Pendigitalan Industri (Industry Digitalisation Transformation Fund) dengan saiz dana RM3 bilion dengan insentif subsidi kadar faedah 2%. Dana ini bertujuan merancakkan industri untuk menerap teknologi pintar merangkumi robotik dan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence). KELIMA: MIDA melalui Dana Impak Tinggi (High Impact Fund) akan terus menyediakan geran padanan untuk menggalakkan inisiatif Industri 4.Ini akan merangkumi aktiviti seperti R&D, penerimaan sijil dan piawaian antarabangsa, serta pemodenan fasiliti dan peralatan dengan teknologi yang terkini. KEENAM: Khazanah Nasional Berhad akan membangunkan ekar tanah di Subang sebagai hab aeroangkasa bertaraf dunia. Khazanah akan bekerjasama dengan agensi berkaitan, terutamanya MARA dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk memenuhi keperluan industri. Kerajaan juga bercadang untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan dan kemahiran tenaga kerja berkaitan Industri 4.0 dengan memberikan potong cukai dua kali bagi: • Biasiswa yang diberi oleh syarikat kepada pelajar di peringkat teknikal dan vokasional, diploma serta ijazah dalam bidang kejuruteraan dan teknologi; • Perbelanjaan yang dibuat oleh syarikat yang menyertai Skim Latihan Dual Nasional bagi Industri 4.0 yang diluluskan oleh Kementerian Sumber Manusia atau MIDA; dan • Perbelanjaan syarikat yang melaksanakan program latihan berstruktur bagi pelajar-pelajar kejuruteraan dan teknologi yang diluluskan oleh Kementerian Sumber Manusia. Strategi Merebut Peluang Dalam Menghadapi Cabaran Global Malaysia sudah pasti terkesan akibat perang perdagangan di antara Amerika Syarikat dan China, memandangkan kedua-dua negara ini adalah antara 3 rakan dagang utama Malaysia. Namun, konflik perdagangan ini telah mewujudkan peluang unik, di mana Malaysia menjadi tumpuan sebagai tapak perlindungan selamat atau dengan izin "safe haven" untuk pelaburan pembuatan. Oleh yang demikian, tidak hairanlah Malaysia terus berjaya menarik pelaburan pada kadar yang memberangsangkan. Dari bulan Januari hingga Ogos jumlah pelaburan bernilai RM61.6 bilion telah diluluskan, satu peningkatan daripada nilai pelaburan RM40.4 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu. RAMLAH Ibrahim, bersama keluarganya mengikuti siaran langsung pembentangan Belanjawan di Pasar Besar Siti Khatijah, di Kota Bharu. - NSTP/Fathil Asri RAMLAH Ibrahim, bersama keluarganya mengikuti siaran langsung pembentangan Belanjawan di Pasar Besar Siti Khatijah, di Kota Bharu. - NSTP/Fathil Asri Sektor pembuatan merupakan penyumbang terbesar dengan nilai kelulusan pelaburan sebanyak RM49.8 bilion, atau kira-kira daripada jumlah pelaburan. Sebanyak projek yang telah diluluskan ini dijangkakan dapat menjana lebih daripada 34,peluang pekerjaan di seluruh negara. Ini membuktikan keyakinan para pelabur di Malaysia tidak terjejas selepas Pilihanraya Umum Ke-yang lalu. Dalam laporan Doing Business Report oleh Bank Dunia yang diterbitkan minggu ini, Malaysia telah melonjak dari tempat ke-ke tempat ke-di peringkat global. Bagi memperkasakan lagi tahap daya saing serta memudahkan lagi urusan perniagaan di Malaysia, atau dengan izin, the ease of doing business, Kementerian Kewangan dan MITI akan menubuhkan satu jawatankuasa yang dipengerusikan bersama oleh kedua-dua Menteri untuk memacu agenda reformasi kawal selia, khususnya dalam penambahbaikan proses perdagangan dan pentadbiran cukai. Kita akan memberikan isyarat kepada dunia bahawa Malaysia adalah mesra pelabur dan dengan izin, “we are open for business”. Bagi meningkatkan pelaburan oleh syarikat sedia ada dalam aktiviti Hab Prinsipal, adalah dicadangkan galakan cukai sedia ada ditambah baik kepada pengenaan cukai pendapatan pada kadar konsesi ke atas keseluruhan pendapatan statutori berkaitan aktiviti Hab Prinsipal bagi tempoh 5 tahun. Memperkukuh Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) PKS merangkumi 98.daripada jumlah perniagaan di Malaysia dan merupakan nadi pertumbuhan ekonomi negara. Bagi memastikan PKS terus berkembang maju dan berdaya saing khususnya bagi industri utama, Kerajaan akan melaksanakan langkah-langkah berikut: PERTAMA: Dana pembiayaan PKS oleh institusi kewangan komersial sebanyak RM4.5 bilion dengan jaminan SJPP termasuk RM1 bilion untuk PKS Bumiputera. KEDUA: Bagi syarikat yang berpendapatan bercukai sehingga RM500,dan PKS dengan modal berbayar kurang daripada RM2.5 juta, kadar cukai pendapatan korporat akan dikurangkan daripada kepada 17%. KETIGA: Menggalakkan eksport menerusi pembiayaan oleh EXIM Bank dengan menawarkan kemudahan kredit dan perlindungan takaful kepada pengeksport PKS berjumlah RM2 bilion. KEEMPAT: Memperuntukkan RMjuta bagi menambahbaik keupayaan industri PKS dalam industri halal untuk meningkatkan eksport dan seterusnya merealisasikan impian Malaysia untuk menjadi hab halal global menjelang 2020. KELIMA: Menyediakan Skim Pembiayaan PKS patuh Shariah berjumlah RM1 bilion disediakan terutamanya untuk membiayai pengeksport produk halal oleh institusi kewangan Islam dengan Kerajaan memberi subsidi kadar keuntungan sebanyak 2%. KEENAM: Permodalan Usahawan Nasional Berhad juga akan menyediakan peruntukan RMjuta bagi industri pemborongan dan peruncitan serta pembelian premis perniagaan untuk disewa kepada PKS Bumiputera. Selain itu, RMjuta akan diperuntukkan kepada TEKUN untuk membiayai usahawan kecil. KETUJUH: Menyediakan RMjuta untuk pelancaran kempen "Beli Barangan Malaysia" untuk menyokong produk dan perkhidmatan tempatan. Kempen ini akan dilaksanakan di peringkat akar-umbi bagi menyediakan platform kepada pengilang dan penyedia perkhidmatan tempatan untuk mendapatkan akses ke hypermarket, gedung membeli-belah dan ekspo perdagangan. Kementerian Kewangan akan memastikan produk dan perkhidmatan tempatan seperti peranti perubatan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa akan mendapat akses yang sama dalam proses perolehan Kerajaan. Demi memastikan penaiktarafan syarikat tempatan diteruskan, Kerajaan komited untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing berkemahiran rendah. Sehubungan itu, Kerajaan akan melaksanakan sistem levi berperingkat (tiered levy system) di mana caj levi lebih tinggi dikenakan kepada majikan yang mempunyai jumlah pekerja asing yang lebih tinggi. Kekurangan pekerja dalam bidang pertanian dan perladangan, dan kemerosotan harga komoditi pertanian telah menjejaskan hasil sektor tersebut. Kerajaan akan membantu sektor ini dengan mengurangkan kadar levi lanjutan bagi pekerja asing yang telah berkhidmat melebihi tahun daripada RM10,setahun bagi setiap pekerja kepada RM3,500. Memudahkan Aktiviti Logistik dan Pengangkutan Sektor logistik dan pengangkutan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara, memandangkan eksport dan pembuatan merupakan antara tunjang utama ekonomi Malaysia. Kerajaan akan memperuntukkan RM2.bilion bagi kerja menaik taraf dan memulihara landasan kereta api untuk mempertingkatkan infrastruktur pengangkutan negara. Kerajaan komited memacu pembangunan dan pertumbuhan projek Zon Sempadan Khas Ekonomi Kota Perdana di Bukit Kayu Hitam, Kedah sebagai pintu gerbang strategik bagi aktiviti perdagangan dua hala di antara Malaysia dan Thailand. Bagi pelaksanaan peringkat awal projek ini yang merangkumi pembangunan truck depot, peruntukan sebanyak RMjuta akan disediakan. Kerajaan bercadang untuk menjadikan tanah seluas ekar di Pulau Indah sebagai Zon Perdagangan Bebas untuk menyokong dan memangkin aktiviti perkapalan dan logistik di Pelabuhan Klang. Zone Bebas baru ini akan menjadi sambungan kepada Port Klang Free Zone (PKFZ). Tanah ini akan dimajukan melalui kaedah penswastaan atau usahasama dengan sektor swasta. Menambah Nilai Kepada Sektor Komoditi Kelapa sawit dan getah adalah antara komoditi utama yang menyumbang kepada ekonomi negara. Di samping itu, ia juga memberikan sumber pendapatan kepada pekebun kecil. Bagi meningkatkan permintaan kelapa sawit dan menambahbaik kelestarian penggunaan sumber tenaga, Kerajaan akan melaksanakan Program Biodiesel B(campuran kandungan minyak kelapa sawit) bagi sektor pengangkutan dan B7 untuk sektor industri pada tahun Selain itu, Kerajaan akan menyalurkan peruntukan sebanyak RMjuta bagi membantu semua pekebun kecil kelapa sawit mendapatkan pengiktirafan persijilan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO). Bagi industri getah pula, Kerajaan komited untuk membantu meningkatkan kepelbagaian penggunaan getah tempatan dalam produk-produk industri dan seterusnya meningkatkan pendapatan pekebun kecil. Sebagai contoh, Kerajaan akan memperluas penggunaan getah tempatan sebagai bahan campuran dalam pembinaan jalan raya bagi meningkatkan daya ketahanan jalan di samping mengurangkan kos penyelenggaraan. Kerajaan menyasarkan penggunaan teknologi Cuplump Modified Bitumen (CMB) terutamanya untuk pembinaan jalan raya di kawasan pelabuhan dan perindustrian secara berperingkat. Untuk tujuan ini, sebanyak RMjuta diperuntukkan. Selain itu, Kerajaan akan menyediakan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dengan peruntukan sebanyak RMjuta bagi membantu mengurangkan kesan kejatuhan harga getah kepada pekebun kecil. Pekebun kecil akan menerima sokongan pendapatan daripada IPG jika harga getah jatuh bawah RM2.sekilogram. Bagi sektor pertanian, Kerajaan akan memperuntukkan: • RMjuta untuk R&D bagi meningkatkan produktiviti benih, bijirin dan buah-buahan industri agromakanan; dan • RMjuta untuk pelaksanaan program keusahawanan dan latihan industri tani termasuk bagi menarik penglibatan golongan muda menceburi sektor agromakanan. Mempergiat Industri Pelancongan Industri pelancongan menyumbang sebanyak 14.daripada KDNK atau RM201.4 bilion pada tahun Memandangkan kepentingan sektor ini dalam menjanakan hasil matawang asing, Kerajaan akan menitikberatkan sasaran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk membawa masuk juta pelancong asing yang bakal menyumbang RMbilion kepada ekonomi negara menjelang tahun 2020. Untuk menyokong hasrat ini, geran sepadan RMjuta akan disediakan kepada syarikat swasta bagi program promosi dan pemasaran pelancongan antarabangsa untuk meningkatkan angka ketibaan pelancong. Kerajaan akan memberi kemudahan bebas cukai kepada kedai bebas cukai di Pelabuhan Swettenham di Pulau Pinang bagi menggalakkan lagi sektor pelancongan kapal persiaran. Untuk mempertingkatkan potensi pelancongan Pulau Pangkor, Kerajaan komited untuk menjadikan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai untuk merealisasikan potensi sebenar pulau tersebut sebagai antara destinasi pelancongan utama di Malaysia. Taraf Pulau Langkawi sebagai pulau bebas cukai akan juga diperkembangkan lagi. Bagi menyokong usaha Kerajaan negeri menggiatkan aktiviti pelancongan, Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan perkongsian hasil kutipan bagi cukai pelancongan yang diterima di negeri berkenaan. Langkah ini akan membolehkan Kerajaan negeri menerima hasil tambahan yang secara agregat dianggarkan berjumlah RMjuta. Dana Tabung Pelancongan PKS RMjuta disediakan oleh SME Bank dengan Kerajaan memberi subsidi kadar faedah sebanyak 2%. Ini akan membantu pengusaha kraftangan dan homestay untuk meluaskan perniagaan mereka. Khazanah akan menerajui projek kerjasama awam swasta bagi program pemuliharaan dan pembugaran Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur untuk menjadikan bangunan ikonik ini sebagai pusat kesenian, kebudayaan dan warisan. Projek penjanaan semula bandar ini akan diusahakan bersama dengan syarikat warisan tempatan, ThinkCity, dan sebuah pertubuhan antarabangsa yang diiktiraf dengan UNESCO. Pelancongan kesihatan di Malaysia terus mendapat pengiktirafan negara luar. Untuk itu, Kerajaan akan memperuntukkan RMjuta kepada Malaysia Healthcare Tourism Council (MHTC) untuk menjalinkan usahasama dengan hospital swasta yang terkemuka bagi menjenamakan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan yang terpilih dan seterusnya meningkatkan kadar pertumbuhan untuk sektor pelancongan kesihatan sebanyak untuk tahun 2019. Strategi Mendefinisi Semula Peranan Kerajaan Dalam Perniagaan Kerajaan tidak harus menceburi diri dalam perniagaan. Dengan izin, "The business of the Government is not to be in business." Jelas sekali syarikat-syarikat milik kerajaan bersaing secara langsung dengan syarikat swasta dalam sektor tidak strategik. Ini mengakibatkan fenomena menghimpit sektor swasta atau "crowding out" di mana syarikat swasta tidak mampu berkembang dan bersaing secara sihat. Demi kejayaan ekonomi keusahawanan, pihak swasta mesti mengambil peranan yang lebih besar dalam menerajui pertumbuhan ekonomi. Kementerian Kewangan akan menerajui Pasukan Petugas Khas untuk menilai peranan dan fungsi badan berkanun dan syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) bagi mengurangkan pertindihan fungsi serta mengelakkan Kerajaan bersaing secara langsung dengan pihak swasta. Kerajaan akan menumpukan perbelanjaan dan pelaburan ke dalam sektor-sektor strategik di mana pasaran terbuka dan pihak swasta tidak berminat atau tidak dapat memenuhi keperluan rakyat. Sektor swasta akan menyumbangkan kepakaran, kualiti perkhidmatan dan pelaksanaan sementara pihak Kerajaan pula menyumbangkan kapasiti, sumber dan infrastruktur sedia ada. Sebagai contoh, institusi latihan TVET boleh menawarkan kursus-kursus yang dikendalikan oleh pihak swasta supaya ia memenuhi keperluan industri. Kerajaan pula boleh menawarkan infrastruktur sedia ada yang jarang digunakan, atau "underutilised" sebagai prasarana yang boleh dikongsi. Konsep ini juga boleh diaplikasikan untuk Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara bagi mengurangkan perbelanjaan Kerajaan. Strategi Memastikan Pertumbuhan Ekonomi Yang Saksama Dan Mampan Malaysia sememangnya mampu menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi sekiranya pertumbuhan ekonomi adalah saksama, terangkum dan mampan kepada semua tanpa mengira bangsa dan agama. Memastikan Pembangunan Seimbang Sebagai sebuah Kerajaan yang bertanggungjawab, pembangunan seimbang diseluruh negara akan diberi penekanan, terutamanya di kawasan luar bandar. Sehubungan itu, Kerajaan akan terus menambahbaik dan meningkatkan kemudahan asas terutama di luar bandar dengan inisiatif berikut: PERTAMA: Membina dan menaiktaraf jalan raya, jalan luar bandar dan jambatan dengan peruntukan RMjuta. KEDUA: Meluaskan akses bekalan elektrik dan air di luar bandar dengan peruntukan RMjuta dan RMjuta masing-masing. KETIGA: Memperuntukkan RMjuta untuk kampung baharu bagi tujuan menaiktaraf dan memulihara infrastruktur asas seperti jalan raya, dewan komuniti dan kawasan lapang. KEEMPAT: Memperuntukkan RMjuta untuk menyokong komuniti India, termasuk latihan teknikal dan kemahiran untuk meningkatkan peluang kerjaya belia India. KELIMA: Memperuntukkan RMjuta untuk memperkasa pembangunan masyarakat Orang Asli melalui pembinaan dan menaiktaraf infrastruktur bagi bekalan air, penempatan semula, pendidikan, kebajikan dan pembangunan ekonomi. KEENAM: Memperuntukkan RMjuta untuk persatuan penduduk yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia bagi tujuan menjalankan aktiviti komuniti, keselamatan, pembersihan dan program kejiranan. KETUJUH: Bagi penempatan FELDA, Kerajaan akan menyediakan peruntukan RMjuta bagi menaiktaraf jalan, RMjuta bagi projek sistem bekalan air, RMjuta bagi projek membina dan naiktaraf bangunan serta projek pemasangan lampu jalan. Ini adalah peningkatan sebanyak berbanding peruntukan tahun lepas. Kerajaan akan memastikan Sabah dan Sarawak terus dibangunkan. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM5,juta untuk Sabah berbanding RM4,juta pada tahun Bagi Sarawak pula, RM4,juta telah diperuntukkan berbanding RM4,juta pada 2018. Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Sarawak tertakluk kepada kajian rasionalisasi kos. Di samping itu, projek di Sabah dan Sarawak akan merangkumi pembinaan dan penaiktarafan infrastruktur air, elektrik dan jalan raya, kemudahan kesihatan dan pendidikan, serta pembangunan koridor ekonomi masing-masing. Wanita dalam Tenaga Kerja Kadar semasa penyertaan wanita dalam tenaga kerja hanya berada pada paras 53.bagi tahun berbanding dengan 77.bagi lelaki. Daripada jumlah yang tidak bekerja, atau 2.6 juta wanita memaklumkan bahawa bebanan kerja di rumah adalah sebab utama mereka tidak menyertai pasaran kerja. Berdasarkan laporan yang baharu diterbitkan oleh Institut Penyelidikan Khazanah, jika tahap penyertaan wanita dalam tenaga kerja ditingkatkan sebanyak 30%, ianya akan meningkatkan KDNK Malaysia antara hingga 12%. Oleh itu, Kerajaan akan merangka dasar untuk menggalakkan penyertaan wanita terlibat dalam pasaran kerja seperti berikut: PERTAMA: Peruntukan RMjuta disediakan untuk menambah Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di bangunan Kerajaan ke arah meringankan bebanan kerja ibu yang bekerja. Kerajaan juga akan terus menggalakkan dan memberi insentif kepada sektor swasta ke arah memastikan peluang pekerjaan yang saksama bagi wanita. KEDUA: Kerajaan komited ke arah meningkatkan penglibatan wanita di peringkat kepimpinan selaras dengan sasaran daripada pembuat dasar dan keputusan. Kerajaan juga telah mencatat sejarah melantik seorang wanita sebagai Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri di samping 4 Menteri wanita. Pada masa ini, hampir daripada penjawat awam Kumpulan Pengurusan Tertinggi adalah terdiri daripada wanita. KETIGA: Kerajaan akan menggalakkan penglibatan golongan wanita di peringkat pembuat keputusan sektor swasta kerana hanya 23.wanita menjadi ahli lembaga pengarah bagi syarikat utama yang tersenarai di Bursa Malaysia. Oleh itu, syarikat swasta disarankan untuk meningkat penglibatan wanita di peringkat pembuat keputusan, ke arah mencapai sasaran menjelang tahun 2020. Alam Sekitar dan Tenaga untuk Masa Depan Kerajaan komited untuk mengambil langkah yang perlu bagi memelihara alam sekitar sebagai satu tanggungjawab dan khazanah yang perlu diwariskan kepada generasi yang akan datang. Memandangkan kawasan perlindungan hutan atau marin adalah di bawah pentadbiran negeri, Kerajaan bercadang memberi peruntukan RMjuta kepada negeri yang mengambil usaha melindungi kawasan perlindungan sedia ada dan menambah kawasan perlindungan yang baharu. Kerajaan akan mengambil langkah untuk memastikan dua Taman Negara iaitu Taman Hutan Selangor FRIM dan Taman Diraja Royal Belum Perak disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Kerajaan akan menyediakan bantuan geran mikro sebanyak RM5 juta untuk melaksanakan program pengurusan dan pemeliharaan alam sekitar yang diterajui komuniti setempat dengan kerjasama United Nations Development Programme (UNDP) ke arah meningkatkan pembangunan ekonomi bagi masyarakat Orang Asli dan Orang Asal. Ke arah menangani pencemaran sisa plastik dan menarik pelaburan dalam aktiviti yang mesra alam, Kerajaan menawarkan insentif Taraf Perintis sebanyak atau Elaun Cukai Pelaburan sebanyak untuk tempoh 5 tahun bagi syarikat yang menghasilkan plastik mesra alam berasaskan bio-resin dan bio-polimer. Bagi terus menggalakkan pelaburan industri teknologi hijau, dana sebanyak RM2 bilion akan disediakan di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau dengan Kerajaan menampung subsidi kadar faedah bagi tempoh lima tahun pertama. Di samping itu, BPMB akan menyediakan Dana Pembiayaan Pembangunan Mampan berjumlah RM1 bilion bertujuan menyokong Agenda pembangunan mampan serta Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di bawah UNDP. Bagi tujuan ini, Kerajaan akan memberi insentif subsidi kadar faedah sebanyak 2%. Selain itu, bagi terus menggalakkan penggunaan teknologi hijau, Kerajaan akan memperluaskan aset hijau yang layak mendapat insentif elaun pelaburan teknologi hijau (GITA) daripada 9 jenis aset kepada jenis aset yang akan disenaraikan di dalam direktori MyHijau. Penutup Belanjawan akan memperuntukkan sejumlah RM314.5 bilion dalam perbelanjaan berbanding anggaran RM290.4 bilion peruntukan pada tahun Daripada jumlah tersebut, RM259.8 bilion adalah bagi Perbelanjaan Mengurus, dan RM54.7 bilion lagi adalah untuk Perbelanjaan Pembangunan. Peruntukan ini tidak termasuk Simpanan Luar Jangka berjumlah RM2 bilion. Di bawah Peruntukan Pembangunan, Sektor Ekonomi menerima agihan tertinggi sebanyak RM29.2 bilion yang merangkumi pengangkutan, perdagangan, industri, tenaga dan kemudahan awam dan pertanian. Sektor Sosial akan menerima sejumlah RM15.2 bilion. Manakala, Sektor Keselamatan diperuntukkan RM7.1 bilion, dan Sektor Pentadbiran Am sebanyak RM3.2 bilion. Peruntukan Pembangunan telah menyaksikan peningkatan daripada RM44.9 bilion pada tahun kepada RM54.9 bilion dan RM54.7 bilion pada tahun dan masing-masing. Sebab utama yang menyumbang kepada peningkatan ini adalah pengelasan semula apa yang dahulunya digolongkan sebagai Peruntukan Mengurus, kepada Peruntukan Pembangunan yang berjumlah RM6.9 bilion pada tahun dan RM9.7 bilion untuk tahun 2019. Contoh pengelasan semula adalah pembayaran kepada Prasarana untuk projek pembinaan LRT dan pembayaran kepada Suria Strategic Energy Resources untuk projek saluran paip gas. Sebelum ini, perbelanjaan tersebut telah dilabelkan sebagai perbelanjaan mengurus walaupun sebenarnya ia adalah perbelanjaan pembangunan. Perbelanjaan lain yang serupa adalah bayaran sewa ataupun bayaran penyelenggaraan untuk pembinaan bangunan PDRM dan pengubahsuaian sekolah. Demi memastikan Kerajaan dapat mencapai matlamat yang dinyatakan dalam Kajian Separuh Penggal oleh Perdana Menteri dan juga dalam Belanjawan ini, kita mesti mempunyai sektor pentadbiran yang cekap dan berkesan. Barulah kita boleh membina keyakinan di kalangan pelabur dan rakyat terhadap institusi negara. Kerajaan akan meningkatkan Penyampaian Perkhidmatan Alternatif untuk mengurangkan peranan Kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan bukan teras. Ini akan diperintiskan dalam bidang kebajikan melalui usahasama dengan NGO. Sebagai contoh, kanak-kanak daripada institusi anak yatim akan dialihkan untuk pemeliharaan berasaskan keluarga. Kerajaan akan memperuntukkan RM286.8 juta untuk perbelanjaan mengurus Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), iaitu peningkatan 18.daripada RM242.1 juta yang diperuntukkan tahun lepas. Jumlah kakitangan akan ditambah seramai orang pada tahun depan bagi memastikan SPRM mempunyai sumber tenaga kerja yang mencukupi untuk menangani rasuah dan pengubahan wang haram dalam sektor awam dan swasta serta mendapatkan balik harta tersebut. Kerajaan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia atas sumbangan mereka dalam menjamin keselamatan serta keamanan negara. Sebagai tanda penghargaan kepada usaha dan dedikasi kesemua penjawat awam semasa melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka, Kerajaan mencadangkan bayaran khas sebanyak RMkepada semua penjawat awam gred dan bawah. Bayaran khas sebanyak RMjuga akan diberi kepada pesara kerajaan. Jumlah bayaran khas ini adalah sebanyak RM1 bilion. Berbanding dengan pentadbiran dahulu yang lazimnya menyalurkan bayaran khas pada tahun depan, Kerajaan Pakatan Harapan ini akan menyalurkan bayaran khas sebelum hujung tahun ini. Kerajaan juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penderma Tabung Harapan Malaysia yang telah menyumbang sebanyak RM196.5 juta setakat minggu ini. Tabung Harapan Malaysia ini merupakan simbol semangat taat setia dan patriotisme rakyat Malaysia untuk membantu Kerajaan Persekutuan melangsaikan hutang negara yang diwarisi pentadbiran terdahulu. Akaun Amanah Tabung Harapan Malaysia akan ditutup pada Disember 2018. Memang tidak dapat dipertikaikan bahawa Malaysia Baharu di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (Langkawi) yang dinamik dan berwawasan telah menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia dan dunia. Di Malaysia, terdapat satu keyakinan bahawa kita akan mengatasi segala cabaran ekonomi serta mencorak masa hadapan yang baharu. Keyakinan terhadap pentadbiran dan kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (Langkawi) boleh dicerminkan melalui penawaran Kerajaan Jepun untuk menjamin sehingga JPYbilion (lebih kurang RM7.4 bilion) untuk penerbitan bon Samurai bertempoh tahun. Penerbitan ini akan dijamin oleh Japan Bank of International Cooperation pada kadar kupon 0.dan dijangka terbit sebelum Mac Kami ingin mengucapkan penghargaan kepada kerajaan Jepun kerana sudi menawarkan jaminan ke atas penerbitan bon samurai. Sungguhpun negara menghadapi cabaran fiskal, sektor kewangan masih sihat dan sektor monetari kekal stabil. Pertumbuhan ekonomi mampan harus diteruskan demi menjaminkan kesejahteraan ekonomi, malah penjanaan hasil yang lebih tinggi akan membantu untuk menangani kedudukan kewangan awam. Sebagai kesimpulan, titik bersejarah pada 9 Mei hanya bermakna sekiranya keadaan fiskal Kerajaan kembali pulih dan taraf hidup rakyat meningkat dalam bentuk gaji yang lebih tinggi, pekerjaan yang lebih baik dan lebih wang untuk berbelanja. Selagi kita bersih, berjiwa rakyat dan memberi tumpuan untuk melaksanakan reformasi institusi, maka kita dapat memulihkan kedudukan fiskal dalam masa 3 tahun. Rasa cinta terhadap tanahair akan menyatukan kita dalam menghadapi cabaran masa muka. Seperti yang disarankan oleh YAB Perdana Menteri “Malaysia umpama seekor Harimau Asia yang selama ini tidur lena, sekarang bangkit mengaum semula.” Sungguhpun terdapat perbezaan, rakyat Malaysia adalah istimewa kerana tanpa mengira kaum, agama ataupun latar belakang, kita masih bersedia untuk bekerja sama dan saling mempercayai satu sama lain. Pilihan yang dibuat oleh rakyat sekali lagi telah terbukti betul apabila semalam, di Amerika Syarikat, dua bekas pegawai Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner dan Roger Ng, telah ditangkap dan didakwa oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat. 220.Mereka adalah antara dalang dalam penerbitan bon 1MDB berjumlah USD6.5 bilion atau RMbilion yang bersubahat dengan penyangak di Malaysia untuk menyelewengkan wang rakyat Malaysia. Berita yang lebih baik ialah Jho Low, watak utama dalam skandal ini telahpun didakwa (indicted in absentia) di Amerika Syarikat. Bagi penyanggak yang telah mencuri wang rakyat, pulangkanlah wang kepada negara dan bersedia dihadapkan ke muka pengadilan. Bagi mereka yang masih menyokong penyanggak ini, pohonlah maaf dan letak jawatan daripada pejabat awam. Malaysia sudah bersih dan kita berbangga bahawa kini Malaysia bersih semula. Kepada mereka yang tersesat di hujung, baliklah ke pangkal jalan. Amar makruf nahi mungkar. Marilah kita menuju ke hadapan dengan penuh harapan. Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera. Saya mohon mencadangkan. Saya mulakan lafaz ucapan Bajet 2013 dengan kalimah mulia Bismillahirrahmanirrahim dan memetik sepotong ayat dari Surah Al-Baqarah yang diturunkan di Madinah, bahawa : “Berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan, kerana di mana sahaja kamu berada pasti Allah akan menghimpunkan kamu semua pada hari kiamat untuk menerima balasan. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.” Saya berdiri di dewan yang mulia pada petang Jumaat yang berbahagia, penghulu segala hari, untuk membentangkan bajet kelima bagi pihak Kerajaan semenjak mula memegang amanah selaku Menteri Kewangan Malaysia pada tahun 2008. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana di atas limpah rahmatNya jua, kita telah menyaksikan sepanjang tempoh tersebut, melalui usaha kolektif rakan-rakan anggota pentadbiran dengan sokongan ahli- ahli parlimen, penjawat awam dan seluruh rakyat Malaysia, negara tercinta ini telah berjaya dilindungi daripada kesan terburuk akibat kegawatan kewangan global. Bahkan, ekonomi negara telah diletakkan di landasan pertumbuhan mapan ke arah transformasi sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi. Manakala kesejahteraan rakyat pula telah dipertingkatkan secara berterusan. Sesungguhnya, Bajet 2013 ini sebagai penerus tradisi terbaik Kerajaan Barisan Nasional memakmurkan negara dan membawa kesejahteraan kepada semua rakyat. Ia manifestasi sebuah janji yang ditepati. Sejak 55 tahun lalu, pada setiap peringkat pembangunan negara, rakyat Malaysia telah meletakkan kepercayaan mereka kepada Kerajaan yang sama. Terima kasih kita ucapkan atas kepercayaan tersebut. Sekali-kali sepanjang masa dan musim berguling ia tidak pernah dikhianati, sebaliknya pada setiap ketika ia telah dibalas dengan laba pada julat berganda. Kerajaan ini hakikatnya tidak pernah menjanjikan bulan, bintang mahupun cakerawala. Kita tidak pernah melakar lukisan yang pada hari ini tampak muluk-muluk dan indah tetapi sebenarnya berupa racun yang berbisa. Sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, kita tetap menceritakan kebenaran biarpun kelat. Kita tidak pernah mendodoi rakyat dengan dogengan lipurlara sebaliknya sentiasa menawarkan penyelesaian serta kepimpinan bitara terhadap segala permasalahan rakyat. Telah terbukti tanpa tersanggah lagi bahawa ekonomi Malaysia merupakan ekonomi berteraskan rakyat. Ia hasil wawasan dan aspirasi rakyat. Ia merupakan manifestasi kerja keras dan jerih payah rakyat. Ia sumbangan masyarakat desa dan bandar, golongan profesional serta pekerja kolar biru, petani, buruh, peladang, pekebun kecil, nelayan, guru, pensyarah dan karyawan. Didukung pula para penjawat awam dan usahawan. Di atas segalanya, ia diuruskan secara teliti dan berhemah oleh Kerajaan yang meletakkan kebajikan rakyat di atas jemalanya. Inilah formula kejayaan Malaysia. Sayugia, mengurus sebuah negara majmuk yang kompleks seperti Malaysia bukan perkara mudah. Ia memerlukan keikhlasan dan kebijaksanaan kerana rakyat Malaysia amat cerdik menilai yang mana intan dan yang mana kaca. Hakikat rakyat telah memberi mandat kepada Kerajaan ini sebanyak 12 kali tanpa putus semenjak 1959 bermakna sesuatu yang betul telah dilakukan oleh Kerajaan sedia ada. Sesungguhnya waad yang wujud itu, di antara rakyat dan Kerajaan selama ini mana mungkin mampu dipunahkan waima sekuat mana pun fitnah dan mehnah melanda. Sehubungan itu, naskah bajet yang akan saya persembahkan ini merupakan sebuah penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia lantaran terus meletakkan kepercayaan kepada kami di sepanjang ketika.   PRESTASI EKONOMI 2012 DAN PROSPEK 2013 Kerajaan komited dalam memastikan pertumbuhan ekonomi negara terus berkembang meskipun dalam persekitaran global yang tidak menentu dan mencabar. Asas ekonomi yang kukuh serta disokong oleh sistem monetari akomodatif telah membolehkan ekonomi negara berada di landasan teguh. Dalam tempoh separuh pertama 2012, ekonomi negara tumbuh pada kadar 5.1 peratus didorong, terutamanya oleh kekukuhan aktiviti pelaburan dan penggunaan swasta. Negara terus menerima kemasukan pelaburan langsung asing bersih berjumlah 13.6 bilion ringgit selaras dengan peningkatan keyakinan pelabur terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan utama. Bagi keseluruhan tahun 2012, walaupun pertumbuhan ekonomi dan perdagangan dunia sederhana, pertumbuhan ekonomi negara dijangka berkembang kukuh pada kadar 4.5 hingga 5 peratus. Pertumbuhan ini dipacu oleh pelaburan swasta sebanyak 11.7 peratus atau mencapai 127.9 bilion ringgit. Prestasi ini jauh lebih besar berbanding jumlah pelaburan sebanyak 81 bilion ringgit pada tahun 2009. Tren ini menunjukkan aktiviti pelaburan domestik semakin rancak, terutama dengan pelaksanaan projek-projek di bawah Program Transformasi Ekonomi. Ini mendorong sektor pembinaan terus melonjak tinggi sebanyak 15.5 peratus berbanding 4.6 peratus pada tahun 2011.   Persekitaran ekonomi domestik yang mantap juga mendorong bursa saham mencatat prestasi yang menggalakkan. Ini terbukti dengan Indeks Komposit Bursa Malaysia telah mencecah rekod tertinggi 1,654.11 mata pada 4 September 2012. Nilai modal pasaran telah meningkat sebanyak 44 peratus daripada 999 bilion ringgit pada akhir tahun 2009 kepada 1.43 trilion ringgit pada akhir Julai 2012. Pendapatan per kapita pula meningkat kepada hampir 31 ribu ringgit pada tahun 2012 berbanding 25 ribu ringgit pada tahun 2009. Rizab antarabangsa pada 14 September 2012 pula kekal kukuh mencatat 432.2 bilion ringgit, mampu membiayai 9.5 bulan import tertangguh dan 3.9 kali hutang luar jangka pendek. Pada tahun 2013, berdasarkan persekitaran ekonomi global yang dijangka lebih baik, pertumbuhan ekonomi negara diunjur berkembang lebih kukuh pada kadar 4.5 hingga 5.5 peratus. Julung kalinya, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) nominal dijangka melepasi paras 1 trilion ringgit. Pertumbuhan lebih baik ini didorong oleh pelaburan dan penggunaan swasta sebanyak 13.3 peratus dan 5.7 peratus. Sektor pembinaan dijangka terus meningkat kukuh 11.2 peratus diikuti oleh sektor perkhidmatan pada kadar 5.6 peratus.   PERUNTUKAN BAJET 2013 Bajet 2013 akan menyediakan peruntukan sejumlah 251.6 bilion ringgit bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan, menumpukan kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara. Daripada jumlah tersebut, 201.9 bilion ringgit adalah bagi perbelanjaan mengurus dan 49.7 bilion ringgit bagi peruntukan pembangunan. Di bawah peruntukan mengurus, sejumlah 58.6 bilion ringgit adalah bagi Emolumen dan 33.7 bilion ringgit disediakan bagi Perkhidmatan dan Bekalan. Manakala, 107.3 bilion ringgit diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Sejumlah 1.1 bilion ringgit disediakan untuk Pembelian Aset dan baki 1.2 bilion ringgit untuk perbelanjaan lain. Bagi peruntukan pembangunan pula, sejumlah 30 bilion ringgit disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar. Sejumlah 11.1 bilion ringgit diperuntukkan bagi sektor sosial, termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat. Seterusnya, 4.6 bilion ringgit diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, 2 bilion ringgit bagi pentadbiran am dan 2 bilion ringgit untuk simpanan luar jangka. Dari segi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2013, jumlahnya dianggarkan 208.6 bilion ringgit, berbanding 207.2 bilion ringgit pada tahun 2012. Dengan mengambil kira anggaran hasil dan perbelanjaan, defisit Kerajaan Persekutuan akan terus berkurangan kepada 4.0 peratus daripada KDNK bagi tahun 2013, berbanding 4.5 peratus pada tahun 2012. Ini menunjukkan Kerajaan komited untuk terus mengurangkan defisit fiskal ke paras lebih rendah. FOKUS BAJET 2013 Bajet 2013 digubal dengan fokus untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di seluruh negara. Memastikan pertumbuhan ekonomi mapan, perbelanjaan berhemah dan mengurangkan defisit fiskal negara dengan matlamat keseluruhan mengutamakan kesejahteraan rakyat. Kerajaan akan memastikan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik serta manfaat maksimum hasil daripada pelaksanaan program dan projek pembangunan. Oleh itu, Bajet 2013 dirangka bertemakan “MEMAKMUR NEGARA, MENSEJAHTERA RAKYAT: SEBUAH JANJI DITEPATI” dengan memberi penekanan kepada lima fokus utama.   FOKUS PERTAMA: MERANGSANG AKTIVITI PELABURAN Fokus Pertama: Merangsang Aktiviti Pelaburan. Pertumbuhan ekonomi negara akan terus dipacu oleh pelaburan langsung asing dan domestik. Dalam tempoh separuh pertama 2012, pelaburan swasta meningkat kepada 75.3 bilion ringgit berbanding 59.8 bilion ringgit bagi tempoh yang sama tahun 2011. Tren ini dijangka berterusan dalam tahun 2013 dengan pelaburan swasta dijangka meningkat kepada 148.4 bilion ringgit. Kerajaan akan terus memperhebatkan pelaksanaan 12 Bidang Utama Ekonomi Negara. Sejumlah 3 bilion ringgit diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan bagi tahun 2013. Ini termasuk 1.5 bilion ringgit bagi projek pertanian seperti kelapa sawit, getah, herba bernilai tinggi dan padi. Sebanyak 500 juta ringgit diperuntukkan untuk projek River of Life bagi mengindahkan Sungai Klang. Manakala, 300 juta ringgit lagi untuk projek pemulihan rangkaian paip dan pembentungan bagi perkhidmatan dan kemudahan air. Menggalak Pelaburan Domestik Seterusnya, bagi merangsang pelaburan domestik dan mempercepatkan penyertaan syarikat Malaysia dalam rantaian bekalan global, Kerajaan telah menyediakan Dana Strategik Pelaburan Domestik bernilai 1 bilion ringgit di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia. Dana ini bertujuan memanfaatkan aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan. Selain itu, Kerajaan juga memperkenalkan semula insentif pengambilalihan syarikat asing dan kadar cukai khas bagi menggalakkan penyedia perkhidmatan tempatan bergabung menjadi entiti lebih besar. Mempergiat Perusahaan Kecil Dan Sederhana Seperti kita maklum, Perusahaan Kecil dan Sederhana memainkan peranan penting dalam transformasi ekonomi negara. Bagi mempercepatkan pertumbuhan industri PKS dan perluasan skop kawasan industri di seluruh negara, dana sebanyak 1 bilion ringgit akan disediakan di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank. Langkah ini memudahkan akses PKS untuk mendapat pembiayaan dan seterusnya memajukan perniagaan mereka. Ini selari dengan Pelan Induk PKS (2012 - 2020) telah dilancarkan yang bertindak sebagai ‘game changer’ untuk mempercepatkan pertumbuhan PKS melalui inovasi dan produktiviti. Pelan induk ini melibatkan pelaksanaan 32 inisiatif termasuk enam Program Berimpak Tinggi dengan peruntukan 30 juta ringgit. Dalam mempergiatkan Industri Halal, terutamanya membangunkan produk-produk halal berimpak tinggi untuk tujuan eksport, SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak 200 juta ringgit membiayai modal kerja PKS terlibat. Pada masa ini, terdapat 1.5 juta penjaja dan peniaga kecil menjalankan perniagaan secara tradisional dengan struktur perniagaan kecil dan pendapatan harian tidak menentu. Sehubungan itu, sebagai tanda keprihatinan dengan kekangan yang dihadapi oleh mereka sekiranya berlaku kemudaratan diri, hilang upaya serta kematian, Kerajaan mencadangkan skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Skim ini akan memberi had perlindungan maksimum sehingga 5,000 ringgit. Buat pertama kalinya, Kerajaan akan membiayai skim ini dengan peruntukan sebanyak 16 juta ringgit setahun. Di samping itu, Perbadanan Nasional Berhad akan memperkenalkan program Business In Transformation bagi menyokong usaha bersepadu memodenkan perniagaan golongan penjaja dan peniaga kecil kepada standard yang lebih tinggi dan berdaya saing dengan menggunakan model licensing atau franchising. Program ini akan memberi bimbingan dan khidmat nasihat ke atas konsep perniagaan baru seperti kedai bergerak, kiosk dan perniagaan atas talian. Untuk ini, PNS akan menyediakan kemudahan kepada penjaja dan peniaga kecil dengan pinjaman sehingga 25 ribu ringgit bagi licensee dan 500 ribu ringgit kepada licensor.   Malaysia Sebagai Hab Minyak Dan Gas Kita bersyukur kerana dikurniakan punca galian berharga iaitu minyak dan gas asli di pesisir pantai. Kerajaan bermatlamat menjadikan Malaysia daripada sekadar pengeluar, kepada salah satu hab dagangan minyak dan gas bersepadu utama dunia. Jadi, Kerajaan telah mengambil beberapa langkah strategik meningkatkan keupayaan negara terutamanya dalam menyediakan ekosistem yang berupaya menyokong pembangunan rantaian penapisan, penyimpanan dan dagangan. Bagi mendokong penglibatan pengusaha swasta dalam pembangunan industri minyak dan gas, pelbagai insentif cukai dan insentif bukan cukai istimewa telah dirangka. Ini termasuk bantuan kos pengambilalihan tanah dan bantuan kewangan sebagai tipping point projek perkongsian awam swasta, pengecualian cukai pendapatan 100 peratus untuk tempoh 10 tahun, pengecualian cukai pegangan dan pengecualian duti setem. Bagi pelaburan dalam aktiviti penapisan produk petroleum, Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100 peratus untuk tempoh 10 tahun diberi kepada yang layak. Hasil insentif, pelbagai projek pelaburan minyak dan gas bernilai 20 bilion dolar US telah dimulakan termasuk projek Petronas Refinery and Petrochemical Integrated Development atau Rapid, Terminal Simpanan Minyak dan Gas di Johor, Loji Regasifikasi di Melaka dan terminal minyak serta gas di Sipitang, Sabah.   Pada tahun lepas, Kerajaan juga telah melancarkan Program Global Incentive for Trading atau GIFT dengan galakan cukai pada kadar 3 peratus. Sehubungan dengan permintaan global LNG yang dijangka mencecah 400 juta tan setahun pada tahun 2025, program GIFT ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 3 tahun pertama operasi bagi syarikat dagangan. Dagangan komoditi yang diluluskan akan diperluaskan kepada lain-lain komoditi seperti pertanian, bahan mentah bertapis, logam asas dan kimia. Merancak Sektor Pelancongan Industri pelancongan merupakan satu sektor pertumbuhan ekonomi penting yang menyumbang hampir 12 peratus KDNK. Jumlah pendapatan daripada sektor pelancongan dianggar akan meningkat kepada 62 bilion ringgit pada tahun 2012. Sempena Tahun Melawat Malaysia 2013/ 2014, Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak 358 juta ringgit di bawah perbelanjaan pembangunan iaitu peningkatan peruntukan sebanyak 42 peratus dengan sasaran pelancong seramai 26.8 juta orang. Kerajaan juga mencadangkan lanjutan pengecualian cukai pendapatan selama 3 tahun bagi pengusaha pelancongan yang mengendalikan sekurang-kurangnya 750 pelancong asing atau 1,500 pelancong tempatan setahun.   Meningkat Aktiviti Pertanian Di sudut lain, Kerajaan akan terus memberi penekanan kepada sektor pertanian dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan negara dan memastikan kelestarian jaminan bekalan makanan. Diperuntukkan sebanyak 5.8 bilion ringgit kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Kerajaan menyediakan sebanyak 30 juta ringgit bagi pembangunan program pertanian merangkumi aplikasi penggunaan teknologi tinggi dalam pengeluaran buah dan sayuran, peningkatan pembekalan benih berkualiti, penstabilan harga melalui jualan terus dari ladang, pewujudan pasar ikan rakyat serta penambahbaikan institusi latihan pertanian. Kerajaan juga mempersiapkan sebanyak 75 juta ringgit bagi meningkatkan pengeluaran produk makanan dan kesihatan. Bagi sektor perladangan pula, di bawah NKEA, sebanyak 432 juta ringgit disediakan untuk program penanaman semula pokok kelapa sawit. Langkah ini akan meningkatkan tuaian hasil buah sawit setahun pada kadar 26.2 tan sehektar pada tahun 2020 berbanding 21 tan sehektar pada masa ini. Di samping itu, sebanyak 127 juta ringgit disediakan untuk pembangunan bahan terbitan oleo bernilai tinggi yang dapat mengubah komposisi industri hiliran ke arah pengeluaran lebih banyak bahan terbitan.   Kelestarian Jaminan Bekalan Makanan Berkaitan kelestarian jaminan bekalan makanan pada masa akan datang, kawasan jelapang padi sedia ada akan ditambahbaik dengan sistem pengurusan tanamannya secara sistematik. Sebagai tambahan, 4 kawasan jelapang padi baru akan dibuka dan diperluas iaitu di Kota Belud, Batang Lupar, Rompin dan Pekan. Pada masa ini, kawasan jelapang padi bertanam adalah seluas 389 ribu hektar yang mampu menghasilkan sebanyak 1.8 juta tan metrik. Pertambahan 4 lagi kawasan jelapang padi baru seluas 19 ribu hektar dengan penyertaan seramai 12,237 pesawah dijangka menghasilkan 104 ribu tan metrik dengan perbelanjaan sebanyak 140 juta ringgit. Membela Nasib Petani Dan Nelayan Kerajaan amat menghargai sumbangan para nelayan dan sentiasa memastikan kedudukan sosioekonomi golongan ini bertambah baik dan pendapatan mereka meningkat. Pada masa ini, Kerajaan memberi elaun bantuan sara hidup 200 ringgit sebulan yang dapat memanfaatkan 55 ribu nelayan berdaftar. Kerajaan juga menyediakan insentif pada kadar 10 sen hingga 20 sen sekilo bagi menggalakkan nelayan mendaratkan hasil tangkapan di jeti-jeti berdaftar seluruh negara.   Kerajaan juga telah memperkenalkan skim perlindungan insurans nelayan dengan perlindungan maksimum 100 ribu ringgit. Meneruskan hasrat ini, bagi tahun 2013, Kerajaan akan memperuntukkan 230 juta ringgit sebagai insentif tangkapan ikan dan bayaran elaun bantuan sara hidup nelayan. Di samping itu, berdasarkan peruntukan 300 juta ringgit pada Bajet 2012, program pembangunan dan pembaikan rumah nelayan sedang giat dijalankan. Bagi membantu para petani mengurangkan kos pengeluaran pula, Kerajaan akan meneruskan pemberian subsidi dan insentif pertanian sedia ada berjumlah 2.4 bilion ringgit. Bantuan ini termasuk subsidi dan insentif untuk sektor padi yang merangkumi Pemberian Subsidi Harga Padi - 480 juta ringgit, Pemberian Subsidi Baja Padi - 465 juta ringgit, Insentif Peningkatan Hasil Padi - 80 juta ringgit, Insentif Pengeluaran Padi - 563 juta ringgit, Subsidi Harga Beras - 528 juta ringgit dan Subsidi Benih Padi Sah - 85 juta ringgit. Selaras dengan komitmen untuk menjaga kebajikan rakyat, terutama pengusaha sawah, buat julung kalinya, Kerajaan akan memperkenalkan Skim Perlindungan Takaful Padi. Skim ini memberi kemudahan perlindungan kepada pengusaha sawah di bawah 10 hektar dan dijangka dapat memanfaatkan 172 ribu pesawah. Jumlah pampasan yang dapat diterima dianggarkan bernilai 13 ribu ringgit setiap pesawah. Buat permulaan, Kerajaan akan memperuntukkan 50 juta ringgit.   Selain itu, Kerajaan akan meneruskan Projek Azam Tani yang diperkenalkan pada tahun 2011. Program ini telah berjaya mengeluarkan seramai 1,234 keluarga daripada garis kemiskinan dengan purata pendapatan meningkat di antara 200 hingga 2,000 ringgit sebulan malah beberapa peserta telah berjaya mendapat pendapatan melebihi 10 ribu ringgit sebulan. Untuk memperkasakan lagi usaha ini, sebanyak 41 juta ringgit akan diperuntukkan bagi memberi manfaat kepada 6,730 peserta. Mencergaskan Pasaran Modal Dan Kewangan Pasaran modal negara berkembang pesat walaupun terdapat ketidaktentuan dalam ekonomi global. Malaysia terus menerajui terbitan sukuk dengan menyumbang 71 peratus atau 171 bilion ringgit daripada jumlah terbitan sukuk global dalam tempoh tujuh bulan pertama 2012. Ini terbukti dengan terbitan sukuk tunggal terbesar di dunia oleh PLUS Berhad bernilai 30.6 bilion ringgit. Di samping itu, industri pengurusan dana dan amanah saham menunjukkan pertumbuhan kukuh dalam tempoh pertama 2012 dengan aset yang diuruskan meningkat kepada 451.9 bilion ringgit dan nilai aset bersih sebanyak 277.8 bilion ringgit.   Pada tahun 2012, pasaran ekuiti negara telah mencatat peningkatan yang monumental dengan menyaksikan tawaran awam awal atau IPO yang bernilai 17.4 bilion ringgit. Ia merupakan peningkatan 162 peratus berbanding 2011. Sejarah tercipta apabila dua daripada tiga IPO terbesar di dunia iaitu Felda Global Ventures Holdings dengan nilai 9.9 bilion ringgit dan IHH Healthcare Berhad dengan nilai 6.3 bilion ringgit telah diterbitkan. Terkini, Astro akan disenaraikan pada bulan Oktober 2012 dengan jangkaan nilai terbitan yang besar. Untuk terus mencergaskan pasaran modal dan ekuiti negara, Suruhanjaya Sekuriti akan menyediakan rangka kerja bagi terbitan AgroSukuk untuk syarikat yang terlibat dalam sektor pertanian, terutamanya dengan kejayaan penyenaraian FGVH. Dengan terdapatnya instrumen seperti AgroSukuk, ia dapat mengumpulkan modal bagi membiayai syarikat-syarikat pertanian dan industri asas tani. Justeru, untuk menggalakkan terbitan AgroSukuk, Kerajaan mencadangkan perbelanjaan bagi menerbitkan sukuk tersebut diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh 4 tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015. Selain daripada pelabur institusi, buat pertama kalinya, Kerajaan menggalakkan pelabur runcit menyertai pasaran modal. Bagi tujuan ini, SC telah menyediakan satu rangka kerja terbitan bon dan sukuk runcit untuk membolehkan pelabur-pelabur runcit memiliki pegangan dalam pasaran bon dan sukuk. Sebagai permulaan, DanaInfra Nasional Berhad akan menerbitkan bon runcit bernilai 300 juta pada akhir tahun 2012 untuk membiayai pembangunan projek MRT. Bagi mendorong syarikat menerbitkan bon dan sukuk runcit, Kerajaan mencadangkan perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit tersebut diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015. Pada masa yang sama, pelabur individu pula, diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit. Suruhanjaya Sekuriti akan menubuhkan Pusat Promosi Pasaran Modal bagi memastikan keberkesanan dan promosi secara holistik pasaran modal Malaysia di peringkat antarabangsa. Pusat ini akan memastikan pendekatan bersepadu dengan menyediakan inisiatif yang konsisten untuk menempatkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan dan pendanaan. Bagi meningkatkan penawaran golongan profesional untuk menyokong pertumbuhan pasaran modal, SC akan memperkenalkan inisiatif Graduate Representative Program. Program ini akan dilaksanakan dengan kerjasama sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan supaya dapat memenuhi keperluan industri sekuriti dan derivatif. Menggalakkan Amanah Perniagaan (Business Trust) Pengendalian perniagaan melalui suatu entiti amanah mempunyai kelebihan tertentu, terutamanya dari segi meningkatkan keupayaan untuk memperoleh sumber kewangan berdasarkan aset yang dimiliki. Dengan itu, Kerajaan telah meminda Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 untuk menyediakan pilihan pengendalian perniagaan melalui struktur baru iaitu amanah perniagaan (business trust). Selaras dengan ini, Kerajaan mencadangkan amanah perniagaan diberi layanan cukai sama seperti sesebuah syarikat. Seterusnya, bagi menggalakkan pembangunan amanah perniagaan, adalah dicadangkan pindah milik perniagaan, aset dan hartanah milik syarikat kepada amanah perniagaan diberi pengecualian duti setem dan pengecualian cukai keuntungan harta tanah di peringkat awal penubuhan amanah perniagaan. Kerajaan telah menubuhkan Danajamin Nasional Berhad agar syarikat yang berdaya maju mendapat dana melalui pasaran bon pada kos yang munasabah. Danajamin telah meluluskan jaminan berjumlah 9.3 bilion ringgit nilai terbitan bon kepada 30 syarikat dengan 4.2 bilion ringgit bon dan sukuk telah diterbitkan. Langkah ini telah membolehkan syarikat menjana aktiviti ekonomi dalam pelbagai sektor termasuk hartanah, infrastruktur, perladangan, minyak dan gas, pembinaan, perkilangan serta penerbangan. Bagi merancakkan lagi akses syarikat ke pasaran modal, Kerajaan akan menambah peruntukan modal Danajamin sebanyak 400 juta ringgit dalam tempoh 2 tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara 4 hingga 6 bilion ringgit. Kerajaan turut mengumumkan penubuhan Yayasan Pasaran Modal sebagai usaha bersepadu meningkatkan kompetensi dan keupayaan untuk bersaing dalam landskap pasaran modal yang lebih dinamik. Yayasan ini akan memberi fokus kepada 3 aspek utama iaitu pembangunan PKS; menggalak dan menyokong produk inovasi dan pembangunan modal insan. Sehubungan dengan itu, sejumlah 100 juta ringgit akan disediakan kepada Yayasan ini melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia SC. Sebagai salah satu inisiatif untuk menjadikan Malaysia sebagai hab kewangan antarabangsa serta menarik FDI, Kerajaan telah melancarkan Tun Razak Exchange atau TRX pada 30 Julai 2012 dengan nilai pembangunan kasar sebanyak 26 bilion ringgit. TRX akan memberi peluang pelaburan baru dengan menghubungkan komuniti perniagaan dan pasaran global. TRX dijangkakan menarik 250 syarikat perkhidmatan kewangan antarabangsa dan menawarkan 40 ribu peluang pekerjaan mahir dan berpengetahuan. Untuk mengalakkan institusi kewangan antarabangsa utama menjadikan Kuala Lumpur sebagai pilihan pelaburan, pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus TRX, pengecualian duti setem, elaun bangunan industri, elaun modal dipercepatkan kepada syarikat berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah telah diberikan. Kerja pembinaan awal TRX berjalan lancar mengikut jadual. Manakala, pengalihan kemudahan utiliti sedia ada di tapak TRX pula sedang giat dijalankan dan dijangka selesai pada Oktober 2012. Wakaf Korporat Kerajaan mengambil maklum bahawa Majlis Agama Islam Negeri merupakan pemegang amanah tunggal bagi semua wakaf dan dana wakaf dalam sesebuah negeri. Institusi wakaf di Malaysia tidak hanya tertumpu pada pembangunan tanah semata-mata tetapi juga merangkumi wakaf dalam bentuk tunai, saham dan instrumen kewangan lain yang dikategorikan sebagai wakaf korporat. Selaras dengan itu, Yayasan Wakaf Malaysia di bawah JAWHAR akan diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri. Pelan induk ini bakal menjadi platform pembangunan wakaf korporat di Malaysia. Pembangunan Usahawan Bumiputera Kerajaan sentiasa komited dalam memastikan syarikat Bumiputera dapat bersaing secara seimbang dalam pemilikan syarikat besar, pekerjaan berpendapatan tinggi serta pelaburan dalam sektor utama ekonomi. Pada tahun 2010, ekuiti Bumiputera telah meningkat kepada 23 peratus berbanding 22 peratus pada tahun 2008. Salah satu usaha ialah meningkatkan penglibatan syarikat Bumiputera dalam pelaksanaan jajaran pertama projek MRT. Sesungguhnya, penglibatan syarikat Bumiputera dalam projek berimpak tinggi seperti MRT akan meningkatkan keupayaan dan kemahiran syarikat Bumiputera tempatan. Justeru, sebanyak 9 bilion ringgit atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera. Usaha juga akan diambil bagi membantu syarikat PKS Bumiputera untuk berkembang dan mempertingkatkan pegangan ekuiti dalam sektor ekonomi. Sehubungan ini, Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah 1 bilion ringgit akan disediakan oleh SME Bank. Dana ini dijangka dapat membantu PKS tempatan bagi tujuan membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual. Setakat ini, 2 GLC telah mengenal pasti anak-anak syarikat yang berpotensi untuk dijual kepada pelabur-pelabur Bumiputera. Kerajaan telah memperkenalkan Skim Jaminan Modal Kerja dengan dana sebanyak 10 bilion ringgit bagi membantu syarikat PKS mendapatkan akses pembiayaan modal kerja. Skim ini memberi jaminan maksimum sehingga 2.5 juta ringgit bagi setiap syarikat yang layak. Pada masa ini, dana Skim ini yang dikhaskan kepada syarikat Bumiputera masih berbaki 900 juta ringgit. Bagi menarik lebih banyak syarikat bumiputera menikmati kemudahan Skim ini, Kerajaan akan melanjutkan tempoh tamat program skim ini sehingga 31 Disember 2013, memperluas skim ini kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi dan meningkatkan kelayakan dana pemegang saham syarikat daripada 10 juta ringgit kepada tidak melebihi 20 juta ringgit. Kemudahan pinjaman secara mudah dan cepat sering kali menjadi kekangan kepada usahawan kecil terutama Bumiputera. Dengan tertubuhnya Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga, usahawan kecil kini mampu memulakan dan memajukan lagi perniagaan mereka. Sehingga kini, TEKUN telah menyalurkan pinjaman sebanyak 2.24 bilion ringgit kepada 224,175 usahawan kecil di seluruh negara termasuk sejumlah 34.5 juta ringgit kepada 4,212 usahawan masyarakat India di bawah Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India. Bagi tahun 2013, Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak 350 juta ringgit, termasuk daripadanya 50 juta ringgit kepada masyarakat India. FOKUS KEDUA: MEMPERKASA PENDIDIKAN DAN LATIHAN Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 Fokus Kedua: Memperkasa Pendidikan dan Latihan. Sememangnya sejak merdeka, Kerajaan telah menjadikan bidang pendidikan sebagai agenda utama negara. Kerajaan juga menyedari pelaburan dalam bidang ini adalah prasyarat kepada sebuah negara yang makmur dan pembangunan rakyat yang sejahtera. Lalu, setiap tahun menyaksikan peruntukan besar dan kali ini 21 peratus daripada keseluruhan bajet. Namun, didapati hasil yang diperolehi tidak setara dengan pelaburan yang telah dibuat. Maka, pada 11 September lepas, Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran telah melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 bagi memastikan sistem pendidikan negara akan mampu mengoptimumkan potensi setiap anak Malaysia. Bagi Bajet 2013, sebanyak 38.7 bilion ringgit telah diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran meliputi peruntukan mengurus dan pembangunan. Berbicara tentang itu, langkah meningkat upaya kompetensi dan kualiti guru merupakan prasyarat kritikal yang menunjang kejayaan sistem pendidikan negara. Oleh itu, bagi menjana mula prakarsa ini, di samping 38.7 bilion ringgit peruntukan kepada Kementerian Pelajaran bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan, Kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan sebanyak 500 juta ringgit bagi meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran subjek-subjek teras, yakni Bahasa Kebangsaan, bahasa Inggeris, sains dan matematik melalui pendekatan Higher Order Thinking Skills. Peruntukan ini juga merangkumi penubuhan Unit Pelaksanaan Pendidikan atau Education Delivery Unit bagi memantau dan menilai keberkesanan pelaksanaan transformasi pelan tersebut. Pada pembentangan Bajet 2012, Kerajaan telah menyediakan sebanyak 1 bilion ringgit di bawah Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik-pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan. Untuk meneruskan komitmen Kerajaan, sukacita saya mengumumkan tambahan 1 bilion ringgit lagi kepada Tabung khas ini. Daripada jumlah ini, 400 juta ringgit akan disalurkan kepada Sekolah Kebangsaan, 100 juta ringgit kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, 100 juta ringgit Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, 100 juta ringgit Sekolah Mubaligh, 100 juta ringgit Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, 100 juta ringgit Sekolah Berasrama Penuh dan 100 juta ringgit kepada Maktab Rendah Sains MARA. Memperkukuh Pendidikan Awal Kanak-Kanak Melangkah ke ruang pendidikan awal kanak-kanak, kualiti pendidikan prasekolah amat penting sebagai platform melengkapkan kanak-kanak dengan pendidikan asas. Untuk ini, sebanyak 1.2 bilion ringgit disediakan bagi tujuan pendidikan prasekolah termasuk kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pelajaran, PERMATA dan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional. Sebagai tambahan, sebanyak 380 juta ringgit disediakan di bawah Kementerian Pelajaran untuk penempatan guru prasekolah. Berhubung perkhidmatan taska dan pusat jagaan kanak-kanak yang berkualiti pula, demi memastikan kanak-kanak mendapat penjagaan sempurna di samping membangunkan perkembangan minda yang positif, Kerajaan mencadangkan insentif-insentif berikut: Pertama: Geran pelancaran 10 ribu ringgit kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak- kanak swasta untuk membantu mereka membuka taska baru yang berkualiti. Dianggarkan 1,000 ECCE swasta baru akan mendapat manfaat; Kedua: Potongan cukai 2 kali ke atas elaun atau subsidi yang diberi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan taska dan pusat jagaan kanak-kanak akan diberi kepada majikan; Ketiga: Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 5 tahun dan elaun bangunan industri pada kadar 10 peratus setahun diberi kepada pengusaha taska dan pusat jagaan kanak-kanak swasta; dan Keempat : Pengecualian cukai pendapatan untuk tempoh 5 tahun dan elaun bangunan industri pada kadar 10 peratus setahun kepada pengusaha pra-sekolah swasta. Pada masa ini, kita dapati ramai kanak-kanak kurang upaya dari keluarga berpendapatan rendah yang tidak mendapat pendidikan awal kerana kekurangan TASKA OKU. Untuk ini Kerajaan akan melaksanakan projek perintis TASKA OKU bagi 6 kategori kanak-kanak OKU yang merangkumi down syndrome, autisme, penglihatan, pekak dan bisu, fizikal dan OKU masalah pembelajaran. Latihan Dan Kemahiran Berganjak kepada soal modal insan, yang berpengetahuan, kreatif dan inovatif, program latihan akan dibentuk untuk mengasah kemahiran baru selaras dengan keperluan industri masa depan ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dan maju. Bagi tujuan ini, pada tahun 2013, sejumlah 3.7 bilion ringgit akan disediakan untuk melatih pelajar dalam bidang teknikal dan vokasional. Setiap tahun hampir 180 ribu graduan berkelulusan diploma dan sarjana muda menamatkan pengajian daripada institusi pengajian tinggi. Untuk membantu mereka yang masih menganggur, maka Kerajaan akan melancarkan Graduate Employability Blueprint pada penghujung tahun 2012. Rangka kerja ini akan memberi tumpuan untuk memperkukuh kebolehpasaran graduan. Dalam hal ini, Kerajaan akan menubuhkan Graduate Employability Taskforce dengan peruntukan 200 juta ringgit. Kerajaan telah melaksanakan Program Skim Latihan 1Malaysia atau dikenali sebagai SL1M yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan melalui latihan soft-skills dan on-job- training di syarikat swasta melalui galakan potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan oleh pihak syarikat. Galakan ini telah diberi mulai 1 Jun 2012 sehingga tahun 2016. Kerajaan juga memperuntukkan 440 juta ringgit kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran bagi memberi pinjaman kepada pelatih untuk menjalani latihan kemahiran. Langkah ini akan dapat memanfaatkan hampir 40 ribu pelatih di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia tahap 1 hingga 5. Kerajaan juga memperuntukkan 366 juta ringgit bagi menaik taraf serta pembelian peralatan Institut Latihan Perindustrian dan Institut Kemahiran Belia Negara. Pelbagai program latihan kemahiran akan dilaksanakan selaras dengan matlamat mentransformasikan industri utama negara berteras kepada teknologi tinggi, berinovatif serta berpendapatan tinggi. Ke arah ini, tumpuan akan diberi bagi melahirkan tenaga kerja profesional dan berbakat di dalam industri terpilih termasuk industri minyak dan gas, perkapalan, ICT, kreatif serta bioteknologi. Bagi tahun 2013, dijangka seramai 5,000 pelatih akan menyertainya. Di samping itu, Petronas akan menggunakan kemudahan Institut Kemahiran Belia Negara di Pengerang, Johor untuk melatih seramai 300 orang belia menjelang akhir tahun ini dalam bidang minyak dan gas bagi memenuhi keperluan projek RAPID. Kerajaan sedar tentang pelajar miskin masyarakat India, terutamanya dari estet-estet yang tidak memperolehi keputusan yang baik dalam peperiksaan dan tidak berpeluang untuk mendapat pekerjaan. Selaras dengan itu, Kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak 50 juta ringgit untuk melatih 3,200 pelajar masyarakat India bagi memperlengkapkan mereka dengan kemahiran, selaras permintaan pasaran. Latihan ini akan dikendalikan oleh Institut Latihan Perindustrian dan kolej-kolej di bawah Skim Latihan Dual Nasional. Bagi memastikan golongan pekerja swasta adalah sentiasa sihat dan produktif dalam menyumbang kepada pembangunan syarikat dan ekonomi negara, aspek kesihatan mesti diberi keutamaan. Untuk ini, PERKESO akan menyediakan peruntukan sebanyak 200 juta ringgit bagi membolehkan ahlinya seramai 1.4 juta orang menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma di hospital Kerajaan atau klinik panel PERKESO. Pemeriksaan kesihatan ini bertujuan untuk mengesan penyakit tidak berjangkit, kepada semua pekerja yang berumur antara 40 hingga 55 tahun. FOKUS KETIGA: MEMBUDAYA INOVASI, MENINGKAT PRODUKTIVITI Tuan Yang di-Pertua Harta Intelek (IP) Sebagai Cagaran Fokus Ketiga: Membudayakan inovasi meningkat produktiviti. Bagi membolehkan PKS menggunakan harta intelek sebagai nilai komersial dan instrumen untuk mendapatkan pembiayaan memajukan perniagaan, satu model penilaian harta intelek akan diwujudkan bagi membenarkan ia dinilai secara komersial dan seterusnya digunakan sebagai cagaran memperoleh pembiayaan dari institusi kewangan. Bagi maksud ini, langkah-langkah berikut akan dilaksanakan: Pertama: Mewujudkan skim Dana Pembiayaan Harta Intelek berjumlah 200 juta ringgit. Skim ini akan ditawarkan oleh Malaysia Debt Ventures. Kerajaan akan memberi subsidi kadar faedah sebanyak 2 peratus dan jaminan sebanyak 50 peratus melalui Credit Guarantee Corporation; dan Kedua: Menyediakan peruntukan sebanyak 19 juta ringgit bagi program latihan penilai harta intelek tempatan kendalian Perbadanan Harta Intelek serta mewujudkan platform pasaran harta intelek. Aktiviti R&D pula akan terus diberi penekanan. Pelbagai penemuan dan hasil R&D institusi penyelidikan awam berpotensi untuk dikomersialkan. Maka, Kerajaan memperuntukkan sebanyak 600 juta ringgit kepada 5 buah universiti penyelidikan bagi menjalankan penyelidikan berimpak tinggi dalam bidang strategik seperti nano teknologi, automatif, bio-teknologi serta aero-angkasa. Untuk merancakkan aktiviti pengkomersialan penemuan R&D institusi penyelidikan awam, Kerajaan mencadangkan galakan cukai sedia ada bagi pengkomersialan penemuan R&D berasaskan aktiviti sumber diperluaskan kepada aktiviti berasaskan bukan sumber yang digalakkan di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986. Galakan cukai tersebut adalah: Pertama: Syarikat yang melabur dalam syarikat subsidiarinya yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan yang dibuat dalam syarikat subsidiari tersebut; dan Kedua: Syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100 peratus ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun. Mempergiat Pelaburan Modal Teroka Oleh Pelabur Individu Merujuk usahawan muda tempatan, sememangnya didapati mereka mempunyai idea dan produk inovatif yang boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa namun berhadapan sumber pembiayaan terhad. Oleh itu, sebagai sumber pembiayaan alternatif, penglibatan secara langsung pelabur pemangkin atau angel investors di peringkat awal perniagaan adalah amat penting bagi merealisasikan pelaburan dan daya saing syarikat teroka. Sehubungan itu, Kerajaan mencadangkan potongan cukai bersamaan jumlah pelaburan oleh pelabur pemangkin dalam syarikat teroka dibenarkan ditolak daripada semua jenis pendapatannya. Menyemarak Inovasi Inklusif Bagi memastikan pembangunan inklusif, Kerajaan akan terus merancang dan melaksanakan program serta aktiviti berintensifkan pengetahuan, kreativiti dan inovasi. Menuju ke tahun 2020, menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi, inovasi akan terus diperkukuh dan diarusperdanakan dalam semua sektor dan segenap lapisan masyarakat. Melalui Bajet 2013, inisiatif ini akan diambil oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama agensi Agensi Inovasi Malaysia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Pembangunan Teknologi Hijau Dalam Bajet 2010, Kerajaan telah mewujudkan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (SPTH) dengan dana berjumlah 1.5 bilion ringgit untuk tempoh 3 tahun, yang akan berakhir pada 31 Disember 2012. Dana ini membolehkan syarikat pengeluar dan syarikat pengguna teknologi hijau membuat pinjaman mudah dengan Kerajaan menanggung subsidi 2 peratus daripada jumlah kadar faedah dan jaminan Kerajaan 60 peratus. Sehingga kini, hampir 800 juta ringgit telah diluluskan kepada 50 syarikat tempatan. Bagi merancakkan lagi pengeluaran dan penggunaan produk berasaskan teknologi hijau, dana skim ini akan ditambah sebanyak 2 bilion ringgit dan tempoh permohonan skim SPTH ini dilanjutkan untuk tempoh 3 tahun lagi iaitu sehingga 31 Disember 2015. FOKUS KEEMPAT: KONSOLIDASI FISKAL DAN MEMPERCEKAP PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM Fokus Keempat: Konsolidasi Fiskal dan Mempercekap Penyampaian Perkhidmatan Awam. Sesungguhnya, Kerajaan komited dalam memastikan defisit fiskal terus berkurangan dan negara berada pada landasan yang betul bagi mencapai bajet berimbang. Dalam hal ini, semua kementerian dan agensi perlu memastikan peruntukan mengurus dan pembangunan dibelanjakan bagi perkara yang benar-benar perlu dan penting dalam menyokong pelaksanaan dasar dan program negara. Kerajaan akan memastikan hutang Kerajaan Persekutuan tidak melebihi paras 55 peratus kepada KDNK dan defisit fiskal terus berkurangan kepada 3 peratus menjelang 2015. Antara langkah yang akan dan telah diambil termasuk memastikan kutipan hasil ditingkatkan dengan mengukuhkan sistem percukaian dan memastikan semua perolehan dan pembelian Kerajaan adalah berdasarkan prinsip value for money. Selain daripada peralihan sistem subsidi pukal kepada subsidi bersasar, kajian semula sistem percukaian kebangsaan akan diteruskan bagi memastikan sistem cukai negara akan lebih menggambarkan kedudukan kewangan setiap isi rumah. Peralihan daripada sistem cukai berasaskan pendapatan kepada sistem cukai yang lebih menyeluruh serta saksama akan pada analisa akhirnya memanfaatkan semua rakyat Malaysia. Langkah ini tidak dilaksanakan secara tergesa-gesa mahupun semberono tetapi setelah kajian teliti dan pelaksanaan penuh tertib. Ia tidak akan mengesankan rakyat terbanyak khususnya golongan berpendapatan rendah serta sederhana kerana perkara-perkara asas sama ada makanan, perumahan mahupun pengangkutan awam akan terus dilindungi. Pelaksanaan struktur baru cukai ini sudah menjadi sebagai satu imperatif nasional bagi memastikan kelestarian sistem kewangan negara terus utuh untuk generasi masa depan Malaysia. Kerajaan tidak akan mengelak dari mengambil tindakan yang betul walaupun ianya penuh liku. Walau bagaimanapun, ruang masa yang mencukupi akan tetap disediakan oleh Kerajaan agar semua pihak dapat membuat persiapan yang sewajarnya. Penerimaan rakyat ke atas inisiatif baru ini akan diperoleh dengan program penerangan, pendidikan serta rundingan secara ekstensif. Dalam memberi perkhidmatan terbaik, penjawat awam mesti menerapkan budaya produktiviti, kreativiti dan inovasi. Amalan kerja pula mestilah cepat, tepat dan berintegriti. Langkah ini akan mencetuskan paradigma baru dan seterusnya meningkatkan keyakinan rakyat terhadap prestasi perkhidmatan awam lebih efisien dan efektif serta lebih responsif. Kerajaan tidak lupa akan jasa pesara yang pernah mencurahkan khidmat bakti dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada negara. Sehubungan itu, Kerajaan akan menyelaras semula pencen pesara Kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun dengan menaikkan pencen minimum daripada 720 ringgit kepada 820 ringgit. Pelarasan pencen ini akan mengambil kira bayaran pencen bermula 1 Januari 2012. Langkah ini melibatkan seramai 50,371 pesara, termasuk penerima pencen terbitan, dengan peruntukan tambahan sebanyak 60 juta ringgit setahun. Sebagai pengiktirafan kepada golongan warga emas, Kerajaan mencadangkan caj bayaran pemprosesan pasport dikurangkan sebanyak 50 peratus iaitu daripada 300 ringgit kepada 150 ringgit untuk tempoh sah laku 5 tahun. Manakala, bagi caj bayaran pengurusan pasport untuk tempoh dua tahun dikurangkan kepada 80 ringgit. Pengurangan caj bayaran pasport ini juga diperluaskan kepada kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah. Kadar bayaran baru ini akan berkuat kuasa pada Januari 2013. Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia Bagi memastikan Angkatan Tentera Malaysia mempunyai modal insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, serta merealisasikan visi dan hala tuju strategik ATM sesuai dengan keperluan semasa, Kerajaan bersetuju untuk menambah baik skim perkhidmatan ATM. Sehubungan itu, syarat lantikan bagi skim perkhidmatan ATM telah ditambah baik dengan kelayakan masuk bagi pegawai ditingkatkan kepada Ijazah Sarjana Muda Kepujian dan bagi askar laskar kelayakan masuk minimum ditingkatkan ke peringkat SPM dan Diploma berdasarkan skop tugas. Mengambil kira keunikan perkhidmatan ATM, Kerajaan bersetuju untuk meningkatkan peluang kenaikan pangkat anggota ATM melalui kaedah kenaikan secara time-based anggota berpangkat prebet ke Lans Koperal dan Lans Koperal ke Koperal dalam tempoh 8 tahun dengan memenuhi syarat-syarat serta prestasi yang memuaskan. Ini adalah bagi meningkatkan peluang kemajuan kerjaya serta motivasi anggota ATM. Usaha ini akan memberi faedah kepada seramai 78,123 anggota dan melibatkan peruntukan sebanyak 107 juta ringgit. Di samping itu, Kerajaan juga bersetuju memberikan bayaran insentif khas dengan kadar 200 ringgit sebulan kepada semua pegawai dan anggota ATM seramai 125,708 orang berkuat kuasa 1 Januari 2013. Langkah ini akan melibatkan implikasi kewangan sebanyak 301 juta ringgit. Kerajaan menghargai peranan pasukan simpanan angkatan tentera sebagai pelengkap dan sokongan kepada angkatan tetap ATM. Bagi menghargai sumbangan mereka, Kerajaan bersetuju untuk menyelaras elaun khidmat bertugas daripada 4 ringgit sejam bagi anggota biasa kepada 6 ringgit sejam dan RM5.80 sejam kepada RM7.80 sejam melibatkan 65 ribu anggota simpanan angkatan tentera yang merangkumi Askar Wataniah serta Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut dan Udara di seluruh negara. Kadar baru ini telah pun dikuatkuasakan untuk RELA, JPAM dan PVR sebelum ini. Kerajaan juga tidak lupa jasa bakti pahlawan negara. Untuk membantu bekas tentera yang bersara awal kerana berkhidmat kurang daripada 21 tahun serta tidak berpencen, Kerajaan bersetuju untuk memberi sumbangan sebanyak 1 ribu ringgit secara one-off kepada mereka. Peruntukan sebanyak 224 juta ringgit yang melibatkan 224 ribu bekas tentera ini akan dikongsi bersama oleh Kerajaan dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Kerajaan juga akan memperkenalkan Skim Perlindungan Insurans Berkelompok kepada anggota tentera dan polis yang sedang berkhidmat dengan peruntukan 12 juta ringgit. Skim ini akan memberi had perlindungan maksimum sehingga 15 ribu ringgit kepada hampir 242 ribu anggota tentera dan polis. Pada masa ini, Kerajaan meminjam sebanyak 6 bilion ringgit setahun untuk membiayai keperluan pinjaman perumahan penjawat awam yang diuruskan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan, Kementerian Kewangan. Sebagai sebahagian daripada usaha konsolidasi fiskal dan mengurangkan beban tanggungan kewangan Kerajaan, BPP akan disusun semula di mana Kerajaan akan melantik panel bank komersial untuk menguruskan pinjaman perumahan Kerajaan yang baru berkuat kuasa Januari 2013. Segala manfaat dan bantuan sedia ada yang dinikmati oleh penjawat awam akan tetap dikekalkan malah ditambah baik. Penjawat awam masih tetap membayar 4 peratus kadar faedah ke atas pinjaman perumahan. Selain itu, pada masa ini, wang proses yang dikenakan bagi setiap permohonan pinjaman perumahan penjawat awam adalah sebanyak 1 ringgit bagi setiap 1,000 ringgit pinjaman yang dipohon bagi pinjaman kali pertama dan 2 ringgit bagi pinjaman kali kedua. Bagi mengurangkan beban kewangan dan memudahkan proses kelulusan pinjaman, Kerajaan bersetuju untuk menetapkan wang proses ini pada kadar 100 ringgit bagi setiap permohonan tanpa mengambil kira jumlah pinjaman yang dipohon. Kerajaan turut memberi perhatian untuk meringankan beban kos sara hidup bagi pelatih-pelatih yang mengikuti kursus pra perkhidmatan di peringkat ijazah, diploma dan sijil. Dengan ini, Kerajaan bersetuju menaikkan kadar elaun pra perkhidmatan yang melibatkan 31,135 pelatih. Skim perkhidmatan yang terlibat adalah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Penolong Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Farmasi, Juru X-Ray, Jururawat, Jururawat Pergigian, Jurupulih Perubatan, Juruteknologi Makmal Perubatan, Juruteknologi Pergigian, Jururawat Masyarakat, Pembantu Kesihatan Awam dan Pembantu Pembedahan Pergigian. Untuk ini, sebanyak 84.2 juta ringgit akan disediakan. FOKUS KELIMA: MENSEJAHTERAKAN RAKYAT Fokus Kelima: Mensejahterakan rakyat. Kerajaan juga akan menyediakan 6 bilion ringgit pada tahun 2013 di bawah Pakej Rangsangan Khas yakni PFI 2 untuk melaksanakan pelbagai projek dan program untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi negara. Antara projek yang telah dikenal pasti termasuk membaik pulih dan menyelenggara sekolah serta klinik kesihatan, projek perumahan, projek tangki air, rancangan tebatan banjir dan penyediaan kemudahan sukan. Mewujud Kejiranan Yang Selamat Dan Harmoni Kerajaan telah memperkenalkan langkah mengurangkan kadar jenayah sebagai salah satu inisiatif di bawah NKRA. Usaha mengurangkan kadar jenayah akan terus dipertingkatkan. Untuk tujuan ini, peruntukan sejumlah 591 juta ringgit akan disediakan bagi tahun 2013 untuk melaksanakan langkah-langkah berikut: Pertama : Menambah bilangan perjawatan baru Polis DiRaja Malaysia pada 2013 untuk melaksanakan tugas-tugas rondaan dan pencegahan jenayah serta menaik taraf infrastruktur dan menyediakan peralatan moden; Kedua: Menubuhkan Unit Rondaan Bermotosikal memantau kawasan perumahan. Untuk ini, Kerajaan akan menyediakan 1,000 buah motosikal dengan peruntukan sebanyak 20 juta ringgit; Ketiga: Menambah bilangan ahli Pasukan Sukarelawan Polis seramai 10,000 orang dengan peruntukan 70 juta ringgit bagi membantu polis membanteras jenayah; dan Keempat : Menambah pemasangan Sistem Kamera Litar Tertutup atau CCTV sebanyak 496 unit di 25 buah Pihak Berkuasa Tempatan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Kerajaan sedar akan tugas dan tanggungjawab berat pegawai dan anggota Polis DiRaja Malaysia. Kepada warga PDRM saya mendengar rintahan saudari dan saudari sekelian tentang beberapa anomali yang wujud terutamanya dalam perjawatan untuk para pegawai. Kerajaan mendengar dan mengambil maklum kita tidak sekali-kali mengambil mudah tentang soal ini. Kerajaan telahpun mengarahkan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam agar kajian komprehensif dilakukan untuk menambahbaik laluan kerjaya warga PDRM. kajian dan segala cadangan yang dibuat hendaklah merundingi semua “stakeholder” dan hendaklah diselesaikan dalam masa secepat mungkin. Kerajaan komited memastikan setiap rakyat yang dituduh di mahkamah mempunyai pembelaan sesuai dengan hak mereka yang dijamin oleh Perlembagaan dan telah memberi geran pelancaran sebanyak 14 juta ringgit kepada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan. Kerajaan dengan ini menambah 20 juta ringgit lagi peruntukan untuk tahun 2013. Penglibatan swasta dan komuniti setempat secara menyeluruh bersama Kerajaan adalah penting bagi memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang selamat. Sehubungan itu, Kerajaan akan melaksanakan inisiatif- inisiatif berikut: Pertama : Menyokong peranan persatuan penduduk bagi tujuan menggalakkan aktiviti rondaan di kawasan kejiranan. Untuk ini, Kerajaan bercadang memberi geran berjumlah 10,000 ringgit kepada 4,025 persatuan penduduk yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, dengan kos sebanyak 40 juta ringgit; Kedua : Mempertingkatkan peranan rukun tetangga dalam membantu menjaga keselamatan kawasan perumahan. Untuk ini, Kerajaan mensasarkan 6,500 penubuhan kawasan rukun tetangga menjelang tahun 2013. Kerajaan akan memperuntukkan 39 juta ringgit bagi membiayai aktiviti KRT; Ketiga : Menyediakan sepasang pakaian seragam untuk 300,00 anggota RELA yang aktif dengan peruntukan sebanyak 90 juta ringgit; dan Keempat : Tolakan sepenuhnya perbelanjaan pemasangan alat kawalan keselamatan bagi syarikat-syarikat dalam tahun yang sama ia dibelanjakan, berbanding dengan tolakan semasa iaitu 8 tahun, di bawah galakan Elaun Modal Dipercepatkan. Kerajaan juga bersetuju galakan yang menarik ini turut diberi kepada syarikat pemaju perumahan. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pastinya, Kerajaan terus komited untuk membasmi gejala rasuah. Bagi tahun 2013, sebanyak 276 juta ringgit akan diperuntukkan kepada SPRM bagi membanteras rasuah. Untuk ini, Kerajaan bersetuju menambah sebanyak 150 perjawatan tambahan setiap tahun sehingga mencapai 5,000 anggota. Langkah ini diharap akan dapat menyokong usaha Kerajaan memperbaiki kedudukan negara dalam Indeks Persepsi Rasuah. Memacu Transformasi Komuniti Kerajaan telah melancarkan Program Transformasi Luar Bandar atau RTP bagi mengukuhkan pembangunan kawasan luar bandar. Untuk komuniti di bandar pula, sukacita saya mengumumkan Program Transformasi Bandar atau UTP. Sejumlah 200 juta ringgit akan disediakan bagi maksud ini. Bagi memastikan penyelarasan strategik di antara RTP dan UTP, National Strategic Coordination Unit akan diwujudkan di bawah Kementerian Kewangan. Urban Transformation Program adalah inisiatif Kerajaan dalam pembangunan komuniti bandar bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan Kerajaan dan swasta yang efisien, cepat dan mudah diakses. UTC dilaksanakan dengan mengubahsuai bangunan Kerajaan sedia ada yang kosong atau mengoptimumkan penggunaan bangunan dengan kos yang minimum. Sebagai contoh, di UTC, rakyat boleh membuat pasport dalam tempoh satu jam sahaja, membayar zakat, bil utiliti, cukai pintu, membeli kain dan buku serta menjalankan aktiviti riadah seperti futsal dan gim. Keunikan UTC ini, ia beroperasi bermula dari 8.30 pagi hingga 10 malam, 7 hari seminggu. Di bawah UTP, Kerajaan telah melancarkan 2 Pusat Transformasi Bandar atau UTC iaitu di Melaka dan Kuala Lumpur. Terkini, UTC KL telah menerima purata seramai 4,000 orang sehari. Pelaksanaan UTC akan diperhebatkan dan dilaksanakan secara berperingkat di 6 bandar utama, iaitu Alor Setar, Kuantan, Ipoh, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching. Program Transformasi Luar Bandar Di luar bandar, Kerajaan telah membuka pula Pusat Transformasi Luar Bandar atau RTC di Gopeng, Perak dan Wakaf Che Yeh, Kelantan bagi menyediakan sebuah pusat integrasi perkhidmatan meliputi pengumpulan, pemprosesan dan pengedaran hasil pengeluaran pertanian, perbankan dan insurans, khidmat nasihat perniagaan, latihan dan kemahiran, klinik serta ruang niaga. Berdasarkan manfaat yang diterima, Kerajaan akan terus memperluaskan RTC ke Melaka, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak. Selain itu, Kerajaan juga akan menaik taraf Medan Info Desa seluruh negara sebagai Mini-RTC. Pembangunan Luar Bandar Dan Masyarakat Orang Asli Kawasan luar bandar akan terus dibangunkan bagi mengurangkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar. 4.5 bilion ringgit akan disediakan bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan pada tahun 2013 termasuk: Pertama : Sebanyak 1.2 bilion ringgit disediakan untuk melaksanakan 441 kilometer projek jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa yang memanfaatkan 220 ribu penduduk; Kedua : Sebanyak 1.6 bilion ringgit diperuntukkan untuk projek infrastruktur utiliti luar bandar bagi projek bekalan air kepada 24 ribu buah rumah dan projek penyambungan bekalan elektrik kepada 19 ribu buah rumah; Ketiga : Sebanyak 137 juta ringgit diperuntukkan bagi membiayai Program Desa Lestari melibatkan 29 buah kampung di seluruh negara dan memanfaatkan 38 ribu penduduk. Program utama termasuk menaik taraf kilang pemprosesan hasil laut dan makanan, pembinaan jeti baru, pembinaan pusat pemasaran serta menambah baik pakej dan aktiviti homestay serta rekreasi; Keempat : Sebanyak 88 juta ringgit diperuntukkan bagi melaksanakan program pembangunan ekonomi dan projek bekalan air bagi masyarakat Orang Asli; dan Kelima : Sebanyak 100 juta ringgit bagi membekal 40 ribu tangki air menggunakan kaedah tadahan air hujan khususnya di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak. Kesihatan Asas Kesejahteraan Kerajaan akan terus memastikan rakyat dapat menikmati perkhidmatan kesihatan yang memuaskan. Bagi tahun 2013, Kerajaan memperuntukkan sebanyak 19.3 bilion ringgit untuk perkhidmatan mengurus dan pembangunan. Pembukaan Klinik 1Malaysia telah mendapat sambutan baik dan memberi manfaat dalam meringankan kos rawatan selain memudahkan akses bagi mendapatkan rawatan. Justeru, Kerajaan akan memperuntukkan 20 juta ringgit bagi membuka tambahan 70 klinik pada tahun 2013. Klinik 1Malaysia juga akan mula menyediakan perkhidmatan ujian kolesterol dan glukosa serta ujian urin kepada mereka yang memerlukan. Selain itu, sebanyak 100 juta ringgit akan diperuntukkan untuk membaik pulih 350 klinik di seluruh negara, di samping menambah 150 buah mesin dialisis di pusat hemodialisis Kerajaan seluruh negara.   Memang benar, wanita bukan sahaja penting dalam pembentukan keluarga bahagia malah turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Untuk itu, Kerajaan memperuntukkan 50 juta ringgit bagi menyokong dwi peranan wanita ini dengan melaksanakan langkah-langkah berikut: Pertama : Seramai 500 wanita akan dilatih di bawah Program Pengarah Wanita untuk diketengahkan sebagai ahli lembaga pengarah syarikat; Kedua : Program Inkubator Keusahawanan Ibu Tunggal (I-KIT) akan dipertingkatkan untuk memberi khidmat nasihat dan latihan kepada ibu tunggal dalam bidang keusahawanan; dan Ketiga : Program Get Malaysian Business Online (GMBO) bagi membantu 50 ribu usahawan kecil, terutamanya wanita melonjakkan perniagaan dengan meningkatkan jualan secara atas talian dengan geran seribu ringgit melalui peruntukan 50 juta ringgit oleh SKMM. Keempat : Peruntukan sebanyak 25 juta ringgit untuk kemudahan pemeriksaan percuma ujian Mamogram. Langkah ini dijangka dapat memanfaatkan seramai 100 ribu wanita berumur 40 tahun dan ke atas.   Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Sesungguhnya Kerajaan amat menitikberatkan golongan yang kurang bernasib baik dan berpendapatan rendah dalam memastikan mereka ini tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara. Justeru, program Kebajikan Rakyat 1Malaysia atau KAR1SMA di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan diperuntukkan sebanyak 1.2 bilion ringgit meliputi program bantuan warga emas, bantuan kanak-kanak, elaun pekerja orang kurang upaya serta bantuan penyakit kronik. Kerajaan telah melancarkan program 1AZAM atau Akhiri Zaman Miskin yang bertujuan menyediakan peluang menjana pendapatan kepada golongan berpendapatan rendah. Antara program di bawah inisiatif ini adalah Azam Kerja, Azam Tani, Azam Niaga dan Azam Khidmat. Untuk ini, Kerajaan memperuntukkan sejumlah 400 juta ringgit yang dijangka dapat memanfaatkan sebanyak 58,330 peserta. Selain itu, Kerajaan telah menyediakan 2 pusat Anjung Singgah bertujuan untuk menempatkan warga emas, kanak-kanak jalanan dan mereka yang memerlukan tempat tinggal sementara sebelum mereka mendapat pekerjaan atau kemudahan tempat tinggal yang tetap. Seterusnya, Kerajaan menambah lagi 6 pusat Anjung Singgah. Kerajaan juga akan mewujudkan 5 Anjung Kasih di Hospital Sibu, Miri, Temerloh, Seremban dan Ipoh bagi menyediakan tempat penginapan sementara dan selesa kepada pesakit miskin atau ahli keluarga yang mengiringi pesakit yang sedang menerima rawatan di hospital Kerajaan. Belia dan Sukan Sukan adalah pemangkin perpaduan nasional yang terbaik kerana melibatkan semua golongan masyarakat. Nama-nama seperti Lee Chong Wei, Nicol Anne David, Pandelela Rinong, Azizulhasni Awang dan Muhamad Ziyad adalah antara hero dan heroin sukan yang dikagumi. Kejayaan dan pencapaian mereka di peringkat antarabangsa cukup membanggakan. Kerajaan sentiasa memberi penekanan dalam memastikan pembangunan sukan dilaksanakan secara berterusan. Untuk itu, bagi tahun 2013 sebanyak 738 juta ringgit diperuntukkan bagi pembangunan belia dan sukan. Kerajaan akan memperuntukkan 15 juta ringgit bagi mempersiapkan para atlet ke kejohanan sukan antarabangsa termasuk Sukan SEA 2013, Sukan Para ASEAN 2013, Sukan Komanwel serta Sukan Asia tahun 2014. Sebagai tambahan juga, 50 juta ringgit lagi diperuntukkan untuk tempoh 4 tahun khusus bagi persiapan Sukan Olimpik Rio 2016 di bawah program Road to Rio. Bagi menggalakkan perkembangan sukan lumba basikal dan badminton, Kerajaan akan membina sebuah velodrom tertutup di Seremban dan Akademi Badminton di Bukit Kiara dengan peruntukan sebanyak 80 juta ringgit. Dalam usaha melahirkan generasi belia yang berpersonaliti tinggi, berintegriti, kreatif dan berinovasi serta berdaya saing, Kerajaan melancarkan program Y-Creative yang melibatkan persatuan belia di seluruh negara. Kerajaan juga akan menganjurkan Festival Belia Putrajaya yang merupakan perhimpunan belia terbesar negara bersempena dengan perisytiharan tahun 2013 sebagai tahun kesukarelaan nasional. Bagi membantu usahawan muda dalam bidang ICT, sebuah yayasan dengan nama New Enterpreneur Foundation akan ditubuhkan dengan peruntukan permulaan sebanyak 50 juta ringgit. NEF akan menjadi platform bagi program latihan dan bimbingan. Selain itu, Young Entrepreneur Fund juga diwujudkan dengan peruntukan sebanyak 50 juta ringgit akan disediakan oleh SME Bank. Dana pinjaman mudah ini adalah untuk belia berumur 30 tahun ke bawah dengan subsidi kadar faedah pinjaman sebanyak 2 peratus dan had maksimum pinjaman sebanyak 100 ribu ringgit serta tempoh bayaran balik selama 7 tahun. Kerajaan mengiktiraf peranan belia dalam mengaspirasikan pembangunan negara. Untuk itu, Kerajaan akan melancarkan Pertandingan Lautan Biru 1Malaysia For Youth atau 1M4U untuk mereka mempersembahkan idea-idea kreatif dan inovatif menerusi pertandingan di peringkat tempatan, negeri dan kebangsaan. 3 idea terbaik akan diberikan peruntukan daripada Dana Sukarelawan 1Malaysia. Sebahagian besar daripada 22 peratus rakyat Malaysia yang menggunakan telefon pintar untuk melayari internet adalah golongan belia. Oleh itu, bagi membuka akses golongan muda kepada lebuhraya maklumat, satu pakej khas akan diperkenalkan oleh kerajaan melalui kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta syarikat telekomunikasi. Melalui Pakej Komunikasi Belia, rebat 200 ringgit akan diberi secara one-off bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G melalui pengedar-pengedar rasmi. Ia terbuka kepada belia yang berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah. Sebanyak 300 juta ringgit telah disediakan dan akan memanfaatkan 1.5 juta belia. Menjengah peranan karyawan, budayawan dan seniman dalam proses pembangunan negara, kita maklum bahawa kemajuan Malaysia tidak diukur semata-mata pada pendapatan perkapita dan pertumbuhan ekonomi. Ia turut diukur menggunakan pelbagai dimensi. Para karyawan memainkan peranan penting dalam meningkatkan peradaban nasional. Sebagai menghargai peranan mereka ini, Kerajaan bersetuju memperuntukkan sejumlah 6 juta ringgit sebagai bantuan pentadbiran dan kegiatan kepada semua persatuan yang berdaftar.   Memperluas Jaringan Pengangkutan Awam Bandar Bercakap pula ehwal perkhidmatan pengangkutan awam yang baik, ia adalah nadi kepada pembangunan sesebuah komuniti. Lanjutan daripada kejayaan pengenalan RapidKL dan RapidPenang, Kerajaan akan melancarkan RapidKuantan mulai 1 Disember 2012 bagi menyediakan perkhidmatan pengangkutan bas berkualiti di Kuantan yang dapat memanfaatkan rakyat teramai. Syarikat Prasarana juga dalam proses untuk memperluaskan perkhidmatan ini di bandar lain seperti Ipoh, Seremban, Kuching dan Kota Kinabalu. Kerajaan memandang serius kepentingan pengangkutan bagi orang ramai terutamanya mereka yang tinggal dan bekerja di bandar besar. Pada masa ini, golongan OKU, pesara dan pelajar telah menikmati diskaun 50 peratus kadar tambang apabila menggunakan perkhidmatan komuter KTMB. Sebagai lanjutan, suka saya mengumumkan, bahawa Kerajaan bersetuju untuk memperluaskan diskaun 50 peratus kadar tambang ini, kepada semua warganegara Malaysia yang berpendapatan 3,000 ringgit dan ke bawah.   Kerajaan sedar, perumahan selesa dan mampu milik adalah keperluan asas paling utama kepada rakyat. Kerajaan komited untuk memastikan setiap rakyat Malaysia berpeluang untuk memiliki rumah mereka sendiri. Ini bukan sahaja satu imperatif yang bersifat ekonomi, malahan ia adalah imperatif moral bagi sebuah Kerajaan yang bertanggungjawab. Oleh itu, Kerajaan akan menjadikan hasrat ini sebagai prioriti berterusan. Bagi tahun 2013 sahaja, suka saya umumkan, Kerajaan akan memperuntukkan 1.9 bilion ringgit bagi membina 123 ribu unit rumah dengan harga berpatutan di kawasan-kawasan strategik. Inisiatif ini akan dilaksanakan oleh PR1MA, Syarikat Perumahan Nasional Berhad dan Jabatan Perumahan Negara. Sebanyak 500 juta ringgit akan dibelanjakan oleh PR1MA untuk membina 50 ribu unit rumah di bandar-bandar utama di seluruh negara dengan harga jualan antara 100 hingga 400 ribu ringgit seunit. Antara bandar-bandar utama tersebut adalah Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor Bharu, Seremban dan Kuantan. Di samping itu, PR1MA juga akan menyediakan Dana Pemudah Cara Perumahan berjumlah 500 juta ringgit untuk membina 30 ribu unit rumah secara usaha sama dengan pemaju perumahan swasta. Harga rumah yang ditawarkan di bawah program ini adalah 20 peratus lebih rendah berbanding dengan harga di pasaran dan proses pengagihan rumah akan dilaksanakan secara sistem pengundian terbuka. Manakala sebanyak 320 juta ringgit diperuntukkan melalui SPNB untuk membina sebanyak 22,855 unit kediaman termasuk apartmen kos rendah dan sederhana, rumah mesra rakyat serta rumah mampu milik. Projek perumahan SPNB yang akan dilaksanakan segera termasuk membina sebanyak 1,855 unit apartmen kos sederhana dengan keluasan 850 kaki persegi di Shah Alam dan Sungai Buloh. Unit kediaman ini akan dijual pada harga sekitar 120 ribu hingga 220 ribu ringgit seunit. Bagi program Rumah Mesra Rakyat pula, SPNB akan membina sebanyak 21,000 unit rumah untuk tahun 2013. Di bawah program ini, SPNB akan membina rumah berharga 65 ribu ringgit dengan subsidi sebanyak 20 ribu ringgit serta subsidi kadar faedah ke atas pinjaman sebanyak 2 peratus. Selain itu, peruntukan sejumlah 543 juta ringgit akan disediakan bagi Jabatan Perumahan Negara melaksanakan 45 projek di bawah Program Perumahan Rakyat melibatkan 20,454 unit rumah yang akan dibina menggunakan kaedah Industrialised Building System. Kesemua unit kediaman ini akan dijual antara 30 hingga 40 ribu ringgit seunit berbanding harga pasaran sekitar 120 ribu ringgit seunit. 20 peratus daripada keseluruhan unit rumah PPR kepada penjawat awam dan sebahagian kepada golongan OKU.   Bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia memiliki rumah yang pertama, Skim Rumah Pertamaku yang telah dilancarkan melalui bajet yang lalu, akan ditambah baik dengan meningkatkan had pendapatan peminjam perseorangan daripada 3,000 ringgit kepada 5,000 ringgit sebulan atau 10,000 ringgit sebulan bagi pinjaman bersama suami isteri. Di samping itu, syarat keperluan simpanan 3 bulan deposit serta tempoh minimum bekerja 6 bulan juga akan dimansuhkan. Dalam Bajet 2009, Kerajaan telah pun memberi pengecualian duti setem 50 peratus ke atas surat cara perjanjian pindah milik dan pinjaman sebuah rumah kediaman pertama yang berharga sehingga 350 ribu ringgit. Kerajaan bercadang melanjutkan pengecualian duti setem sedia ada sehingga 31 Disember 2014 dengan had kelayakan harga rumah dinaikkan sehingga 400 ribu ringgit. Kajian Semula Cukai Keuntungan Hartanah Menyangkut hal penawaran hartanah yang terhad terutamanya di kawasan bandar, ia membuka ruang kepada aktiviti spekulasi. Dengan itu, Kerajaan mencadangkan cukai keuntungan harta tanah ke atas keuntungan pelupusan hartanah yang dibuat dalam tempoh tidak melebihi dua tahun dari tarikh perolehan hartanah berkenaan, dikenakan pada kadar 15 peratus dan 10 peratus bagi pelupusan hartanah dalam tempoh 2 hingga 5 tahun. Bagi hartanah yang dilupuskan selepas tempoh 5 tahun daripada tarikh perolehannya, RPGT tidak dikenakan. Sementelahan itu, keuntungan daripada pelupusan sebuah rumah kediaman sekali dalam seumur hidup dan pelupusan hartanah atas dasar kasih sayang antara suami dan isteri, ibu bapa dan anak, datuk atau nenek dan cucu dikecualikan daripada RPGT. Galakan Cukai Untuk Memulih Projek Perumahan Terbengkalai Selanjutnya, bagi tahun 2013, Kerajaan memperuntukkan 100 juta ringgit kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dijangka dapat memulihkan 30 projek rumah terbengkalai. Sebagai tambahan untuk menggalakkan penyertaan sektor swasta, Kerajaan akan menyediakan insentif cukai seperti berikut: Pertama: Institusi perbankan diberi pengecualian cukai ke atas pendapatan faedah yang diterima daripada kontraktor penyelamat; Kedua : Kontraktor penyelamat diberi potongan cukai 2 kali ke atas bayaran faedah dan semua kos langsung dalam mendapatkan pinjaman; Ketiga : Kontraktor penyelamat diberi pengecualian duti setem ke atas semua jenis surat cara yang disempurnakan bagi tujuan pindah milik tanah atau rumah dan surat cara pinjaman bagi membiayai kos pemulihan; dan Keempat : Pembeli asal rumah terbengkalai diberi pengecualian duti setem ke atas semua jenis surat cara yang disempurnakan bagi tujuan mendapat pembiayaan tambahan dan pindah milik rumah. Bantuan Dan Insentif Rakyat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Sesungguhnya, Kerajaan ini adalah Kerajaan rakyat, dari rakyat untuk rakyat. Kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat adalah objektif tertinggi. Kerajaan ini tidak akan sekali-kali melakukan sebarang tindakan yang akan membahayakan masa depan orang ramai. Bukan seperti sesetengah pihak, yang sanggup mengatakan apa sahaja, ini percuma, itupun percuma, hutang tak perlu bayar, hatta menjanjikan syurga semata-mata untuk berkuasa. Namun, saya selaku Menteri Kewangan, tidak akan menyembunyikan kebenaran, sekalipun ia pahit. Pendek kata, Kerajaan ini tidak akan mengaburi mata rakyat. Menyedari hakikat inilah, Kerajaan sedang melaksanakan inisiatif rasionalisasi subsidi dan mengalih secara berperingkat kaedah pemberian subsidi daripada subsidi pukal yang membawa kepada banyak ketirisan dan sehingga orang yang berada pun memperoleh, kepada subsidi yang bersasar. Di bawah prinsip ini, subsidi akan diteruskan tetapi akan diberi hanya kepada kelompok yang betul-betul memerlukannya. Hakikatnya, jika Kerajaan terus memberi subsidi secara pukal, ia akan menghancurkan kedudukan kewangan negara sehingga akhirnya rakyat menanggung akibat, seperti mana yang berlaku di sesetengah negara di dunia. Sebagai sebuah Kerajaan yang bertanggungjawab, kita tidak rela perkara tersebut berlaku. Bersesuaian dengan peralihan kepada dasar pelaksanaan subsidi bersasar, Kerajaan komited bagi memastikan setiap segmen rakyat Malaysia dapat mengongsi kemakmuran negara. Ini hanya akan berlaku, sekiranya ekonomi nasional terus tumbuh secara mapan dan kekayaan negara dapat terus dijana. Sukacita saya mengumumkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M 2.0. Kriteria penerima tetap sama iaitu ketua isi rumah yang berpendapatan 3,000 ringgit dan ke bawah. Sebagai tambahan, sukacita juga saya mengumumkan pemberian BR1M 2.0 ini diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi 2 ribu ringgit sebulan. Pemberian bantuan kepada individu bujang ini adalah sebanyak 250 ringgit. Hakikatnya, bantuan kepada isi rumah dan individu bujang ini bukanlah satu langkah populis malah manifestasi sebuah Kerajaan bertanggungjawab dan mampu mengurus kewangan negara dengan berhemah. Ia memanfaatkan 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang melibatkan peruntukan 3 bilion ringgit. Ia akan dibayar mulai awal tahun 2013. Bagi memudahkan pelaksanaan, penerima BR1M sedia ada tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua manakala pemohon baru boleh mula mendaftar mulai November 2012 secara atas talian atau melalui kaunter di Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri seluruh negara. Gula yang diambil secara berpatutan adalah baik, namun sekiranya diambil secara berlebihan ia mampu menjadi racun. Setakat ini, sekitar 2.6 juta rakyat Malaysia mengidap diabetes. Oleh itu, Kerajaan bercadang mengurangkan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram mulai 29 September 2012. Kerajaan menyeru kepada para peniaga bahawa janganlah membebankan saudara se-Malaysia dengan kenaikan harga. Sebaliknya kurangkanlah kandungan gula. Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan masih lagi menanggung subsidi gula sebanyak 34 sen satu kg yang melibatkan perbelanjaan sebanyak 278 juta ringgit. Malah pengurangan subsidi ini disokong oleh persatuan-persatuan pengguna dan pengamal kesihatan. Selanjutnya, untuk menampung perbezaan harga dan kuota penggunaan minyak masak yang semakin meningkat, Kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak 1.5 bilion ringgit bagi menstabilkan harga minyak masak di pasaran. Secara umumnya, harga barangan keperluan di Sabah dan Sarawak adalah lebih mahal berbanding di Semenanjung Malaysia disebabkan kos penghantaran dan pengagihan yang lebih tinggi. Bagi memastikan kos dan harga barangan dapat dikurangkan, Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif termasuk Program Penyeragaman Harga, pemberian subsidi pengangkutan serta pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia. Untuk ini, Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak 386 juta ringgit bagi memastikan harga barangan keperluan di Sabah dan Sarawak serta Labuan dijual pada harga yang lebih rendah dan lebih seragam dengan membuka sebanyak 57 buah KR1M dan menanggung kos penghantaran produk dari Semenanjung Malaysia ke Sabah, Sarawak serta Labuan termasuk penghantaran ke kawasan pedalaman. Sebagai contoh di Ba’kalalan, Sarawak, harga gas memasak 14 kg setong dijual pada harga RM70. Dengan program penyeragaman harga, gas memasak tersebut boleh dibeli hanya dengan RM26.60 setong. Sebagai tambahan, bagi meringankan beban rakyat yang berulang alik menggunakan perkhidmatan feri dari Labuan ke Sabah dan Sarawak, Kerajaan akan memberi diskaun tambang kepada semua penumpang sebanyak 50 peratus. Di samping itu, diskaun sebanyak 50 peratus turut diberi ke atas tambang feri untuk kenderaan komersial yang mengangkut barang keperluan asas dan binaan ke Labuan. Mempermudah Ibadah Haji Sekali lagi kita memasuki musim panggilan Haji menuju Baitullah. Dalam Bajet 2012, saya telah mengumumkan pencarum KWSP boleh membuat pendaftaran awal menunaikan rukun ke 5 ini melalui penghadangan Akaun 2 sebanyak 1,300 ringgit. Alhamdulillah, setakat ini, seramai 51,528 pencarum telah menggunakan inisiatif ini. Sebagai langkah tambahan untuk membantu bakal-bakal haji, saya ingin mengumumkan bahawa bakal-bakal haji yang mencarum di KWSP, kini dibenarkan mengeluarkan simpanan dari Akaun 2 mereka bagi menampung kekurangan kos tambang. Inisiatif ini terhad kepada jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran sehingga 3 ribu ringgit. Kajian Semula Cukai Pendapatan Individu Dan Koperasi Kerajaan prihatin ke atas peningkatan kos sara hidup rakyat serta tanggungan cukai pendapatan mereka. Kerajaan telah pun menyediakan sebanyak 20 jenis pelepasan cukai individu dan 2 rebat cukai. Berikutan pelepasan dan rebat cukai ini, hanya 1.7 juta orang sahaja yang perlu membayar cukai berbanding keseluruhan guna tenaga iaitu seramai 12 juta orang. Dalam proses peralihan daripada sistem cukai sedia ada yang berasaskan pendapatan kepada sistem cukai yang lebih adil dan saksama, Kerajaan mencadangkan kadar cukai pendapatan individu diturunkan 1 mata peratusan bagi setiap kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi 2,500 ringgit sehingga 50 ribu ringgit. Langkah ini akan mengeluarkan seramai 170 ribu pembayar cukai daripada membayar cukai serta pembayar cukai pendapatan sedia ada juga menikmati penjimatan bayaran cukai mereka. Sebagai contoh, golongan profesional muda yang belum berkahwin dengan pendapatan bulanan 5 ribu ringgit, akan menikmati penjimatan cukai pendapatan sehingga 425 ringgit seorang. Pada masa yang sama, bagi terus memacu transformasi gerakan koperasi, Kerajaan mencadangkan kadar cukai pendapatan koperasi juga dikurangkan antara 1 hingga 7 mata peratusan di semua kumpulan pendapatan bercukai. Dengan ini, seramai 7 juta ahli koperasi akan menikmati manfaat sebagai galakan untuk meningkatkan keupayaan keusahawanan dalam bidang perniagaan. Meringankan Beban Pengusaha Bas Sekolah Kerajaan mengambil berat akan keselamatan anak-anak yang menaiki bas ke sekolah dan pemandu-pemandu bas berikutan kualiti segelintir bas sekolah yang kurang memuaskan. Keadaan ini disebabkan pengusaha bas sekolah tidak dapat menampung beban kos penyelenggaraan yang semakin meningkat sedangkan sebahagian besar bas yang dimiliki telah melebihi jangka hayat ekonomi. Untuk itu, Kerajaan mencadangkan pengusaha bas sekolah diberi pertamanya, pemberian rebat tunai 10 ribu ringgit dan subsidi kadar faedah 2 peratus ke atas pinjaman penuh untuk menggantikan bas sekolah lama berusia melebihi 25 tahun kepada bas baru yang berkapasiti 12 hingga 18 tempat duduk. Skim pinjaman ini diuruskan oleh BSN ditawarkan untuk tempoh permohonan 2 tahun bermula 1 Januari 2013. Keduanya, penyediaan Skim Perlindungan Insurans Kemalangan Diri, hilang upaya kekal dan kematian kepada semua murid sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah berpermit. Usaha ini akan memanfaatkan seramai 2 juta pelajar dengan perlindungan maksimum sebanyak 100 ribu ringgit dan kos premium sebanyak 40 juta ringgit untuk tempoh 2 tahun yang akan diselia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat. Mengurangkan Kos Pembelajaran Pelajar Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan amat prihatin terhadap kebajikan pelajar terutama mereka yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah. Kerajaan sentiasa menyediakan peruntukan khusus kepada pelajar sekolah rendah dan menengah yang merangkumi bantuan geran per kapita, bantuan makanan asrama, Rancangan Makanan Tambahan, pembelian buku teks dan bantuan bayaran tambahan persekolahan. Untuk ini, sebanyak 2.6 bilion ringgit diperuntukkan pada tahun 2013. Pada pembentangan Bajet 2012, saya telah mengumumkan bantuan persekolahan 100 ringgit kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah. Bagi meringankan beban persekolahan keluarga berpendapatan rendah dan sederhana, Kerajaan sekali lagi akan meneruskan pemberian bantuan persekolahan 100 ringgit kepada pelajar sekolah rendah dan menengah. Bantuan ini akan dibayar mulai Januari 2013 dan bermanfaat kepada 5.4 juta pelajar melibatkan peruntukan sebanyak 540 juta ringgit. Kerajaan akan meneruskan program Baucar Buku 1Malaysia kepada setiap pelajar IPT dan pra-universiti. Suka saya mengumumkan, bahawa nilai baucar akan ditingkatkan daripada 200 ringgit kepada 250 ringgit. Langkah ini melibatkan peruntukan 325 juta ringgit dan akan memanfaatkan seramai 1.3 juta pelajar di seluruh negara. Kerajaan juga amat prihatin akan bebanan kos pendidikan tinggi anak-anak. Bagi membantu meringankan tanggungan kewangan ibu bapa, Kerajaan mencadangkan pelepasan cukai sedia ada bagi pendidikan tinggi anak- anak sebanyak 4,000 ringgit seorang sekarang ini, dinaikkan kepada 6,000 ringgit mulai tahun taksiran 2013. Langkah ini menunjukkan komitmen dan tumpuan Kerajaan ke atas pelaburan bagi meningkatkan tahap pendidikan generasi muda yang akan memberi manfaat kepada negara pada masa hadapan. Bagi menggalakkan sikap menabung untuk pendidikan, sukacita juga saya mengumumkan di sini bahawa pelepasan cukai yang telah pun diberi sehingga 3,000 ringgit bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional dinaikkan kepada 6,000 ringgit. Tuan Yang di-Pertua, Menurut hukum, hutang wajib dibayar. Pinjaman PTPTN satu amanah. Ia adalah satu keistimewaan, bukan satu hak. Jika hutang PTPTN tidak dibayar, ia akan menafikan hak-hak pelajar masa depan. Oleh itu, bagi memudahkan proses pembayaran balik, Kerajaan akan memperkenalkan beberapa insentif. Pertama, bagi peminjam yang menyelesaikan hutang sekali gus dalam tempoh setahun selepas pengumuman ini, bermula 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013, diskaun 20 peratus akan diberikan ke atas jumlah pinjaman mereka. Manakala, bagi mereka yang membayar pinjaman secara konsisten mengikut jadual mulai 1 Oktober 2012, diskaun 10 peratus setahun akan diberikan. Kita tahu Tuan Yang di-Pertua, ada pihak yang mencadangkan supaya hutang keseluruhan hutang PTPTN dimansuhkan. Ini adalah satu perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab kerana jika dimansuhkan, siapa yang akan menanggung lebih 30 bilion ringgit hutang PTPTN. Bukankah yang akan terbeban adalah rakyat Malaysia? Bertanggungjawabkah jika kita yang berhutang masyarakat yang menanggung. Itulah persoalannya. Program Jalur Lebar Untuk Rakyat Termiskin Di Bandar Kerajaan akan menubuhkan 100 Pusat Internet 1Malaysia bagi Tahun 2013 hingga 2015 di dalam bandar seperti di kawasan perumahan rakyat. Pusat ini dilengkapi dengan kemudahan komputer dan perkhidmatan jalur lebar bagi kegunaan harian dan meningkatkan kegiatan sosioekonomi mereka. Untuk itu, SKMM akan menyediakan peruntukan sebanyak 150 juta ringgit. Menggalakkan Aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Kerajaan berharap pihak swasta, badan korporat serta syarikat berkaitan Kerajaan dapat memainkan peranan yang lebih besar dalam pembangunan dan kesejahteraan rakyat melalui Tanggungjawab Sosial Korporat atau ‘Corporate Social Responsibility’. Bagi menyokong usaha Kerajaan untuk merancakkan aktiviti CSR, program yang akan dilaksanakan oleh GLC dan agensi termasuklah: Pertama: Felda akan melaksana dan menyiapkan projek perumahan generasi baru sebanyak 20,000 unit untuk tempoh lima tahun di atas 5,000 ekar tanah dalam kawasan Felda. Projek ini akan menelan belanja sebanyak 1.5 billion ringgit dalam tempoh tersebut. Di samping itu, Felda telah memperuntukkan sebanyak 60 juta ringgit bagi membaiki rumah-rumah kampung tradisi di sekitar rancangan. Felda juga akan berbelanja sebanyak 100 juta ringgit setahun untuk program pendidikan dan latihan kemahiran serta biasiswa kepada 5000 anak generasi baru, 30 peratus atau 2,000 orang dari jumlah ini adalah terdiri dari anak-anak dari luar Felda; Kedua: Yayasan 1MDB akan menyediakan 300 juta ringgit bagi pemberian geran pendidikan, bantuan kewangan, pembinaan rumah arau untuk pelajar pra-sekolah di pedalaman Sarawak, Klinik Bergerak 1Malaysia dan program membaiki rumah bagi golongan miskin dan daif; Ketiga: Syarikat-syarikat GLIC dan GLC akan memperuntukkan hampir 500 juta ringgit untuk menjalankan CSR dalam bidang pembangunan komuniti, biasiswa, pendidikan, sukan dan alam persekitaran. Sebaik manapun dasar yang telah digubal pihak Kerajaan tidak akan bermakna tanpa pelaksanaan yang cekap serta berkesan. Kerajaan mengucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam negara yang merupakan jentera pelaksanaan dasar negara sama ada yang berada di peringkat daerah, pihak berkuasa tempatan, negeri mahupun pusat. Kerajaan juga ingin mengambil peluang ini untuk mengiktiraf peranan yang dimainkan Kementerian Kewangan sebagai pelaksana dasar fiskal negara, Bank Negara Malaysia yang bertanggungjawab terhadap dasar monetari negara dan Suruhanjaya Sekuriti yang mengawal keutuhan pasaran modal kebangsaan. Makanya, sebagai Kerajaan yang mengenang budi, suka saya mengumumkan pemberian bonus sebanyak satu setengah bulan gaji. Seperti kita tahu, dari jumlah ini, setengah bulan telahpun diberikan menjelang perayaan Aidilfitri yang lepas, sejumlah setengah bulan gaji lagi akan diberikan pada bulan Disember kelak manakala setengah bulan lagi akan diberikan pada bulan Januari nanti. Diharapkan pemberian bonus ini akan mengurangkan beban para penjawat awam terutamanya yang berkeluarga sempena musim awal persekolahan. PENUTUP Bajet yang baru saya bentangkan untuk tahun 2013 ini adalah bajet terakhir sebelum pilihanraya umum ke-13. Ia merupakan antara siri-siri bajet yang akan mendorong negara tercinta ke arah pencapaian wawasan nasional. Dengan izin Allah SWT dan dengan sokongan serta dukungan rakyat Malaysia, InsyaAllah kita akan menyaksikan enam lagi bajet yang akan dibentangkan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum Malaysia berubah status daripada sebuah negara membangun berpendapatan sederhana tinggi menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi. Sebagai parti yang telah dimandatkan, kami menyeru agar rakyat menilai secara kritikal dan rasional akan titipan rekod kejayaan yang dimiliki oleh Barisan Nasional. Kerajaan BN dan sebelum itu perikatan telah selama 55 tahun mencipta kehidupan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia. Kita tahu ada pihak yang menyeru supaya mereka diberi peluang untuk membentuk kerajaan. Secara berlapang dada, dalam sebuah negara yang demokratik, kita faham tidak salah menawarkan diri, kerana mereka juga ada hak namun pada akhirnya, rakyatlah yang akan menentukan siapa akan mendapat mandat melalui peti undi. Kini, masanya hampir tiba apabila rakyat Malaysia akan membuat pilihan bagi menentukan masa depan mereka dan anak-anak mereka. Persoalan yang perlu ditanya semasa membuat keputusan ialah, sama ada kehidupan mereka hari ini lebih baik berbanding semalam dan adakah hari esok menjanjikan harapan yang sarat dengan peluang serta potensi. Jika jawapannya ya, maka tanpa ragu-ragu berilah mandat kepada kerajaan yang ada untuk meneruskan dan menambahbaik apa yang ada. Pujangga bermadah, bumi mana tak ditimpa hujan, gading mana yang tidak retak. Kita akur, Kerajaan BN tidak bebas dari kekhilafan tetapi yang membezakan kami dan mereka ialah mereka tidak mempunyai ketawaduâ €™an untuk mengakui kesilapan sebaliknya mencipta alasan demi alasan dengan penuh gempita menyalahkan orang lain.   Pucuk pangkalnya, pihak yang menawarkan alternatif ini juga perlu dinilai catatan rekod mereka. Kerana mereka bukannya tidak dikenali rakyat Malaysia. Malah, ada di kalangan mereka pernah diamanahkan sebagai kepimpinan tertinggi yang mengurus khazanah negara. Tidak cukup dengan itu, hari ini di beberapa negeri mereka juga mengepalai kerajaan. Kalau hari ini mereka menjanji itu dan ini, rakyat Malaysia harus bertanya, apabila pemimpin berkenaan, ketika masih berjawatan dulu, kenapa tidak melaksanakan apa yang dikokokkan. Hakikatnya, jika ketika berpeluang, tidak melaksanakan segala yang dijanji, apatah pula jaminan mereka akan melunaskannya jika diberi kuasa sekarang. Bukankah apabila berhadapan dengan krisis kewangan global, hampir ranap negara ini dibuatnya? Jika kini, di negeri-negeri yang ditadbir mereka, apa yang terkandung dalam manifesto mereka sendiri pun masih tinggal janji, mana mungkin mereka boleh dipercayai dengan amanah dan kuasa. Ini berbeza dengan kerajaan BN. Apabila berjanji, ditepati. Bahkan sebelum berjanji pun lagi, kita bersikap bertanggungjawab, dengan menentukan sama ada janji itu boleh ditunaikan atau tidak. Bukannya mengambil sikap asal menang, segalanya-galanya sanggup dipertaruhkan. Sebaliknya bila menang, janji hilang entah ke mana. Kata Plato “The measure of a man is what he does with power”. Justeru, hari ini, kita dapati, untuk berkuasa, ada sesetengah pihak sanggup mengadu domba antara agama dan bangsa, sanggup menggadai segala- galanya hatta prinsip sekalipun demi kerakusan kuasa. Kerajaan BN, dibimbing prinsip “fastabiqul khairat” sepertimana terkandung di dalam ayat al-Quran yang saya baca pada awal ucapan tadi, iaitu berlumba lumba melakukan kebaikan. Sedangkan pegangan puak sana tampaknya “fastabiqul fasad”, iaitu berlumba-lumba membuat onar kerosakan. Kalau kita lihat lagi, hakikatnya Kerajaan BN adalah perintis kepada perpaduan kaum yang menjadi teras kestabilan nasional tetapi pihak lain yang ingin menjadi Kerajaan merintis kekuatan melalui konflik dan kebencian. Kerajaan difitnah dan dituduh semahunya. Maka, saya menyeru rakyat Malaysia supaya menghakimi Kerajaan BN dengan amal perbuatan bukannya retorik. Marilah bersama-sama saya dan rakan-rakan untuk kita melepas bebaskan segala potensi yang ada bagi membina sebuah negara yang boleh kita banggakan. Sebuah negara yang mana yang susah dibantu, yang lemah dilindungi, yang berada membantu, yang kuat melindungi, yang muda kasihi, yang tua dihargai, yang memerlukan dikhidmati dan yang berbakat digilap. Sesungguhnya, kita mahukan Malaysia yang tersanjung di persada antarabangsa. Malaysia yang makmur dan aman. Malaysia yang menjadi cahaya dan oasis di tengah-tengah ketidaktentuan global. Mudah-mudahan dengan izin-Nya dan sokongan padu rakyat, kita bakal membina sebuah realiti dari impian. Kepada Allah kita berserah. Saya mohon mencadangkan. Pada 21hb Jun 1999, Dr Mahathir, Perdana Menteri Malaysia keempat secara rasminya memulakan tugas di pejabat barunya di Putrajaya manakala pada 7 November 2000, Yang di-Pertuan Agong Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mewakili Kerajaan Persekutuan dan Pemangku Raja Selangor, Raja Idris Shah mewakili kerajaan Selangor menandatangani surat perjanjian menjadikan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan. Majlis pemeteraian perjanjian itu disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed mewakili Kerajaan Persekutuan dan Menteri Besar Selangor, Datuk Dr Mohd Khir Toyo untuk kerajaan Selangor. Hari ini Putrajaya berdiri gilang gemilang dengan bangunannya yang unik dan mewah, jalanraya yang luas, tasik yang indah, jambatan yang mencuit hati, tiang lampu bergaya dan landskap yang mengkagumkan. Tetapi sebelum ini semua, Putrajaya adalah tempat penginapan 4 generasi pekerja ladang dari empat ladang iaitu Ladang Prang besar, Ladang Sedgeley, Ladang Galloway dan Ladang Madingley. Setiap sudut Putrajaya mestinya dan pastinya mempunyai DNA, peluh, keringkat, darah, tulang, emosi dan pengalaman generasi pekerja ladang yang telah membanting diri dan kehidupan mereka. Pokok getah dan kemudian pokok kelapa sawit yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya di rantau ini menjadi saksi akan pengorbanan masyarakat pekerja ladang yang menjadi tulang belakang dan benteng ekonomi Negara sejak 1900an lagi. PECAH TANAH PUTRAJAYA Pada 10 September 1996, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad telah melakukan upacara pecah tanah bagi Precinct Kerajaan Putrajaya. Namun pada hari bersejarah ini, para pekerja ladang yang masih duduk di empat ladang ini diberi arahan keras untuk tidak datang 1kilometer dari tempat upacara bersejarah ini berlaku. Pihak polis Pasukan Polis Hutan telah ditempatkan berhampiran kawasan program untuk memastikan arahan ini diikuti. Fungsi PPH adalah satu pasukan simpanan khas bertujuan untuk menghadapi semua jenis ancaman dalam bentuk ketenteraman awam, aktiviti subversif, keganasan atau pemberontakan bersenjata yang berlaku dalam negara selain menyediakan bantuan kepada polis daerah untuk memelihara undang-undang dan ketenteraman awam. Apa yang telah berlaku sebelum tarikh itu mungkin dapat menjawab soalan mengapa pekerja ladang yang telah hidup di kawasan ini untuk 4 generasi kini dikenakan sekatan untuk tidak datang berdekatan tempat acara pecah tanah yang sebelumnya merupakan sebahagian dari tempat mereka biasa berlalu. Ini adalah kerana, untuk lebih 3 tahun, para pekerja ladang dari 4 ladang ini hidup dalam ketidakpastian dan kebingungan. Hidup mereka menjadi tidak menentu sejak 1993 apabila Pengurusan Golden Hope iaitu syarikat terbesar perladangan pada masa itu telah memberitahu para pekerja bahawa pihak kerajaan akan mengambil alih empat ladang itu dan memaklumkan para pekerja akan dipindahkan ke ladang-ladang lain bawah Golden Hope di kawasan berlainan. Para pekerja terkejut bahawa bukan sahaja mereka akan diusir dari penempatan sekarang malah kehidupan perit mereka di ladang kena diteruskan ke ladang lain pula yang bukan pilihan mereka. Mereka membantah tindakan ini dan menuntut untuk perumahan alternatif tetap. Kami menyaksikan setiap satu insiden yang berlaku kerana pada masa itu kami adalah mahasiswa UKM dibawah Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/I (JKMI) yang kemudiannya telah mewujudkan Pusat Pembangunan Masyarakat (CDC) yang menjadi antara teras utama organisasi Jaringan Rakyat Tertindas(JERIT) dan kemudiannya Parti Sosialis Malaysia (PSM). Kami telah menjalankan pelbagai projek pendidikan dan sosial di empat ladang ini sejak 1990an dimana antara 4 hingga 11 November 1990 lagi, kami telah menjalankan Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) di Ladang Sedgeley, KEMAS (Kem Bersama Masyarakat) di Ladang Madingley pada Oktober 1991, antara 5 hingga 19 April 1992-OPKIM di Ladang Prang Besar dan 8 hingga 15 November 1992 OPKIS (Operasi Khidmat Sosial) di Ladang Galloway. Sejak itu, kami akan sentiasa dan secara konsisten melawat ladang-ladang ini, edar majalah Pattali, membantu mereka yang dalam kesusahan dan sentiasa mempunyai hubungan rapat dengan Kesatuan Sekerja NUPW tempatan dan belia-belia disana. NUPW DAN MIC Dua organisasi dominan pada masa itu di ladang adalah NUPW (Kesatuan Sekerja Perladangan) dan MIC. Mereka berdua saling bersaing tetapi anehnya hampir kesemua pemimpim tempatan dan ahlinya akan berada dalam dua kumpulan ini samada MIC atau NUPW. NUPW sering menuduh MIC dan MIC pula balas menuduh NUPW. Dalam isu di sini, MIC berpendapat NUPW tidak boleh pakai dan gagal menjalankan tanggungjawab sebagai satu Kesatuan Sekerja yang berkesan dan mereka terpaksa ambil alih tugas ini manakala NUPW pula berpendapat MIC yang telah sabotaj dan ambil alih peranan mereka. Pertelingkahan ini menimbulkan masalah kerana setiap masalah boleh dinuding jari kepada pihak yang lain. Namun pemimpin tempatan NUPW dan MIC biasanya orang yang sama dan mempunyai hubungan yang rapat. Kami pada masa itu mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Kesatuan NUPW tempatan seperti dengan Sadayan dan Ramankutty di Ladang Prang Besar; Gopal, Sivasamy dan Kuppusamy dari Ladang Sedgeley; Arumugam dari ladang Madingley dan Avadiammah dari Ladang Galloway. Dari segi parti politik pula, jumlah cawangan yang aktif di ladang ini berlambak dimana dari anggaran kami ada 10 cawangan MIC dan 2 cawangan IPF. Pada awal May 1994, Wakil MIC telah membuat sebuah kaji selidik dengan pekerja ladang menanyakan jenis rumah yang dikehendaki dan harga rumah yang mereka mampu beli. Harga rumah yang mereka war-warkan pada masa itu pula adalah tiga jenis iaitu yang berharga RM 25 000, RM 35 000 dan RM 50 000. Pekerja ladang pula mahukan rumah teres dan ada sekali apabila ditanya kepada pemimpim MIC, jenis rumah yang akan dibina maka mereka dirujuk kepada rumah teres 2 tingkat yang dibina di West Country Timur. NUPW pula dalam satu kenyataan pada 13-5-1995, mengatakan bahawa mereka akan berunding satu gantirugi yang sewajarnya untuk pekerja ladang. Maka umum diketahui selepas itu adalah NUPW akan runding mengenai isu pampasan manakala isu perumahan akan dikendalikan oleh MIC. Namun tidak ada sesiapa yang tahu jenis rumah apa yang akan dibina, lokasi mana ia akan dibina dan untuk harga apa? Pihak majikan perladangan pula langsung tidak kisah tentang isu perumahan kerana sudah terlepas dari tanggungjawab mereka kerana ladang diambil alih oleh kerajaan. Maka mereka pun mengabaikan tanggungjawab kebajikan mereka. GOLDEN HOPE UNTUNG BESAR, PEKERJA MASALAH BESAR? Ada dua pihak yang terjejas kerana projek PUTRAJAYA ini – satu adalah tuah tanah kapitalis-kapitalis Ladang seperti Golden Hope yang menjadi pemilik Ladang Prang Besar dan Galloway, Taiko Plantation, KLK pemilik yang memiliki Ladang Sedgeley dan Ladang Madingley dimiliki Madingley Estates (1957) Sdn. Bhd. Golongan kedua terbesar adalah masyarakat pekerja ladang dengan para keluarga mereka. Dari segi jumlah individu, merekalah jumlah terbesar dalam ribuan. Dari segi pemilikan harta, mereka memiliki 0 % tanah. Mungkin yang ada adalah kubur-kubur yang juga bukan harta dimiliki mereka. Kerajaan telah menggunakan Akta Pengambilan Tanah untuk membeli tanah-tanah ladang ini. Yang anehnya, syarikat-syarikat ladang ini sudah mengetahui perancangan ini lebih awal. Ini bukan satu misteri, Syarikat Golden Hope adalah milik PNB iaitu adalah syarikat awam dan para pengarahnya semua adalah kroni-kroni UMNO. Maka syarikat-syarikat ini apabila mengetahui ladang mereka akan diambil alih tidak memberhentikan operasi malah mereka mula membuat penanaman semula pokok pada masa ladang di ambang penutupan. Pekerja pada masa itu memang keliru kerana mereka dengar khabar ladang hendak ditutup tetapi ada pula proses penanaman semula dilakukan. Memang syarikat-syarikat ini bukan bodoh, mereka mengetahui bahawa mereka boleh memperolehi lebih keuntungan dengan cara menuntut ganti rugi tinggi untuk anak pokok baru berbanding dengan tua dan maka mereka dengan amat bijak membuat penanaman semula yang merugikan ini untuk keuntungan mereka. Pengarah Kumpulan Golden Hope pada masa itu Wahab Maskan berkata Kerajaan telah membeli 4,600 hektar di bawah Section 4, Akta Pengambilan Tanah dimana keseluruhan proses pengambilan tanah telah selesai pada 16 Disember 1993. Harga yang ditawarkan adalah RM100 ribu setiap hektar. Golden Hope Plantation mendapat RM450 juta sebagai pampasan daripada kerajaan untuk mengambil tanah seluas 1,858.4 ha. Akhbar SUN pada 15-6-1995 melaporkan kenyataan Raja Datuk Ariffin Raja Sulaiman, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) bahawa sejumlah RM 8.5 billion dibelanjakan untuk pembangunan Putrajaya dimana sejumlah 334 pemilik tanah telah diberi pampasan sejumlah RM695 juta. Mahathir pula pada bulan Ogos tahun yang sama mengatakan Projek Putrajaya akan melibatkan kos sebanyak RM20.9 billion. Pada masa syarikat-syarikat perladangan diberi pampasan tinggi, para pekerja ladang pula yang masih belum dihentikan kerja terus dimaklumkan bahawa akan dibayar pampasan tetapi pihak syarikat enggan membayar satu sen pun lebih daripada apa yang minima yang mereka perlu bayar dalam undang-undang. Faedah berhenti kerja yang diperolehi pun, secara purata adalah lebih kurang RM 4 000 sahaja. Pada awal Julai 1994, setelah lebih banyak tekanan maka para pekerja ladang ditawarkan ganti rugi untuk penoreh getah dan pemotong buah sebanyak RM 8 000, pekerja kilang RM 1 000 dan pekerja-pekerja lain diberi RM 6 000 seorang. Para pekerja membantah ganti rugi yang ditawarkan kerana terlalu rendah, maka pada 15 September 1994, jumlah ini telah ditingkatkan semula iaitu untuk penoreh getah diberi RM 10 000 - RM 15 000, pekerja kilang dan pemotong buah diberi RM 12 000 – 15 000 dan pekerja lain antara RM 6 000 – 8 000. Namun jumlah ini juga memang tidak cukup untuk mereka membeli sekurang-kurangnya sebuah rumah kos rendah di mana harga pada masa itu adalah RM 35 000. Setelah empat generasi bekerja macam lembu dengan mendapat gaji rendah dan murah, penindasan dan akhirnya apabila mereka dihalau keluar kerana pembangunan, sekurang- kurangnya pampasan yang mereka perolehi sepatutnya cukup sekadar mendapat sebuah rumah percuma untuk mereka terus menyara hidup baru. Ramai di antara mereka juga sebagai pekerja ladang juga susah untuk mendapat pekerjaan baru dalam sektor lain dan juga kerana usia mereka yang sudah lanjut. Anggaran jumlah pekerja pada masa itu adalah Ladang Sedgeley 51 keluarga, seramai 410 orang penduduk, Ladang Prang Besar 320 keluarga - 1950 orang, Ladang Galloway 62 keluarga, 385 orang dan Ladang Madingley 37 keluarga -240 orang. Ladang Prang Besar pada masa itu adalah antara ladang kedua terbesar di Negara. Maka perpindahan ini melibatkan hampir 3,000 penduduk dan 470 keluarga iaitu satu jumlah yang agak ketara. Pada 19/9/1994, satu kenyataan yang keluar dalam akhbar The Star memetik Menteri Besar Selangor Muhammad Muhammad Taib berkata pampasan rumah atau tanah boleh diberikan kepada kepada pekerja ladang. Beliau mengatakan 3 syarikat iaitu Shah Alam Properties, Selangor Economic Development Corperation(PKNS), Consortium Sepang akan terlibat dalam membantu kerajaan untuk memberikan pampasan kepada penduduk Ekoran dari kenyataan akhbar itu, satu kenyataan akhbar telah dikeluarkan pada 26 September 1994 ditandatangani oleh 4 pemimpim Kesatuan Sekerja iaitu Sadayan (Prang Besar), Arumugam (Madingley), Kuppusamy (Sedgeley) dan Avadiammah (Galloway) atas nama Jawatankuasa Bersama dimana mereka menuntut dua tuntutan iaitu sebuah rumah kos rendah percuma dan pampasan wang. PEKERJA DIBERI NOTIS Dalam keadaan yang tidak menentu, akhirnya apa yang dijangka dan tidak dapat dielakkan akhirnya tiba juga. Pekerja-pekerja ladang mula diberikan notis berhenti kerja. Ladang pertama yang mendapat notis adalah Ladang Prang Besar pada 14/11/1994 dan dikuti oleh Ladang Galloway pada 27/2/1995, Ladang Madingley pada 1/4/1995 dan Ladang Sedgeley pada 13 Jun 1995. Kesemua Ladang ini kecuali Ladang Sedgeley diberikan notis 8 minggu atau dua bulan. Ladang Madingley diberikan masa sehingga 31-5-1995 untuk keluar dari ladang. Saya masih ingat apabila notis awalan diberikan di Ladang Sedgeley pada 7-3-1994. Notis itu tidak memberikan sebarang tarikh berkuatkuasa, ia hanya berkata bahawa ladang ini dalam proses diambil alih melalui Akta Pengambilan Tanah dan pihak syarikat memberikan notis awalan. Setelah berbincang dengan pemimpim NUPW tempatan Sivasamy dan Guna, kami mengambil keputusan untuk membantah notis ini kerana tidak lengkap dan tidak ada tarikh penamatan kerja dan saya memberitahu esok mungkin mereka akan memberikan anda notis 24 jam, dan mengatakan sebelum ini sudah memberi notis dengan cukup tempoh. Perkara yang lebih mencemaskan adalah ada satu ruang diakhir notis dimana pekerja mengakui terima notis dan terma-terma dalam notis dimana ada ruang untuk tandatangan mereka. Pada hari itu, majikan ladang Sedgeley menyediakan notis bersama dengan gaji mereka. Racun di satu tangan, madu di tangan lain. Maka atas nasihat kami, pekerja pun enggan menerima notis ini kerana masih belum setuju dengan terma-terma. Ini mendapat reaksi marah dari pihak Pengurus Ladang iaitu pada masa itu Foo Chee Seng yang tak biasa dengan pekerja yang engkar. Mereka mula menggertak pekerja dengan pelbagai tohmahan. Encik Rajasegaram IRO Taiko pula telepon dan ugut bahawa jika pekerja tak terima notis, maka ia akan buang notis hadapan rumah mereka atau lekat di pintu rumah mereka. Yang lebih sedih ialah pihak NUPW Selangor turut panggil mereka dan suruh pekerja untuk tidak degil dan ambil sahaja notis. Para pemimpin tempatan begitu tertekan kerana diserang oleh majikan dan Union mereka sendiri. Maka kita ambil satu lagi keputusan iaitu, kita memberikan majikan satu surat bagi pihak kita untuk ditandatangani oleh majikan dan sebagai balasan, kita akan terima notis dan tandatangan notis majikan. Maka saya kemudian menyediakan satu lagi surat dimana kita berkata bahawa kami menerima notis ini dengan syarat ada isu-isu seperti isu pampasan dan perumahan alternatif yang masih belum dipersetujui lagi. Majikan Ladang Sedgeley panik dengan surat kami dan tidak mahu tandatangan. Beliau memanggil IRO beliau sekali lagi, Rajasegara iaitu seorang yang garang. IRO Majikan kemudian ugut pekerja dan juga ugut NUPW dengan kata-kata kesat dalam Bahasa Tamil. Mugkin beliau tiada pengalaman berdepan dengan pekerja yang menuntut majikan tandatangan dulu. Pada masa itu, pegawai NUPW Selangor Thamasegaran pula panggil dan ugut pekerja Ladang Sedgeley untuk ambil notis dan jangan buat apa-apa hal lagi. Maka Union bersama majikan ugut pekerja. Ini amat mendukacitakan. Harapkan pagar, pagar makan padi. Pekerja akhirnya akur dan mereka begitu malu untuk berdepan dengan saya dan memberikan pelbagai alasan mengapa mereka terpaksa tandantangani notis tersebut. Saya juga faham majikan memberikan notis bersama gaji; madu dan racun diberikan bersama. Jika tak terima notis, ertinya gaji untuk bulan itu tak dapat. Beberapa bulan selepas itu, apa yang saya fikirkan menjadi benar apabila mereka diberikan satu lagi notis 24 jam. NUPW bawa kes ke mahkamah untuk pampasan duit notis dan sebagainya tetapi NUPW kalah kerana mahkamah merujuk kepada notis awalannya yang diberikan oleh Taiko Plantation. Itulah sebabnya saya suruh mereka tidak tandatangan notis awal tetapi apakan daya apabila union pekerja sendiri yang lemah dan takut pada majikan. KETIDAKPASTIAN DAN BROKER POLITIK Pekerja ladang-ladang tersebut menolak sebarang usaha untuk memindahkan mereka ke ladang baru. Mereka mengetahui ini adalah peluang terbaik untuk mendesak bagi memiliki sebuah rumah. Pada ketika ini, ramai pihak yang terlibat dan ramai daripada mereka bermotifkan mengambil kesempatan. Walaupun kami cuba menasihatkan pekerja untuk berhati-hati tetapi pengaruh MIC memang dominan pada masa itu. Kemudian wujud satu lagi senario di mana pengurusan ladang sudah keluar dan tanah ladang ini dipajak kepada RISDA dimana mereka berniat dalam masa yang singkat itu untuk memeras pekerja. Seorang Kontrakter bernama Chan yang berlagak seperti Pengurus Risda berkata kepada pekerja dengan sungguh angkuh bahawa dia bukan Pegawai kebajikan dan tidak suka orang malas. Dia meminta pekerja bekerja dibawahnya atau kena keluar dari rumah. Saya yang berada di Dewan Sedgeley pada hari itu, mencabar Kontrakter yang kurang ajar ini. Kami beritahu bahawa kami akan buat keputusan dan kami bukan hamba beliau untuk diperbuat apa yang dia suka. Namun RISDA meneruskan kerja perladangan. Kawasan bekerja sudah berkurang dan gaji mereka terus dibayar oleh RISDA. Pelbagai parti politik melihat ini sebagai peluang baik untuk buat duit maka segalanya menjadi perniagaan daripada usaha memindahkan penduduk kepada usaha mengalihkan kubur-kubur tradisi yang ada disana. ADUN Dengkil M.Sellathevan berkata di satu mesyuarat yang telah diadakan pada 14 Mac 1995, diantara pihak Unit Perancang Ekonomi -EPU, Majlis Daerah Sepang dan pengurus ladang untuk membincangkan tapak yang sesuai untuk pemindahan 845 keluarga (Prang Besar- 420, Sedgeley- 180, Madingley - 75 dan Galloway- 170). Angka ini jauh berbeza dengan angkan awalan dan disini kita dapat melihat bagaimana nama-nama baru yang mungkin bukan pekerja ladang dimasukkan. Beliau turut berkata pekerja- pekerja dari 4 buah ladang akan dipindahkan ke 20 ekar tanah ladang yang diperuntukkan. Satu kenyataan dalam akhbar NST pada 28/3/1995 mengatakan kawasan pemindahan difahamkan berhampiran Kampung Datuk Abu Bakar Baginda di Ladang Sedgeley. Berita ini sedikit mengembirakan kerana ia masih dekat dengan tempat mereka sekarang. Namun para pekerja ladang tidak dipindahkan kesana. Pada tahun 1997, YB Shariff Jajang yang merupakan ADUN Dengkil pada masa itu, telah membuat suatu jamuan Hari Raya dan telah menjemput semua wakil-wakil MIC untuk turut serta di dalam jamuan berkenaan. Di dalam jamuan berkenaan beliau memberitahu bahawa beliau mempunyai tanah di kawasan Limau Manis, Dengkil dan akan membina rumah teres untuk semua penduduk empat ladang. Beliau juga memberikan borang kepada wakil ketua MIC ladang yang hadir dimana borang ini mengandungi butiran-butiran berkenaan 2 jenis rumah teres yang mempunyai 2 harga yang berbeza iaitu rumah kos rendah dan sederhana. Wakil MIC yang hadir pada masa itu adalah dari Galloway –Veeraselvam, Krishna Singh dan Govindaraju,; Dari Prang Besar, Raman Kutty; Dari Medingley Arumugam dan Segdeley- Muniandy, Nagur Samy dan Nagesh. Janji ini pun tidak ditunaikan. (brought from below) Pada 1/5/1995 , Ladang terbesar antara empat ladang iaitu Prang Besar dan Galloway dibawah Golden Hope telah menyerahkan tanah kepada kerajaan dan dua bulan selepas itu, kerja-kerja pembinaan sudahpun bermula di tapak ladang. Begitu cepat. Pekerja ladang menjadi semakin tertekan kerana perumahan mereka masih belum diketahui. Segala usaha yang dibuat akan mencapai jalan buntu kerana campurtangan parti-parti politik pada masa itu. Pada masa itu, Ladang Prang Besar dan Ladang Galloway dikawal rapi oleh MIC dan kami hanya mempunyai sedikit ruang sahaja untuk mencelah manakala Ladang Madingley pula dibawah kawalan tegar NUPW dimana Arumugam- Setiausaha NUPW adalah seorang hardcore Union maka hanya Ladang Sedgeley sahaja kami mempunyai sedikit ruang untuk mengorganisasi. Saya masih ingat bagaimana saya telah menyediakan satu surat bagi pihak pekerja ladang Sedgeley untuk diserahkan kepada YAB Menteri Besar Muhammad Taib dimana surat tersebut meminta perumahan teres dan pampasan yang adil diberikan. Ia juga sebagai satu respon kepada kenyataan MB bertarikh September 19, 1994 yang menyatakan akan memastikan mereka diberikan perumahan alternatif dan pampasan yang adil. Para pekerja Ladang Sedgeley pun sudah menandatangani surat tersebut dan kami bercadang menyerahkan surat tetapi usaha ini kecundang begitu sahaja apabila Sivasamy yang pada masa itu Setiausaha NUPW telah memberikan surat ini kepada Encik Muniandy MIC dan beliau berkata bahawa beliau akan ambil surat dan serah secara peribadi kepada MB. Sehingga hari ini, kami tidak tahu sama ada surat itu diserah tetapi yang pasti suara rakyat ladang telah dipinggirkan dengan campurtangan broker-broker politik yang memainkan peranan menghalang suara pekerja ladang sampai ke atas dan menjadi zon penampang antara pekerja biasa dengan kerajaan pada masa itu. JALAN DIPESONG Pada 26/8/1995, tiba-tiba NUPW yang pasif mengambil langkah terkejut untuk protes di Pejabat PNB. Protes ini melibatkan pekerja dari 3 ladang dibawah Golden Hope iaitu Prang Besar. Galloway dan Sungai Mahang di Negeri Sembilan. Dua ladang lain Sedgeley dan Madingley tidak dijemput dan mereka melahirkan rasa kesal dengan pihak NUPW yang tidak melibatkan mereka. Saya mengatakan langkah terkejut kerana NUPW bukanlah satu Union yang radikal pada masa itu dan jarang mereka keluar untuk protes. Saya telah dimaklumkan oleh Sdr Rajan, daripada Tholilaliyin Tholar, sebuah NGO yang bekerja dengan pekerja ladang di kawasan Ladang Kerling dekat Kuala Kubu Bharu. Beliau memberitahu NUPW meminta bantuannya dan dia pula memaklumkan kepada saya kerana mengetahui kami memang bekerja dekat dengan kawasan ini. Namun demikan kami tidak dimaklumkan oleh pekerja Prang Besar pada ketika itu; Apabila saya bertanya mengenai protes ini kepada NUPW Ldg Sedgeley dan Madingley, mereka langsung tidak mengetahuinya. Arumugam, Setiausaha dari Ladang Madingley merungut kerana beliau berkata pada hari itu memang ada program di Ladang Prang Besar dan tindakan ini hanyalah untuk memesongkan para pekerja ke Kuala Lumpur supaya tidak ganggu program di Prang Besar. Maka adakah ini satu perancangan teratur untuk memesongkan pekerja? Daripada protes di Prang Besar membuat tuntutan kepada Kerajaan, NUPW telah berjaya membawa pekerja ke Kuala Lumpur untuk menuntut kepada majikan ladang. Satu taktik pemesongan. Pada hari itu , saya menunggu bersama Selvam dekat bangunan PNB, masa itu saya melihat Setiausaha Sankaran dan Navamukadan di sana tetapi beliau berkata kepada saya beliau tidak dapat beraksi secara terbuka dan berterima kasih kerana kami sedia membantu. Kepimpinan Union Kebangsaan tidak mahu muka mereka ternampak! Mereka seperti dengan selesa nak sub-kontrak protes ini kepada kami memandangkan ada kehadiran polis dan sebagainya. Saya kemudian telah mendapat panggilan daripada Ramadass yang berkata bas mereka telah disekat oleh polis dan dibawa ke Stadium Merdeka. Apabila ditanya, polis beri alasan ada orang buang sampah daripada bas dan itulah sebabnya, polis arahkan bas itu ke kawasan parkir Stadium Merdeka. Saya sungguh marah dan mula memarahi OCPD pada masa itu Tuan Zainal dari Dang Wangi. Beliau pun siap sedia dengan FRU. Pada masa itu sebahagian bas sudah sampai ke PNB manakala dua buah bas disekat di stadium. Thamasekar yang berada di tempat itu kelihatan begitu tertekan kerana beliau langsung tidak mempunyai pengalaman berdepan dengan pihak polis. Saya dan Selvam bercakap dengan OCPD dimana kami berkata para pekerja mempunyai hak untuk hantar memorandum dan ini tiada kaitan pun dengan isu perhimpunan haram. OCPD berkata kami melanggar akta dan tiada permit dan sebagainya. Saya pula bercakap, jika dia tidak mahu membenarkan bas itu dibawa ke PNB, maka kami akan bawa bas balik dan protes di kawasan Prang Besar dimana kami dimaklumkan PM dan MB Selangor akan hadir. Ini adalah kata-kata magik kerana selepas itu, polis pula mula bertolak ansur. Maka terbukti memang niat polis untuk menghalang pekerja berada di kawasan Putrajaya pada masa itu dan cara terbaik adalah untuk memesongkan jalan dan bawa mereka ke KL. Akhirnya OCPD mengarahkan bas itu dibawa ke PNB dan maka dua bas pun sampai ke PNB dengan iringan (escort) bunyi siren. Setelah bas itu sampai, maka upacara serah memorandum diadakan dengan cepat dan terburu- buru. Pada masa itu Sankaran sudah pun balik dan hanya ada Thamasekaran dan beliau ingin menghabiskan acara ini dengan cepat dan balik. Pegawai Golden Hope sudah bersedia lama untuk terima memorandum dan Thama segera hantar memo dan beritahu mereka untuk menelitinya. Itu sahaja acara pada hari itu dimana ia diadakan untuk memesongkan satu konfrontasi di Putrajaya/Prang Besar. Thamasegar dalam kenyataan beliau dengan akhbar pada hari itu memberitahu bahawa Golden Hope telah memberhentikan kerja dari 3 ladang- Prang Besar- 296, Galloway- 150 dan Sungai Mahang. Beliau berkata seorang pekerja yang bekerja untuk 20 tahun, hanya mendapat pampasan lebihkurang RM 4,000 dan beliau menuntut pekerja dibayar ex gratia sebanyak RM 500 bagi setiap tahun bekerja. Beliau juga merujuk kepada Ladang Madingley iaitu sebuah syarikat ladang yang jauh lebih kecil berbanding dengan Golden Hope dimana mereka dapat membayar pampasan RM 300 setahun perkhidmatan. Pada 5/7/1996-, Pihak kerajaan mula membersihkan kawasan ladang dan mulakan kerja-kerja pembangunan. Ini memberikan tekanan secara langsung kepada pekerja kerana isu habuk, jalan teruk dan sebagainya. UPACARA PECAH TANAH - DARURAT UNTUK PEKERJA Saya kembali ke permulaan cerita iaitu 10 September 1996. Bagaimana pekerja ladang disekat berjumpa dengan Dr Mahathir, Perdana Menteri ketika itu. Pada masa itu, ada berita YAB Perdana Menteri akan datang ke Prang Besar untuk melakukan upacara pecah tanah bagi Precinct Kerajaan Putrajaya. Maka kami melihat ini sebagai masa terbaik untuk mengutarakan isu ini kepada YAB Perdana Menteri. Maka saya dan kawan-kawan mengadakan mesyuarat dengan pemimpim semua pekerja ladang dari empat buah ladang itu dan mencadangkan pada hari itu, kita pergi secara beramai-ramai dan menyerahkan satu memorandum kepada Perdana Menteri. Pada masa mengambil keputusan, mereka semua setuju dengan ide ini yang dilihat sebagai satu ide yang bagus. Pihak polis dapat meghidu perancangan kami dan beberapa hari sebelum lawatan PM, saya dimaklumkan bahawa Ketua Polis Daerah Kajang telah melawat kepimpinan NUPW ladang dan mengarahkan mereka tidak menghantar sebarang memorandum atau membuat sebarang aksi. Apabila pemimpim pekerja menjelaskan kami tidak akan protes tetapi sekadar memberikan memorandum untuk meluahkan isi hati kami, maka polis berkata jika nak hantar, beliau minta diserahkan kepadanya dan beliau akan serahkan kepada PM. Beliau juga mengugut pekerja untuk tidak datang dekat dengan kawasan upacara ini. Para pekerja ditegah berada satu kilometre daripada kawasan upcara pecah tanah. Apabila saya mengetahui ini, saya berasa cukup marah. Putrajaya nak rampas tanah mereka dan kini mereka pula dihalau dari berada di tanah yang mereka sudah berada untuk beberapa generasi. Para pemimpin kesatuan mula goyang untuk teruskan rancangan ini. Saya telah menalipon kepada OCPD Kajang pada masa itu dan bertanya apakah hak dia untuk menghalang para pekerja berjumpa dengan PM. Saya bertanya adalah PM yang tidak mahu melihat rakyat atau polis yang menghalang? OCPD terpegun dan cuba menafikan dia menghalang pekerja tetapi bercakap pasal soal ketenteraman awam yang menjadi tugas beliau untuk pastikan. Saya juga mengingatkan OCPD bahawa tugas polis adalah menjaga ketenteraman awam dan bukan menjadi pihak penghubung atau posmen antara para pekerja dengan Perdana Menteri mereka. Saya juga memberitahu bahawa kami hanya hendak serah memorandum dan tidak akan menghalang program itu. Namun demikian program tersebut tidak dapat dijalankan kerana pemimpim pekerja pada masa itu mungkin mendengar cakap NUPW dan ketua MIC lebih daripada kami. Mungkin mereka merasakan kami hanyalah pelajar sahaja dan tidak tahu menangani isu ini. Kami berasa cukup kecewa kerana rakyat diperbodohkan dan dihalang dan mereka terlepas satu peluang terbaik untuk berjumpa dengan PM dan mengutarakan isu ini secara besar-besaran. Ini merupakan peluang keemasan yang hilang begitu sahaja. TEKANAN UNTUK PINDAHKAN PENDUDUK Ketiadaan barisan pekerja yang kuat dan hampir kesemua pemimpim NUPW adalah dipengaruhi oleh parti politik pada masa itu terutamanya MIC dan ketiadaan tekanan yang kuat dari NUPW menyebabkan perjuangan pekerja ini sungguh sukar. Di sudut lain pula, Kapitalis Ladang sudah ambil pampasan mereka dan tidak banyak mengisah tentang para pekerja ladang manakala Kerajaan Persekutuan pula dengan cepat hendak melaksanakan projek Putrajaya iaitu satu projek impian PM Mahathir pada masa itu Tekanan semakin membina untuk menhalau para pekerja keluar daripada ladang ini. Pada akhir-akhir tahun 1996, S.Rajagopal - Pengerusi Unit Perumahan Ladang Estate Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata penduduk akan dipindahkan ke rumah panjang sementera menunggu rumah kos rendah dibina. Sivalinggam (ADUN Ijok) pula cadangkan, kerajaan untuk uruskan pinjaman khas untuk bekas pekerja 4 ladang yang mempunyai pendapatan rendah untuk membeli rumah kos rendah. Pada 9 oktober 1997, Putrajaya telah dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir dengan keluasan 4581ha di mana ia akan menempatkan 76 000 staf dengan jumlah penduduk 300 000 orang dimana 67 000 rumah akan dibina dan daripada jumlah itu, 10 000 adalah rumah kos rendah. Maka adakah pekerja ladang akan ditempatkan di rumah kos rendah yang akan dibina di Putrajaya tersebut? Jawapannya adalah tidak kerana ada satu kenyatan yang dikeluarkan di mana mereka tidak mahu meletakkan rumah pangsa kos rendah di Putrajaya kerana akan mencemarkan permandangan indah bandar tersebut. Maka limbo pekerja dari 4 ladang ini berterusan. Exco Selangor K.Sivalinggam pula berkata Kerajaan Selangor akan menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyelesaikan masalah pekerja di estet. Dalam kerisauan ini, para penduduk telah menyambut Dato Sri S.Samy Vellu – Presiden MIC ke Ladang Prang Besar. Mereka juga telah menempah satu kalung bunga (maalai) khas dari India berjenama Malai MGR yang berharga lebih seribu ringgit. Kalung bunga ini dibawa dengan kapal terbang. Apabila saya menegur beberapa pemimpim pekerja pada masa itu, mengapa mereka membelanjakan begitu banyak duit, mereka berkata untuk tangkap ikan besar, kena beri umpan ikan kecil. Namun YB Datuk S.Samy Vellu dalam perjumpaan itu berkata, semua urusan perumahan akan dikendalikan oleh kerajaan negeri dan beliau sebagai Menteri Persekutuan tidak mempunyai kata putus dalam hal ini. Maka nampaknya ikan kecil tak boleh tangkap ikan besar. Pada awal tahun 1998, keadaan ladang menjadi amat teruk dan tidak terjaga. Jalan masuk ladang menjadi teruk. Kadang-kadang bekalan air dan elektrik dihentikan. Setelah itu para pekerja pula diminta membayar duit elektrik kerana mereka sekarang bukan lagi pekerja ladang. Keadaan banjir lumpur, hakisan dan lain-lain menyebabkan kehidupan mereka terutamanya di Ladang Prang Besar amat tercabar. Dalam keadaan ini, seorang pegawai dari pejabat kerajaan telah datang melawat ladang dan menyatakan bahawa pekerja ladang boleh tinggal di rumah ladang sehingga kerajaan membina rumah alternatif. Namun apakah jenis rumah yang mereka akan dipindahkan masih menjadi misteri. Sehingga saat itu, pihak-pihak berkenaan masih merahsiakan maklumat bahwa mereka akan dihantar ke rumah flat. Apabila ada orang yang telah melihat papan tanda di Taman Permata bahawa penempatan tersebut adalah bagi pekerja ladang, maka pemimpim MIC dan NUPW pada masa itu menafikan. Pada 7-4-1998. Pengundian untuk rumah flats dijalankan. Ramai pekerja kecewa bahawa mereka akan diberikan rumah flat. Namun mereka diberitahu bahawa itu hanyalah penempatan sementera. Perumahan Flat telah dibina di kawasan Dengkil. Ini bererti mereka akan jauh dari penempatan sekarang dan ini akan memberi impak kepada semua persekolahan dan pekerjaan. Pengundian dibuat oleh pihak MIC dan NUPW tetapi yang anehnya semua pemimpim MIC dan NUPW mendapat tingkat bawah. Cara pengundian dibuat adalah para penduduk diberitahu bahawa mereka akan undi untuk tingkat dua keatas manakala tingkat bawah dikatakan dikhaskan kepada orang tua dan OKU. Namun setelah semua undi habis diambil, baru diketahui pemimpim MIC dan NUPW juga telah diberikan tingkat bawah. Pada pertengahan bulan April 1998, rumah-rumah kosong mula dirobohkan dan sekaligus memberikan tekanan kepada para penduduk untuk berpindah. Para pekerja mula membantah. Maka kerajaan telah membawa pasukan polis hutan yang berseragam seperti askar untuk mengugut pekerja pindah ke rumah yang menanti mereka iaitu rumah flats. PEKERJA PINDAH KE FLAT Pilihanraya 1999 berlaku pada 29 November 1999 dan menjelang PRU ini, pemberian kunci rumah menjadi satu program dimana Menteri Besar Abu Hassan menyerahkan kunci rumah. Penduduk kecewa mendapat rumah flat tetapi sekali lagi diberitahu itu hanya sementera. Datuk S.Samy Vellu dan Menteri Sumber Manusia Datuk Lim Ah Lek juga datang untuk memberikan pampasan pekerjaan. Dato Samy Vellu juga umumkan bahawa harga rumah ditetapkan pada harga RM 20 000. Beliau berkata harga sebenar rumah adalah RM 35 000, maka para pekerja diberi diskaun sebanyak RM 15 000. Selain itu apabila orang ungkit tentang rumah flat, beliau berkata rumah flat ini amat cantik dan berkata beliau berjaya selamatkan penduduk dari dimasukkan ke rumah panjang papan. Namun pihak MIC mengatakan kepada mereka disebabkan Perdana Menteri mahu membuat pembangunan di tanah ladang maka mereka terpaksa dipindahkan ke flat dan ini hanyalah perumahan sementara. Pada 30hb Ogos 1999, para pekerja mula pindah ke rumah flats di Taman Permata, Dengkil. Mereka mendapat makluman bahawa flat ini dibuat secara terburu-buru, secara ekspress. Namun pada awalnya sebagai flat baru semuanya OK. Mereka ditempatkan dalam 5 blok dimana setiap blok mempunyai 80 rumah dan setiap tingkat 20 unit. Blok 1 sampai 3 diduduki oleh Pekerja dari Prang Besar manakala Blok 4 Ladang Galloway dan Blok 5 adalah Ladang Sedgeley dan Madingley. Pada masa itu, walaupun dikatakan ini adalah perumahan untuk pekerja ladang daripada 4 ladang tetapi hanya 346 sahaja adalah pekerja ladang manakala baki sebanyak 47 adalah orang luar yang mendapat rumah. Yang lebih sedih adalah seramai 17 hingga 20 orang bekas pekerja Ladang Galloway dan Ladang Madingley telah dinafikan perumahan ini. Mereka sejak 1998 telah menghantar memorandum kepada Menteri Besar Selangor,Perbadanan Putrajaya, NUPW, Exco Sivalingam, Presiden MIC dan lain-lain. Pada mulanya mereka semua berkata mereka akan diberikan rumah tetapi kemudian pula dimaklumkan mereka akan diberikan rumah semasa Fasa 2 dibina dimana 400 lagi unit akan dibina. Fasa 2 sehingga hari ini masih belum naik. Flat yang dikatakan cantik dan sementara itu tidak dapat tahan lama. Tidak sampai 3 tahun, maka satu demi satu mula rosak. Terdapat banyak kecacatan dalam flat ini. Tanah mula mendap dan isu pembentungan najis menjadi satu isu besar. Saiz yang kecil juga mengundang masalah isu sosial, isu gangster dan sebagainya. Semua permasalahan ini membawa kepada persoalan mengenai ‘Certicificate of Fitness’/ ‘surat kelayakan pendudukan’ (CF). Maka mereka dikejutkan apabila diberitahu tiada CF, kerana ada satu paip saluran gas yang melintasi dekat perumahan mereka. Namun setiap kali satu masalah berlaku, mereka akan diyakinkan bahawa ini hanyalah penempatan sementara. Pada tahun 2004, apabila gempa bumi berlaku di Indonesia, blok 5 Flat Taman Permata dapat merasa impaknya. Pada 26.12.2004, struktur bangunan retak dan simen di tempat letak kereta pun retak sampai ada lubang besar di bawah flats. Ini mencemaskan dan menimbulkan persoalan tetang keutuhan flat tersebut. Penduduk mula bimbang dengan keadaan flats. Pihak MIC menulis surat kepada Menteri Besar Datuk Khir Toyo mengenai isu ini untuk meminta peruntukkan untuk membaiki flats di Taman Permata. Bukan sahaja pihak MIC, tetapi penduduk telah meminta bantuan pelbagai pihak untuk membaiki struktur flats. Surat demi surat , tiada perubahan berlaku selain daripada perubahan kosmetik seperti cat bangunan dan pembaikan jalan raya. Satu lagi masalah adalah setiap kali apabila kami hendak mengorgansiasi satu perkara, maka pihak MIC akan campur tangan dan memastikan isu itu tidak naik-naik. Dalam pelbagai hal, seperti isu kebersihan dan lain-lain, ada pihak parti politik akan campur tangan dan selesaikan masalah ini. Mereka tidak menangani isu pokok tetapi hanya ranting-rantingnya. Pada satu hari, saya telah dipanggil oleh penduduk Taman Permata yang ada banyak aduan tentang flat. Satu isu pokok pada masa itu adalah CF dimana mereka berkata tiada CF. Maka saya bertanya, jika tiada CF, kena semak dari mana dan mereka menjawab Majlis. Maka saya tanya adakah kita nak pergi seorang tuntut CF dari Majlis atau pergi ramai-ramai? Sebulat suara mereka mengatakan nak pergi ramai-ramai. Maka kita menetapkan tarikh untuk pergi dan mereka juga setuju tempah bas. Pada masa itu kita anggarkan ambil 2 bas. Tetapi pada pagi hari yang kita hendak pergi, saya dimaklumkan tindakan ini kena dibatalkan kerana CF sudah didapati! Saya bertanya betulkah CF sudah didapatkan dan mereka berkata sudah dapat dan walaupun surat itu sudah didapati tetapi pada masa itu, mereka tidak dapat tunjukkan kepada saya. Akhirnya saya mendapati memang tiada CF sehingga sekarang, maka ini adalah satu lagi aksi tergendala. Program ini sekali lagi dibatalkan kerana camputangan parti politik. Kami sudah bosan dengan tindakan penduduk dan tindakan mereka terus kena tipu demi tipu dan tak pernah sedar diri. Maka setiap kali kita hendak membuat sesuatu, program itu akan ditunda atau dipesongkan. Maka kami ambil keputusan hanya akan melibatkan diri jika majoriti penduduk sedia berjuang. Mereka juga mula semakin sedar dan bosan dengan parti-parti politik kerana tidak dapat menyelesaikan masalah jangka masa panjang dan hanya membuat kerja remeh temeh dari masa ke semasa. PENDUDUK MEMULAKAN JAWATANKUASA BEBAS MEWAKILI SEMUA Dalam masa sepuluh tahun, banyak kejayaan telah diperolehi di ladang lain seperti Ladang Braemar, Ladang Brooklands dan sebagainya tetapi tidak banyak yang berlaku di 4 ladang di Taman Permata. Politik semasa, tikam menikam terus menjadi cerita biasa dan basi. Pada sekitar tahun 2007, CDC sekali lagi balik untuk memulakan kerja-kerja mengorganisasi. Mesyuarat juga mula diadakan di rumah Ramadas. Maka setelah sepuluh tahun setelah berpindah ke rumah flat, pada satu hari, Ramadas, Rajes, Veera, Mogan dan Perumal datang berjumpa dengan saya. Mereka berkata masalah perumahan mereka sudah teruk dan mahukan bantuan kami untuk campurtangan. Saya dari awal mengatakan kami hanya akan melibatkan diri jika penduduk di sana bersedia untuk berjuang. Selain itu, kami pun sedikit kurang yakin bahawa mereka sudah bersedia untuk bergerak secara bebas. Saya juga berkata saya sudah bosan dan hanya akan terlibat jika kita membentuk satu Jawatankuasa Baru dan memanggil semua bekas penduduk ladang mengambil bahagian. Kita juga tidak boleh bergantung kepada kumpulan, parti politik atau organisasi lain yang sedia ada. Kita kena mula dari awal. Akhirnya selepas beberapa mesyuarat dengan kumpulan kecil, maka satu keputusan diambil untuk mengadakan satu perjumpaan besar semua penduduk 4 flat dan untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Baru untuk memperjuangkan isu ini secara bersama dimana keputusan diambil oleh penduduk dan tanpa campur tangan parti politik atau agen-agen mereka. Kami di pihak kami mengambil keputusan untuk mengorganisasi isu ini atas nama JERIT. Kami pun pada hari itu turun dengan jumlah yang besar untuk mengendalikan perjumpaan besar ini. Maka 4hb. Julai 2009, satu perkara bersejarah berlaku dimana dengan meletakkan 2 khemah diantara blok 2 dan 3, kami memulakan pembentukan satu Jawatankuasa Baru. Seramai 250 orang hadir kepada perjumpaan bersejarah ini. Kemudian kami meminta setiap blok melantik 4 orang dan ia dilakukan secara pilihanraya dan secara demokratik. AJK awal pada tahun 2009 mengikut Blok adalah 1 –Rajeswary, Veeran, Thangaraju dan Naresh. Blok 2- Perumal. Renganathan, Segar dan Bakar. Blok 3 –Ramadass, Thanabakiam, Saminathan dan Chandran. Blok 4 –Muniandy, Santhi, Manorama dan Pannir dan Blok 5-Kumaran, Mathavi, Valli dan Thanapakiam. Mesyaurat diadakan dalam Bahasa Tamil dan Bahasa Malaysia. Kami juga berbincang isu, sesi dialog diadakan dan meminta tuntutan mereka ditanyakan. Suara terlantang antara semua adalah sama, iaitu, mereka mahu pindah ke rumah teres dan berkata rumah sekarang umpama neraka. Kita namakan Jawatankuasa ini Jawatankuasa Bertindak Penduduk Taman Permata Dengkil.(PBPTPD) Dua minggu selepas itu, kami mengadakan satu sidang akhbar untuk mengumumkan Jawatankuasa Baru (PBPTPD) dan tuntutan penduduk Flats Taman Permata. Sidang akhbar kali ini diadakan dengan kepimpinan para penduduk sendiri melalui jawatankuasa baru yang dipilih oleh penduduk. Pada sidang akhbar hari ini, para penduduk menyatakan masalah yang mereka hadapi dan tuntutan penduduk iaitu menuntut dipindahkan ke kawasan yang baru dengan rumah yang selesa untuk didiami. Ini memang merupakan satu tuntutan yang amat susah memandangkan semua penduduk sudahpun berpindah ke flat perumahan dan sekarang untuk pindahkan mereka semua ke rumah teres boleh dikatakan satu misi yang mustahil. Aktiviti pertama JK baru ini berlaku kurang daripada 20 hari JK ini dibentuk dimana kami telah menghantar satu memorandum ke Ahli Exco Selangor, Yb Ronnie Liu semasa program berjumpa rakyat di Majlis Perbandaran Sepang pada 19-7-2009. Pada 15hb. Disember 2009, kami telah menghantar satu memorandum kepada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan mengadakan perbincangan dengan PNSB. PNSB telah mengatakan mereka hanya ejen menjual rumah untuk Kerajaan Negeri Selangor dan segala masalah kami harus ditujukan kepada Kerajaan Negeri Selangor. Ini merupakan satu mesyuarat yang agak keras dimana apabila kami mendesak mengenai CF, PNSB mengatakan sudah ada tetapi langsung tidak dapat membuktikan apabila didesak oleh kami pelbagai kali. Maka terbukti projek ini tiada CF. Kami juga mempertengahkan pelbagai isu kepada PNSB. PNSB pada masa itu mengutip duit setiap bulan. Kami meminta mereka menyelesaikan semua masalah dan bertengkar dengan mereka mengenai keadaan flat. Mereka menuduh penduduk balik dengan menuduh penduduk tidak tahu tinggal di sebagai tidak tahu menggunakan penempatan berstrata. Maka kami jerit balik untuk mereka wujudkan penempatan rumah teres seperti janji dahulu. Dalam setiap mesyuarat, rungutan dari para penghuni semakin meningkat. Saya mencabar mereka bahawa merungut sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah. Saya juga berpendapat mereka sudah selesa duduk dalam rumah flat dan jika tidak, maka mereka perlu menunjukkan ketidakpuasan hati mereka dengan cara yang besar. Isu mereka perlu meletup dan menjadi isu nasional kerana Putrajaya semakin indah manakala mereka telah dilupa. Terlintas satu ide yang digunakan di Kampung Papan dekat Chemor, Perak dimana para penghuni kampung baru disana mendirikan khemah di tepi jalan raya sebagai protes tidak dapat tahan bau busuk yang datang dari sebuah kilang. Menggunakan ide yang sama, saya mencadangkan kita duduk di dalam khemah di tepi jalan utama Dengkil sehingga suara kita didengar. Pada awalnya, ramai penduduk walaupun merungut tetapi tidak mempunyai semangat untuk duduk dalam khemah di pekan Dengkil dan sering memberi alasan bahawa orang lain tidak akan hadir. Jika mereka tidak mahu berusaha, maka kesannya adalah duduk diam di flat tanpa merungut. Maka setelah banyak perbincangan, akhirnya ramai penduduk bersetuju untuk melaksanakan satu aksi dan kami menetapkan syarat, jika ada 100 orang yang bersedia, maka kita akan teruskan aksi ini. Maka satu perancangan rapi dibuat untuk utarakan isu kita ke arus perdana dengan membuat satu protes 24 jam di tepi jalan utama di Pekan Dengkil. PROTES 24 JAM Maka kita membuat keputusan 14 dan 15hb. Ogos 2010, Penduduk Flats Taman Permata akan mengadakan Protes 24 jam di jalan utama Dengkil untuk mengutarakan isu mereka. Menjelang program ini, banyak isu yang timbul antaranya kami akan ditangkap, polis dan FRU sudah bersedia dan sebagainya. Banyak sangat ugutan terutamanya daripada segelintir puak MIC manakala segelintir puak MIC juga yang menyokong kami. Ada juga yang memaki bahawa program kami tidak akan berjaya. Ini merupakan satu aktiviti yang agak besar dan mencabar. Ia juga diadakan semasa bulan puasa. Pada hari tersebut, lebih kurang 150 orang berarak dari kawasan flat dengan memegang kain rentang terus ke khemah yang telah kita dirikan di hadapan Petronas. Maka pada awalnya polis datang dan bertanya beberapa lama kami akan berada dan berkata jangan lama-lama. Adakalanya nampak macam cemas seperti polis akan bertindak kerana sepanjang kami ada di sana, sentiasa ada ura-ura bahawa polis akan bertindak terhadap kami. Namun semakin lama kami berada disana, semakin kami juga berasa lebih yakin. Kemudian ada berita bahawa polis akan bertindak sebelum masuk masa membuka puasa tetapi ini tidak berlaku. Ada polis juga yang simpati dengan masalah yang dihadapi oleh penduduk di sana. Maka lama kelamaaan kami mula berasa lebih yakin dan kemudian kami memulakan aktiviti memasak, kehadiran polis pun mula menurun menjelang membuka puasa. Semasa rundingan dengan polis, kami mengatakan bahawa tidak ada jalan lain kerana ingin isu ini sampai kepada telingga pihak berkuasa. Antara aktiviti yang diadakan adalah ucapan solidariti, pameran, persembahan, tandatangan sokongan, menaikkan papan tanda tuntutan dan sebagainya. Kemudian kami pula bermalaman walaupun jumlah orang yang bermalam sudah berkurang sekitar 50 orang tetapi ia masih merupakan satu tindakan yang berani. Ramai orang mula memberikan kami kepercayaan kerana keberanian kami berprotes di tengah pekan. Keberanian yang ditunjukkan oleh AJK juga harus dipuji kerana ini merupakan satu tindakan yang mula mendapat pujian dan sambutan. Ramai juga ahli PSM pelbagai kawasan yang hadir untuk memberikan solidariti dan pihak media pun membuat liputan yang meluas. Pihak akhbar Tamil terutamanya memainkan peranan penting. Ini buat pertama kalinya rakyat membuat tindakan tanpa penglibatan MIC. Pihak MIC pun sedikit terkejut bahawa penduduk dapat membuat satu protes yang begitu berani dan masih meneruskan program walaupun ditentang oleh mereka. Apabila fajar menjelang pada keesokan pagi, ‘mood’ dan suasana amat indah sekali. Pada pagi ini, protes bersejarah ini mendapat kejayaan besar apabila dua orang exco Kerajaan Negeri turun ke khemah. Kehadiran orang ramai sudah meningkat kepada 250. Pada 15hb August 2010, YB Dr Xavier Jeyakumar dan YB Iskandar telah ke kawasan protes dan melawat flats Taman Permata Dengkil dan menjanjikan akan mengambil tindakan. YB Xavier telah memberikan satu ucapan yang amat lantang. Beliau mengutuk MIC dan BN sebagai punca segala masalah penduduk. Beliau membuat janji bahawa Kerajaan Selangor akan memperuntukkan tanah untuk membina rumah teres sebagai rumah alternatif kepada penduduk flats Taman Permata tetapi mencabar sama ada kerajaan pusat bersedia membina rumah. Kami melihat janji yang dibuat oleh YB Dr Xavier sebagai satu janji penting kerana buat pertama kalinya ada satu janji untuk memberikan tanah tetapi ia hanyalah janji mulut dan kita kena memastikan janji itu menjadi nyata dan bukan cakap kosong politik. YB Xavier bercakap dihadapan satu perhimpunan yang agak besar dan semua media memetik janji beliau. Akhirnya selepas lawatan YB Dr Xavier ke flat dan kami menamatkan program ini sekitar jam 4pm. Walaupun keletihan, tetapi amat gembira. Semasa program ini berakhir, ada seorang pemimpim MIC Govindaraju mengalungkan kalung bunga (maalai) kepada Ramadass –Pengerusi Jawatankuasa kami kerana berjaya melaksanakan program seperti yang dijanjikan. Program ini juga mendapat liputan luas dan isu ini kini menjadi antara isu besar pada ketika itu. Dua bulan selepas itu, Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim melawat Dengkil dan kami juga menyerahkan satu memorandum mengenai isu ini semasa program Mesra Rakyat di Dengkil. Kami sekali lagi mengingatkan mengenai janji kerajaan negeri memberikan tanah. KERAJAAN NEGERI TEPATI JANJI Untuk hampir satu tahun tidak ada sebarang berita mengenai tanah dan sebagainya. Keadaan flat pula semakin teruk. Pada 16/3/2011, IKRAM, sebuah syarikat perunding yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Sepang telah membuat kajian dan menghantar laporan kepada kerajaan Negeri Selangor mengenai keadaan flats Taman Permata. Daripada risikan awal, laporan IKRAM berpihak kepada kami bahawa flat ini tidak selamat. Pada 22hb. September 2011, ekoran ugutan PNSB meminta kami buat bayaran manakala kami hanya mahukan masalah kami selesai, tambahan dengan ketiadaan maklumbalas selama lebih setahun, maka kami membuat keputusan untuk mengadakan protes di pejabat Setiausaha Selangor (SUK). YB Xavier agak tertekan pada hari tersebut kerana diberitakan Sultan Selangor akan melawat SUK maka beliau memberikan kami satu tarikh baru iaitu pada 27-9-2011 dan meminta kami menunda protes kami. Maka pada 27/9/2011, seramai 50 orang penduduk flats Taman Permata Dengkil telah hadir ke Pejabat YB Xavier, selaku Exco bagi Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor. 3 tuntutan utama penduduk Taman Permata adalah: 1. Kerajaan Negeri harus berikan tanah untuk membina rumah teres alternatif untuk penduduk flats Taman Permata, Dengkil, 2. Sehingga rumah alternatif dibina, harus pastikan kemudahan di flats dalam keadaan yang baik dan selamat dan 3. PNSB mesti hentikan menuntut pembayaran daripada penduduk dan menghentikan semua bentuk gangguan dan ugutan. Hasil mesyuarat, YB Dr Xavier berjanji mengakui keadaan flats Taman Permata Dengkil sangat teruk dan memberi jaminan, PNSB tidak akan lagi kacau mereka. Beliau juga memberi jaminan isu tanah penduduk akan dibicangkan dengan MB dengan segera. Seminggu selepas itu, kami mengadakan satu lagi mesyuarat dengan YB Dr Xavier dimana pada hari tersebut beliau telah berjanji akan mendapatkan tanah yang diperlukan untuk membina rumah teres dan sementara itu akan membuat kerja membaiki flats supaya penduduk dapat menghuni untuk sementara waktu. Pada 12/11/2011, iaitu lebih setahun selepas protes 24 jam, YB Dr Xavier mengumumkan bahawa tanah telah diperuntukkan untuk Taman Permata Dengkil dan mencabar pihak kerajaan persekutuan untuk membina rumah teres untuk penduduk di sini. Pengumuman dibuat semasa Majlis Deepavali di Taman Permata Dengkil. Namun pada hari tersebut kami bertepuk kuat kenyataan YB Dr Xavier tetapi sekali lagi hanya janji dan tiada surat hitam putih. Kami terus mendesak dan akhirnya setelah 4 bulan pada 22 /3/ 2012, kami terima surat daripada pejabat YB Dr Xavier mengatakan tanah sebanyak 18 ekar telah diperuntukkan di Dengkil untuk pembinaan rumah alternatif. Kami menarik nafas lega kerana akhirnya kami ada bukti dalam bentuk surat. Pada 30/06/2012, untuk menegaskan desakan kami, kami membuat satu perarakan dari Taman Permata Dengkil dan memancak papan tanda di Tanah yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri untuk pembinaan perumahan alternatif untuk penduduk flats Taman Permata. Papan itu tertulis bahawa inilah tanah untuk pembinaan rumah Teres untuk pekerja Ladang. Namun sehari selepas itu, papan tersebut telah diruntuhkan oleh pihak yang dengki. Tiga hari selepas itu YB Dr Xavier pula berkata tanah 18 ekar masih belum dapat kelulusan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) dan kini isu ini ditolakkan kepada Kerajaan Pusat dan berkata jika Kerajaan Pusat sedia bina rumah, barulah tanah akan diberikan. Pada 12/07/2012, isu ini dibangkitkan di Dewan Undangan Negeri. ADUN Dengkil, Datuk Marsum, bertanyakan sama ada benarkah ada tanah ditawarkan dan adakah ia cukup? Menjawab soalan ini, YB Dr Xavier menjawab bahawa 18 ekar tanah dikenalpasti mencukupi untuk pembangunan rumah teres setingkat kepada 400 keluarga di Taman Permata Dengkil. Ini buat pertama kalinya adalah satu kepastian dan bukti tambahan mengenai tanah ini didebat di DUN. DESAK KERAJAAN PUSAT Kami terus mendesak Kerajaan Persekutuan untuk membina rumah dan menyambut cabaran kerajaan Negeri. Antara sasaran kami adalah Ahli Sepang Mohd Zin. Beliau selalu meminta kepada kami untuk minta pada kerajaan negeri bagi memberi surat pengesahan manakala kami meminta balik kepada beliau bagi Kerajaan Pusat memberikan surat pengesahan. Akhirnya atas desakan kami, beliau memberi satu surat pada 12hb. September 2011 di mana beliau meminta tanah seluas 100 ekar dan dari jumlah itu, 40% akan diguna untuk bina rumah teres dan baki untuk projek lain untuk menampung kos pembinaan. Namun permintaan beliau diperlekakan oleh YB Xavier sebagai cubaan dapat tanah untuk projek komersil. Pada 10/9/2012, YB Palanivel- Presiden MIC melawat Taman Permata Dengkil. Ini juga musim menjelang PRU ke-13. Para penduduk taman pula memberikannya satu memorandum dimana mereka mendesak kerajaan Persekutuan membina rumah teres memandangkan kerajaan negeri sudah memberikan tanah secara percuma. Pada hari itu YB Palanivel telah memberikan peruntukkan RM 2.5 million untuk menaiktaraf dan menyelenggara Flats Taman Permata tetapi Jawatankuasa Taman Permata memaklumkan kepada YB bahawa flats mereka tidak boleh diperbaiki kerana keadaannya yang teruk dan menuntut agar kerajaan pusat membina rumah teres sahaja. Maka YB Palanivel memberi janji akan berbincang dengan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membina rumah teres alternatif ditanah yang diperuntukkan Pada 1hb Oktober 2012, sempena dengan hari habitat sedunia, kami telah memberikan satu memorandum bertajuk Binakan Kami Rumah Teres Kos Rendah Di Tanah Yang Diperuntukkan Dan Dikenalpasti Oleh Kerajaan Negeri Selangor Untuk Projek Perumahan kepada Datuk Seri Najib sempena Hari Habitat 2012. Sebanyak 1 bas dari perumahan flats Taman Permata datang di mana protes itu adalah untuk mendesak kerajaan persekutuan membina rumah. Kami juga mengutarakan isu bangunan retak, lubang dibawah blok, isu sistem perparitan/kumbahan dan Paip Gas TNB berhampiran flats. Selain itu, kami juga terus memberi tekanan kepada YB Palanivel dimana kami telah menghantar surat peringatan kepada beliau pada 10/12/2012 dan 15/1/2013 mengenai janji beliau dan meminta perkembangan mengenai pembinaan rumah alternatif. PERJUANGAN KHEMAH BERMULA Pada 11-6-2013, satu lagi insiden yang telah berlaku dimana gegaran di Blok 5 Flats Taman Permata mengakibatkan retakan teruk di struktur flats. Semua penduduk berlari keluar dari flat. Majlis Perbandaran Sepang telah mengeluarkan surat mengatakan blok 5 tidak selamat untuk dihuni dan penduduk diminta tinggal di dewan atau khemah berhampiran. Para penduduk ambil keputusan untuk tinggal di khemah yang telah didirikan MP Sepang dihadapan Blok 5. Pada kesokan harinya, Jurutera JKR membuat pemeriksaan dan mengatakan blok 5 flats Taman Permata selamat dihuni dan apabila kami bertanyakan satu surat hitam putih bahawa ia memang selamat untuk tinggal, maka mereka tidak mahu memberikan surat tersebut. Maka para penduduk berasa sangsi dan terus meneruskan tinggal di khemah kerana berasa tidak selamat. Maka bermulalah perjuangan menuntut hak perumahan dari khemah yang kita mula panggil sebagai khemah perjuangan. Sekali lagi Taman Permata , Dengkil mendapat liputan kebangsaan Pada hari ketiga, 13/6/2013, Penduduk ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk menghantar memorandum kepada YAB Perdana Menteri untuk menyelesaikan isu perumahan dengan cepat. Dua bas penduduk memberikan Perdana Menteri satu minggu untuk turun menyelesaikan masalah mereka atau mereka berniat berkhemah di Seri Perdana pula. Memorandum itu turut mendesak kerajaan membina rumah di tanah yang ditawarkan oleh kerajaan negeri. Pada hari keempat, duduk dalam khemah, Datuk Subramaniam, Menteri Kesihatan dan selaku Timbalan Presiden MIC melawat Taman Permata. Namun pada hari lawatan beliau berlaku kekecohan apabila penduduk menegur beliau kerana tidak bercakap dengan penduduk tempatan tetapi diiring oleh wakil-wakil MIC ke tempat lain tanpa mendengar keluhan penduduk. Menteri Subra juga dipetik dalam akhbar Nanban bahawa Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Perumahan untuk menyelesaikan isu ini dengan penyelesaian jangka masa panjang. Ini memberi alamat baik bahawa PM melihat pilihan jangka masa panjang dan bukan membaiki flat seperti sebelum ini. Maka untuk setiap hari, isu Taman Permata Dengkil mendapat liputan hebat dan menjadi isu kebangsaan. Pada hari keenam duduk dalam khemah 16/6/2013, Exco Negeri Selangor yang baru, Ganapathi Rao telah melawat kawasan flats bersama pihak IKRAM. Pihak IKRAM setuju bahawa wujud pemendapan tanah di bawah flats. Pihak IKRAM juga akan membuat pantauan selama 7 hari. Ganapathi Rao meminta masa 2- 4 minggu untuk penyelesaian isu ini. Pada hari ketujuh pula, kami dipanggil oleh Waythamoorthy, yang baru menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau sebut akan turun ke flats untuk melawat minggu tersebut dan berkata memerlukan masa untuk penyelesaian. Pada hari keesokannya, iatu hari kelapan, 18-06-2013, kami dipanggil pula sekali lagi ke Mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri dan kali ini bersama Timbalan Pegawai Khas kepada PM iaitu En. Thanaseelan. Beliau memaklumkan kepada kami bahawa isu flat kami akan dibentangkan di mesyuarat kabinet pada 19 Jun 2013 iaitu hari keesokan. Apabila kami memaklumkan mengenai mesyuarat dengan Waythamoorthy, beliau tidak mengendahkan dan berkata beliau bercakap sebagai wakil kepada YAB Perdana Menteri sendiri dan seolah-olah berkata bahawa Waytamoorthy tidak ada kuasa. Dalam dua hari ini kami sedar bahawa sekarang MIC dan Hindraf sedang bersaing di antara mereka untuk menyelesaikan isu Taman Permata dan ingin menjadi jaguh masyarakat India dalam menyelesaikan isu ini yang kini sudah menjadi satu isu nasional. Pada hari kesembilan, Pegawai IKRAM, En.Firdaus datang ke flats bagi membuat ukuran kedalaman bangunan dan ekorannya mendapati bahawa bangunan tidak stabil. Pada 20hb Jun iaitu sepuluh hari selepas duduk di khemah, kami dimaklumkan bahawa kabinet memutuskan untuk Kementerian Kesejahteraan, Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyelesaikan masalah Taman Permata ini. Sejak itu, ramai orang melawat flat ini setiap hari dan mendapat liputan yang berterusan. Antara yang melawat khemah adalah ADUN Morib Sdr Hasnul dan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr.Jeyakumar. Pada 28/6/2013, Waythamoorthy menepati janji dan melawat. Wathya telah melawat setiap blok dan berkata perlu masa untuk menyelesaikan masalah penduduk Pada hari ke 20 pada 30/6/2013, penduduk membuat laporan polis di Balai Polis Dengkil. Lebih 30 aduan polis telah dibuat tentang keretakan bangunan dan keselamatan nyawa mereka. Ini adalah untuk mendesak satu penyelesaian, tambahan pula dengan pengesahan IKRAM yang mengesahkan bahwa bangunan berada dalam keadaan tidak stabil. Pada 3/7/2013, para penduduk membuat satu keputusan untuk berkhemah di Jabatan Perdana Menteri jika tiada penyelesaian dalam masa terdekat. Kami merasakan kami kena bertindak cepat pada masa isu ini masih membara. Desakan kami secara terbuka mendapat reaksi dari pelbagai pemimpim. PA YB Ganabathirao, Sri Ram menyatakan YB Ganabathirao akan melawat dalam masa seminggu; PA Datuk Subramaniam iaitu Saravanan, menyatakan akan panggil satu mesyuarat bersama penduduk di sana; manakala PA Waythamoorthy, Shan pula menyatakan pada keesokan harinya, Waytha akan berjumpa dengan KPKT. Pada 4 Julai 2013, KPKT telah menghantar surat kepada Kerajaan Negeri Selangor bahawa tanah yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor seluas 18 ekar adalah tidak mencukupi. Pada hari ke 25 dalam khemah, Penduduk menghantar surat kepada JPM, memberitahu bahawa penduduk akan turun dan berkhemah di JPM jika tiada penyelesaian dalam jangka masa terdekat. Sekarang kami merasa lebih lega kerana nampaknya Kerajaan Pusat kini sudah bincang dalam kabinet dan ada sedikit arahan untuk bina rumah tetapi tak begitu pasti. Kami merasakan kami semakin menuju kemenangan. Pada masa yang sama, tindakan kami duduk di khemah telah memberikan pelbagai tekanan kepada pelbagai pihak yang cuba memujuk kami untuk tidak tinggal dalam khemah. Ada yang mahu menawarkan kami tinggal di tempat lain tetapi kami mahu terus tinggal dalam khemah kerana baru ia dapat memberikan tekanan kepada pihak-pihak yang berkenaan. Pelbagai pujukan dan ugutan yang dituju ke arah kami untuk mendesak kami berhenti berkhemah, sebaliknya telah mewujudkan satu lagi perjuangan sampingan, iaitu perjuangan mempertahankan khemah. CUBAAN RAMPAS KHEMAH Khemah kini sudah menjadi tempat operasi, tempat bermesyuarat dan pusat perjuangan kami. AJK-AJK juga akan mempunyai tanggungjawab dari aspek kebersihan, keselamatan, menyediakan makanan, buku lawatan dan lain-lain. Beberapa kali pihak Majlis Perbandaran Sepang berkata khemah itu adalah milik mereka dan mereka hendak menanggalkan tetapi penduduk mempertahankan khemah dan tidak membenarkan ia ditanggal. Pada masa itu juga ada pandangan segelintir penduduk yang mahukan khemah itu diberikan balik kepada MPS dan kita buat khemah sendiri tetapi majoriti tidak setuju dan mahu mempertahankan khemah kerana khemah kini sudah menjadi simbol perjuangan dan perlu dipertahankan. Jika mereka berjaya merampas khemah, ia seperti berjaya mamatahkan perjuangan kami. Ada orang MIC yang mahu khemah ditanggalkan kerana mengambil tempat parkir. Kumpulan ini dari awalnya memang anti perjuangan. Selain itu di Dewan Undangan Negeri, pihak Barisan Nasional mengutuk Pakatan Rakyat sebagai tidak prihatin kerana penduduk masih duduk di khemah. Ini memberikan tekanan kepada Kerajaan Negeri untuk bertindak atas khemah. Pada 9 Julai 2013, MPS sekali lagi telah datang untuk ambil khemah. Kali ini mereka ’serious’ dan datang dengan lori. Lori telah diletak di blok 3. Pada waktu ini, Ahli Majlis Rajalinggam, yang banyak membantu telah berbincang dan penduduk diberi masa 2 hari lagi. Dalam satu mesyuarat pada hari keesokannya pada 10 Julai 2013, penduduk sebulat suara setuju untuk tidak membenarkan MPS mengambil khemah ini. Kerajaan Negeri Selangor harus prihatin masalah rakyat dan harus bersama rakyat dalam perjuangan. Pada 11 Julai 2013, MPS sekali lagi telah datang untuk ambil khemah. Satu van dihentikan tepi khemah. Anggotanya di dalam tetapi tidak turun, seperti menunggu arahan. Dipercayai tekanan untuk mengambil khemah penduduk diberi oleh wakil MIC di Dengkil kepada YDP Sepang. Pihak MPS pula mengatakan YB Teng Chang Khim, Wakil Exco Kerajaan Tempatan, memberikan isyarat untuk khemah ditanggalkan. YB Ganabathi Rao pula menyokong tuntutan kami untuk khemah tidak dibuka tetapi beliau juga mendapat tekanan daripada pelbagai pihak. Pada hari yang sama saya bertengkar dengan YB Teng melalui telepon. Saya menyatakan tindakan merampas khemah nanti adalah tidak beza dari tindakan pihak DBKL merampas khemah semasa perjuangan pelajar di Dataran Merdeka melawan BN. Saya juga berkata jika khemah dirampas, mungkin kami terpaksa berkhemah di SUK nanti. YB Teng kemudian berkata beliau melepaskan kepada kami berurusan dengan MPS dan tidak akan campur tangan. Ketegangan di kawasan kemudian telah berakhir apabila dapat berita mereka tidak akan ambil khemah. MPS ambil gambar dan beredar lalu dari khemah. Khemah tersebut masih berdiri megah. Pada 13 Julai 2013, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ganabathi Rao telah memberi kenyataan di Selangorku bahawa Kerajaan Negeri akan memperuntukkan 30 ekar tanah untuk perumahan alternatif Taman Permata. Kemudian pada 15hb Julai 2013, Ganabathi Rao telah hadir sendiri ke Dengkil. Beliau memberitahu bahawa KPKT telah menghantar surat kepada kerajaan negeri bahawa 18 ekar yang dikenalpasti oleh Kerajaan Negeri sebelum ini tidak cukup untuk bina 400 buah rumah. Ganabathi Rao memberitahu bahawa kerajaan negeri akan memperuntukkan 30 ekar tanah untuk penduduk. ADUN Dengkil BN Shahrum Mohd Sharif pula hadir ke khemah. Kini bola di tangan Kerajaan Persekutuan. YB Shahrum memberitahu penduduk bahawa dia akan memberi tekanan kepada kerajaan persekutuan untuk membina rumah jika kerajaan negeri kenal pasti tanah. Sehubungan dengan itu, pada 17 Julai 2013, Kerajaan Negeri Selangor telah menghantar surat respon kepada Ketua Pengarah Jabatan KPKT. TEKANAN KEPADA KPKT Pada hari ke-50 dalam khemah, 30hb Julai 2013, kami telah menghantar satu memorandum kepada Menteri Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Putrajaya. Kami mengatakan tindakan Kerajaan Pusat dan negeri yang saling menunding jari adalah umpama Gajah sama gajah gaduh, penduduk mati di tengah. Pada hari ini, penduduk membawa kain rentang dengan tulisan "50 hari dalam khemah, Apa perkembangan?". Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara(JPN) , Datuk Yusoff Ghazali. Kami telah bangkitkan beberapa perkara seperti jabatan mana yang menguruskan isu perumahan kami? Kerajaan Negeri Selangor telah memberitahu bahawa mereka telah memperuntukkan 30 ekar tanah, apakah perkembangan? Datuk Yusoff telah memberitahu KPKT tidak mendapat sebarang maklumat daripada kerajaan negeri Selangor. Apabila ditanya tentang komitmen kerajaan persekutuan dalam pembinaan rumah bagi penduduk Taman Permata Dengkil, Datuk Ghazali memberitahu akan membina rumah tetapi bergantung kepada keadaan tanah yang akan diperuntukkan oleh kerajaan negeri. Jelas mesyuarat hari ini menujukkan, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor tidak mampu untuk duduk bersama dalam menyelesaikan isu rakyat kerana kepentingan politik menjadi keutamaan daripada isu hak perumahan rakyat. Bagi penduduk, apa yang pasti, mereka harus bersiap sedia untuk tinggal lebih lama lagi dalam khemah dan meneruskan perjuangan menuntut hak perrumahan mereka. Pada 31hb Julai 2013, akhbar FMT mengeluarkan dua kenyataan bercanggah mengenai isu ini. Akhbar itu memetik kenyataan MB Selangor, Tan Sri Khalid bahawa kerajaan negeri telah menghantar surat kepada KPKT dan meminta KPKT memberikan surat pengakuan mereka memerlukan tanah ini khusus untuk bina rumah untuk pekerja ladang manakala satu lagi kenyataan adalah dari Menteri Perumahan, Datuk Rahman Dahlan meminta penduduk untuk melobi Kerajaan Negeri untuk mendapatkan tanah untuk pembinaan rumah. Beliau turut menyatakan Kerajaan Pusat akan membersihkan kawasan sekitar sebagai langkah sementara sehingga kepastian diperoleh dari segi pembinaan rumah. Kami difahamkan kenyataan MB Selangor adalah kerana mereka sangsi dan takut jika tanah itu diberikan kepada Persekutuan, mereka takut tanah itu akan digunakan untuk projek lain dan oleh itu mereka mahukan satu kepastian bahawa tanah itu memang untuk pembinaan rumah untuk bekas pekerja ladang dari 4 ladang. Pada 5hb Ogos, YB Ganabathi Rau dalam akhbar Tamil Malaysian Nanban, menyatakan kerajaan negeri Selangor akan memperuntukkan tanah seluas 30-34 ekar. Genap 70 hari, penduduk Blok 5 duduk dalam khemah pada 21hb Ogos 2013, Penduduk Taman Permata sekali lagi memberi memorandum kepada Perdana Menteri untuk selesaikan masalah dengan segera.Tiga bas penduduk telah turun. Kami mengatakan bahawa KPKT memaklumkan semua keputusan berkenaan isu perumahan ini dibuat oleh YAB Perdana Menteri dan bukan Kementeriannya. Maka kami datang untuk dapat maklum,balas. Pada hari itu kami dapat berjumpa dengan Setiausaha Sulit PM En. Azhar yang menerima memorandum. Beliau menyatakan isu ini sudah dibincangkan dan telah pun selesai di Parlimen. KEMELUT Dalam keadaan semuanya berjalan lancar, tiba-tiba kami diberikan satu persepsi bahawa ada pembangkangan dari kalangan penduduk sendiri yang tidak mahu meninggalkan rumah flat. Waytha juga telah memaklumkan kepada saya bahawa ada bantahan dalaman dan berkata tidak ada perpaduan di kalangan penduduk dan meminta kami was-was. Ada yang berkata pembangkangan ini berbau perkauman manakala kami berpendapat ia hanyalah kerja-kerja team MIC yang bermusuhan dengan kami. Namun, kami sedikit terkejut kerana dari pandangan kami, rata-rata orang tidak suka tinggal dalam flat ini. Maka kami berpendapat kami harus mendapat maklumbalas daripada penduduk supaya senang membidas orang luar jika dikatakan tuntutan kami bukan popular. Maka kami memanggil satu sidang akhbar dan mesyuarat bersama semua penduduk pada 8hb September 2013, iaitu hari ke-90 duduk di khemah. Sidang akhbar itu dipanggil untuk membidas satu kenyataan Menteri KPKT Abdul Rahman Dahlan yang berkata ada pihak menghasut penduduk Dengkil untuk tinggal di khemah. Beliau juga berkata telah hantar surat untuk minta penduduk pindah ke flat di Bukit Jalil kerana beliau kesian melihat keadaan kami. Beliau juga mengutuk kerajaan negeri kerana gagal selesaikan isu. Kami dalam sidang akhbar berkata tidak pernah mendapat sebarang surat dan meminta beliau dan kerajaan pusat untuk fokus kepada 4 tuntutan kami seperti dibawah: 1. Tunaikan janji membina rumah teres kos rendah di tanah yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri Selangor 2. Tetapkan tarikh pelaksanaan projek 3. Jamin keselamatan penduduk sehingga pembinaan rumah alternatif siap 4. Segala keputusan atau tindakan yang akan diambil yang melibatkan penduduk flats Taman Permata harus dijalankan selepas perundingan dengan Jawatankuasa penduduk Flats Taman Permata (PBPTPD) di sini dan bukannya dengan orang luar atau parti politik. Maka kami membuat proses mendapat maklumbalas dengan cara isi borang persetujuan dan ia dibuat pada 14 dan 15hb September 2013 di khemah perjuangan dan ia dipantau oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) HARI KE 100 DALAM KHEMAH – KERAJAAN PUSAT DAN NEGERI SALING MENUDUH Pada 18 September 2013, iaitu Hari ke-100 penduduk dalam khemah, kami mengumumkan bahwa kami mahu pihak kerajaan pusat dan negeri berdialog untuk selesaikan isu Taman Permata, Dengkil dan bukan hanya untuk membuat kenyataan politik saling kutuk satu sama lain. Maka kami menjemput mereka semua ke satu sesi dialog pada 28 September 2013. Jemputan dipanjangkan ke Pejabat PM, KPKT, JPM, Menteri Besar Selangor, Exco Perumahan dan Ladang di Selangor, MP Sepang dan Adun Dengkil. Pada 28 September 2013, hari ke-110 dalam khemah, maka sesi dialog bersama wakil Kerajaaan Negeri dan Persekutuan dipanggil namun pada sesi dialog tersebut yang hadir dari pihak Kerajaan Negeri Selangor hanyalah En. Sivakumar, wakil Exco Ganabathi Rao, manakala beliau sendiri mengakui kurang memahami status keadaan sebenar manakala bagi Kerajaan Persekutuan pula, mereka menghantar 3 orang wakil iaitu dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) En. Fakrul, wakil Timbalan di Jabatan Perdana Menteri, En. Shanmugam dan wakil ADUN Dengkil, En. Azhar untuk berdialog. Dalam dialog itu wakil kerajaan Persekutuan lebih bersedia dan berkata, manakala, sehingga sekarang Kerajaan Negeri masih belum memberikan lokasi sebenar projek perumahan dan ini melambatkan proses. Pada 9 Oktober 2013, kami difahamkan ada satu lawatan Lawatan JPN ke tapak cadangan Kerajaan Negeri Selangor, milik Sime Darby. Ini mungkin selepas desakan kami berterusan meminta pihak-pihak untuk tidak berdolak dalih. Susulan daripada sesi dialog, kami telah menghantar surat kepada Menteri Besar Selangor pada 17 Oktober 2013 meminta Tan Sri Khalid Ibrahim bantu selesaikan isu perumahan Taman Permata, Dengkil secara mutlak. Kami juga berkata Kerajaan Persekutuan tidak dapat membuat proses seterusnya dalam pembinaan rumah kerana Kerajaan Negeri belum memberitahu lokasi sebenar tanah yang dikenal pasti kepada pihak KPKT. TANAH DIKENALPASTI – CAHAYA DIHUJUNG TEROWONG Untuk beberapa minggu, pihak media sering mengutarakan isu JK penduduk dimana kami menuduh kedua-dua kerajaan asyik bertelagah daripada mencari penyelesaian. Media juga amat bersimpati dengan nasib penduduk yang masih meneruskan perjuangan dalam khemah dan memberikan pendedahan yang secukupnya. Selepas pendedahan isu-isu ini melalui media dan banyak juga liputan mengenai isu dolak dalih dan tolak menolak antara dua kerajaaan ini, maka beberapa perkembangan positif telah mengambil tempat. Kami kemudian telah diberitahu tempat untuk lokasi dan pada 10 November 2013, Penduduk telah pergi ke tapak tanah tersebut untuk melihat keadaan tanah yang dikenal pasti pihak Kerajaan Negeri Selangor. Kami gembira dengan tapak tanah ini kerana landskap yang agar rata dan sebagainya. Ia juga tidak jauh daripada perumahan kami sekarang. Pada 19 November 2013, JPN telah mengadakan perbincangan dengan SU Kerajaan Negeri Selangor.Kementerian bersetuju melaksanakan pembinaan 400 unti rumah kos rendah. Untuk mengambil kesempatan pada masa isu ini panas, kami pada 17 Disember 2013, secara proaktif menulis surat kepada YAB Perdana Menteri Najib dan Menteri KPKT bahawa penduduk berpuas hati dengan tapak tanah dan meminta projek pembinaan rumah teres disegerakan bagi penduduk Taman Permata, Dengkil. Pada 7 Januari 2014, kami menerima surat dari JPN dimana dinyatakan tanah yang dikenal pasti oleh Kerajaan Selangor adalah bersesuaian bagi pembinaan 400 unit rumah teres kos rendah setingkat. Kami cukup gembira dan mengadakan sidang akhbar tergempar di khemah pada keesokannya . Pada 16 Januari 2014 kami dimaklumkan tentang surat JPN kepada SU Kerajaan Negeri di mana KPKT sedang dalam proses penyediaan memorandum untuk mempersetujui pembinaan rumah 400 unit daripada Jemaah Menteri. Dalam keadaan semua ini berjalan baik, pemerhatian kami diganggu sedikit apabila PNSB secara senyap cuba menjual 4 daripada 7 rumah kosong di Flat kepada 4 orang yang sebelum ini dikategorikan sebagai penceroboh. Tindakan PNSB semasa kita berfikir nak pindah ke rumah teres adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab. Maka pihak kami terpaksa membuat aduan polis dan membuat aduan kepada pihak Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT). Kami juga mahukan jika 400 rumah dibina maka baki rumah harus diberi kepada bekas pekerja ladang Galloway dan Madingley yang tidak mendapat perumahan. Pada 23 Januari 2014, Penduduk telah menghantar surat kepada Menteri Besar Selangor dan Pengarah Lembaga Pn. Norzaton Aini tentang tindakan Lembaga menawarkan rumah kepada bukan pekerja ladang yang menceroboh masuk ke dalam rumah di flats Taman Permata. Tuan Haji Wan, pegawai Lembaga kemudian berkata bukan pihak Lembaga yang membuat penawaran itu tetapi pihak PNSB dan setuju untuk menghentikan tawaran rumah itu untuk sementara. Pada 10 Februari 2014, KPKT bersetuju untuk menawarkan unit rumah teres yang baru pada harga lama unit rumah flat iaitu RM20,000. Ini adalah satu lagi berita yang mengembirakan. Pada 19 februari 2014 pula, SU Kerajaan Selangor tulis kepada KPKT menyatakan persetujuan Kerajaan Negeri untuk sediakan tanah sebagai tapak rumah jika kerajaan persekutuan bersetuju untuk membina rumah untuk pekerja ladang. Pada 5 Jun 2014 pula, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) menulis surat kepada Pejabat Daerah Sepang mengenai permohonan pengambilan tanah bagi tujuan pembinaan rumah awam kos rendah setingkat serta kemudahan awam ke atas GRN 316181 Lot 3859 (Baru Lot 17827) Mukim Dengkil. Maka pada hari ke 400 duduk atas khemah pada 6 Julai 2014, kami membuat satu sidang akhbar mengumumkan perkembangan terkini dalam penyelesaian isu perumahan kami iaitu Kerajaan Negeri Selangor dalam proses mendapatkan tanah di kawasan Ampar Tenang untuk pembinaan perumahan kami manakala Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk membina rumah teres kos rendah di tapak tanah yang diberi oleh Kerajaan Selangor. Pada 16 Oktober 2015, kami membuat 4 seruan kepada Azmin Ali selaku Menteri Besar baru iaitu kami memohon mempercepatkan proses pengambilan tanah dari Sime Darby, kami meminta MB untuk untuk pastikan individu-individu bukan pekerja ladang tidak ditawarkan rumah, mengarahkan PNSB untuk tidak mendera penduduk dengan bayaran dan memastikan peruntukan membaiki flat dibuat secara terbuka dan telus supaya tiada penyelewengan. Pada 24 November 2014, MB Azmin Ali dalam pembentangkan belanjawan Negeri Selangor bagi tahun 2015 berkata, Kerajaan Negeri juga komited untuk menyelesaikan permasalahan perumahan untuk lebih 400 keluarga bekas pekerja ladang yang telah dipindahkan daripada Ladang Perang Besar, Ladang Medingly, Ladang Galloway dan Ladang Sedgely ke Taman Permata Dengkil, Sepang kerana pelaksanaan projek Putrajaya. Kerajaan Negeri telahpun selesai proses pengambilan tanah seluas 30 ekar milik Sime Darby di Mukim Dengkil pada Oktober 2014 yang lalu dengan pampasan sebanyak RM 12.1 juta yang telahpun dibayar pada 18 November 2014. Tapak milik Kerajaan Negeri ini akan dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan yang mengikut perjanjian bersetuju untuk membiayai kos pembinaan 400 unit rumah teres satu tingkat untuk tujuan pemindahan penduduk Taman Permata Dengkil, Selangor. Pada 28 November 2014, kami membuat sidang akhbar merakamkan setinggi- tinggi penghargaan kepada MB Selangor dan juga semua kumpulan- kumpulan NGO, pihak media dan persatuan-persatuan yang membantu kami sepanjang perjuangan ini termasuk orang dari jauh dan dekat yang telah menyumbang wang dan tenaga untuk perjuangan kami AKURJANJI DAN ENGGAN JANJI Selepas banyak kerja melobi, memberikan surat peringatan dan desakan politik, akhirnya satu mesyuarat penyelarasan telah dipanggil oleh KPKT di Putrajaya. Jawatankuasa Penduduk Taman Permata (PBPTPD) turut dijemput ke mesyuarat yang agak penting ini. Sebelum ini kadangkala ada mesyuarat di mana pihak kami tidak dijemput manakala pihak individu yang kepentingan sempit dijemput tetapi nampaknya masalah ini sudah selesai sekarang dan pihak kerajaan mengetahui siapakah pihak yang benar-benar terlibat dalam perjuangan ini. Mesyuarat penting tersebut telah diadakan pada 6-3-2014 dipengerusikan oleh Puan Rohani Omar – Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan, Jabatan Perumahan Negara. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh pihak Kementerian kerajaan tempatan, UPEN Selangor, PNSB, Pejabat Daerah, MPS dan Persatuan Taman Permata Dengkil. Dalam mesyuarat tersebut, mereka menegaskan harga rumah adalah baki apa yang belum dibayar bererti jika bekas pekerja ladang sudahpun menyelesaikan bayaran terdahulu sebanyak RM 20 ribu, maka rumah ini adalaha percuma. Lebih kurang 260 daripada 393 sudahpun menyelesaikan kesemua bayaran tertunggak dan bagi mereka rumah adalah percuma dan bagi selebihnya, mereka kena menjelaskan baki bayaran. Isu kedua adalah mengenai senarai nama di mana kami diberi kepastian, rumah ini khas untuk bekas pekerja ladang dari 4 ladang dan mereka akan menyemak senarai yang ada pada PNSB. Kami juga menimbulkan isu rumah yang sudah dilelong dalan anggaran 10 rumah dimana mesyuarat memutuskan akan buat satu keputusan kelak. Kami juga cuba mengutarakan senarai 16 rumah bekas pekerja ladang Galloway Madingley yang tercicir semasa pemberian rumah asal dimana mesyuarat memutuskan perkara itu perlu dikaji dan meminta kami berikan senarai. Namun mesyuarat tersebut memberikan satu tanggungjawab yang amat besar kepada jawatankuasa kami dimana kami diminta untuk mendapatkan surat akur janji persetujuan dari para penduduk flat bahawa mereka setuju berpindah ke rumah teres dan rumah flat pula akan menjadi milik Kerajaan semula. Mereka juga berkata ada pihak yang tidak mahu berpindah dan mereka berkata jika kami kami ada komitmen penduduk 100%, maka boleh diteruskan pembinaan rumah kos rendah. Permintaan dan komitmen ini agak tinggi. Kami juga sedikit cemas apabila dikatakan memerlukan 100% tetapi kami kemudian diberitahu jika kami mendapat 70% sudah memadai. Maka proses akur janji ini dibuat 2 kali selepas itu. Banyak penerangan dibuat melalui mesyuarat di khemah dan juga melalui suratkhabar. Pihak Jawatankuasa telah membuat satu lagi proses akur janji di Dewan Dengkil selama tiga hari 27 April 2014, 11/18 Mei 2014. Kami meminta penduduk mengisi satu borang yang bertajuk MAKLUMBALAS PENDUDUK: PERSETUJUAN UNTUK BERPINDAH. Mereka yang tandatangani besetuju untuk dua perkara iaitu bersetuju untuk berpindah dari rumah kediaman flats Taman Permata Dengkil ke rumah teres alternatif yang akan dibina oleh Kerajaan di kawasan lot 5375 seluas 30 ekar yang terletak di Ampar Tenang, Mukim Dengkil, Daerah Sepang.dan keduanya bersetuju dengan harga yang ditawarkan iaitu harga asal rumah sedia ada yang ditawarkan kepada kami setelah dipotong bayaran yang sudahpun dijelaskan oleh saya.Kami juga membuat penerangan dengan teliti sebelum penduduk diminta isi. Namun pihak KPKT tidak setuju dengan akur janji kami dan mereka memberikan satu lagi format baru dimana kita perlu mendapat seorang Pesuruhjaya Sumpah untuk melakukanya dan juga ada syarat tambahan untuk persetujuan melepaskan rumah flat yang sedia ada. Kami juga mendapatkan bantuan ADUN Dengkil, YB Shahrum yang telah hadir ke khemah dan meminta para penduduk untuk menyokong inisiatif jawatankuasa dalam mendapatkan persetujuan penduduk terutamnaya penghuni Melayu. Maka pada 4, 18 dan 25 Januari 2015, kami telah melakukan di Khemah Perjuangan dengan kehadiran Pesuruhanjaya Sumpah. Ia adalah satu kerja yang rumit tetapi dijalankan secara amat profesional dan teratur. Kami amat berasa lega kerana sambutan yang diterima di luar dugaan kami, kerana 330 orang iaitu 85% peratus setuju dan segelintir kecil iaitu sebanyak 58 orang iaitu 27 orang MIC, 18 orang UMNO dan selebihnya adalah masalah waris yang hanya merupakan 15% yang tidak setuju. Kesemua mereka yang tidak tandatangan adalah ahli UMNO dan MIC. Kami kecewa dengan kumpulan ini kerana mereka dari dulu hingga sekarang menjadi penghalang kepada perjuangan ini. Ada dikalangan mereka tidak mahu tandatangan kerana sudah pun membuat pengubahsuaian besar dalam rumah mereka walaupun undang-undang menghalang pengubahsuasian dalam rumah flat. Ada diantara mereka juga sebenarnya bukan bekas pekerja ladang dan hanya mendapat rumah flat ini secara pintu belakang. Kami pada 3hb Mac 2015, menulis surat kepada Perdana Menteri, Adun Dengkil, Datuk Palanivel, Datuk Subramaniam dengan tajuk Ahli UMNO Dan MIC Sendiri Sengaja Tidak Menandatangani Surat Aku Janji Yang Disediakan Oleh KPKT. Kami amat berharap pihak YAB/ YB/ Tuan dapat membantu untuk memastikan individu- individu yang enggan membantu supaya menandatangani surat aku janji yang disediakan dengan segera. Setelah campur tangan, maka kebanyakan Ahli UMNO sudah tandatangan. Maka pada 22hb Mei 2015 kami memberikan satu statistik kepada Kementerian dimana 92% orang sudah setuju manakala yang tidak mahu tandatangan adalah seramai 8% . Statistik akur janji yang tidak ditandatangani adalah seperti berikut: Penerangan Bilangan (orang) % daripada jumlah besar 393 Ahli UMNO 3 0.7% Ahli MIC 26 6.7% Isu pindah milik rumah 3 0.7% Jumlah 32 8.1% Pada 27 Julai 2015, Jawatankuasa menerima surat maklumbalas daripada Jabatan KPKT supaya senarai surat akujanji dihantar ke Jabatan Perumahan Negara. Turut dinyatakan adalah sebarang urusan yang melibatkan flats dirujuk kepada pihak negeri Selangor. Tambahan kepada itu, juga dinyatakan adalah Jabatan Perumahan Negara sedang dalam proses memuktamadkan cadangan pembangunan yang dikemukakan. Oleh yang demikian, kaedah pembinaan dan anggaran jangka masa penyiapan projek akan dapat ditentukan selepas cadangan pembangunan dimuktamadkan. MEMUKTAMATKAN PEMBINAAN RUMAH Pada 2 April 2015, isu Taman Permata dibahas di Parlimen. Soalan ditanya oleh Mohamed Hanipa Maidin [Sepang] minta KPKT menyatakan: (a) Apakah status terkini berhubung isu pembinaan rumah baru bagi memindahkan para penduduk Flat Taman Permata, Dengkil sepertimana yang dijanjikan oleh pihak kementerian; dan (b) Berapakah jumlah rumah yang akan dibina oleh kementerian untuk tujuan pemindahan tersebut. Menteri KPKT, Datuk Abd. Rahman Dahlan membalas bahawa kementerian pada dasarnya setuju dan komited untuk menyelesaikan isu penempatan semula penduduk-penduduk di flat Taman Permata dan dalam proses untuk menyelesaikan urusan permohonan tanah dengan Kerajaan Negeri Selangor. Beliau turut berkata Kerajaan Negeri Selangor telah pun bersetuju menyediakan 30 ekar tanah di kawasan Ampar Tenang dengan kos RM13 juta yang ditanggung oleh kerajaan negeri. Selain itu, kementerian melalui Jabatan Perumahan Negara telah berbincang dengan wakil penduduk pada Mac 2014 bagi mendapatkan akur janji penduduk. Walau bagaimanapun, sehingga kini proses mendapatkan akur janji ini belum diselesaikan kerana hanya 330 ketua isi rumah sahaja yang menandatangani borang aku janji berkenaan. Setelah isu tanah dan aku janji ini diselesaikan, Kerajaan Persekutuan akan membina sebanyak 400 unit rumah teres satu tingkat di kawasan tersebut seperti yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Yang anehnya, Menteri BN meminta wakil rakyat PAS untuk mendapatkan lagi 58 tandatangan padahal mereka semua orang BN. Mengikut Hansard DUN Selangor pula pada 5 November 2015 di Dewan Undangan Negeri Selangor, Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) telah mengemukakan permohonan tanah kepada Pejabat Tanah Daerah Sepang pada 27 April 2015 dan kertas ringkasan permohonan akan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) dalam masa yang terdekat. Maka kami semakin dekat dengan impian kami tetapi satu isu yang sering ditimbulkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan adalah Kerajaan Negeri masih belum memindah tanah maka Kami terus mendesak Pejabat Menteri Besar Selangor dan Pengarah Pejabat Tanah Selangor bertanyakan samada proses pemindahan dan kelulusan tanah selesai? Kami telah menghantar surat pada 31 Disember 2015 dan 8 Januari 2016. Pada 1 Februari 2016, Jawatankuasa penduduk menerima surat pengesahan kelulusan tanah daripada Pejabat Tanah Sepang. Maka apabila kami menyambut Sambutan hari ke- 1000 perjuangan dalam khemah pada 8hb Mac 2016 di mana ia dirayakan serentak dengan Hari Wanita Sedunia di tapak khemah. Satu sidang akhbar juga diadakan pada 15 Mac dimana kami sekali lagi mengulangi komitmen Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Pusat dalam penyelesaian isu perumahan penduduk flats Taman Permata. RUMAH SIAP BINA SISTEM IBS Pada 2 September 2016 , satu lagi mesyuarat telah diadakan bersama dengan Timbalan Pengarah Jabatan Perumahan Negara– Datuk Ramlan yang memaklumkan bahawa pihak JPN mempertimbangkan Iris Corporation untuk membina rumah untuk penduduk menggunakan SISTEM IBS. Penduduk diminta melawat projek perumahan yang dibina dengan kaedah yang sama di Merlimau dan Rembau. Beliau berkata polisi kerajaan sekarang adalah bina sistem ini untuk kurangkan pengantungan kepada buruh asing. Maka kami melawat kawasan Rembau di Negeri Sembilan. Kami juga membawa bersama Sdr Arumugam dan Sdr Selva. Kedua-duanya mempunyai kepakaran dalam bidang pembinaan. Seramai 9 orang AJK juga melawat tapak ini bersama kami. Rumah yang dibina dengan sistem IBS memang nampak cantik tetapi apabila diketuk, terdengar bunyi kosong. Ada dikalangan AJK tidak senang dengan ini, Kami pun mendapat penjelasan dari dua orang pakar kami dimana mereka juga memberikan input mereka. Pada 11 November 2016, kami telah mengadakan satu mesyuarat dengan Iris Corporation di pejabat mereka di Bukit Jalil. Mereka memberi penjelasan mengenai pembinaan rumah sistem IBS dan kebaikannya. Mereka juga berkata ini adalah cara pembinaan rumah masa depan dan konsep ini telah digunakan di luar negara tetapi di Malaysia masih kurang. Mereka juga menunjukkan dua video mengenai jenis perumahan ini. Kami bertanya banyak soalan dan kami juga dihidangkan dengan makanan. Namun demikian mereka masih tidak menunjukkan design rumah ini. Kemudian kami tulis surat kepada Surat kepada Jabatan Perumahan Negara : Pohon Temujanji untuk Perbincangan Perkembangan Projek Perumahan Rakyat. Kami menulis dua surat pada 21 Disember 2016 dan 02 Februari 2017. 15 Februari 2017, maklumbalas kepada Permohonan Temujanji Bersama Pihak KPKT diterima di mana pihak KPKT memaklumkan tarikh-tarikh penting dalam projek pembinaan rumah di Ampar Tenang seperti berikut Pecah Tanah pada 16-8-2017, Perumahan Siap 3 tahun (36 bulan) pada September 2020. Akhirnya apabila Jawatankuasa berjumpa dengan Menteri Datuk Noh Omar, beliau berkata mereka tidak akan bina sistem IBS dan akan buka kepada open tender, Akhirnya Syarikat Getinas Sdn. Bhd. diberikan tender untuk membina 400 rumah bersaiz 700kaki persegi dengan 3 bilik dan 2 bilik air. Juga mempunyai 10 kaki di depan dan 5 kaki di belakang. NAJIB PUAT PROGRAM PECAH TANAH 16 Ogos 2017, lebih kurang seribu orang menyertai program yang amat gilang gemilang itu dibawah khemah putih. Saya telah dijemput oleh JK Penduduk sebagai salah seorang tetamu kehormat. Aneh apabila menjadi tetamu kehormat dalam satu program Barisan Nasional yang dihadiri oleh Perdana Menteri Najib Razak. Kumaran bertanya pelbagai soalan kepada saya - apa baju saya akan pakai dan sebagainya. Rupanya beliau sendiri ditanya pelbagai soalan mengenai kehadiran saya, samaada kami akan membuat sesuatu dan sebagainya. Penganjur utama program juga gelisah akan kehadiran kami. Pada hari tersebut saya melihat pengawal keselamatan polis berpakaian preman sentiasa berada disekeliling kami mungkin kerana langkah berjaga kerana reputasi kami memandangkan YAB PM berada dalam lingkungkan kurang 3 meter dari tempat kami duduk. Namun kehadiran kami hanya sekadar menumpang kegembiraan satu perjuangan yang kami laksanakan bersama masyarakat disana. AJK Taman Permata Dengkil(PBPTPD) juga telah memastikan segala acara nanti tidak sekali kali akan meminggirkan AJK, bekas pekerja Ladang dan tetamu udangan AJK. Semua pihak lain pada hari tersebut cuba tumpang nama seperti MIC yang meletakkan banner sepanjang jalan masuk seolah-olah merekalah yang menyelesaikan masalah. Pada realitinya, merekalah antara faktor mengapa isu ini gagal. Jika mereka berjaya berjuang dan mendapatkan perumahan teres pada masa ladang dijual dulu, isu ini tidak timbul hari ini. Sungguh tanpa malu, mereka cuba mendapat nama atas perjuangan orang lain. Beberapa hari sebelum program pun, mereka masih melobi untuk ‘hijack’ perjuangan ini. Namun demikian, saya kena mengucapkan terima kasih kepada Presiden MIC Datuk Subramaniam dimana beliau telah mengakui bahawa kemenangan perjuangan ini adalah hasil usaha Jawatankuasa Taman Permata Dengkil dan telah menyuruh anak buahnya untuk tidak membuat hal dan beliau sendiri meminta mereka bekerjasama dengan Jawatankuasa ini. Saya juga difahamkan bahawa pihak akhbar Tamil juga telah memaklumkan kepadanya bahawa memang saya dan PSM terlibat langsung dan AJK disana pun sokong PSM. Sebelum program ini bermula, ada seorang berpakaian BN sedang cuba melatih lebih kurang 5 orang wanita berusia dari ladang ini untuk menghafaz beberapa perenggan ayat. Antaranya Terima kasih PM, Terima Kasih Noh Omar. Terima kasih BN, Terima kasih Datuk Subra dan Malaysia Boleh. Saya lucu melihat gelagat ini apabila orang berusia berasa sukar untuk menghafaz kerana itu bukan bahasa ibunda mereka. Orang itu saya diberitahu adalah seorang Datuk dan ini adalah untuk ambil video yang mungkin akan digunakan semasa kempen PRU nanti. Apabila saya menegur beliau dan bertanya “ini dramakah?”. Dia cakap kita terpaksa buat begini kerana takut, nanti orang lain akan ambil nama. Ini adalah kenyataan yang paling melucukan. Dia sendiri menumpang perjuangan orang lain. Namun saya tidak kisah kerana ini berlaku dalam setiap perjuangan di mana orang ambil kesempatan. Walaupun saya percaya penduduk dari empat ladang ini tahu bagaimana mereka mendapat tanah, siapa yang berjuang bersama dan sebagainya kerana kemenangan mereka tidak jatuh dari langit tetapi hasil pelbagai usaha yang dilakukan. Dalam ucapan Perdana Menteri pada hari tersebut, ia dilancarkan sebagai Program Perumahan Rakyat (PPR) Ampar Tenang, Dengkil dimana ia akan siap pada tahun 2020 bagi menempatkan 400 keluarga bekas pekerja ladang. Antara sedutan ucapan Perdana Menteri yang amat bermakna adalah "Tanpa empat ladang tersebut dan pengorbanan oleh 400 keluarga terlibat, tidak akan wujud Putrajaya seperti yang ada hari ini,” Beliau turut berkata “Pembinaan 400 unit rumah teres setingkat itu dijangka siap pada Julai 2019 bagi menggantikan Rumah Kos Rendah Taman Permata, Dengkil yang kini menjadi kediaman kepada bekas pekerja Ladang Perang Besar, Madingly, Galloway dan Sedgely yang berkorban meninggalkan tanah ladang tersebut bagi membuka laluan kepada pembangunan Putrajaya. Beliau berkata projek ini menelan jumlah sebanyak RM60 juta. Beliau juga berkata setiap unit itu akan dijual pada harga RM20,000 berbanding kos asal RM150,000 seunit dan “ini bermakna kerajaan memberi subsidi sebanyak RM130,000 seunit, satu keputusan atau tindakan yang tidak ditandingi mana-mana pihak," Beliau turut mengumumkan bahawa 216 pekerja ladang yang telah habis bayaran RM20,000 bagi Rumah Kos Rendah Taman Permata yang didiami ketika ini, akan dapat memiliki rumah PPR itu tanpa sebarang bayaran. Beliau berkata pembinaan PPR itu merupakan manifestasi usaha kerajaan membantu masyarakat dan juga membuktikan kerajaan BN tidak memungkiri janji."Dalam isu ini, janji dibuat ketika Tun Dr Mahathir Mohamad jadi Perdana Menteri, tetapi saya yang tunaikan sekarang. Mungkin beliau (Dr Mahatir) lupa akan janjinya tetapi kerajaan ini akan kotakan janji.” Sempat juga Najib cucu bekas Bossnya Mahathir "Dengan terlaksana projek perumahan ini, menandakan berakhirnya perjalanan dan perjuangan, khususnya bagi masyarakat India di sini yang bertungkus lumus sebagai pekerja ladang untuk menyumbang kepada ekonomi negara. Dalam teks ucapan beliau juga , satu maklumat yang amat penting adalah rangkap, “Saya juga dimaklumkan bahawa semasa proses pemindahan pekerja-pekerja daripada 4 ladang tersebut ke Taman Permata Dengkil, terdapat 11 keluarga yang telah tercicir dan tidak mendapat unit rumah di Taman Permata. Jadi, pada hari ini saya sukacita mengumumkan bahawa Kerajaan juga akan membina rumah PPR Ampar Tenang untuk 11 keluarga ini. Saya telah meminta YB Tan Sri Noh Omar supaya KPKT meneliti perkara ini supaya rumah yang mencukupi dapat dibina untuk keperluan semua penduduk yang layak.” Dengan ini, maka selesailah tuntutan penuh kita tercapai, kerana akhirnya kami mendesak KPKT untuk membina tambahan rumah. KPKT berkata ia boleh dilakukan jika kita kompromi tanah untuk kuil. Memandangkan ada beberapa kuil baru di Ampar Tenang, kami telah setuju kerana rumah itu memang penting sekali untuk penduduk. Turut hadir dalam program ini adalah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam, dan begitu banyak ADUN BN, Ketua Bahagian Cawangan UMNO dan MIC. Bagi saya, memang Najib menggunakan pelancaran ini untuk memancing undi masyarakat India. Saya hanya merasakan ucapan beliau adalah baik tetapi harus juga berteimakasih kepada Kerajaan Negeri kerana memberikan tanah secara percuma untuk pembinaan 400 unit rumah. Pada hari tersebut Jawatankuasa Taman Permata Dengkil dapat duduk semuka dengan PM untuk makan tengahari di mana peluang yang sama tidak diberikan kepada pemimpim MIC. Pada hari tersebut juga satu pameran rumah yang bakal dibina juga dipamirkan. Najib dalam ucapan mengingatkan penduduk, apabila bermimpi mengenai rumah ini, jangan lupa siapa yang memberikan. Saya pasti penduduk 4 ladang ini apabila terjaga dari mimpi, mesti sedar bagaimana mereka berjaya mendapat rumah teres akhirnya setelah menantikan 20 tahun. KESUDAHAN RUMUSAN Kemenangan perjuangan Taman Permata Dengkil adalah satu kemenangan besar apabila kita melihat bahawa hampir 400 keluarga bekas pekerja ladang dari 4 ladang akan memperolehi rumah teres yang boleh dikatakan pada satu harga gila pada zaman ini dan bagi 2/3 penduduk ini adalah rumah percuma. Kemenangan ini pasti tidak boleh berjaya kalau bukan usaha, masa, pengorbanan Jawatankuasa Penduduk Flats Taman Permata Dengkil (PBPTPD) yang telah memainkan peranan penting dan tanpa putus asa. Anggota JK yang akhirnya berjaya kami hari ini adalah Rajeswary, Veeran, Balaya, Perumal, Thangaraju, Segar, Ramadass, Thanapakiam, Muthiah, Manoharan, Muniandy, Manorama, Keertyvarumman, Kumaran, Mathavi, Saraswathy dan Asaithamby Kesemuanya telah memainkan peranan penting dalam menjayakan perjuangan ini. Mereka sentiasa mengadakan mesyuarat dan menjalankan kerja dengan baik. Ramadass sebagai Pengerusi sentiasa membawa segala permasalahan dan menjadi antara faktor perpaduan di kalangan AJK. Namun jika ada seorang yang paling fokus dan memberikan segalanya untuk perjuangan ini maka namanya adalah Kumaran sebagai Setiausaha. Walaupun kadangkala menaikan suara dan tidak bertolak ansur tetapi beliau telah memainkan peranan dominan dari segi membuat ‘follow up’ dengan rapi, memastikan dokumen teratur, mengatur mesyuarat dan memastikan hampir kesemua program yang dirancang dapat dilaksanakan secara rapi. Syabas juga kepada AJK wanita seperti Rajes, Mathavi, Saras, Shanti dan Tanapakiam atas pengorbonan mereka dalam perjuangan ini. Tabik kepada semua AJK kerana berjaya melakukan apa 12 cawangan parti politik gagal melakukan. Semua AJK 17 orang dan Mohan yang telah meninggal dunia, ini adalah kejayaan anda semua. Turut harus diberi pujian adalah peranan yang dimainkan oleh Penyelaras CDC di mana mereka dari awal hingga akhir sentiasa bersama penduduk dari zaman susah sehingga zaman senang. Komitmen dan perjuangan kelas yang mendalam yang dipikul oleh mereka sentiasa menjadi resepi kemenangan dimana-mana. Penyelaras seperti Kogila, Nalini M dan Thevarajan telah memainkan peranan mereka dengan baik dari segi menyediakan surat, hadir ke mesyuarat dan mendokumen segala-galanya. Mereka juga telah banyak menggunakan masa mereka di Taman Permata untuk memastikan cahaya itu tetap bersinar di hujung terowong. Selain daripada itu perjuangan ini sukar kerana tiga sebab iaitu kita hendak memindahkan penduduk dari rumah flat yang sudah dibina kepada rumah teres yang belum dibina; kedua, kita berhadapan dengan satu kawasan yang penuh dengan pelbagai parti politik dan pemimpim di mana setiap langkah harus berhati-hati dan ketiga kita terpaksa memastikan kita dapat berkerjasama dengan kedua-dua pihak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang berada dalam gabungan politik yang bertentangan maka kita kena sentiasa pastikan bahawa kita tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak. Kewujudkan pelbagai parti politik dan kumpulan yang pada awalnya mengongkong penduduk di sini akhirnya berjaya dibebaskan apabila penduduk sendiri duduk berbincang melalui mesyuarat dan perjumpaan besar arah tuju perjuangan. Memandangkan ini adalah satu kumpulan yang amat besar maka isu perpaduan memang sesuatu yang sukar tetapi dalam isu ini kita berjaya menyatupadukan lebih 85% penduduk dan ini merupakan satu pencapaian yang tersendiri. Perjuangan pastinya membawa kejayaan. Dua aktiviti yang menjadi game changer dalam isu ini adalah protes 24 jam di pekan Dengkil dan perjuangan berterusan dan berlanjutan di khemah. Kedua-dua tindakan ini berjaya menjadikan isu ini isu nasional dan menyebabkan pelbagai pihak turun membantu termasuk kepimpinan parti Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat yang melihat ini sebagai isu yang mempunyai modal politik. Pihak media terutamanya akhbar Tamil dan pemberita Arumugam dan Maniam sentiasa telah memainkan peranan penting dalam memberikan liputan yang luas dan besar dan ini sudah tentu telah berjaya mendapatkan persetujuan bersama. Terima kasih juga kepada semua pihak di pihak Kerajaan Negeri termasuk Exco Xavier Jeyakumar dan YB Ganapathi Rao. Juga pegawai KPKT yang banyak membantu Encik Fakrul dan Mohd Zain. Juga tidak ketinggalan ADUN BN dan penyelaras DUN PR, juga Ahli Majlis terutamanya Rajalingam, Thiben, Azmi dan Shafie. Ini adalah satu kemenangan kepada kaum pekerja ladang yang telah bertungkus besar. Najib berkata apakah Putrajaya kalau bukan Ladang Sedgeley, Prang Besar, Galloway dan Madingley. Ya, ini memang betul dan apakah satu kemenangan tanpa perjuangan. Apa yang sepatutnya diselesaikan pada tahun 1999 telah mengambil lagi 20 tahun untuk diselesaikan kerana sikap tidak menghormati kaum pekerja masyarakat pekerja ladang. Beberapa generasi mereka telah mati tanpa alamat. 30 ekar tanah yang kini telah ditukar menjadi rumah mereka akan sentiasa mencatat sejarah sebagai kawasan penempatan semula pekerja ladang yang telah memberi laluan kepada Putrajaya. Berakhirnya satu lagi kemenangan untuk kaum pekerja ladang dalam abad ke 21 ini. Rumah mereka dalam proses pembinaan. AJK Taman Permata Dengkil kena meneruskan jalan perjuangan yang penuh dengan duri, api, paku ini sehinggalah rumah itu siap dibina. Sehingga itu, Khemah perjuangan akan tetap berdiri megah – simbol perjuangan yang pada 24 February 2018 adalah 1720 hari –perjuangan dalam khemah. Pada awal tahun 1982 sebuah unit khas yang dinamakan Unit Arkib di bawah Bahagian Pentadbiran Pejabat Pendaftar telah di tubuhkan dan di uruskan oleh seorang Penolong Pendaftar selaras dengan arahan Surat Pekeliling Am Bil 23/1972. Namun sehingga tahun 1984 ITM masih belum menepati keperluan pengurusan rekod yang sistematik dan mengikut piawaian. Hanya pada bulan Januari tahun 1986 Unit Rekod dan Arkib ditubuhkan dan melaksanakan fungsinya dengan memfokuskan kepada 2 tugas utama iaitu Penyelarasan Sistem Fail dan melaksanakan Pelupusan Dokumen yang tiada nilai bagi mengurangkan ruang simpanan di stor rekod. Pada ketika itu ITM telah pun berusia 30 tahun dengan 9 buah kampus cawangan. Unit ini pada mulanya ditempatkan di aras satu Bangunan Pejabat Pengarah ITM (sekarang Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah) dan dikendallikan oleh 7 orang staf. Pada bulan September 1997, Unit ini kemudiannya berpindah ke ruang baharu di bangunan Dewan Sri Budiman yang dahulunya adalah merupakan Stor Pusat ITM. Pada tahun 2000 berikutan pengstrukturan semula universiti, peranan dan fungsi arkib telah diperluaskan sebagai Bahagian Arkib dan Muzium. Pada 17 April 2003, Yang Berbahagia Dato’ Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah iaitu Naib Canselor UiTM telah mengisytiharkan perasmian penubuhan Bahagian Arkib dan Muzium bertempat di Dewan Sri Budiman, Universiti Teknologi MARA Shah Alam. Hasrat beliau untuk mewujudkan Muzium dan Galeri UiTM telah menjadi kenyataan dengan perasmiannya dilaksanakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri ketika itu pada 10 November 2006. Pada awal tahun 2015, Pejabat Pendaftar telah membuat pengstrukturan semula jabatan dimana Bahagian Arkib diletakkan di bawah tanggungjawab pengurusan Pejabat Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR). Ianya telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (JKE) Bil. 06/2015 pada 10 Jun 2015. Tanggungjawab ini melibatkan seluruh operasi Bahagian Arkib beserta sumber perjawatan skim perkhidmatan perpustakaan (Gred S) dan yang berkaitan berkuatkuasa 01 Jun 2015. Di bawah pengurusan PTAR, Bahagian Arkib dibuat pengstrukturan semula mengikut fungsi jabatan dan dinamakan Jabatan Arkib Universiti. Tujuan Jabatan Arkib Universiti (JAU) diwujudkan adalah untuk menyelaraskan Sistem Pengurusan Rekod dan Arkib UiTM Bismillahirrahmanirrahim. Assalamuálaikum wa rahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Saya harap saudara-saudari sihat wal afiat. Hari ini 17 Ramadan adalah hari umat Islam memperingati peristiwa Nuzul al-Quran, iaitu hari di mana al-Quran diturunkan kepada umat manusia. Jadi di awal ucapan saya ini, saya nak mengucapkan selamat menyambut Nuzul al-Quran kepada semua umat Islam. Mudah-mudahan peristiwa Nuzul Al-Quran yang disambut pada hari ini mengingatkan kita supaya sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup. Saya juga mendoakan semoga umat Islam di negara ini dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Hari ini, saya ingin memaklumkan kepada saudara-saudari semua mengenai perkembangan terkini pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau PKPB yang bermula pada 4 Mei yang lalu. Alhamdulillah, saya lihat pelaksanaan PKPB telah berjalan dengan lancar dan teratur. Tidak berlaku kesesakan luar jangka di stesen-stesen 2 pengangkutan awam, di dalam LRT, MRT, bas, restoran dan lain-lain. Nampaknya, rata-rata rakyat mematuhi SOP yang ditetapkan. Sektor-sektor ekonomi juga telah mula dibuka. Mereka yang terkandas di kampung halaman atau di tempat-tempat lain telah mula balik ke rumah masing- masing. Pelajar-pelajar universiti yang terkandas di kampus juga telah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing. Alhamdulillah. Ramai dalam kalangan saudara-saudari juga telah mula bekerja. Sehingga hari ini, dianggarkan seramai 6.64 juta atau 43.6 peratus pekerja telah kembali bekerja. Saya jangkakan jumlah ini akan meningkat dalam tempoh beberapa minggu yang akan datang. Insya Allah, dengan peningkatan jumlah pekerja yang kembali bekerja dalam pelbagai sektor industri dan perniagaan, kegiatan ekonomi di negara kita akan dapat digerakkan semula. Yang bekerja akan dapat gaji. Yang berniaga akan beroleh pendapatan dan keuntungan. Hasil pendapatan ini boleh dibelanjakan dalam sistem ekonomi kita yang akhirnya menjana pertumbuhan ekonomi negara. Saya nak mengucapkan terima kasih kepada kerajaan-kerajaan negeri yang telah memberikan kerjasama kepada Kerajaan Persekutuan dalam usaha membuka semula sektor-sektor ekonomi di negeri masing-masing. Saya juga bersyukur kerana kes-kes baharu COVID 19 kekal rendah dan terkawal. Kadar kesembuhan juga tinggi. Sehingga 9 haribulan Mei, seramai 4,929 atau 74.8 peratus pesakit telah sembuh. Saya nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua doktor, jururawat dan semua petugas kesihatan yang telah bersama-sama membantu merawat kesemua pesakit ini sehingga mereka sembuh. Saya juga nak berkongsi satu berita baik dengan saudara-saudari. Dalam satu kajian yang dilakukan oleh sebuah agensi penyelidikan yang berpangkalan di Singapura, Malaysia berada di tangga ke empat daripada 105 buah negara dari segi tahap kepuasan hati rakyat terhadap usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam menangani wabak COVID-19. Jadi, sekali lagi saya nak mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua petugas barisan hadapan kita yang telah banyak berkorban sepanjang tempoh dua tiga bulan ini untuk memastikan semua rakyat Malaysia terselamat daripada wabak COVID 19. Saya juga nak merakamkan ucapan terima kasih kepada saudara-saudari sekalian seluruh rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah yang sentiasa berdisiplin mematuhi arahan PKP dan PKPB sehingga memudahkan para petugas barisan hadapan kita menangani krisis ini. Hasil daripada usaha bersungguh-sungguh yang dilakukan oleh para petugas barisan hadapan dan disiplin saudara-saudari sepanjang tempoh PKP dan PKPB dilaksanakan, kita telah berjaya menjadikan hampir seluruh mukim atau zon di negara kita berstatus hijau. Kawasan-kawasan ini tidak mencatatkan sebarang kes positif COVID 19 baharu dalam tempoh dua minggu yang lalu. Daripada 1,178 mukim, bahagian, zon, sub-zon dan presint di seluruh negara, sebanyak 1,112 atau 94.4 peratus telah dikategorikan sebagai hijau, manakala 62 atau 5.2 peratus dikategorikan sebagai kuning dan hanya 4 atau 0.34 peratus yang masih berstatus merah. Yang dimaksudkan dengan status merah ialah kawasan-kawasan yang mencatatkan lebih 40 kes positif COVID 19. Untuk makluman saudara-saudari, terdapat 4 kawasan setakat ini yang masih berstatus merah iaitu: 1. Mukim Batu, Gombak, Selangor; 2. Zon Batu, Mukim Batu, Kuala Lumpur; 3. Zon Kampung Baharu, Mukim Bandar, Kuala Lumpur; 4. Mukim Pedas, Daerah Rembau, Negeri Sembilan Bagi penduduk di kawasan-kawasan ini, saya nasihatkan supaya lebih berhati-hati apabila keluar rumah. Amalkan penjarakan sosial. Pakai penutup mulut dan hidung. Sentiasa bersihkan tangan. Kalau boleh kurangkan aktiviti di luar rumah. Bagi penduduk di luar kawasan ini, nasihat saya pertamanya jangan berkunjung ke kawasan ini buat masa ini. Itu lebih baik supaya kita tidak terdedah kepada jangkitan wabak COVID 19. Keduanya, bagi penduduk di kawasan hijau, jangan ingat anda semua telah selamat dan boleh bergerak ke sana sini dengan bebas. Saudara-saudari mungkin beranggapan yang saudara-saudari tidak akan dijangkiti wabak ini kerana berada di kawasan hijau. Tetapi saya nak ingatkan selalu yang virus COVID 19 ini adalah musuh senyap yang kita tak nampak. Ia boleh menyerang kita pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Jadi, berhati-hatilah. Penjarakan sosial, memakai topeng mulut dan hidung, dan membersih tangan mestilah terus diamalkan sehinggalah kita berjaya menemui vaksin untuk virus ini. Menurut pandangan pakar perubatan, proses menghasilkan vaksin biasanya mengambil masa yang agak lama iaitu antara 12 hingga 18 bulan. Saya telah berhubung dengan beberapa pemimpin negara luar dan dimaklumkan ujian-ujian klinikal sedang giat dilaksanakan untuk menghasilkan vaksin bagi virus ini. Saya berharap vaksin dapat dihasilkan seberapa segera supaya kita boleh bebas daripada ancaman COVID-19 dengan secepat mungkin. Saudara-saudari yang saya kasihi sekalian, Walaupun kita telah mencapai banyak perkembangan positif dalam usaha memerangi wabak COVID 19, usaha kita masih belum berjaya sepenuhnya. Langkah-langkah masih perlu diambil untuk memerangi wabak ini. Dari segi pandangan umum juga saya dapati rata-rata rakyat mahukan supaya kerajaan terus mengambil langkah-langkah yang wajar untuk memerangi wabak ini. Justeru, atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara, saya ingin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau PKPB yang berkuatkuasa sehingga 12 Mei 2020, akan disambung lagi sehingga 9 Jun 2020, iaitu selama 4 minggu lagi. Ini bermakna, semua peraturan dan SOP yang dilaksanakan sepanjang tempoh PKPB pada masa ini akan kekal berkuat kuasa sehingga 9 Jun 2020. Sebarang perubahan mengenai peraturan, SOP atau senarai sektor yang dibenarkan beroperasi akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Dalam tempoh ini, ada beberapa perayaan utama yang lazimnya akan melibatkan pergerakan orang ramai, iaitu Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai. Jadi saya nak mengingatkan saudara-saudari tentang larangan pergerakan antara negeri yang masih berkuat kuasa dalam tempoh ini. Ini bermakna, minta maaf banyak-banyak, saya mohon ampun, demi menjaga keselamatan dan kesihatan kita semua, perjalanan balik kampung merentas sempadan negeri untuk tujuan berhari raya tidak dibenarkan. Saya tahu ramai yang sedih tak dapat balik berhari raya di kampung bersama keluarga. Bersabarlah. Bila keadaan kembali pulih sedikit masa lagi, saudara-saudari bolehlah balik ke kampung halaman menziarahi ibu bapa dan sanak saudara. Stesen-stesen TV dan Radio bolehlah mainkan lagu Dendang Perantau sekali-sekala. Kalau dimainkan selalu, saya pun berasa sayu juga. Mainkanlah lagu-lagu Hari Raya yang boleh menceriakan suasana. Saya tengok dalam YouTube ada lagu "Jange Kelik La Weii". Lagu ni pun OK lah. Tetapi ini tak bermakna kita tak boleh menyambut perayaan Aidilfitri, Pesta Kaamatan atau Hari Gawai. Ziarah-menziarahi dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga yang tinggal dalam negeri yang sama dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa. Jadi tak perlulah buat jamuan besar-besaran atau rumah terbuka. Setiap keluarga hendaklah mematuhi SOP kesihatan seperti penjarakan sosial, pemakaian penutup mulut dan hidung, dan amalan kebersihan kendiri seperti penggunaan hand sanitizer sepanjang sambutan perayaan ini. Pastikan rumah sentiasa bersih. Basuh pinggan mangkuk, sudu garpu, periuk belanga dan lain-lain selepas digunakan untuk menjamu tetamu yang hadir. Kementerian Kesihatan juga menyarankan agar saudara-saudari elakkan daripada berada di tempat yang sesak atau tempat yang tertutup. Kalau nak bersembang dengan tetamu pun, jarak-jarakkan sedikit. Tidak perlulah duduk terlalu rapat. Mengenai solat berjemaah di masjid, termasuk solat Jumaat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sedang memperhalusi tatacara atau SOP tertentu yang boleh diamalkan oleh para jemaah. InsyaAllah, selepas SOP ini dimuktamadkan dan dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan RajaRaja selaku Ketua Agama Islam persekutuan dan negeri-negeri untuk diperkenankan, kerajaan akan mengumumkan kebenaran untuk bersolat jemaah di masjid. Saya tahu ramai umat Islam rindu untuk ke masjid, terutamanya untuk mendirikan solat Jumaat, solat terawih dan solat lima waktu. InsyaAllah, kita doakan keadaan akan bertambah baik. Tambahan pula telah banyak kawasan-kawasan hijau di seluruh negara. Dengan pelaksanaan SOP yang teratur, saya percaya masjid-masjid di kawasan ini telah bersedia untuk dibuka kepada ahli-ahli kariah. Berikan sedikit masa kepada pihak berkuasa agama Islam untuk memperhalusi SOP yang berkaitan. InsyaAllah, dalam masa terdekat ini kita boleh menunaikan ibadat kita dengan lebih sempurna dan syiar Islam akan bersinar semula. Begitu juga dengan gereja dan rumah-rumah ibadat bagi penganut agama Kristian, Buddha, Hindu, Sikh dan lain-lain. Kerajaan akan mengumumkan SOP tertentu untuk membolehkan saudara-saudari yang beragama bukan Islam mengerjakan ibadat di rumah ibadat masing-masing. Mengenai perjalanan rentas negeri, saya diberitahu ada pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan atas urusan kerja. Misalnya, suami bekerja di Perlis, isteri di Johor. Oleh kerana larangan perjalanan rentas sempadan negeri, ada suami yang dah tak berjumpa anak dan isteri selama dua bulan. Jadi saya nak mengumumkan kita berikan kelonggaran kepada pasangan suami atau isteri ini untuk melakukan perjalanan rentas sempadan negeri bagi tujuan berjumpa dengan keluarga. Bagi yang melibatkan perjalanan rentas negeri Sabah dan Sarawak, saya mohon supaya kerajaan negeri Sabah dan Sarawak juga memberikan kelonggaran yang sama. Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi Gerak Malaysia atau hadir sendiri ke balai polis yang berdekatan. Mengenai isu bayaran Bantuan Prihatin Nasional, saya dengar ada rungutan daripada orang ramai yang gagal menerima bayaran ini atas pelbagai sebab. Antaranya kerana maklumat yang diisi tidak lengkap. Ada juga yang permohonannya ditolak kerana dalam rekod menunjukkan pendapatan melebihi syarat kelayakan. Tetapi mereka sebenarnya telah hilang pekerjaan dan hilang sumber pendapatan. Ada juga antara yang memohon adalah pelajar yang telah menerima bantuan BPN bagi kategori pelajar. Jadi permohonan mereka untuk mendapatkan bayaran BPN bagi kategori bujang ditolak. Ini antara sebab-sebab permohonan ditolak. Mengambil kira semua perkara ini, YB Menteri Kewangan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan permohonan BPN sehingga 31 Mei 2020. Selain menghantar emel, para pemohon yang mana permohonan mereka tidak diluluskan boleh hadir sendiri ke kaunter-kaunter LHDN untuk membuat rayuan bermula hari Isnin 11 Mei 2020. Bagi negeri-negeri yang bercuti esok, bolehlah pergi ke kaunter LHDN pada hari Selasa 12 Mei 2020. Saya tak berjanji semua rayuan boleh diluluskan. Tetapi mana-mana rayuan yang memenuhi syarat dan munasabah, Insya Allah boleh diluluskan. Saya juga nak maklumkan, semalam kerajaan telah meluluskan 2.3 juta permohonan BPN, termasuk permohonan baharu dan rayuan, yang melibatkan jumlah perbelanjaan sebanyak RM1.7 billion. Dengan kelulusan tersebut, jumlah penerima BPN setakat ini ialah 10.6 juta orang yang melibatkan bayaran berjumlah RM11 billion. Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian, Kita telah cuba melakukan yang terbaik dalam usaha memerangi wabak COVID 19. Usaha kita ini telah menunjukkan petanda kejayaan. Tetapi saya nak nasihatkan supaya kita jangan alpa. Kita masih di peringkat awal pelaksanaan PKPB. Dengan jumlah orang ramai yang mula keluar dari rumah untuk bekerja semakin meningkat, risiko jangkitan juga turut meningkat. Jadi, beberapa minggu ke hadapan ini agak kritikal bagi kita. Hasil pelaksanaan PKPB hanya dapat dilihat dalan tempoh beberapa minggu lagi. Jika berlaku peningkatan kes yang ketara dalam tempoh ini, kerajaan akan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD bagi kawasan-kawasan yang terjejas. Kita nak elakkan perkara ini daripada berlaku. Oleh sebab itu, saya nak merayu kepada saudara saudari semua supaya patuhilah SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Bukan susah. Mudah sahaja. Elakkan tempat yang sesak. Amalkan penjarakan sosial. Pakai penutup mulut dan hidung. Sentiasa basuh tangan atau gunakan hand sanitizer. Selain itu, keluar rumah hanya jika perlu sahaja. InsyaAllah, kita berdoa mudah-mudahan kita akan berjaya memerangi wabak COVID 19 bersama-sama. Kepada semua umat Islam saya ucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Juga kepada para ibu, selamat menyambut Hari Ibu pada hari ini. Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamu 'alaikum wa rahmatullahi wa barakatu ssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Saudara dan saudari rakyat Malaysia yang saya kasihi, Apa khabar semua? Saya harap saudara-saudari sihat sejahtera bersama keluarga di rumah. Bagi yang sedang bekerja, selamat bekerja dan jaga kesihatan. Sentiasa amalkan penjarakan sosial, jaga kebersihan diri dan apabila balik ke rumah jangan lupa mandi dulu. Kemudian barulah buat apa-apa aktiviti bersama keluarga. Di awal ucapan saya ini, saya nak menzahirkan rasa terima kasih dan penghargaan saya kepada anda semua sebagai rakyat Malaysia. Anda adalah manusia yang hebat Doktor dan jururawat yang berada di barisan hadapan, anda mengambil risiko setiap kali melangkah masuk ke wad. Tetapi anda terus melangkah dengan gagah untuk menyelamatkan nyawa orang lain. Walaupun letih, anda tidak mengeluh tetapi terus berkhidmat dengan cekal. Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan.Terima kasih juga saya ucapkan kepada doktor dan jururawat di hospital swasta. Ketika hospital kerajaan sibuk merawat pesakit COVID 19, hospital swasta menerima pesakit-pesakit bukan COVID 19 untuk dirawat. Juga kepada anggota Imigresen, Angkatan Pertahanan Awam, Bomba, RELA, pihak berkuasa tempatan dan lain-lain agensi yang turut membantu. Saya ucapkan terima kasih. Terima kasih juga kepada insan-insan yang bermurah hati membungkus makanan untuk dihantar kepada para petugas di barisan hadapan. Mereka buat secara percuma tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Anda adalah insan yang hebat. Begitu juga kepada anda yang bekerja menghantar makanan. Sama ada Grab Food, Food Panda atau lain-lain. Anda mengambil risiko. Orang lain duduk di rumah, anda keluar rumah untuk pastikan orang lain boleh makan. Anda melakukan satu pekerjaan yang mulia. Pesan saya, jaga kesihatan, jaga keselamatan, jangan bawa motor laju-laju. Anda juga insan yang hebat. Pendek kata, kita ibarat sebuah keluarga besar. Kita saling membantu ketika zaman susah. Kita jaga keluarga kita. Kita jaga jiran kita. Kita jaga masyarakat kita. Baik kita di kampung, di kawasan perumahan, di kondominium, di rumah flat. Kita jaga kita. Inilah nilai sebenar persaudaraan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa. Saudari-saudari yang saya kasihi, Berdasarkan situasi terkini, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan telah dapat membantu para petugas kesihatan kita mengawal penularan COVID-19 ke satu tahap yang agak stabil. Menurut unjuran yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, PKP yang dilaksanakan dalam tempoh hampir sebulan yang lalu telah sedikit-sebanyak mengurangkan kebolehjangkitan dan penularan COVID-19. Dengan usaha-usaha yang telah dibuat, kes-kes positif COVID-19 adalah terkawal pada kadar 7%, iaitu di bawah benchmark 10% yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO. Kadar kematian akibat wabak ini juga adalah rendah, iaitu 1.6% berbanding 5.8% kadar kematian di peringkat dunia. Setakat ini seramai 1,830 orang pesakit telah keluar dari hospital. Ini bermakna 43% pesakit COVID-19 telah pulih. Hari ini sahaja jumlah pesakit yang pulih ialah seramai 220 orang, melebihi jumlah kes positif baharu iaitu sebanyak 118 kes. Jumlah kes positif baharu juga telah menunjukkan penurunan sejak beberapa hari yang lalu. Jika trend penurunan ini berterusan untuk tempoh dua minggu akan datang, insya- Allah kita akan dapat mengawal wabak COVID-19 ini daripada menular. Namun begitu, kita tidak boleh mengambil mudah situasi yang sedang berlaku. Penularan wabak ini masih di peringkat pertengahan dan memerlukan tindakan pencegahan serta kawalan yang berterusan. Malahan, usaha- usaha mencegah wabak ini mesti diperhebatkan lagi bagi memutuskan rantaian penularan jangkitan. Ini termasuk memberi tumpuan khusus kepada kumpulan-kumpulan sasar yang dikenal pasti menjadi punca penularan wabak ini. Sehubungan itu, berdasarkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan pakar-pakar perubatan, kerajaan memutuskan untuk melanjutkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk tempoh dua minggu lagi, iaitu dari 15 April hingga 28 April 2020. Pelanjutan tempoh ini dibuat untuk memberi ruang kepada petugas-petugas kesihatan memerangi penularan COVID19, selain mengelakkan penularan semula wabak ini dalam masyarakat. Tindakan ini adalah selaras dengan pandangan WHO yang menyarankan negaranegara supaya tidak menamatkan perintah kawalan pergerakan terlalu awal. Sepertimana yang berlaku di beberapa buah negara, penularan wabak ini meningkat semula apabila perintah kawalan pergerakan ditamatkan. Apa yang saya hendak sebutkan di sini ialah kita mesti bersedia untuk berhadapan dengan situasi ini bagi satu tempoh masa yang agak lebih lama. Ianya mungkin berlarutan untuk tempoh beberapa bulan, sebelum kita dapat betul-betul pastikan penularan wabak ini diatasi seratus peratus. Itupun kehidupan kita mungkin tidak boleh kembali seperti sediakala. Selagi virus ini masih ada, amalan penjarakan sosial mesti diteruskan. Kita mesti sentiasa menjaga kebersihan diri. Elakkan sebarang perhimpunan. Hindari tempat yang sesak. Bulan Ramadan akan menjelang tiba tidak lama lagi. Kita tidak boleh ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa, tidak boleh ke masjid untuk berterawih. Jadi berterawihlah di rumah bersama keluarga. Mungkin juga kita tidak boleh balik ke kampung seperti biasa. Walaupun sukar untuk kita bayangkan perkara ini, tetapi inilah kenyataan yang akan kita hadapi. Saya juga baca komen-komen ibu-bapa di Facebook. Ramai yang mahu penutupan sekolah dilanjutkan lagi. Ibu-bapa rata-rata bimbang tentang keselamatan anak-anak. Saya pun ada cucu yang bersekolah. Seperti saudara-saudari saya pun bimbang juga. Semua orang sayangkan anak. Cucu lebih lagilah sayangnya. Jadi, sekolah mungkin tidak akan dibuka lebih awal. Kita mungkin akan tangguhkan dahulu sesi persekolahan sehingga kita benar-benar yakin keadaan telah kembali pulih. Sementara itu, anak-anak kita perlu belajar di rumah. Saya telah minta Kementerian Pendidikan supaya melaksanakan inisiatif pembelajaran dari rumah atau home based learning sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini, dan mungkin untuk tempoh yang seterusnya sehinggalah sekolah dibuka. Walaupun keadaan di negara kita insyaAllah akan kembali pulih dengan langkah-langkah yang sedang diambil, kita mesti ingat bahawa bukan negara kita sahaja yang terkesan dengan wabak ini. Seluruh dunia terkesan termasuklah negaranegara jiran kita. Saya nak beritahu, di sepanjang sempadan negara kita ini banyak terdapat lorong-lorong tikus. Pendatang asing tanpa izin biasanya bolos menerusi lorong-lorong ini. Jika kita tidak tingkatkan kawalan, mereka mungkin bolos dan membawa virus masuk ke negara kita. Na’uzubillah. Jadi, saya telah arahkan Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Imigresen, RELA dan lain-lain agensi yang berkaitan supaya perketatkan kawalan di sepanjang sempadan negara. Ringkasnya, kehidupan kita untuk bulan-bulan atau tahun yang mendatang ini tidak akan kembali seperti biasa. Kita akan menjalani kehidupan dengan “the new normal” atau kebiasaan baharu. Apa yang biasa kit buat dahulu, tak boleh kita buat lagi. Contoh mudahnya, berjabat tangan. Kalau dulu berjabat tangan bila berjumpa adalah satu perkara yang biasa dibuat. Kalau tak dibuat ianya dianggap janggal, atau tak beradab. Tetapi sekarang ini lain. Kita tak boleh berjabat tangan bila berjumpa untuk mengelakkan jangkitan virus. Mungkin kita tunduk sahaja sebagai tanda hormat. Ini adalah “the new normal”, atau kebiasaan baharu. Begitu juga perkara yang kita tak biasa buat sebelum ini seperti basuh tangan. Sekarang dan untuk masa yang akan datang kita mesti biasakan membasuh tangan dengan lebih kerap. Gunakan sabun, hand sanitizer dan sebagainya. Juga memakai face mask. Banyak lagi contoh-contoh lain yang tak perlu saya sebut kerana saya fikir saudarasaudari faham maksud kebiasaan baharu yang mesti kita amalkan dalam menjalani kehidupan seharian untuk tempoh yang mendatang. Saudara-saudari yang saya kasihi sekalian, Saya faham bahawa ekonomi negara kita terjejas kerana sekatan-sekatan yang dibuat terhadap aktiviti perusahaan, perkilangan dan perniagaan sepanjang tempoh PKP berkuatkuasa. Untuk itu, kerajaan bersetuju supaya beberapa sektor ekonomi yang terpilih akan dibuka semula secara berperingkat dengan garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat. Sebuah jawatankuasa khas Kabinet yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Menteri Kanan Pertahanan diwujudkan untuk meneliti senarai sektor ekonomi yang terpilih untuk dibuka secara berperingkat. Saya ingin tegaskan bahawa pembukaan beberapa sektor yang terhad ini bukan bermaksud kita melonggarkan perintah kawalan pergerakan. Perintah ini masih berkuatkuasa dan semua arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa mestilah dipatuhi. Jika terdapat pengusaha, kilang atau syarikat yang melanggar peraturan, kerajaan akan menarik balik kebenaran yang diberikan. Senarai sektor ini akan diumumkan oleh kerajaan dalam masa terdekat. Saudara-saudari yang saya kasihi sekalian, Sebagai Perdana Menteri, saya bertanggungjawab menjaga keselamatan nyawa saudara-saudari. Setiap nyawa adalah berharga. Baik bayi, orang muda, orang dewasa atau warga emas, semuanya bernilai. Kehilangan satu nyawa kerana virus ini bukan bererti kehilangan kepada suami, isteri, anak-anak atau keluarga terdekat sahaja, tetapi juga satu kehilangan besar buat negara. Kerana itu, marilah kita bersama-sama menjaga kesihatan diri kita, keluarga kita dan orang di sekeliling kita dengan mematuhi perintah kawalan pergerakan. Saya bertuah kerana anda semua adalah insan yang berdisiplin dan patuh kepada undang-undang. Tahap pematuhan PKP di negara kita adalah tinggi dan ini menunjukkan saudara-saudari semua faham akan kepentingan menjaga kesihatan dan keselamatan diri. Teruskanlah sikap yang terpuji ini. Teruslah berusaha, berdoa dan bertawakkal. Insya-Allah kita akan berjaya mengharungi ujian ini bersama-sama. Kepada Allah jualah kita berserah. Wabillahi al-taufik walhidayah wassalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh. Sesungguhnya, Syawal itu datang, setelah berlalunya Ramadhan, bulan kemuliaan, yang dipenuhi pula dengan limpahan keberkatan. Justeru, setelah sebulan kita berpuasa, bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, bahkan kita sebenarnya telah berjihad dalam mengekang hawa nafsu, mendidik sanubari agar menjadi insan yang lebih sempurna, sambil menyemai perasaan belas kasihan, kepada golongan susah yang serba kekurangan, seringkali pula dihimpit kesukaran dalam kehidupan. Para Muslimin dan Muslimat serta Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian, Pada kesempatan perutusan Hari Raya ini, ada 5 perkara yang ingin saya nyata dan ketengahkan: Pertamanya, soal Keamanan. Dalam hal ini, setinggi-tinggi syukur kepada Allah, kerana sejak hampir tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, kita bertuah kerana masih terus hidup dalam rukun dan damai. Jika tidak, bagaimana mungkin rakyat keseluruhannya dapat merayakan Aidilfitri dengan perasaan yang tenang, selamat dan dalam suasana penuh kegirangan. Lalu, marilah kita berikan sebanyak-banyak penghargaan dan sanjungan kepada para perajurit serta anggota keselamatan, di atas jasa serta pengorbanan mereka siang dan malam, yang bertugas di serata ceruk negara mahupun di perbatasan, termasuklah di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah atau ESSZONE. Berbanding dengan senario dunia pula, kita berasa simpati, khususnya dengan nasib saudara-saudara seakidah kita di Timur Tengah, yang masih tidak menentu. Malah, tanahair mereka sedang bergolak, dalam kancah peperangan, yang belum tertampaknya cahaya kedamaian. Jadinya, di sudut kemanusiaan, pada tahun sudah, Kerajaan Malaysia telah memberi komitmen akan mengambil sejumlah 3,orang pelarian Syria ke negara ini, secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun. Setakat ini, sebahagian mereka, telah pun berada di negara kita. Atas nama ukhuwah, dan persaudaraan yang tulen pula, Malaysia akan terus beristiqamah dalam membela serta memperjuangkan nasib golongan tertindas di serata dunia sedaya mungkin, sebagaimana bantuan sewajarnya yang telah dihulurkan kepada rakyat Palestin serta kaum pelarian Rohingya. Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian, Perkara kedua, adalah tentang Perpaduan. Menyentuh soal ini, sejak puluhan tahun, sama ada sedar atau tidak, bermula dari Semenanjung, membawa kepada Sabah dan Sarawak, dengan kumpulan etniknya yang berbagai- bagai, masyarakat majmuk berbilang bangsa, agama serta budaya, telah menjadi tiang seri dan aset terpenting pembikinan serta kemajuan negara kita. Sebetulnya pun, bersatu dalam kepelbagaian, menjadi azimat yang dipegang menuju mercu kejayaan. Bahkan, uniknya sebuah Malaysia ini, dapat menyambut 6 perayaan utama dalam takwim persekutuan yang diraikan oleh seluruh masyarakat. Namun begitu, kita berasa sedih pabila timbulnya hasutan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab, tidak kiralah atas nama politik atau apa pun, sehingga boleh memecah-belahkan perpaduan dan keharmonian yang sekian lama wujud. Oleh itu, kita berharap agar rakyat bersikap rasional dan boleh menepis unsur-unsur negatif, tohmahan mahupun fitnah yang tidak berasas sehingga mampu memporak-perandakan keadaan serta memusnahkan segala yang telah terbina. Para Muslimin dan Muslimat Sekalian, Perkara ketiga adalah Syiar Islam. Menjengah sudut ini, di Malaysia, telah termaktub melalui Perkara 3 Perlembagaan, Islam merupakan Agama Persekutuan. Alhamdulillah, pengamalannya di negara ini, telah berkembang dengan begitu dinamik sejak 6 dekad, dengan berpegang kepada jalan kesederhanaan. Malaysia sekarang ini, dikenali di seantero dunia sebagai sebuah negara Islam yang berdaya maju lagi progresif. Berasaskan kepada prinsip wasatiyyah, segala tindak tanduk kita, mengambil pendekatan yang tidak terlalu ekstrem dan bukan pula terlalu liberal. Bahkan memenuhi tuntutan kerangka Maqasid Syariah, yang dianjurkan oleh para Ulama dalam keintelektualan Islam. Akan tetapi, di sana sini, adakalanya Islam telah disalahertikan oleh sesetengah pihak, sehingga mendatangkan prasangka dan ketakutan kepada orang lain, yang menyebabkan terjadinya apa yang disebut sebagai Islamofobia. Sedangkan, pada hemah saya, ketakutan itu, terutama di kalangan dunia Barat, berpunca daripada salah faham mereka terhadap ajaran sebenar Islam dan daripada sudut-sudut tertentu pula, kita perlu meletakkan kesalahan kepada segelintir umat Islam sendiri, yang mempamerkan contoh-contoh salah dan tidak menggambarkan Islam, seperti pengebom berani mati, Militan IS dan perkembangan ideologi kemelampauan atau ekstremisme. Lantaran itu, Malaysia berpendirian, mengutuk sekeras-kerasnya serangan kejam pengganas yang telah berlaku baru-baru ini, di beberapa penjuru dunia antaranya Indonesia, Belgium, Perancis dan Turki serta termutakhir di Bangladesh. Sehubungan itu, Kerajaan akan sentiasa memantau, agar di Malaysia, tidak berkembangnya sebarang pengaruh ideologi mahupun ajaran dan amalan yang menyimpang daripada Islam yang sebenar lagi sejati. Pucuk pangkalnya, sebagai sebuah negara Islam yang sedang dijadikan rujukan atau role model, bukan sahaja di rantau ini, bahkan di persada antarabangsa, Malaysia telah menduduki tangga pertama Petunjuk Ekonomi Global Islam 2014-daripada senarai buah negara. Malahan, berikutan daripada hasil laporan kali pertama, sesudah Indeks Syariah dilancarkan pada tahun Malaysia telah memperoleh skor keseluruhan dalam pelbagai bidang melebihi markah peratus dan kita yakin ia akan meningkat dari masa ke semasa. Para Muslimin dan Muslimat serta Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian, Perkara keempat adalah tentang Ekonomi Negara. Mutakhir ini, meskipun kita masih berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi global, melalui laporan yang dikeluarkan oleh Bank Negara, KDNK pada suku pertama tahun ini, tetap berjaya mencatat perkembangan sebanyak 4.2 peratus. Terbaru pula, Bank Dunia juga mengunjurkan ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan dengan KDNK tumbuh di paras 4.4 peratus pada tahun 2016. Selanjutnya, Malaysia terus menerima sekian banyak Pengiktirafan Badan-Badan dan Agensi-Agensi Berwibawa Luar Negara. Antaranya, bagi Global Competitiveness Report oleh World Economic Forum, Malaysia berada di tangga ke-pada tahun 2015. Menurut Financial Market Development oleh World Economic Forum Global Competitiveness Ranking 2015-pula, kita berada di tangga ke-sebagai satu-satunya negara yang tersenarai dalam top-emerging market. Ternyata, kesemuanya ini menggambarkan bahawa, ekonomi Malaysia kekal kukuh di landasan yang sihat dan betul, dalam menuju gerbang negara High Income Advanced Economy. Para Muslimin dan Muslimat serta Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian, Perkara kelima, berkait Kelangsungan usaha gigih perjuangan Barisan Nasional dalam memacu kemajuan negara dan membela nasib rakyat. Sememangnya pun, di atas kanvas yang lebih besar atau the bigger picture dalam memeta halatuju negara, memerlukan kepada perencanaan, perancangan dan pelaksanaan yang rapi oleh pihak Kerajaan yang ada pada hari ini. Pokoknya, Kerajaan yang mentadbir, telah membukti dan memperlihatkan prestasi serta rekod pencapaian yang mampu diperbanggakan. Lantas, kita bersyukur tidak terhingga, di sebalik dugaan dan cabaran yang diterima oleh Kerajaan, rakyat menyedari dan terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional di Pilihanraya Negeri Sarawak Ke-dan Pilihanraya Kecil di Parlimen Sungai Besar serta Kuala Kangsar baru-baru ini, dengan kemenangan yang besar. Inilah kaedah yang betul bagi rakyat memilih Kerajaan secara sah dalam sesebuah negara berdemokrasi seperti Malaysia dan bukannya sesuka hati membuat referendum atau melalui deklarasi yang tidak sah menurut lunas-lunas perlembagaan. Meskipun begitu, Kerajaan tidak bersifat alpa, sebaliknya terus mendengar keluh kesah rakyat terbanyak tentang bermacam kebajikan ramai, terutamanya isu kos sara hidup. Berkait dengan ini, terlancarnya projek sambungan laluan LRT Ampang dan Kelana Jaya, akan memberi banyak manfaat kepada sekurang-kurangnya ribu pengguna, seraya menjimatkan perbelanjaan seharian mereka. Begitu juga projek-projek bertujuan untuk meningkatkan lagi kesejahteraan rakyat seperti pembinaan Pan Borneo Highway dan Rumah Mampu Milik, adalah dekat di hati saya serta terus menjadi keutamaan Kerajaan. Apatah lagi sempena menyambut hari yang mulia ini, pemberian BRtelah dipercepatkan. Begitulah juga bantuan khas Hari Raya kepada penjawat awam, pesara Kerajaan, pekebun kecil dan peneroka. Moga-moga sumbangan ini membawa keceriaan dan perkongsian rasa keseronokan serta kemeriahan di hari raya. Pastinya jua, bagi kira-kira 1.6 juta penjawat awam, Syawal kali ini membawa perkhabaran yang mengembirakan, kerana Kerajaan telah bersetuju bahawa, berkuatkuasa 1 Julai semua akan menikmati kenaikan gaji tahunan khas, serentak dengan pelaksanaan gaji minimum 1,ringgit. Para Muslimin dan Muslimat Yang Dikasihi Sekalian, Di hari baik, bulan baik ini, saya ingin menyeru agar kita sesama bangsa dan agama, mengambil pedoman daripada pepatah lama, buanglah yang keruh, ambil-lah yang jernih, dengan kembali kepada fitrah. Jadilah hamba Allah yang Berjiwa Besar dengan membuka jendela kekeluargaan, persahabatan dan perpaduan serta ikatan silaturrahim 1Malaysia seluas-luasnya. Semarakkan budaya kunjung mengunjung. Kepada yang tua, kita hormati dan raikan, kepada yang muda pula, kita sayangi serta ceriakan. Bagi mereka yang pulang ke kampung masing-masing, memandulah dengan berhemah dan berhati-hatilah di jalanraya. Kata orang, biar cermat, agar selamat sampai ke destinasi yang dituju, untuk bertemu teman-teman, keluarga tersayang serta sanak saudara yang jauh di mata, juga di halaman rindu. Akhir kalam, saya, bagi pihak diri ini, isteri, dan seisi keluarga, dengan nawaitu murni lagi penuh tawadhuk di hati, menyusun rapi sepuluh jari, memohon ampun serta kemaafan, atas sebarang kesalahan dan kekhilafan, zahir mahupun batin. “Wahai orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu beroleh ketakwaan.” Ramadan kali ini agak berbeza. Kalau biasanya kita berjemaah di surau atau masjid untuk mendirikan solat tarawih, tetapi kali ini kita berjemaah di rumah bersama ahli keluarga. Oleh kerana mematuhi garis panduan atau SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau PKPB, kita juga tak bersesak-sesak mencari juadah berbuka puasa di bazar Ramadan atau menikmati buffet Ramadan di restoran dan majlis-majlis berbuka puasa. Sebaliknya kita berbuka puasa secara sederhana dengan juadah yang disediakan oleh isteri atau ibu kita. Semua ini ada hikmahnya. Setelah sebulan bertarawih di rumah bersama ahli keluarga, ramai bapa yang dah pandai jadi imam. Anak lelaki jadi bilal. Isteri dan anak- anak yang lain jadi makmum. Saya pun jadi imam di rumah dan anak boungsu saya Farhan jadi bilal. Isteri, ahli keluarga yang lain dan pembantu rumah jadi makmum. Bagi sebahagian keluarga, tadarus Al-Quran bersama ahli keluarga menjadi kebiasaan. Dengan apa yang diamalkan sepanjang bulan Ramadan ini, saya percaya hubungan kasih sayang sesama ahli keluarga juga menjadi lebih rapat. Di masjid dan surau pula, hanya sebilangan daripada kita yang dibenarkan untuk mendirikan solat berjemaah termasuk Solat Hari Raya Aidilfitri pada kali ini. Di Wilayah Persekutuan sebagai contoh, hanya jemaah sahaja yang dibenarkan berada di masjid dan surau terpilih untuk melaksanakan solat berjemaah. Dengan kawalan pihak polis dan RELA, keadaan secara umumnya adalah terkawal. Alhamdulillah, SOP PKPB juga dapat dipatuhi dengan baik tanpa sebarang kejadian yang tak diingini. Bagi yang berpeluang untuk mendirikan solat berjemaah di masjid dan surau, termasuk solat sunat Aidilfitri pagi esok, jangan lupa untuk mematuhi garis panduan PKPB yang telah diumumkan. Ambillah wudhu’ di rumah, patuhilah prosedur pengambilan suhu badan dan bawa sejadah sendiri ke masjid. Ketika hendak mulakan solat biasanya imam akan kata rapat-rapatkan saf. Kali ini tidak. Untuk menjaga penjarakan sosial, imam mesti ingatkan makmum supaya renggang-renggangkan saf. Ini lebih afdal. Selepas solat, tak perlu bersalaman dengan jemaah yang lain. Ingat, saya ulang, tak perlu bersalam. Cukup sekadar tunduk sebagai tanda hormat dan senyum saja. InshaaAllah, kita tetap akan dapat pahala berjemaah dan sekaligus membantu usaha mengawal jangkitan Covid-19. Pembayaran zakat fitrah juga boleh dibuat secara atas talian atau kepada amil yang dilantik mengikut jadual yang telah disusun. Ini memudahkan kita melaksanakan tuntutan Rukun Islam tanpa mendedahkan diri kepada bahaya jangkitan Covid-19. Saya percaya kebijaksanaan dan dedikasi para pegawai dan ahli jawatankuasa masjid dan surau akan dapat memberi peluang kepada umat Islam beribadah dan pada masa yang sama mematuhi garis panduan atau SOP yang ditetapkan dalam usaha kita mengawal penularan wabak Covid-19. Bagi yang tak berpeluang ke masjid atau surau untuk solat berjemaah, teruskanlah amalan solat berjemaah bersama keluarga di rumah pada malam ini dan di pagi hari raya esok. Hidupkanlah kegembiraan dan rasa kesyukuran selesai berpuasa dengan alunan takbir bersama ahli keluarga. Rujuklah panduan mendirikan solat sunat berjemaah Aidilfitri dan amalan-amalan sunat lain yang disediakan oleh pihak berkuasa agama negeri dan alim ulama’. Kemeriahan Aidilfitri kali ini tentu sekali agak berbeza. Peluang untuk kita menziarahi ahli keluarga dan sahabat handai agak terhad. Tiada majlis rumah terbuka atau kenduri-kendara untuk kita hadir dan berjumpa sanak saudara dan rakan taulan. Tetapi, ini tidak bermakna Aidilfitri kali ini tidak meriah. Wujudkanlah suasana kemeriahan dan kegembiraan sambutan Aidilfitri bersama ahli keluarga kita. Begitu juga bagi mereka yang berada di rumah-rumah kebajikan dan pusat penjagaan anak-anak yatim. Saya yakin ramai para petugas dan sukarelawan berhati mulia yang akan berusaha mewujudkan suasana kegembiraan menyambut Aidilfitri di kalangan mereka. Saya juga mendoakan agar para petugas barisan hadapan, anggota keselamatan yang bertugas di perbatasan negara dan rakyat Malaysia yang berada di luar negara dapat menyambut Aidilfitri dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan serta sentiasa dilindungi oleh Allah s.w.t. Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian, Pada musim perayaan kali ini, kita tak dibenarkan bergerak merentas negeri untuk balik ke kampung. Kita juga mesti mematuhi SOP sambutan perayaan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan nasihat Kementerian Kesihatan. Ziarah keluarga terdekat dibenarkan dengan maksima orang tetamu sahaja satu hari. Jadi, saudari-saudari saya nasihatkan berbincanglah dengan adik-beradik dan saudara-mara, siapa yang boleh datang berziarah ke rumah anda. Ketika saudara- mara kita berada di rumah, pastikan mereka mengamalkan penjarakan sosial serta elakkan bersalaman dan bersentuhan. Jaga mak, ayah dan nenek kita yang telah berusia. Ini kerana mereka lebih terdedah kepada jangkitan Covid Tak mengapalah pada hari raya kali ini kita tak bersalam atau peluk cium datuk atau nenek kita. Bukan kita tak sayang mereka. Tetapi kerana kita sayangi merekalah kita elakkan daripada menyentuh mereka. Bagi yang bergejala seperti demam, duduklah di rumah. Tak perlu bergerak ke sana sini. Elakkan bersesak-sesak di tempat atau ruang yang sempit. Pastikan anda jarakkan diri dari tetamu yang lain. Kemudian, selepas selesai berkunjung ke rumah keluarga terdekat atau melayan tetamu, pastikan anda cuci tangan dan kekalkan kebersihan diri. Bagi tuan rumah yang menerima tetamu, bersihkan rumah anda dengan segera. Elakkan juga menziarahi pusara. Ini kerana kawasan perkuburan biasanya menjadi antara tempat tumpuan di hari perayaan. Kita nak hindari saudara-saudari daripada berhimpun di satu-satu tempat yang boleh mendedahkan diri kepada penularan wabak covid-19. Semua ini penting supaya kita dapat menyambut Aidilfitri dan pada masa yang sama mengelakkan risiko penularan wabak Covid-selepas cuti perayaan. Saya perlu sebutkan perkara ini kerana di beberapa buah negara lain, wabak Covid-menular selepas musim perayaan. Kita nak elakkan perkara seperti ini berlaku di negara kita. Nau’zubillah. Jadi, biarlah kita ambil langkah yang lebih berhati-hati supaya kita selamat di kemudian hari. Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Saya ingin tegaskan bahawa keputusan yang dibuat oleh kerajaan mengenai garis panduan hari perayaan adalah bersandarkan kepada prinsip maqasid shariah iaitu memelihara nyawa. Kita korbankan sedikit adat atau kelaziman kita demi untuk mengelakkan jangkitan Covid-dan menyelamatkan nyawa kita serta orang di sekeliling kita. Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian, Alhamdulillah, kita bertuah kerana kita memiliki kemudahan kesihatan antara yang terbaik di dunia. Kita juga mempunyai doktor, jururawat dan petugas barisan hadapan yang berkhidmat dengan penuh dedikasi dan profesional. Kerana itu, setakat ini kita menjadi antara negara yang paling berjaya mengawal penularan Covid-19. Namun, dalam menentukan kejayaan kita seterusnya, yang lebih penting ialah tanggungjawab diri kita sendiri. Tanggungjawab saya dan tanggungjawab saudara-saudari sekalian. Jika kita patuhi SOP yang ditetapkan, bermakna kita telah pun melaksanakan tanggungjawab kita. Ini besar maknanya kepada kita semua. Mulai sekarang setiap kita terutama pimpinan dalam masyarakat dan komuniti memikul tanggungjawab yang lebih besar selain frontliners untuk mengawal penularan wabak Covid-sebagai langkah exit plan sebelum PKPB dihentikan di suatu masa nanti. Tiada siapa yang lebih mampu untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini selain kita. Jika kita tidak mahu dijangkiti virus ini, kita harus di sepanjang masa mengamalkan SOP peribadi seperti memeriksa suhu badan untuk mengetahui kita tidak demam, penjarakan sosial sebagai satu kemestian, kebersihan diri dengan membasuh tangan menggunakan sabun dan sanitizer seberapa kerap yang boleh dan memakai topeng mulut dan hidung sepanjang masa apabila berada di luar rumah. Yang penting kita menegur dan mengingatkan sesama kita mengenai perkara-perkara ini sebagai kewajipan kita bersama. Hanya apabila ini sudah jadi resam biasa kita, maka barulah kerajaan dapat memutuskan bila PKPB ini tidak dikuatkuasakan. Kita telah pun berada di hujung Ramadan dan di ambang Syawal. Apa yang penting ialah kita tidak sesekali melupakan tujuan Allah s.w.t. memfardhukan ibadah puasa ke atas kita iaitu untuk mencapai ketakwaan, serta Aidilfitri sebagai tanda kemenangan dan kembalinya kita kepada fitrah. Mudah-mudahan Allah s.w.t. menerima amal ibadah kita sepanjang Ramadan ini dan kita semua menjadi hamba- Nya yang lebih bertakwa. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi pengharagaan kepada petugas barisan hadapan dan semua rakyat Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan padu dan kerjasama kepada kerajaan dalam memerangi wabak Covid-19. Setiap kali menjelang hari raya saya terkenang lagu Allahyarham Datuk Ahmad Jais Sesungguhnya, fajar Syawal itu akhirnya datang menyinsing, setelah terbenam mentari Ramadan, bulan yang dipenuhi dengan pakej kemuliaan dan sinar keberkatan, padanya diturunkan al-Quran serta dikurniakan Lailatul Qadar, yakni malam yang lebih baik lagi afdal keberkatannya dari seribu bulan. Justeru, setelah sebulan berpuasa, tidak hanya setakat menahan lapar dan dahaga, malah kita telah bermujahadah melawan nafsu, sambil menyemai sifat keinsafan serta belas kasihan, terhadap golongan yang kurang bernasib baik lagi serba kekurangan, yang acap kali dihimpit kesusahan hidup. Maka, tatkala sampai ketikanya, seperti saban tahun, umat Islam di Malaysia serta serata pelusuk dunia, menyambut hari kemenangan, yakni perayaan Aidilfitri yang mulia, dengan penuh rasa syukur dan suasana keriangan. Saudara dan Saudari Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian, Merujuk kepada mafhum firman Allah SWT dalam surah al-Anfal ayat 60, yang mengajak umat Islam supaya bersiap siaga dengan sepenuh kekuatan dalam setiap perkara dan melalui pedoman cendekiawan pula bahawa, tidak berjaya sesuatu kebenaran, jika tidak diatur dengan baik. Begitulah ajaran Islam yang sentiasa menekankan tentang peri-pentingnya perencanaan dan ketertiban sama ada urusan duniawi mahupun soal ukhrawi, terutama bagi berdepan dengan realiti dunia kontemporari. Mengambil ibrah dan pengajaran itu, pada perutusan hari raya tahun ini, saya ingin menyentuh lima risiko dan cabaran baharu yang perlu kita hadapi: Pertama, isu geopolitik. Dalam hal ini, Malaysia sedang berdepan dengan cabaran risiko geopolitik baharu dunia yang serius antaranya membabitkan krisis di antara negara-negara Islam di Teluk, program nuklear Korea Utara dan implikasi Brexit. Sudah tentu, kesemua perkembangan ini perlu diteliti dengan sebaik-baiknya, kerana jika krisis ini tidak dapat diselesaikan dengan segera, ia boleh menjejaskan kemakmuran negara serantau dan antarabangsa. Kedua, soal keselamatan dan keamanan. Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, berlakunya beberapa kes letupan dan pengeboman di tempat awam oleh kumpulan pengganas dan ekstremisme di seluruh dunia. Antaranya Manchester, London, letupan di Jakarta dan letupan bom kereta di Kabul serta pertempuran dahsyat di Marawi, Filipina. Justeru itu, saya menyeru kepada semua rakyat di negara ini, agar mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan fahaman atau ideologi ektremisme dan terorisme seperti kumpulan IS serta militan Daesh, yang telah menyalahtafsirkan konsep jihad dalam Islam, selain menjauhi apa jua ancaman anasir luar yang boleh menggugat keselamatan negara. Kerana Islam itu adalah agama yang damai dan sejahtera. Lantas, bagi menjunjung kesuciannya, berpegang teguhlah dengan 'The Authentic Islam', yakni ajaran Islam sejati dalam pengertian yang sebenar-benarnya. Di samping itu, di era siber dan meluasnya media sosial ini, umat Islam perlu bijak menyaring maklumat dan ancaman fitnah serta tohmahan palsu, disebarkan pihak yang tidak bertanggungjawab dengan bertabayyun, yakni menyelidik dahulu sesuatu berita secara teliti, sebelum membuat keputusan untuk mempercayainya. Namun begitu, saya berasa bersyukur kerana negara ini masih terus mengecapi nikmat keamanan. Malah, berdasarkan Indeks Keamanan Global 2017, Malaysia telah berjaya mengekalkan kedudukan sebagai negara ketiga paling aman di rantau Asia dan ke-29 daripada 163 negara paling aman di dunia. Sehinggakan, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud sendiri pun telah berkenan dan memberi sokongan penuh kepada usaha penubuhan King Salman Centre for International Peace, di Malaysia. Serentak itu, selain Malaysia dijadikan role model di kalangan negara Islam, baginda Raja Salman, turut memuji negara ini yang mengamalkan wasatiyah, yakni kesederhanaan, yang berteraskan pula maqasid syariah, dengan begitu berjaya sekali. Pada sisi lain, atas nama ukhuwah Islamiyah dan kemanusiaan sejagat, Malaysia akan terus beristiqamah dalam memperjuangkan nasib golongan tertindas di serata dunia, sambil menawarkan bantuan sewajarnya khusus kepada rakyat Palestin, etnik pelarian Rohingya dan penduduk di Syria. Lantaran itu, pada kesempatan ini, marilah kita memberikan penghargaan dan sanjungan kepada semua perajurit serta anggota keselamatan negara, yang telah menabur bakti dan berkorban siang serta malam, bertugas di seluruh ceruk rantau tanahair, sama ada di perbatasan mahupun ESSZONE. Tatkala menyambut kemeriahan perayaan ini, saya cukup bersimpati dan bagi pihak Kerajaan ingin merakamkan takziah kepada keluarga mangsa serta dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) iaitu Mejar Mohd Hasri Zahari dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof, yang menjadi korban dalam tragedi nahas pesawat Hawk 108, terhempas di Kemaman, Terengganu baru-baru ini. Saudara dan Saudari Sekalian, Ketiga pula adalah di bidang iktisad atau ekonomi. Meskipun berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi global, Alhamdulillah, mutakhir ini, ekonomi kita telah berkembang pada kadar yang di luar jangka iaitu pada 5.6 peratus untuk suku pertama tahun 2017, berbanding pertumbuhan 4.5 peratus pada suku keempat 2016. Malah, pada Mac 2017, buat pertama kali dalam sejarah, nilai eksport telah mencecah RM80 bilion, di mana eksport meningkat sebanyak 24 peratus kepada RM82.63 bilion, pencapaian tertinggi eksport secara bulanan. Pencapaian eksport ini telah turut mencatatkan 'double digit growth' empat bulan berturut-turut sejak Disember 2016. Kita bersyukur, kerana Malaysia telah diiktiraf oleh firma antarabangsa iaitu, BAV Consulting & Wharton School dari Amerika Syarikat bahawa, kita adalah negara yang terbaik untuk para pelabur bagi tahun 2017. Manakala, pada beberapa minggu lalu pula, majalah Forbes meletakkan Malaysia di kedudukan paling atas dalam kalangan semua negara Asia untuk pelaburan asing. Bahkan, tahun 2017 ini juga telah diserikan lagi dengan pengumuman pelaburan oleh Saudi Aramco yang bernilai RM31 bilion, di Kompleks Bersepadu Pengerang di Johor, di mana ini merupakan pelaburan asing tunggal terbesar yang pernah berlaku dalam sejarah Malaysia setakat hari ini. Namun demikian, kita tidak akan cepat berpuas hati dan mudah berasa selesa dengan kejayaan itu, sebaliknya, Kerajaan akan terus membawa Malaysia menjalankan aktiviti ekonomi yang mempunyai nilai tambah bagi memastikan negara kekal berdaya saing dalam ekonomi global. Umat Islam dan Rakyat Malaysia yang dikasihi, Tidak lama selepas Syawal berlalu, tibalah musim haji. Alhamdulillah, hasil daripada perbincangan saya dengan Raja Salman sebelum ini, baginda telah berkenan untuk meningkatkan kadar kuota rasmi Haji Malaysia daripada 27,900 orang, meningkat kepada 30,200 orang jemaah. Selain itu, baginda juga akan mempertimbangkan secara mendalam permohonan Malaysia untuk menyewa tanah, bagi tujuan pembinaan kompleks penginapan untuk kemudahan jemaah Haji Malaysia pada masa hadapan. Keempat, mendahulukan kepentingan rakyat. Bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat khususnya kepada golongan B40 dan M40, Kerajaan telah berusaha gigih menyalurkan pelbagai bantuan dan inisiatif seperti BR1M, Projek Perumahan Rakyat, Rumah Mampu Milik, PPA1M, PR1MA, Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, pengangkutan awam dan bermacam lagi subsidi, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Dalam memberi keselesaan dan 'connectivity' yang lebih bersepadu kepada masyarakat, projek infra rakyat seperti My Rapid Transit (MRT), Lebuhraya Pan Borneo, High Speed Rail, LRT Extension, East Coast Rail Link atau ECRL, turut sedang rancak dilaksanakan. Malah, ketika di awal Ramadan ini, Kerajaan telah membayar peringkat kedua BR1M, yang memanfaatkan 7 juta penerima pada tahun 2017. Selain itu, kepada kira-kira 1.6 juta penjawat awam pula, saya juga telah mengumumkan bantuan khas Aidilfitri bernilai RM500 dan RM250 untuk pesara kerajaan. Begitu juga kepada para peneroka FELDA yang turut menerima bantuan Lebaran sebanyak RM500 dan RM280 dividen daripada FGV. Mudah-mudahan dengan segala bantuan ini, sedikit sebanyak, dapat meringankan beban dan menambahkan keceriaan semua untuk menyambut ketibaan Syawal. Kelima, masa depan dan TN50. Menjengah masa depan, dunia kontemporari kini berada di ambang Fourth Industrial Revolution. Seiring itu, demi mewajah masa depan negara menuju TN50, saya mahu melihat akan lahirnya generasi Khayra Ummah yang 'Par Excellence' lagi berwibawa, kukuh jati diri individu, jati diri bangsa dan jati diri negara, selaras dengan gerakan Ekspresi Negaraku Malaysia. Sekali gus mendoakan agar kita sama-sama akan berjaya menjulang Malaysia yang makmur, pada kedudukan 20 negara termaju di dunia kelak. Insya-Allah. Para muslimin dan muslimat serta rakyat Malaysia yang dikasihi, Bersempena hari mulia di Aidilfitri yang saadah lagi penuh kegembiraan ini, eratkan perpaduan dan perkukuhkanlah ukhuwah serta persaudaraan sesama kita, ketepikan segala perbezaan, nikmatilah keharmonian sedia ada di bawah lembayung silaturahim 1Malaysia. Semestinya, kegirangan ini terbukti, apabila The World Happiness Report 2017 telah mengiktiraf Malaysia sebagai, negara kedua memiliki penduduk paling gembira di Asia dan ke-42 daripada 155 buah negara di dunia. Jadinya, di hari kebesaran ini, ziarahlah ayah dan ibu, yang mungkin sudah lama menahan rindu, menanti kepulangan anak-anak di perantauan. Kunjungilah sanak saudara, sahabat handai dan jiran tetangga, jemputlah pula rakan taulan berbilang bangsa, berkunjung ke kediaman untuk menjamu selera serta saling bermaafan sesama kita. Bagi mereka yang berkenderaan dan memandu pulang ke kampung halaman masing-masing, berhati-hati di jalan raya, pandulah dengan cermat dan berhemah, semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju. Akhir kalam, saya dengan tawaduk dan penuh budi di hati, menyusun sepuluh jari, memohon ampun bagi pihak diri, isteri serta seisi keluarga tercinta, jika ada sebarang kesalahan, janganlah disimpan, bak kata pantun Melayu lama